Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


KASI HEMPUK!! ZAINI HASSAN BANTAI MB BERSIFAT MUNAFIK & HIPOKSRASI?

Posted: 16 Nov 2011 08:08 AM PST



BANYAK kali sudah saya menulis mengenai sikap hipokrasi dan munafik orang kita, iaitu orang Melayu beragama Islam di negara ini. Cakap tak serupa bikin. Matlamat menghalalkan cara. Akhirnya yang rugi ialah bangsa itu sendiri.

Apabila terkena di atas batang hidung sendiri semua senyap. Ya, semuanya yang salah menjadi betul. Sehinggakan Madrasah Salihiah Kanchut, Alor Setar berusia lebih 100 tahun, yang diumumkan oleh kerajaan Pas Kedah mahu dirobohkan, pun menjadi betul.

Semua orang senyap sunyi. Hanya 30 orang sahaja kariah yang berdemo. Tiada perbincangan dalam blog. Tiada kata-kata yang menuduh kerajaan Pas Kedah zalim, mahazalim, mahafiraun kerana mahu merobohkan sebuah madrasah – rumah suci umat Islam untuk dijadikan sebuah kompleks beli-belah.

Apa kata sekiranya kerajaan Kedah yang mahu merobohkan madrasah itu ialah Kerajaan Barisan Nasional (BN)? Saya rasa akan ada pak-pak lebai Pas yang sanggup tidur di atas jalan bagi mempertahankan madrasah itu.

Kini, tiada apa-apa berlaku. Malah kerajaan negeri pimpinan ustaz Azizan pula berkata siapa yang menentang 'projek pembangunan' itu dengan merobohkan madrasah itu sebagai orang bingai, atau tak reti bahasa atau dalam bahasa Inggeris yang bersopan ignorant atau jahil.

Wahai pembaca sekelian. Madrasah itu bukanlah madrasah biasa atau surau baru. Ia telah berusia lebih 100 tahun dan menjadi salah satu bangunan warisan Kedah di kota raya Alor Setar tua itu.

Perlu disebut, Alor Setar ialah salah sebuah bandar yang tertua di dunia, berusia sekitar lebih 200 tahun.

Bangunan-bangunan tua seperti Madrasah Salihiah Kanchut itu sepatutnya diperbaiki dan perindahkan seperti Masjid Zahir Alor Setar – bukannya dirobohkan.

Madrasah itu sepatutnya dijadikan bangunan warisan. Carilah tanah lain untuk didirikan kompleks beli-belah itu atau biarkanlah madrasah itu berdiri megah di keliling pusat beli-belah tersebut.

Yang mahu dirobohkan ini pula bukan bangunan tua yang bukan-bukan, ia adalah tempat ibadah yang maha suci umat Islam. Islam pula ialah parti yang kononnya didokong oleh parti Pas, parti yang memerintah Kedah sekarang?

Apa sudah jadi ini? Mana pergi hulubalang Pas yang sanggup tidur di atas jalan di Kuala Kangsar dulu dan sanggup menjadikan tubuh badan sebagai perisai di hadapan kereta FRU semasa demo Bersih dulu? Pergilah pertahankan madrasah berusia 100 tahun itu.

Azizan kata kita semua bingai. Menteri Besar itu kata dia pandai. Katanya kita roboh madrasah berusia 100 tahun itu, kita bina kompleks beli-belah dan kita buatlah surau di bawah bangunan itu. (Di atasnya ada apa?)

Tak apalah kita semua bingai. Apa yang Azizan itu cakap samalah seperti kita robohkan Masjid Zahir, kita bina kompleks beli-belah di atasnya dan kita buat surau yang indah-indah di dalamnya. Bolehkah kita perdengarkan azan di dalam kompleks beli-belah itu, sama seperti madrasah itu sekarang? Jika sebuah surau lain dibina di bawah bangunan atau di tapak lain, adakah sama dengan Madrasah Salihiah berusia 100 tahun itu?

Kita bukan nak beremosi di sini. Cuba kita bandingkan dengan senario ini: Pas pernah melancarkan kempen Kerajaan Selangor Zalim sekitar 2003 kerana kononnya Menteri Besar ketika itu, Dr. Khir Toyo mahu menamatkan tauliah solat Jumaat sebuah surau sementara dan merobohkannya di bawah sebuah pangsapuri lima tingkat di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. Itu hanyalah surau berdindingkan plywood yang didirikan, sementara sebuah masjid iaitu Masjid Al-Hasanah siap dibina.

Oleh kerana surau itu sudah menjadi markas pengikut Pas, maka mereka melancarkan tentangan hebat dan blog-blog memainkan peranan dengan melancarkan kempen zalim terhadap kerajaan negeri.

Jika sebuah surau sementara di bawah sebuah flat Jubli Perak itu pun ditentang habis-habisan oleh puak Pas, bandingkan pula Madrasah Salihiah Kanchut berusia 100 tahun? Kenapa senyap sunyi?

Oleh itu wahai sahabatku di Kedah, cubalah lihat hipokrasi yang anda semua tunjukkan. Sesungguhnya kami sedih kerana anak-anak kami dan kaum kerabat kami telah dikelirukan oleh anda semua selama ini.

Kelmarin ustaz Azizan dengan megah menaiki jentera backhoe membuat upacara pecah tanah – tanpa mempedulikan tunjuk perasaan kariah. Kompleks membeli-belah itu berharga RM500 juta. Turut hadir ialah Pengarah Urusan syarikat pemaju, Belleview Group, Datuk Sonny Ho, sebuah syarikat berpangkalan di negeri pakatan, Pulau Pinang.

Sesungguhnya Allah amat murka dengan orang yang munafik. Antara ciri-ciri munafik yang berat ialah: Apabila berbicara selalu berbohong (Orang ini tidak boleh dipercayai dalam setiap perkataan yang diucapkan); Apabila berjanji tidak ditepati, dan; Apabila diberi kepercayaan mereka mengkhianatinya.

Semua ciri itu adalah bertentangan sama sekali semasa mereka berjanji ketika pilihan raya lalu.

Akhir sekali, wahai umat Islamku semua marilah kita mempertahankan dan menyelamatkan Madrasah Salihiah Kanchut di Jalan Tambang Badak di Alor Setar daripada dirobohkan.

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita daripada sifat-sifat munafik dan kejahatan orang munafik.


FAKTA MADRASAH SALIHIAH KANCHUT

Jalan Tambang Badak, Alor Setar, KEDAH

DIBINA pada tahun 1327 Hijrah atau 1909. Kini berusia 102 tahun.

Bangunan yang asalnya diperbuat daripada kayu itu diasaskan antaranya oleh Hajah Aisyah.

Tapak asal Madrasah Salihiah adalah kira-kira 0.1 hektar namun mengecil kepada 0.08 hektar selepas sebahagian daripada tanahnya diambil untuk tujuan pembinaan jalan raya.

Tapaknya berstatus tanah wakaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.

Madrasah itu kini mempunyai kira-kira 200 ahli kariah, bahkan kariah dari Jalan Titi Siam, Kampung Pisang, Jalan Menanti dan umat Islam lain juga menggunakan kemudahan yang ada di madrasah itu.

Setelah sekian lama digunakan, pada 23 Oktober 2011 pihak Madrasah Salihiah menerima notis daripada Kerajaan Negeri Kedah agar mengosongkan bangunan madrasah itu untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Ahli kariah tidak berpuas hati kerana ia melanggar keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kedah pada 8 Rejab 1431 iaitu 21 Jun 2010 yang menyatakan. "Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa surau ini hendaklah dikekalkan di tempat asalnya tanpa diruntuhkan struktur asal bangunan tersebut demi kemaslahatan jemaah berdekatan untuk beribadat dan melakukan aktiviti keagamaan."

Namun pada cabutan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 4 Julai 2011, jawatankuasa itu membuat pindaan terhadap keputusan yang dibuat pada 21 Jun 2010.

Pindaan itu membenarkan madrasah itu digantikan dengan surau baru yang dibina oleh pemaju dengan beberapa syarat ditetapkan.

Notis mengosongkan bangunan itu diberikan lagi oleh kerajaan negeri yang berakhir 10 November 2011 bagi pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob.

Kerajaan negeri berjanji akan menggantikan Madrasah Salihiah Kanchut dengan surau baru di pusat beli-belah tersebut.


PMK
mana p puak2 pas yg lain?xkan xdak sekoq pun nak guling2 atas jalan bantah?ooh ostad jijan roboh surau 100 tahun hampa diam pulak.

PANAS!! DS NAJIB BUAT ANWAR, NIK AZIZ, GUAN ENG PENING LAGI

Posted: 16 Nov 2011 05:45 AM PST



Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat dengan mantap sejak 2009 tetapi yang sebaliknya berlaku kepada tiga pemimpin utama pembangkang, demikian menurut kajian oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Selain daripada Najib, kajian terhadap populariti lima personaliti kepimpinan di Malaysia yang dijalankan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIAM menunjukkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003 manakala Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, menyaksikan populariti mereka merosot.

Prof Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM, mengetuai kajian itu dari Mac 2008 hingga Julai 2011 bersama penyelaras penyelidikan, Azrul Hisyam Wakichan.

Satu sampel rambang purata 1,500 responden terdiri pengundi Melayu, Cina dan India dari seluruh negara ditanya mengenai kepuasan mereka terhadap kualiti kepimpinan kelima-lima pemimpin itu

Kajian itu menunjukkan peningkatan dalam populariti Najib adalah hasil usaha berterusan beliau untuk mendekati hati rakyat dan memimpin negara ke arah masa depan yang lebih cerah.

"Kajian ini dengan jelas menunjukkan responden Melayu, Cina dan India kini menerima Datuk Seri Najib," katanya.

Pada Okt 2008, 35 peratus responden Melayu, 33 peratus Cina dan 41 peratus India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59 peratus, 45 peratus dan 62 peratus.

"Hakikatnya rakyat kini lebih bersedia menerima Datuk Seri Najib sebagai pemimpin mereka," kata Syed Arabi yang menjalankan kajian mengenai populariti pemimpin-pemimpin sejak 1989.

Mengenai punca kemerosotan populariti Anwar, Nik Aziz dan Lim, beliau berkata ia banyak berpunca kerana isu-isu semasa dan kegagalan untuk mencapai kata sepakat dalam banyak hal.

Azrul Hisyam, yang menyelaras kajian itu, berkata kajian yang sama mendapati rakyat Malaysia masih memandang tinggi Dr Mahathir dan segala sumbangannya.

Purata 74 peratus daripada responden dalam soal selidik itu menunjukkan mereka menyanjungi Dr Mahathir sepanjang kajian empat tahun itu.

Azrul Hisyam berkata rakyat Malaysia melihat Dr Mahathir sebagai pemimpin yang telah membuktikan kebolehannya dan masih lantang bersuara.

"Mereka melihat beliau sebagai pemimpin teladan," katanya. - BERNAMA


ITU ADALAH SATU PETANDA BAIK BUAT UMNO DAN BN UNTUK MENAWAN KEMBALI NEGERI NEGERI YANG DI PERINTAH PEMBANGKANG,PENAT LELAH DS NAJIB YANG SENTIASA TURUN PADANG MENDEKATI RAKYAT DI SELURUH PELUSUK NEGARA SEDIKIT SEBANYAK MENDAPAT FEEDBACK YANG BAIK DARI RAKYAT..

RAKYAT SEKARANG SUDAH SEDAR DENGAN KEPERIHATINAN DS NAJIB MEMBELA RAKYAT DENGAN MENYEDIAKAN PELBAGAI KEMUDAHAN UNTUK MEMBANTU RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH DAN SEDERHANA.HARAP PEMIMPIN PEMIMPIN UMNO DAN BN YANG LAIN TERSENARAI DALAM KUMPULAN PEMIMPIN PALING POPULAR.

PMK
HABES LA HAMPA PR,RAKYAT DAH TAU KELENTONG HAMPA TU..

KASI PANAS LAGI!! Betul Ke PKR Dapat Dana RM300 Juta dari Yahudi?

Posted: 16 Nov 2011 02:11 AM PST



Jangan risau, bukan sahaja ADUN BN yang heboh bertanya mengenai kewujudan Dana Khas RM300 juta di Pejabat Menteri Besar Selangor. Kalangan Ketua-Ketua Cabang PKR juga sedang senyum sampai ke telinga menantikan dana tersebut diturunkan bagi kerja-kerja pilihanraya PKR di Selangor.

Anwar dengan sendirinya sudah meletakkan PKR di level yang tinggi sedikit. Selepas daripada ini, kesemua pemimpin DAP dan PAS perlu melutut sedikit kepada Anwar untuk mendapat dana pilihanraya. Hebat.

Dana khas yang diwujudkan atas nama 'budget code' MBI ini dikatakan akan diurus oleh beberapa orang tenaga kanan Pejabat MB dan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Anwar mahu diwujudkan penggunaan yang transparent dengan dana ini. Transparent – tetapi masih bertujuan untuk menggerakkan jentera parti.


Kalangan Ketua-Ketua Cabang PKR di Selangor berasa sangat lega kerana Azmin Ali dikatakan akan menjadi antara tenaga yang diperlukan bagi meluluskan penggunaan dana khas pilihanraya Pakatan Rakyat ini. Nama-nama lain: Rafizi Ramli, Faekah Husin dan seorang akauntan Negeri yang sudah dineutralkan menjadi pencinta Pakatan Rakyat tahap maksimum.

RM300 juta ini bukan kecil anak. Malahan, dengan sikap Pengarah JPP Selangor yang sangat 'tidak mesra' kepada UMNO/BN; dana ini akan memainkan banyak peranan.

Fokus yang diberikan tumpuan adalah prasarana yang diperlukan masyarakat sekeliling. Yang kecil-kecil sahaja. Bawah RM20k insya'Allah boleh dipohon dan diluluskan dengan kadar segera.

Perhatian khas dan istimewa diberikan kepada kerusi-kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Lain-lain tempat akan diberi menurut pertimbangan YB Azmin Ali yang bakal dilantik sebagai 'core-coordinator' kepada bajet ini.

Lupa dimaklumkan, dana sama turut boleh dikongsi jentera PR yang bermasalah di negeri lain. Boleh. Tapi tidak dalam jumlah yang banyak. Fokus dan keistimewaan diberikan kepada jentera PKR.
Bayangkan sahaja gerakerja pilihanraya PR yang boleh digerakkan dengan dana RM300 juta ini. Sure mantap.

Khabarnya, beberapa orang wakil PAS Terengganu juga sudah membuat lawatan rasmi kepada YB Azmin untuk mendapatkan bantuan khas. Walaupun dana diletakkan di MBI, namun Azmin diberikan tugas besar dalam mengurus dana ini.

Yang penting, RM300 juta ini sudah menaikkan SAHAM POLITIK PKR di kalangan teman-teman Pakatan Rakyat.

Anwar sudah ada modal politik baru. Tak lah banyak sangat. RM300 juta. Tapi boleh beri kesan jangka panjang.

Gelagat Anwar

KASI PANAS!! Apabila Syaitan Mengelupur Mendengar Azan!!

Posted: 15 Nov 2011 11:45 PM PST

ni bapak segala setannya..

Juak-juak Dap ni umpama syaitan yang marah apabila malaikat cuba berbuat baik. Kerja mereka bangkang-bangkang dan terus membangkang hatta ada perkara baik yang boleh dilakukan untuk kebaikkan rakyat!

Suasana hambar persidangan Dewan Rakyat pada Isnin bertukar kecoh apabila ahli Parlimen pembangkang dan Barisan Nasional (BN) masing-masing bertikam lidah mengenai isu pemberian bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar seperti yang diumumkan pada perbentangan Bajet 2012.

Kekecohan berlaku apabila beberapa wakil rakyat pembangkang dengan lantang mempertikaikan keputusan kerajaan memberikan bantuan persekolahan berkenaan yang kini disalurkan kepada akaun sekolahmasing-masing secara serta merta.


M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) membangkitkan Peraturan Mesyuarat66(4) dengan menyatakan bahawa tindakan pemberian wang bantuan persekolahan itu adalah salah dan tidak mengikut peraturan.

"Pemberian ini tidak mengikut peraturan. Bagaimana kerajaan boleh beri bantuan RM100 kepada setiap pelajar sedangkan Bajet 2012 masih belum diluluskan di Dewan ini?

"Kalau kami jadi kerajaan, kami boleh beri RM1000 kepada setiap pelajar, tapi isunya ialah perlu ikut peraturan," katanya pada sesi perbahasan pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2012.

Bagaimanapun Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee menghalang Kulasegaran membangkitkan isu berkenaan kerana ia tidak berkaitan dengan peraturan mesyuarat tersebut.

"Perkara berkenaan tidak bertentangan dengan peraturan mesyuarat. Saya serahkan perkara tersebut kepada pihak kementerian untuk menguruskannya," katanya.

Peraturan 66(4) menyatakan setelah dibacakan Rang Undang-undang Perbekalan itu kali yang kedua dan usul mengenai Anggaran Pembangunan disetujukan, Rang Undang-undang dan ketetapan akan terserah kepada Jawatankuasa sesebuah Majlis.

Keputusan Ronald itu menimbulkan kemarahan beberapa ahli Parlimen pembangkang termasuk Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) dan Chong Eng(DAP-Bukit Mertajam).

Kekecohan semakin ketara apabila beberapa ahli Parlimen BN mendakwa tindakan pembangkang itu seolah-olah mereka tidak bersetuju dengan pemberian bantuan berkenaan.

"Kerajaan ada duit, apa salahnya kalau kita belanjakan untuk rakyat?

"Inilah masalah pembangkang, mereka tidak tahu belanjakan wang untuk kepentingan rakyat. Semua perkara mereka nak bangkang," kata Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol).

Minggu lalu Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa bantuan RM100 kepada pelajar akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing serta merta.

Bagaimanapun bantuan persekolahan itu akan disalurkan kepada pelajar Tingkatan Satu hingga Tahun Lima, dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011.

Sementara pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi pesekolahan 2012, pembayaran bantuan persekolahan akan dibuat pada Januari tahun depan bagi memastikan pelajar sudah mendaftar di sekolah masing-masing bagi memudahkan pembayaran.

McTheory:
Puak ni memang bermasalah mental..baik pun salah..

KASI PECAH!! KERAJAAN KEBAJIKAN KEDAH PAKAR MENGURUS EKONOMONEY

Posted: 15 Nov 2011 08:08 PM PST



Kerajaan PAS Kedah Bentang Belanjawan Defisit

Kerajaan PAS Kedah pada Selasa membentangkan belanjawan 2012 defisit berjumlah RM1.008 bilion berbanding anggaran hasil RM550.8 juta.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak semasa membentangkan belanjawan pada sidang Dewan Undangan Negeri, berkata RM570 juta akan diguna untuk perbelanjaan mengurus, RM259 juta untuk pembangunan dan RM179 juta bagi bekalan air.

Bagi belanja mengurus, sebanyak 38 peratus adalah untuk emolumen, bekalan dan perkhidmatan (19 peratus), pemberian dan kenaan tetap (38 peratus), pembelian aset (dua peratus) dan perbelanjaan lain (tiga peratus).

Bagi perbelanjaan pembangunan, 57.6 peratus adalah untuk projek infrastruktur, pertanian (12.96 peratus), pentadbiran (16.9 peratus) dan kemudahan sosial (13.84 peratus).

Azizan berkata hasil negeri bagi tahun 2012 dijangka meningkat 5.61 peratus kepada RM550.8 juta berbanding unjuran tahun ini, iaitu RM521.5 juta.

Empat strategi akan dilaksana bagi mencapai sasaran kutipan hasil tahun depan, iaitu meningkatkan pertumbuhan ekonomi dengan memperkasa sektor pertanian, meningkatkan kesejahteraan rakyat, meningkatkan modal insan dan memperkasa tadbir urus kerajaan negeri.

Azizan berkata kerajaan negeri juga menyambut baik pengumuman peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM420 juta untuk membangunkan Langkawi dan untuk itu satu pasukan petugas ditubuh bagi menyelaras dan menyusun semula pembangunan Pantai Cenang.

Selain itu, kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah juga akan memajukan 160 hektar kawasan industri di Kulim Hi-Tech Park dan 80 hektar di Bukit Kayu Hitam yang bakal meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini, katanya.

Mengenai kemasukan pelaburan dan bidang pembuatan, beliau berkata jumlah pelaburan yang diterima pada tahun 2010 ialah RM1.96 bilion dan sehingga Ogos tahun ini, pelaburan yang diterima ialah RM725 juta.

"Kerajaan negeri mengambil langkah untuk tidak meningkatkan Belanjawan 2012 bagi mengelakkan defisit yang besar serta membebankan kerajaan pada masa depan," katanya.

Azizan berkata kerajaan negeri juga bakal menerima hasil baru daripada aktiviti kuari bijih besi di beberapa daerah dan bayaran royalti lumayan akan diterima tahun hadapan, kata Azizan.

Beliau berkata bagi menghadapi banjir, kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM15.2 juta untuk melaksana projek tebatan banjir, pemuliharaan sungai dan menaiktaraf sistem saliran.

Dalam ucapan belanjawan itu, Azizan turut merakamkan ucapan tahniah kerajaan negeri kepada Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong untuk kali kedua untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa 13 Dis ini.(Bernama)


PMK
AWAT PENCACAI DIAM XTAU BILA PAS KEDAH BENTANG BAJET DEFISIT..BILA BN BENTANG HAMPA HINGAQ SMPAI BERBULAN2..NI XDAK SEKOQ PUN BUNYI

WAJIB TENGOK!! Orang-Orang Gila Paling Berbahaya Di Malaysia!!

Posted: 15 Nov 2011 05:10 PM PST


Peningkatan jumlah pesakit mental di Malaysia kini dilihat selari dengan ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa beban penyakit berkenaan akan meningkat 16 peratus menjelang 2020, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin hari ini.

Jelasnya, sebanyak 400,227 pesakit mental menjalani rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun lepas dan jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 15.6 peratus daripada tahun sebelumnya.


Poster ciptaan Pelantaq Hujah

Macam mana tak meningkat kalau orang-orang gila seperti gambar di atas masih lagi bebas berjalan kesana kesini. Orang gila seperti diatas ni la yang dok menghasut orang siang dan malam supaya jadi gila seperti mereka. Tidak sepatutnya orang-orang gila ni dibiarkan, kerana virus yang mereka bawa akan membuat jangkitan yang serius kepada mangsa yang dijangkiti.


Tanda-tanda Virus dijangkiti seperti berikut:

  • Jadi taksub pada pemimpin Pakatan secara membabi buta.
  • Menganggap Mat Sabu, Mahfuz dan Zuraida Mak Lampir diantara manusia paling pandai di dunia.
  • Menyembah gambar pemimpin Pas yang dikatakan wali selipar.
  • Melihat kejahatan dalam setiap kebaikkan yang dibuat oleh kerajaan.
  • Hanya berminat membaca Harakah, Suara Keadilan dan The Roket semata-mata.
  • Sanggup bergolok bergadai janji boleh pergi dengar ceramah Pas.
  • Sanggup mengabaikan keluarga, kononnya jihad untuk Islam. Hakikat sebenarnya, jihad pertama dalam Islam adalah menjaga kebajikan keluarga.
  • Melihat kejahatan orang lain, sedangkan diri sendiri pun teruk.
  • Tidak melihat Anwar didalam video seks Anwar.. nampak orang lain.
  • Merasakan Dap itu umpama umat Islam yang boleh dipercayai.
  • Menyokong Dap menjadi Perdana Menteri
  • Merasakan dirinya Islam terlebih dari orang lain.
  • Akhir sekali, menganggap Nik Aziz sebagai maksum dan taksub.
Jika anda mempunyai simptom-simptom diatas, anda dikehendaki ke hospital dengan secepat mungkin. Anda dipercayai sudah terkena penyakit gila babi Pakatan. Di beritakan penyakit ini akibatnya lebih teruk dari penyakit anjing gila.

Kalau tidak sembuh juga, sila hentakkan kepala anda kedinding sebanyak 50 kali dengan kuat. Mungkin akan sembuh. Kalau tak sembuh, anda mungkin ke rahmaltullah secepat mungkin.


McTheory:
Tips perubatan diatas, tidak terjamin keberkesanannya.. harap maklum.. heh..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...