Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


SOSIAL!! Geram Kekasih kata 'Burung Kecil' Di buktikannya dengan ROGOL!

Posted: 27 Oct 2011 10:42 AM PDT

Hiasan semata


Hanya gara-gara diejek memiliki kemaluan kecil oleh kekasihnya sendiri, seorang remaja nekad memperkosa teman wanitanya yang berusia 13 tahun seorang pelajar kelas satu sebuah SMP.

Sulkhan 22 tahun, mengaku sudah memperkosa Bunga sebanyak tiga kali sejak Raya Aidil Fitri lalu. Sulkhan juga mengaku dirinya memperkosa Bunga kerana kerap diejek kekasihnya itu. "Saya sering diejek memiliki 'burung' mini, dan sebab itu saya mahu buktikan," kata Sulkhan kepada penyiasat.

Terbongkarnya kes ini bermula ketika orang tua mangsa didatangi pihak sekolah. Kerana, Bunga banyak mengalami perubahan sikap. Bahkan beberapa mata pelajaran jatuh menjunam. Bunga dipanggil untuk diberikan bimbingan dan kaunseling. Dari proses bimbingan dan kaunseling itu, Bunga mengaku sedang dibelit masalah akibat disetubuhi Sulkhan, kekasihnya sendiri sebanyak tiga kali, dan mengaku menyesal telah melakukan perbuatan itu.

Sulkhan menggauli kekasihnya pertama kali di kawasan persawahan Desa Brambang, Kecamatan Diwek. Yang kedua dicumbu di Kandang ayam Desa Barongsawahan, dan terakhir di sekitar kawasan tanaman Tebu Kecamatan Perak.

Semua itu dilakukan pada siang hari, yakni setelah Pulang sekolah.

Namun, akibat perbuatannya itu Sulkhan ditangkap Polis pada Selasa (27/9/2011). Kini kesnya ditangani Unit Perkhidmatan Hamba perempuan dan Anak (PPA) pada Satreskrim Polres Jombang.


McTheory:
Macam-macam hal dengan budak2 sekarang...

Amanat Pada Semua Umat Islam dari Mufti Perak, Harussani Zakaria

Posted: 27 Oct 2011 08:19 AM PDT


Ucapan semasa HIMPUN yang lepas..

GEMPAR!! Bahaya Gelombang Hak Asasi Manusia!!

Posted: 27 Oct 2011 06:04 AM PDT



Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor memberi amaran Malaysia mungkin akan menghadapi gelombang politik baru memperjuangkan hak asasi manusia yang bakal menruntuhkan dan menghakis dasar-dasar negara yang sebelum ini dipersetujui bersama.

Katanya, gelombang 'hak asasi manusia' dianggap sebagai 'agama baru' untuk melahirkan masyarakat sivil berpandangan liberal yang menjadikan Amerika Syarikat dan United Kingdom sebagai kiblat baru perjuangan mereka.

Selain itu, penggerak gelombang ini akan berusaha mempersoalkan dasar-dasar yang telah diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia sebelum merdeka seperti kontrak sosial dan prinsip jus soli.
Institusi raja-raja juga turut menjadi tumpuan kelompok ini.


"Setiap abad ada gelombangnya dan kita tidak boleh menahan gelombang ini.

"Sekarang ini gelombang hak asasi manusia. Sebelum ini, gelombang Marxisme, Sosialisme (komunisme)" kata Rahim ketika berucap di hadapan kira-kira 7,000 perwakilan semasa merasmikan Persidangan Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia kali kedua di Dewan Centrum, Taman Setiawangsa hari ini.

Katanya, contoh yang paling hampir bermulanya kebangkitan gelombang baru ini dengan ada perhimpunan haram BERSIH 2.0, 9 Julai lalu.

Sementara itu, perhimpunanan agung PERKASA hari ini bersetuju sebulat suara melantik Datuk Zulkifli Noordin sebagai naib presidennya yang baru.

Zulkifli dilantik melalui usul tergempar yang dikemukakan oleh ahli dewan tertinggi PERKASA Muhammad Zahid Md Arip.

Turut hadir dalam perhimpunan itu adalh bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas menteri kabinet Datuk Khalid Yunus, ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak dan juga ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Puak pembangkang sering melaungkan hak asasi manusia. Namun ramai dari mereka tak tahu bahawa, hak asasi di wujudkan oleh Yahudi Israel untuk dunia memberi mereka hak untuk hidup. Namun mereka juga menafikan hak asasi penduduk Palestin, apakah itu cara benar hak asasi manusia?

Itu jenis manusia bertopeng syaitan, cakap tak serupa bikin.


McTheory:
Apa pun Tahniah YB Zul..PERKASA kan lagi PERKASA!!

PANAS!! Anda Anti Namewee? Meh klik sini!!

Posted: 27 Oct 2011 03:35 AM PDT


Satu perhimpunan aman akan di lakukan dibawah anjuaran Gerakan Anti Namewee (GAN) Hulu Langat. Tujuannya adalah untuk menghantar memorandum kepada SKMM dan pihak berkuasa bagi mengambil tindakan ke atas Namewee yang di rasakan sudah melampau.

Tarikh, masa dan tempat seperti kat banner tu. Tuan-tuan dan puan-puan di jemput memberi sokongan.


McTheory:
Namewee.. lambang cina paling rasis di Malaysia!!

PANAS!! Apabila Blogger UMNO di COP tak Bersekolah!!

Posted: 27 Oct 2011 12:37 AM PDT



Siapa tak tahu, akhbar cina adalah akhbar paling rasis dalam Malaysia. Mereka menuduh orang lain rasis dan tidak mempunyai semangat 1Malaysia, namun hakikat yang sebenar puak yang menuduh itulah bapak segala rasis dalam Malaysia ni.

Terbaru akhbar China Press dan penulisnya Koh Kok Wee, memperlekehkan blogger UMNO sebagai tidak bersekolah. Blogger UMNO di COP sebagai tidak bersekolah kerana dikatakan terbabit dalam isu menyerang anak Guan Eng yang ramas nenen. Koh Wee menganggap serangan peribadi kepada anak Guan Eng adalah satu tindakan yang tak bersekolah.


Kemudian, Kok Wee yang "sekolah tinggi-tinggi" itu merujuk kepada sejarah negara China dengan menceritakan tentang hulubalang Xiang Yu dan hulubalang Liu Bang yang berperang di zaman King of Western Chu Xi. Dan Kok Wee yang mungkin berjaya di "sekolah paling tinggi di dunia" itu turut menyelitkan cerita The Warring States Period yang menyentuh perasaan mengenai Panglima Lee Yang yang tewas setelah membunuh anak Maharaja Chong Shan!

Tinggi sungguh ilmu Kok Koh Wee. Banyak sejarah China yang dia tahu. Tapi malangnya, dia selama ini hanya menyimpan ilmunya dalam seluar dalamnya. Dikala pihak parti pembangkang menyerang anak dan keluarga pemimpin UMNO mahupun BN, Koh Wee hanya berdiam diri.

Ketika anak-anak, keluarga, besan, sanak saudara pemimpin Kerajaan diserang, mungkin Koh Wee sedang ketawa berdekah-dekah sambil menyokong serangan tidak beretika itu. Cerita-cerita purba China itu diperam selama mungkin di celah pahanya.

Namun, bila sekali saja anak pemimpin DAP diserang blogger UMNO, terus Koh Wee melenting, melatah yang bukan-bukan. Habis keluar cerita perang China sana sini. Kalau boleh, cerita Fong Sai Yuk dan Wong Fei Hong pun nak diselitkan jugak!

Saya ingin bertanya kepada Koh Wee yang "belajar sekolah tinggi" ini, mengapa perlu ada pandangan berpilih? Mengapa perlu ada "double standard"? Mengapa tidak Koh Wee menyerang pemimpin-pemimpin pembangkang yang menyerang anak-anak, keluarga dan sanak saudara pemimpin UMNO dan BN.

Sebagai contoh, isteri Perdana Menteri diserang hampir setiap hari, anak Perdana Menteri pun diburuk-burukkan setiap hari, anak Datuk Seri Hisyamuddin pun di serang juga oleh blogger-bloger pembangkang. Malah, anak-anak mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pun teruk diserang ketika ayah mereka itu mentadbir negara.

Di mana Koh Wee ketika itu? Masih di dalam buaian, kah? Koh Wee "bisu"kah ketika itu? Jari jemari Koh Wee "cacat"kah ketika itu? Atau Koh Wee masih lagi belum habis menuntut belajar di "sekolahnya yang tinggi-tinggi" itu?

Pada saya, pendapat Koh Wee itu sangat jelas berat sebelah, "pathethic", rapuh, berpihak dan terang-terang tidak berasas. Dalam ertikata lain, salah sama sekali penghinaan dan dakwaannya terhadap blogger pro-UMNO.

Bukanlah berniat untuk meninggi diri, namun pada pandangan saya, Koh Wee dan China Press perlu balik dan belajar di "sekolah yang lebih tinggi" sebelum memberi kritikan terhadap senario politik Malaysia pada masa ini. Rasanya, sekolah Koh Wee dan akhbar Cina itu belum cukup tinggi lagi.

Seperkara lagi, kalau nak kritik pun, berikanlah kritikan yang membina dan tidak menghina mana-mana pihak. Apa "sekolah tinggi" Koh Wee dan China Press tidak ajar tentang etika dan moralkah dahulu? Jangan nampak telur tembelang sebiji di sebelah pihak sini saja kerana di pihak sana ada berjuta biji lagi telur tembelang yang jauh lebih busuk dan keji!

Sumber artikel Mc ambil kat sini cuma ada sedikit edit.

Sememangnya akhbar2 cina hari-hari mengutuk kaum melayu dan mengeluarkan artikel rasis yang menghasut. Namun perkara ini tidak di endahkan oleh sesiapa pun. Namun kali ini mereka sudah lebih, mereka rasa merekalah manusia paling pandai, kerana bersekolah tinggi.

Hakikat sebenarnya, merekalah yang mula menyerang peribadi dan mengutuk sensitiviti kaum. Kemudian menyalahkan orang lain untuk menutup pekung mereka sendiri.

Apakah manusia jenis ni bersekolah TINGGI, tinggi mana, atas pokok?


McTheory:
Ini jenis, nang but tie' nang, kui but tie' kui..

PANAS!! Pas Ada Pusat Latihan Latih Penganas??

Posted: 26 Oct 2011 09:36 PM PDT


Nak kata terkejut sangat tu tak la, sebab Mc tahu memang puak Pas ni yang terlebih ektrim sebab selalu kena racun otaknya tu sudah wujud. Kes Al-Maunah dulu pun, dikatakan ada terbabit dengan Pas. Pas ni memang mengajar ahlinya menjadi sesat. Teruk benor dah ni.

TUDIAA!! Patutla banyak masalah sosial di Kedah, Konsert Terap Care, Apa dah jadi??

Posted: 26 Oct 2011 06:33 PM PDT

                         
Terap Care telah menganjurkan satu konsert di Dewan Pekan Naka



Terap Care adalah satu badan Ngo yang di katakan bergerak mencari sumbangan terhadap orang-orang miskin,,yang di pengerusikan oleh Mohd Hamizan Amzah dan penaungnya adalah YB Nasir Zakaria (Ahli Parlimen Padang Terap). Baru-baru ini Terap Care telah mengadakan satu konsert untuk anak-anak muda yang di namakan "Malam Kesenian Anak Muda" pada 23 oct 2011 di Dewan Naka, Padang Terap.. Hasil sumbangan dari penderma yg memberi kebajikan pada golongan orang miskin telah di salah gunakan untuk menganjur satu konsert.




     Dewan Naka di Pekan Naka,Padang Terap,berlangsungnya konsert tersebut



Poster Konsert anjuran Terap Care
   

                                                    golongan muda pertugas dari Terap Care


gambar menunjukan  YB Nasir Zakaria bersama pengerusi Terap Care 
     Mohd Hamizan Amzah

Yang teramat menyedihkan apabila berakhirnya konsert tersebut..setelah pihak penganjur Terap Care
gagal dalam menyediakan garis panduan kepada golongan muda yang menghadiri konsert tersebut..dan lihat setelah habis konsert tersebut


gambar selepas konsert..
                                                                 
             
Artikel yang Mc ambil dari Media Kedah.

Apa dah jadi? Dulu Pas sakan menuduh UMNO punca masalah sosial.. Sikit-sikit UMNO, apa benda yang terjadi pun, semua UMNO yang salah. Sekarang, bila Pas perintah pun, rasanya masalah sosial kat Kedah bukan makin berkurang, makin bertambah.

Kes dadah pun meningkat selama 3 tahun ni. Di mana kepimpinan Ulama yang selalu Pas laungkan? Atau hanya untuk pancing kuasa politik saja?

Ops.. silap, Pas sudah tolak Islam, mereka lebih pentingkan kebajikan. Kebajikan Pas kepada Dap.. itu yang kami nampak, lain takdak!


McTheory:
Rosak anak-anak melayu dengan  Pas ni..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...