Kedah Ke KL - MctHeory |
- Mampuih dah.. 18sx Kantoi Ramas nenen di khalayak ramai..
- TUDIAA!! Nak cukai PLUS pulak!! Pas Kedah dah nak bankrup ka?
- GEMPAR!! Lagi Ahli PKR Keluar Parti akibat asyik kena tipu..
- Apa Deklarasi 10 perkara Perhimpunan Sejuta Umat?
- GEMPAR!! Kenapa DS Najib Sokong HIMPUN tapi tak sokong BERSIH!!
- Kes Ramas Nenen!! Guan Eng kena sampuk bila TS Muhyiddin suruh report polis..
- PANAS GILO!! Tiduri Ramai Lelaki Semata-mata nak Popular??
Mampuih dah.. 18sx Kantoi Ramas nenen di khalayak ramai.. Posted: 24 Oct 2011 09:08 AM PDT | ||
TUDIAA!! Nak cukai PLUS pulak!! Pas Kedah dah nak bankrup ka? Posted: 24 Oct 2011 06:08 AM PDT Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) perlu menjelaskan hutang cukai tanah yang tertunggak sejak tanah milik Kerajaan Negeri diambil alih untuk dibangunkan sebagai Lebuhraya Utara-Selatan. Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau difahamkan bahawa sehingga kini tanah yang ditukar milik untuk tujuan pembangunan prasarana di bawah Kanun Tanah Negara, masih belum digazet sedangkan proses pengambilalihan tanah sudah lama diselesaikan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Menurutnya, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara, tanah berkenaan perlulah digazet dan apabila ia digazet pihak pengurusan perlulah menjelaskan cukai tanah kepada Kerajaan Negeri Kedah sama seperti pembayar-pembayar cukai yang lain. "Laluan itu panjang, bermula dari Bukit Kayu Hitam sehinggalah sempadan Pulau Pinang (dan sempadan Perak), namun sejak laluan berkenaan digunakan, sekupang (satu sen) pun (cukai) tidak dibayar kepada Kerajaan Negeri. "Tanah yang diambil adalah milik Kerajaan Negeri Kedah, dan kalau tanah itu digunakan, hasilnya (cukai) perlulah dibayar," katanya semasa berucap pada program ceramah sempena Sambutan 60 Tahun Pas peringkat negeri Kedah, yang diadakan di Kompleks Pas Batu 9, malam kelmarin. Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang, berkata, tidak ada sebab untuk Plus tidak membayar cukai tanah kepada Kerajaan Negeri sedangkan mereka mengaut untung besar setiap tahun. "Kenapa projek daripada Plus yang mendapat kutipan tol dan mengaut untung lebih 1 bilion setahun, tidak membayar hasil (cukai) sedangkan laluan dibina di atas tanah Kerajaan Negeri dan bukannya di atas angin. "Jika bayaran cukai ini dibuat, ia akan menjadi satu lagi hasil baru di bawah pendapatan negeri ini dan perkara ini akan saya tanyakan dalam Dewan Rakyat pada minggu depan," katanya. Sementara itu, katanya, Kerajaan Negeri Kelantan juga akan menuntut hutang berjumlah RM35 juta, yang melibatkan pembinaan landasan kereta api serta stesen kereta api di beberapa kawasan termasuklah Pasir Mas, Kuala Krai, Tumpat, Gua Musang dan Tanah Merah. "Kita akan membuat tuntutan, sudahlah royalti minyak pun diambil, kini Perbadanan Aset Keretapi perlu membayar cukai kerana ia didirikan di atas tanah milik Kerajaan Negeri Kelantan," katanya. - GPB Ulasan Mc Nampaknya Pas Kedah ni dah betui-betui takdak duit dah ni. Habis semua depa nak claim. Dulu UUM kena, lani kena PLUS pulak, lepas tu nanti KTM punya landasan kereta api pun depa nak juga. Memang dahsyat la Pas Kedah ni. Tu Sekolah-Sekolah, masjid-masjid, Tadika Kemas dan pelbagai bangunan Persekutuan kat Kedah tu, tanah tak mau claim cukai ka? heh.. Apa kata lepas ni PLUS tutup saja laluan lebuhraya ke Kedah. Biar sampai Penang dan Perak saja. Kita tengok rakyat Kedah mengamuk kat Kerajaan negeri, sebab nak ulang alik buat kerja susah. Mc ingat lagi zaman dulu2 sebelum ada lebuhraya, nak pergi Penang, lebih 3 jam dari Alor Setar. Lepas dah ada lebuhraya, 1 jam pun tak sampai. Tu kan kegunaan untuk semua, rakyat Kedah pun dapat guna. Kerajaan Kedah satu sen pun tak keluar duit. Dah la tak keluaq duit, lagi nak claim macam2. Kemudahan lebuhraya tu orang2 Pakatan tak guna ka? Memang la kena bayar, tapi berapa sen sangat kalau nak dibandingkan dengan minyak kereta yang jauh lebih mahal harganya. Tapi bila dah mai perkara BERKIRA (kedekut) macam ni, PLUS patut ajar sikit puak Pakatan ni. Biar depa tau langit tinggi ka rendah! Mampuih woo kalau lebuhraya Alor Setar - Penang tutup, beratus ribu orang pakai jalan tu sehari. Mau kena getah Pas Kedah nanti. McTheory: Kebuloq duit sangat, mau ajaq macam tu saja. | ||
GEMPAR!! Lagi Ahli PKR Keluar Parti akibat asyik kena tipu.. Posted: 24 Oct 2011 03:08 AM PDT
Seramai 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Ampang Campuran bertindak keluar daripada parti itu hari ini, selepas kecewa dengan kepimpinan parti yang didakwa tidak jujur dan gagal menunaikan janji. Ketua kumpulan berkenaan, K. Vengdesgiri berkata, dengan tindakan itu bermakna ranting PKR Ampang Campuran dibubarkan. ''Kami berasa kecewa dan tertipu. Janji-janji yang diberikan juga tidak dikotakan malah ranting PKR Ampang Campuran sehingga kini yang dijanjikan untuk disahkan tidak berlaku,'' katanya. Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan, Rekreasi dan Sosial Masyarakat India Ampang (PKRSMIA) berkata demikian selepas menghadiri Majlis Setulus Kasih Selembar Budi sempena sambutan Deepavali di sini. Majlis tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Datuk Dr. Mohd. Shafie Abdullah. Turut hadir, Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Ampang, Prof. Madya Dr. Rozaidah Talib. Vengdesgiri berkata, selepas ini mereka akan bergerak menggunakan platform PKRSMIA dan menyokong BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sementara itu, Mohd. Shafie berkata, tindakan 300 ahli PKR itu menunjukkan parti pembangkang semakin dijauhi rakyat. "Janji-janji yang diberikan kepada rakyat tidak dikotakan menyebabkan mereka berasa kecewa dengan pembangkang. Kita BN akan sedaya upaya menunaikan janji dan turun ke bawah mendengar denyut nadi rakyat,'' katanya. - UTUSAN MALAYSIA McTheory: Keluar saja ramai2.. biar kosong PKR tu.. heh.. | ||
Apa Deklarasi 10 perkara Perhimpunan Sejuta Umat? Posted: 24 Oct 2011 12:09 AM PDT KIRA-KIRA 10,000 umat Islam membanjiri Stadium Shah Alam di sini bagi menghadiri Perhimpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah (Himpun) yang julung kali diadakan dengan masing-masing bertekad mempertahankan umat Islam daripada dipengaruhi oleh mana-mana kegiatan memurtadkan mereka. Para peserta Himpun yang terdiri daripada lebih 1,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tanpa mengenal fahaman politik atau aliran pemikiran menyimpul kukuh tekad tersebut dalam deklarasi yang mengandungi tuntutan 10 perkara. Deklarasi yang dibacakan oleh Pengerusi Bersama Himpun, Mohd. Azmi Abdul Hamid di penghujung perhimpunan tersebut menyebut: * "Bahawasanya, Islam adalah Risalah Ilahi yang dengan RahmatNya telah mengangkat bangsa Melayu dan semua bangsa yang lain dengan mesej 'rahmatan lil 'alamin'. Lantaran itu hanya dengan menghayati dan mengamalkan Islam sepenuhnya sahaja merupakan satu-satunya jalan untuk menjamin kemuliaan, keselamatan, kejayaan dan kehormatan bangsa Melayu mahupun mana-mana bangsa yang lain di negara ini. * "Menginsafi bahawa asas pegangan umat Islam adalah akidah tauhid yang menjadi tunjang kepada seluruh pegangan hidup umat Islam dan prinsip ini tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak. * "Bahawa kedudukan istimewa dan status khas agama Islam sebagai agama Persekutuan telah ditetapkan sejak dari kemerdekaan negara ini dan ia wajib dipertahankan oleh setiap warga Muslim dan dihormati oleh semua warga Malaysia. * "Bahawa penyebaran agama lain daripada Islam kepada orang Islam dengan tujuan memurtadkan orang Islam adalah dilarang sama sekali berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Islam berpendirian tegas terhadap gejala murtad dan pemurtadan dianggap jenayah berat yang perlu diperangi habis-habisan. * "Pelanggaran terhadap peruntukan ini boleh mengundang kepada tergugatnya keselamatan nasional dan mengundang ketegangan agama di negara ini. * "Bahawa kami, pada hari ini, 24 Zulkaedah 1432H bersamaan 22 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam di dalam Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah (Himpun), bersepakat mengambil ketetapan untuk; Pertama: Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-Raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri. Kedua: Kerajaan yang memerintah baik di peringkat Pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi dalam Islam dan Perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi dalam negara ini dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan mencabar kedudukan Islam hendaklah berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada. Ketiga: Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hendaklah memastikan supaya undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam Perlembagaan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama. Keempat: Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Kelima: Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan akidah. Kami mengesa Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada akidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar. Keenam: Meminta kerajaan supaya mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam. Ketujuh: Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk menganggu-gugat kesucian Islam. Kelapan: Menyeru semua institusi dalam masyarakat terutamanya ibu bapa mengambil tanggungjawab yang tegas dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman Islam yang syumul agar dapat membentengi anak dan waris terdekat daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan akidah. Kesembilan: Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media sama ada cetak, elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut undang-undang yang ada. Kesepuluh: Menyeru umat Islam yang hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbezaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama-sama bersatu menyonsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan akidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan. Dalam pada itu, Azmi yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menepis tohmahan segelintir pihak yang awal-awal lagi memberikan gambaran buruk dan menanamkan kebencian terhadap usaha menganjurkan Himpun. "Apa salahnya umat Islam berhimpun untuk membincangkan tentang agama Islam dan selamatkan akidah. Ketika mereka berhimpun mereka kata itu hak demokrasi tetapi bila kita berhimpun itu kata hendak bermusuh dengan mereka," katanya. Tegas beliau, perhimpunan tersebut adalah untuk memastikan martabat Islam tidak diganggu-gugat dan ia bukan suatu perkara yang boleh dikompromi. pmk orang yang terlibat dalam mermurtadkan orang islam memang patut dikenakan hukuman berat | ||
GEMPAR!! Kenapa DS Najib Sokong HIMPUN tapi tak sokong BERSIH!! Posted: 23 Oct 2011 09:08 PM PDT Ada yang mengelupur dan pengsan bila DS Najib sokong HIMPUN tapi tak sokong BERSIH. Kenapa agaknya? Salah satu yang meroyan dan mengelupur adalah Jabatan Pilihanraya Pemuda Pas yang menganggap DS Najib berlakon dan bermuka-muka dalam memberi sokongan antara kedua belah pihak. Apa puak ni tak fahamkah apa bezanya HIMPUN dan BERSIH? Apa motif HIMPUN dan apa motif BERSIH? Siapa penganjur BERSIH dan siapa pula penganjur HIMPUN? Jawab soalan2 di atas, anda akan tahu kenapa DS Najib menyokong HIMPUN dan tidak kepada BERSIH. Sudah la Ambiga tu ada rekod yang tidak baik, dan BERSIH juga di anggotai oleh nama2 yang pernah merosakkan keamanan negara. Lagi satu, BERSIH mahu berarak di jalanan bagi menunjukkan pada dunia bahawa Malaysia ni tidak adil pada PRU. Ada ke pimpin negara nak sokong benda bodoh yang merosakkan keamanan negara? Demontrasi di jalanan dan menyusahkan orang ramai yang mahu ke Kuala Lumpur dan membuat kerja harian. Apakah itu bagus? BERSIH walaupun satu pertubuhan, namun bayangan sebenar disebaliknya ialah parti pembangkang. Tuntutan BERSIH yang kadang2 merapu lana tu. Sebenarnya di tuntut oleh pihak pembangkang, pakai topeng saja Bersih. Biasalah pembangkang mana pernah bersyukur dengan apa yang ada. Apa pun niat penganjur HIMPUN mahu menyatukan ummah, menentang jenayah akidah dan mengukuhkan lagi ukhwah sesama Islam adalah amat dipuji. Berbeza dengan Pas yang mahu menyokong peguam pembela Murtad, dan menentang pejuang anti murtad. Apa punya Islam Pas ni. McTheory: Islam celup.. mana2 pun boleh kot.. | ||
Kes Ramas Nenen!! Guan Eng kena sampuk bila TS Muhyiddin suruh report polis.. Posted: 23 Oct 2011 06:24 PM PDT Apa masalahnya dengan Guan Eng ni? Meroyan apa? Betul la kata TS Muhyiddin tu, kalau tak puas hati, pergi la buat laporan polis, biar polis siasat, siapa yang betul siapa tidak. Baca apa TS Muhyiddin kata, Semalam, Muhyiddin meminta Lim membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar kerana penafian sahaja tidak mencukupi. "Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama," kata Muhyiddin Haa.. kan selama ni Guan Eng kata blogger ni menipu dan memfitnah, apa kata Guan Eng buat laporan polis saja. Ini tidak, asyik menafikan tanpa ada tindakan susulan. Tapi kenapa Guan Eng seperti meroyan pelik saja apabila TS Muhyiddin suruh buat laporan polis? Guan Eng terus marahkan TS Muhyiddin dan seolah-olah mengugut dengan mengatakan beliau mahu mendedahkan kontroversi anak TS Muhyiddin. he he.. mahu balas dendam ka apek? Sebenarnya, banyak keraguan dengan kes anak Guan Eng ni, kenapa pindah sekolah sedangkan sekolah yang anak Guan Eng pindah tu bukan jauh sangat pun. Kalau takdak 'kes' kenapa nak pindah? Mula2 Guan Eng jawab, sebab anaknya nak berambut panjang, sebab tu anak beliau nak tukar sekolah, lepas tu selang beberapa hari beliau ubah pulak kenyataan, beliau kata sebab sekolah tu sarang pengedar dadah, dia taknak anak dia terlibat. Selepas Guan Eng mengeluarkan kenyataan itu, ramai yang pergi cari pengetua sekolah terbabit, nak tanya benarkah sekolah tu sarang pengedaran dadah. Tapi pengetua sekolah tu seolah-olah melarikan diri dan menyepi terus dari media. Bagaikan ada yang tak kena. Pengetua sekolah di paksa berdiam diri kah? Kena bayar kah? Daripada terus berteka-teki, baik Guan Eng buat laporan polis. Biar polis selesaikan.. Ada berani? McTheory: putar belit putar alam.. pening2.. | ||
PANAS GILO!! Tiduri Ramai Lelaki Semata-mata nak Popular?? Posted: 23 Oct 2011 11:04 AM PDT Mengejutkan apabila ada remaja perempuan yang masih bersekolah sanggup menggadai maruah diri dengan meniduri seramai mungkin lelaki terutama golongan berada dan berpengaruh semata-mata ingin merebut gelaran ratu sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota. Semakin ramai lelaki yang ditiduri, semakin hebat reputasi gadis itu di kalangan remaja perempuan yang melepak dan berpeleseran di pusat beli-belah berkenaan, sekali gus melayakkannya digelar Ratu X. Gelaran itu menjadi kegilaan gadis liar dan apa yang menyedihkan kebanyakan remaja berkenaan yang masih bersekolah sanggup menggadai dara hanya untuk mencari populariti segera. Trend menggemparkan itu diakui Shana dan Yanti, 16 (bukan nama sebenar) yang mendedahkan kegiatan itu biasanya dilakukan pada setiap hujung minggu bagi mengaburi mata ibu bapa dan keluarga. Menurut Shana, Ratu X adalah gelaran yang diberikan kepada remaja perempuan yang sering mendapat perhatian lelaki yang biasanya melepak sekitar pusat beli-belah berkenaan dan untuk mendapatkan gelaran itu, beberapa syarat perlu dipatuhi. "Syaratnya mudah saja, untuk menjadi ratu atau popular di kalangan remaja di situ, seseorang itu hendaklah bermalam dengan seramai mungkin lelaki dan lelaki yang dipilih juga harusnya golongan berada atau yang mempunyai ramai kawan atau pengaruh. "Kumpulan remaja di situ hanya akan berkumpul setiap hujung minggu bermula jam 4 petang hingga awal pagi," katanya kepada Metro Ahad. McTheory: apa nak jadi la dengan budak2 zaman sekarang ni.. sedey2.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment