KALI ini saya bawakan suatu kisah benar yang mengispirasikan. Kisah ini dibawakan oleh Money Magazine. Berkenaan kisah 'super savers' yakni rakyat Amerika yang mampu menyimpan 35% sehingga 60% daripada jumlah pendapatan tahunan mereka. Dimana Money Magazine telah menemubual individu yang terdiri daripada pasangan suami isteri dan perseorangan untuk mengetahui apakah rahsia mereka sehingga mampu membuat simpanan besar seperti itu. Seramai 100 telah ditemubual dan kesemua mereka ini sedang menuju ke arah kebebasan kewangan serta bakal mengecapi alam persaraan yang selesa hasil simpanan besar mereka. Mungkin ada di antara anda yang bertanya, berapa super-kah mereka itu? Kebanyakan daripada penyimpan wang super Amerika ini memiliki sebanyak 2 juta USD dalam simpanan! Sebenarnya setiap daripada mereka ini mempunyai teknik unik dan tersendiri, apa yang saya gariskan di bawah ini adalah teknik sepunya mereka. Maksudnya, teknik serupa yang kesemua daripada mereka lakukan. — Rahsia Penyimpan Super #1: Beli di bawah kemampuan sebenar Sebagai contoh: mereka membeli rumah berharga USD200 000 walaupun mampu membayar rumah berharga USD300 000. — Rahsia Penyimpan Super #2: Simpan atau labur apa-apa pendapatan lebih Ini termasuklah rebat cukai atau lebihan cukai yang dipulangkan semula (tax refunds). — Rahsia Penyimpan Super #3: Jangan beli apa-apa selagi tidak mampu dibayar tunai Mereka membeli secara tunai. Jika belum mampu, mereka akan membuat tabungan khas untuk sebarang pembelian. Ini termasuklah pembelian kenderaan dan rumah. — Rahsia Penyimpan Super #4: Menetapkan matlamat yang boleh dicapai Mereka membuat senarai matlamat kewangan tetapi mendahulukan pencapaian kepada yang paling penting dahulu. Kemudian beralih kepada matlamat lain secara berperingkat. — Rahsia Penyimpan Super #5: Menabung secara automatik Kesemua mereka menyedari keutamaan menabung dan tahu betapa payahnya menabung. Jadi mereka menjadikannya semudah yang boleh. Malah wang ke tabungan mereka tidak pernah miss kerana ia sampai ke sana tanpa mereka Nampak wang tersebut. — Rahsia Penyimpan Super #6: Mempunyai beberapa sumber pendapatan Ada yang mempunyai dua gaji (suami isteri), satu untuk perbelanjaan seharian dan satu lagi untuk disimpan. Sementara yang lain, ada yang mempunyai hanya satu sumber pendapatan tetapi mempunyai kerja atau bisnes sampingan. — Rahsia Penyimpan Super #7: Berjimat dalam perbelanjaan seharian Mereka sering membandingkan harga dan membeli pada harga yang lebih rendah. Menggunakan kupon diskaun. Berbelanja pada waktu jualan murah. — Apabila melihat kepada senarai rahsia-rahsia bagaimana mereka mampu menyimpan sebegitu banyak, tiga perkara terlintas di fikiran saya: disiplin kendiri, simpanan automatik dan matlamat yang jelas! |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment