Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


KASI PANAS!! Hasan Ali dedah baiah talak tiga dlm PAS!!

Posted: 26 Oct 2011 10:09 AM PDT


Keluar Pas, automatik tercerai la isteri2 mereka.. Ini kisah lama, tapi ramai yang tak tahu, untuk permintaan ramai, video ini diulang tayang. he he..


McTheory:
Pas fikir, Islam tu depa yang punya, tu yang payah tu..

BANJIR !!! OSTAT JIJAN AKUI KERAJAAN KEDAH TAKDAK DUIT.

Posted: 26 Oct 2011 08:08 AM PDT






Kerajaan Kedah merayu kepada Kerajaan Pusat agar menyalurkan bantuan bagi menghadapi kemungkinan banjir di negeri ini bulan depan.


Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pihaknya akan menghantar surat kepada Kerajaan Pusat untuk memohon bantuan itu.

"Kita minta sekurang-kurangnya Pusat (Kerajaan Pusat) bagi peruntukan untuk persiapan menghadapi banjir. Tidak buat tebatan pun tak menngapa tapi sekurang-kurangnya kita dapat peruntukan untuk rakyat kita hadapi banjir.

"Kita mohon peruntukan antara RM6 juta hingga RM10 juta. Kalau kita kena (banjir) macam di Thailand, kita nak buat macam mana? Di mana Kerajaan Negeri nak cari duit?," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Rakyat Daerah Kubang Pasu di Pekan Kodiang dekat sini hari ini. — Bernama


HAHAHA.DIMANA KERAJAAN NAK CARI DUIT???AWAT OSTAT,?DUIT KERAJAAN TAK CUKUP KA NAK TAMPUNG PERSIAPAN BANJIR NANTI?MANA P GLC2 NEGERI KEDAH..TAKAT 6-10JUTA TAK KAN TAKDAK KOT?KA HAMPA SIMPAN NAK BUAT MODAI PRU13 NANTI??

DALAM CERAMAH2 PAS KOT KAMPUNG DUK SEMBANG DERAIH SANGAT KATA KERAJAAN PAS KUTIP HASIL BALAK BANYAK..MANA P DUIT YANG HAMPA KATA BERTIMBUN DAPAT TU?TAK KAN DEFISIT LAGI KOT?

P LA MINTAK KAT TOKEY YANG DAPAT JOB TEBANG BALAK TU..SURUH DEPA HULOQ SORANG 1JUTA PUN JADI LAH..

PMK
SEMALAM PAKSA RAKYAT BAYAR DUIT SEWA RUMAH,HARI NI MINTAK PERUNTUKAN LAK..MEMANG KEDAH DAH BANKRUP LA.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

TUDIAA!! Sumpah Kepala Otak Anwar, Tak boleh pakai!!

Posted: 26 Oct 2011 06:08 AM PDT



Hari ini, Presiden DAP, Karpal Singh berkata bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan dipenjarakan sekiranya ingkar pada perintah Mahkamah Persekutuan yang menetapkan bahawa seluruh penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang mengosongkan rumah masing-masing pada tahun 2009.

Katanya, pada Ogos tahun itu, Mahkamah Persekutuan mengarahkan semua penduduk kampung tersebut pindah dari rumah mereka dan menyerahkan kampung itu kepada pemaju Nusmetro Sdn Bhd untuk dibangunkan.

Benar. Memang benar kata Karpal itu. Tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka.
Namun, saya ingin bertanya kepada Karpal Singh yang juga merupakan seorang ketua barisan pembelaan Anwar Ibrahim tersebut, "APAKAH DI NEGARA INI TIDAK ADA MAHKAMAH RAYUAN..???".


Sebagaimana kita tahu, Karpal telah berjaya menangguhkan kes liwat Anwar Ibrahim dalam tempoh yang sangat lama. Lebih tiga tahun! Tidak bolehkah dia mewakili penduduk Kampung Buah Pala tersebut menangguhkan kes tersebut di mahkamah dan membua permohonan ke Mahkamah Rayuan untuk dibicarakan semula?

Tentu boleh bukan? Kalau untuk Anwar, boleh pula dia buat begitu. Tapi kalau untuk rakyat, khususnya penduduk Kampung Buah Pala yang telah termakan dengan "sumpah atas kepala" Anwar dan Pakatan Haram itu, kenapa tak boleh pulak?

Seperkara yang saya perhatikan, dengan kenyataan Karpal tersebut, ternyata Ketua Menteri Pulau Pinang takut membela nasib rakyat! Lim Guan Eng takut ke penjara! Guan Eng takut membela rakyat! Dan paling jelas, Guan Eng gagal sama sekali membela rakyat dengan sedaya upayanya atas kapasiti Ketua Kerajaan Negeri!

Sebenarnya, Guan Eng mampu menyelamatkan Kampung Buah Pala. Dia boleh menawarkan pampasan kepada pihak pemaju dengan tawaran yang setimpal atau yang lebih menarik sebagai timbal balas atas kerugian pihak pemaju itu. Namun tidak! Guan Eng memilih untuk cepat mengalah dan ternyata Guan Eng bagaikan ada agenda "tersembunyi" di sebalik isu kampung tersebut!

Hakikatnya, Anwar telah bersumpah di atas kepala seorang lelaki India yang juga merupakan penduduk kampung tersebut. Nampaknya boleh pulak Anwar bersumpah, ya? Kalau dengan Eskay, Saiful Bukhari dan Umi Hafilda, tak boleh pula Anwar bersumpah? Anwar lebih percaya pada sumpah atas kepala berbanding sumpah dengan nama Allah yang Maha Esa?

Hakikatnya Anwar telah melanggar sumpah atas kepala seorang India. Saya percaya, mengikut kepercayaan dan adat kaum India, tentunya ada hukuman yang setimpal untuk orang yang langgar sumpah seperti Anwar. Boleh saya tahu apa hukuman yang layak untuk "orang langgar sumpah" seperti Anwar itu?

Pada logik saya, bersumpah diatas kepala seseorang adalah bagaikan bersumpah dengan nyawa seseorang. Ini memandangkan bahawa kepada adalah tanda kehormatan, maruah, kehidupan dan nyawa seseorang. Semuanya letak dikepala.

Misalnya, jika saya ketuk, tampar atau mempermainkan kepala seseorang, sudah tentu dia marah sebab ia melibatkan maruahnya. Jika potong kaki, nyawanya mungkin tak melayang. Tapi kalau potong kepalanya, maka sudah tentu secara normal, nyawanya akan turut melayang!

Oleh itu, sudah tentu besar sekali "dosa" bagi mereka yang ingkar pada "sumpah atas kepala". Itu atas perspektif pandangan saya, apa pula kata orang India? Orang India tak kisah, kah?

Tak payahlah Karpal nak berdolak dalik atau "cover line" menyelamatkan Guan Eng atau Anwar lagi. Karpal juga mahu di"makan sumpah"? Jangan fikir orang India di Pulau Pinang bodoh. Ramai dari mereka yang terpelajar dan punya akal untuk berfikir. Mereka bukan seperti "Chot" atau Malik "itik"!

Saya baru pulang dari kubu kuat PKR dan PAS di Guar Perahu tadi. Tak payahlah saya ceritakan secara terperinci. Nantikan saja PRU ke-13 nanti. Walaupun di depan pintu rumah mereka terpacak bendera PKR dan PAS, belum tentu lagi mereka akan memilih Pakatan Haram bila tiba musim mengundi nanti. Tak percaya? Tunggu sajalahhhh…!!!

Cerita ni Mc ambil kat SINI, Tapi pelikkan, nampak sangat sumpah atas kepala yang Anwar buat ni, tak boleh pakai. Kalau benar Anwar nak selamatkan kampung Buah Pala bukan tak boleh, hartanya ada berbillion2.. tak percaya klik SINI

McTheory:
Kepala Otak Anwar Berjambul.. he he..

AWAS!! Kedai Kereta Penipu!!

Posted: 26 Oct 2011 03:08 AM PDT



KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat jualan kereta terpakai di pinggir ibu kota dipercayai mengaut keuntungan mencecah ribuan ringgit hasil memperdaya pelanggan yang berminat mendapatkan kenderaan.

Taktik digunakan mudah, hanya melengah-lengah masa menyediakan kereta dipesan selain meminta pembeli menambah beberapa lagi bayaran atau caj tertentu sehingga mereka bosan dan membatalkan urus niaga.

Wang sudah dibayar dianggap 'hangus' menyebabkan ramai pembeli berputih mata malah difahamkan kira-kira 30 pembeli sudah menjadi mangsa sejak 2009 lalu.

Seorang mangsa, Khairul Azman Othman, 26, berkata, dia kerugian RM12,100 selepas membeli Toyota MRX terpakai di syarikat itu pada hujung 2009 lalu.


"Mulanya saya membayar RM1,000 sebagai deposit, tetapi jurujual meminta saya menambah lagi wang itu masing-masing RM3,000 dan RM8,000 dengan pelbagai alasan. Akhir sekali dia meminta tambahan RM5,000 kononnya sebagai caj perkhidmatan dan memberi kata dua, saya perlu bayar segera jika mahu kereta dikeluarkan.

"Saya meminta dia menyediakan resit, tetapi dia enggan menyebabkan saya terpaksa membatalkan urus niaga itu," katanya yang ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk mendapatkan bantuan dari sudut undang-undang, di sini, baru-baru ini.

Khairul Azman berkata, dia memfailkan permohonan ganti rugi di Tribunal Tuntutan Pengguna di Shah Alam dan keputusan pada 5 Ogos 2010 memihak kepadanya apabila syarikat itu diminta membayar sejumlah wang.

"Malangnya sehingga kini, syarikat itu tidak membuat sebarang pembayaran kepada saya dan masih beroperasi seperti biasa," katanya.

Seorang lagi mangsa, Nuril Azrin Fadzil, 34, berkata, dia kerugian wang deposit RM2,000 untuk membeli Perodua Myvi terpakai dengan taktik penipuan sama.

"Saya bercadang membeli kereta itu pada Januari 2010 lalu dan selepas merasakan diri ditipu, saya merujuk ke Tribunal Tuntutan Pengguna dan syarikat terbabit diarah membayar ganti rugi namun sehingga sekarang saya belum menerima apa-apa bayaran.

"Saya turut melaporkan perbuatan syarikat itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis kerana mengesyaki ia beroperasi tanpa lesen," katanya.

Sementara itu, Khairul Anwar berkata, orang ramai yang terpedaya dengan syarikat itu diminta tampil ke SukaGuam bagi urusan mengumpulkan maklumat bagi memudahkan proses memfailkan saman secara berkelompok.

"Saya juga meminta pihak institusi perbankan memperkenalkan sistem pembiayaan pinjaman kereta dengan cara pembeli berurusan terus dengan bank bagi mengelak berlaku kejadian seumpama ini.

"Pembeli membayar terus deposit kepada institusi perbankan manakala bagi kereta terpakai, pihak bank perlu menyiasat syarikat jualan sama ada ia mempunyai rekod baik atau sebaliknya. Dengan cara itu, pembeli dapat dilindungi daripada penipuan," katanya.


McTheory:
Yang dorang ni tu pun satu, mana boleh buat bayaran tanpa resit, akai ada ka?

SERAMMM!!!! PENAMPAKKAN SOSOK SOSOK MISTERI DI DEPAN SEVENG ELEVENG

Posted: 26 Oct 2011 02:05 AM PDT


Kejadian ini berlaku di Paka, Terengganu pada 23-24 oktober 11 baru baru ini..kemunculan sosok misteri tersebut berjaya dirakamkan oleh cctv premis berkenaan dan dirakamkan kembali oleh pekerja 7e tersebut.


pmk
seram bulu tengkok aku tgk..

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

PANAS!! Apabila Tsu Koon VS Guan Eng!!

Posted: 25 Oct 2011 11:11 PM PDT



Ini cerita yang tidak kurang panasnya. Presiden Gerakan yang suam-suam kuku ni nak lawan Guan Eng, yang umum tahu tengah pening dengan isu ramas nenen.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menegaskan beliau sedia untuk bertanding menentang Ketua Menteri Lim Guang Eng demi maruah parti selepas mendapat sokongan dari pelbagai pihak agar beliau bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Menurutnya Tan Sri Dr Tsu Koon beliau telah memaklumkan harsat menentang Lim Guang Eng pada PRU 13 kepada YAB Perdana Menteri dan juga kepada seluruh kepimpinan Gerakan. Menurut beliau lagi PRU 13 mesti bersedia meletakkan calon yang lebih agresif membawa pembangunan secara total kepada masyarakat di Pulau Pinang dan beliau sanggup mengambil amanah tersebut dengan bertanding menentang Lim Guang Eng yang bukannya berasal dari Pulau Pinang.

"Saya secara peribadi berhasrat bertanding menentang Lim Guang Eng tidak kira dimana kerusi yang beliau akan tandingi di Pulau Pinang. Saya anak kelahiran Pualu Pinang dan bukan orang luar yang tidak mengeatahui bentuk persekitaran yang ada di negeri Pulau Pinang.


"Saya yakin dan percaya mempunyai sokongan penuh daripada masyarakat di Pulau Pinang walaupun pengundi cina masih kurang memberikan sokongan kepada Barisan Nasional" katanya sambil menambah beliau berbuat demikian bukan kerana desakan beberapa pemimpin Gerakan pusat sebaliknya matlamat BN meraih kembali sokongan rakyat Pulau Pinang".

"Saya tidak akan beritahu anda apa yang hendak saya lakukan dalam menghadapi Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang ini tetapi saya memberi anda jaminan, saya bersedia untuk memastikan Liam Guang Eng tewas pada PRU 13 nanti," katanya.

Dalam sidang media itu juga Koh turut menemplak Lim Guang Eng yang masih lagi tidak melakukan kewajipan sebagai seorang Bapa dengan melaporkan kepada pihak Polis akan laporan yang dikeluarkan oleh Blogg Blogg mengenai insiden anaknya dilaporkan meraba payudara seorang remaja.

Menurut Koh "sebagai bapa yang bertanggungjawab dalam keluarga beliau Ketua Menteri harus bertindak dengan membuat laporan Polis bagi memberikan ruang untuk PDRM menjalankan siasatan akan insiden tersebut. Jika ianya terbukti satu fitnah maka ianya terpulang kepada Ketua Menteri untuk mengambil tindakan yang selanjutnya ke atas para Blogger yang dinyatakan."

Turut di ulas Koh "Lim Guang Eng tidak mampu menyelesaikan isu keluarga dan adalah satu hal yang amat memalukan seluruh rakyat Pulau Pinang apabila sebagai seorang Ketua Menteri beliau tidak mampu membersihkan nama keluarga yang juga turut mewakili rakyat Pulau Pinang yang mana beliau selaku Ketua Menteri.

Sudah ramai mencabar Guan Eng supaya membuat laporan polis, tapi beliau masih lagi menunggu dan hanya menuduh blogger memfitnahnya. Jika benar fitnah, buat la laporan polis. Susah ka?


McTheory:
Kepimpinan bermula dari rumah.. kalau rumah gagal.. lain hancur!

Negeri Kebajikan !!!! RUMAH AWAN DI KEDAH AKAN DISITA JIKA TAK BAYAR SEWA

Posted: 25 Oct 2011 09:08 PM PDT




Penyewa atau pembeli perumahan awam di Kedah yang ada tunggakan ansuran sewa beli yang tinggi, akan berdepan tindakan tegas termasuk kediaman disita jika gagal jelaskan bayaran selepas menerima notis mulai minggu depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, sehingga kini jumlah tunggakan keseluruhan mencecah RM20 juta membabitkan semua daerah.

"Kita akan mula menghantar notis kepada 5,000 penyewa yang dikenal pasti mempunyai tunggakan tinggi hingga lebih RM20,000 sejak lebih 20 tahun lalu.


"Kita nak maklum balas dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis dan minta penyewa bermasalah tampil untuk berbincang tentang cara bagaimana hendak menyelesaikan tunggakan mereka," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata, beban hutang yang tinggi itu menjejaskan proses penyelenggaraan di kawasan perumahan awam di bawah seliaan Bahagian Perumahan negeri.

Katanya, tindakan tegas juga akan diambil terhadap penyewa atau pembeli yang melanggar syarat perjanjian seperti menyewakan kediaman mereka kepada pihak ketiga.
Beliau berkata, terdapat 78 skim rumah awam membabitkan 15,000 unit rumah sewa beli di negeri ini, yang mana kadar bayarannya antara RM50 dan RM100 sebulan, selain 5,400 unit rumah transit atau sewa dengan kadar sewaan antara RM90 dan RM124 sebulan. — Bernama


NAMPAKNYA KERAJAAN PAS NEGERI KEDAH MEMANG DAH XDAK DUIT LANGSUNG SAMPAI PENYEWA & PEMBELI RUMAH AWAN DI KEDAH KENA TINDAKKAN SITA..KATA KEBAJIKAN UNTUK RAKYAT.TOLONG LA CARI INISIATIF UNTUK RAKYAT MACAMANA NAK LANJUTKAN TEMPOH PEMBAYARAN ATAU KURANGKAN.JUMPA PENYEWA TANYA MASALAH,BUAT SESI DIALOG DENGAN DEPA..BARU TAU APA MASALAH DEPA,KALAU LA ADA PENYEWA YANG SAKET DAN MEMANG TAK BOLEH BUAT KERJA MACAMANA DIA NAK BAYAR??BANYAK LAGI AGENSI KERAJAAN YANG LAIN BOLEH BANTU.

BAGI LAH SEDIKIT KELONGARAN KEPADA PENDUDUK..KEBANYAKAN RAKYAT DINEGERI KEDAH YANG TINGGAL DI PERUMAHAN AWAN NI SEMUA DARI GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH.KALAU KERAJAAN PAS KEDAH BUAT MACAM NI.MANA DEPA NAK TINGGAL LEPAS NI??KATA DUIT UNTUNG BALAK BERJUTA JUTA.BANTU LAH SETAKAT MANA YANG MAMPU..

KEPADA RAKYAT KEDAH,LEPAS NI PANGKAH LA LAGI PAS..PAS KAN MENGAMALKAN KEBAJIKAN,KESEJAHTERAAN RAKYAT..


PMK
PAS SEMBANG NAK TOLONG RAKYAT.TAPI BILA RAKYAT NAK P MINTAK TOLONG SEKOR2 XDAK..

GEMPAR!! Rayuan Sex Oral Untuk Guan Eng??

Posted: 25 Oct 2011 06:13 PM PDT



Ni apa cerita ni, main sembah-sembah? Macam pelik saja pun. Siap Tangan Guan Eng pegang cheque lagi tu. Cara duduknya pun lain macam saja.

Kalau nak provok dan puja Guan Eng pun agak-agak la, jangan sampai upah orang sembah sampai macam tu sekali.

Nak sembah ke, nak tut.. kah kah kah..

Apa pun Happy Deepavali pada semua kaum India yang beragama hindu.


McTheory:
Berapa la depa bayar perempuan tu..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...