Nampaknya kuasa serta pengaruh politik telah menyebabkan kaum kiasu DAP semakin berani melakukan apa saja terhadap umat Islam. Di negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka, sudah banyak perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti Islam terjadi akibat dari sikap kurang ajar mereka yang tak tahu menghormati perasaan bangsa majoriti dalam negara.
Sebelum ini, kita melihat sendiri bagaimana DAP di Pulau Pinang cuba menghalang perarakan Maulidur Rasul. Kemudiannya sekali lagi kroni-kroni DAP di negeri itu cuba menimbulkan ketegangan dengan menghapuskan bacaan Tahrim sebelum azan subuh dengan alasan ia menggangu kaum lain yang sedang tidur.
Tetapi mujurlah diatas bantahan serta kecaman yang dilakukan oleh umat Islam, DAP serta kroni-kroninya di Pulau Pinang tak mampu meneruskan hajat mereka walaupun ada segelintir orang Islam penyokong Pakatan sendiri cuba untuk menegakkan benang yang basah.
Kini terjadi pula peristiwa yang hampir sama di Selangor. Maruah serta hak umat Islam untuk beribadat cuba dihalang apabila MPSJ dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan mahu merobohkan surau yang dibina oleh penduduk setempat dengan wang hasil kutipan kariah mereka sendiri.
Perkara ini tentunya tak dapat kita bayangkan terjadi sebelum ini didalam negara dimana Islam menjadi agama rasminya. Namun, apa yang selama ini kita sangka hanya boleh terjadi didalam mimpi, kini benar-benar telah wujud secara realiti hasil dari percampuran pemerintahan kerajaan negeri dengan kaum kafir yang memusuhi Islam.
Cuba bayangkan betapa sayu dan sedihnya penduduk-penduduk beragama Islam yang menetap di Rumah Pangsa kos rendah Indah Court Jalan PJS11/7a, apabila surau yang mereka dirikan dari hasil kutipan derma sesama mereka mahu dirobohkan dengan alasan pembangunan.
Dan lebih menjengkelkan, pihak pemaju mahu menggantikan surau tersebut dengan pembinaan surau di bangunan tempat letak kereta sahaja! Apakah tempat beribadat umat Islam kini hanya layak ditempatkan bersamaan dengan bangunan untuk meletakkan kenderaan awam?
Dari satu segi, cuba bayangkan jika yang bakal dirobohkan itu adalah kuil, tokong ataupun gereja bagi kaum kafir.. Pastinya ia akan menimbulkan kekecohan akibat dari salakan semua wakil-wakil DAP serta Pakatan yang ada di dalam negara. Bermacam-macamlah dakwaan yang timbul kononnya kerajaan melakukan diskriminasi kaum serta menghalang bukan Islam beribadat.
Tetapi disebabkan yang hendak dirobohkan itu adalah tempat beribadat bagi umat Islam, perkara ini seboleh-bolehnya mahu didiamkan oleh mereka. Malah, mungkin ada yang suka perkara-perkara ini terjadi sebenarnya kerana ia dapat menghakis perpaduan umat Islam melalui institusi agama.
Jadi, umat Islam seharusnya bersatu menentang segala kemungkaran yang cuba dilakukan oleh puak-puak kafirun itu semua. Jangan biarkan maruah agama di injak-injak oleh mereka secara sesuka hati. Jika bukan umat Islam sendiri yang menjadi benteng menjaga kesucian institusi agama didalam negara, siapa lagi mampu kita harapkan?
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment