Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


KASI PANAS!! Sebab-Sebab Pas Perlu Di Tolak!! - Ustaz Kamal Saidin

Posted: 14 Oct 2011 10:14 AM PDT

PANAS!! Sakit Belakang Anwar Satu Penipuan!!

Posted: 14 Oct 2011 05:34 AM PDT


AIDCNews – 11/10/11 – Laporan Suruhajaya Diraja Untuk Menyiasat Kecederaan Dato' Seri Anwar Ibrahim Semasa Tahanan Polis (1998) yang diketuai oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Anuar Zainal Abidin itu turut dianggotai oleh Mahadev yang juga bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan pakar bedah ortopedik, Datuk Dr. Yeoh Poh Hong tidak menemui sebarang bukti sakit tulang belakang Anwar disebabkan beliau dipukul ketika ditahan di lokap polis Bukit Aman pada tahun 1998.

Sebaliknya Suruhanjaya Diraja itu menemui bukti baru bahawa sakit tulang belakang Anwar itu bukan berpunca daripada dipukul di lokap pada tahun 1998, sebaliknya berpunca daripada Anwar terjatuh dari kuda beberapa kali sejak dari tahun 1991 hingga 1997.

Bukti itu ditemui oleh para doktor yang memeriksa dan merekodkan keterangan Anwar selepas didakwa dipukul oleh polis.


Laporan doktor Vasantha Ponniah dari Jabatan Pesakit luar Hospital Kuala Lumpur 1998

Doktor Vasantha Ponniah dari Jabatan Pesakit luar Hospital Kuala Lumpur yang menjalani pemeriksaan ke atas Anwar pada 24 September 1998 di Pusat Tahanan Reman, Jalan Semarak meenyebut dalam laporannya bahawa Anwar pernah jatuh kuda sejak 6 tahun lalu, sebelum kejadian dipukul di lokap polis 1998.
Enam tahun daripada kejadian dipukul 1998 itu, bermakna Anwar terjatuh dari kuda sekitar tahun 1991 atau 1992.

Menurutnya, akibat jatuh kuda itu Anwar mengalami penyakit saraf iaitu 'cervical spoadylosis' yang bermaksud penyakit saraf bahu dan leher yang memerlukan pesakit itu menerima rawatan neurologi (rawatan saraf) serta dinasihatkan memakai pendakap leher untuk merawat penyakitnya itu.

Penemuan Dr Vasantha ini diperkukuhkan oleh laporan empat panel doktor yang terdiri daripada Dr Anuar Zaini Md Zain, Dr David SK Choon, Dr Kew Siang Tong dan Dr Mohd Borhan Tan yang turut memeriksa Anwar pada 2 Oktober 1998 di ibu pejabat polis Bukit Aman.


Laporan empat panel doktor : Dr Anuar Zaini Md Zain, Dr David SK Choon, Dr Kew Siang Tong dan Dr Mohd Borhan Tan

Ketika itu, Dr Anuar (Consultant Physician and Endocrinologist) dan Dr SK Choon (Consultant Orthopaedic Surgeon) mewakili Hospital Universiti, Kuala Lumpur, manakala Dr Siang Tong ( Consultant Physician and Gastroenterologist) dan Dr Mohd Borhan (Consultant Orthopaedic Surgeon) mewakili Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut laporan mereka berempat yang ditulis bersama itu, Anwar didapati beberapa kali mengalami kecederaan akibat jatuh kuda, kali pertama pada Mac 1991 yang mengakibatkan patah tulang belakang (belikat) sebelah kiri (a left scapula fracture)

Pada Disember 1991, Anwar mengalami kecederaan di bahagian belakang tengkorak kiri (left occiput) dan saraf otak (celebral concussion).

Manakala pada tahun 1993, Anwar cedera di bahagian saraf bahu dan leher (cervical spondylisis and disc prolapse) terutamanya di bahagian C5 atau C6.

Laporan itu turut menyebut, pada tahun 1997, Anwar mendapat rawatan di Hospital Universiti (UH) Kuala Lumpur kerana mengalami kecederaan di bahagian lengan dekat siku (right tennis elbow).



Petikan dari Laporan Suruhanjaya Diraja tentang kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah pada 5 Januari 1999

Sebab itu, Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mohtar Abdullah pada 5 Januari 1999 merumuskan berdasarkan kepada laporan-laporan doktor dan fail penyiasatan skuad polis khas, beliau berpuas hati bahawa bukan semua kecederaan pada tubuh Anwar itu dilakukan oleh anggota polis.

Berdasarkan laporan-laporan tersebut, beliau menegaskan, ada "beberapa kecederaan yang didakwa oleh si pengkomplen yakni Anwar Ibrahim adalah tidak benar.

Mata Anwar didapati lebam apabila beliau dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 29 September 1998 untuk menghadapi lima tuduhan liwat dan lima tuduhan rasuah.

Beliau yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membuat aduan polis (Balai Tun H. S. Lee Laporan No. 25223/98) berhubung kecederaan itu pada pukul 2.40 petang 27 September dengan mendakwa telah dicederakan ketika ditahan di lokap Bukit Aman pada malam Isnin 20 September 1998.

Dalam kenyataan Peguam Negara itu, beliau juga menjelaskan bahawa Laporan Panel Doktor yang memeriksa bekas Timbalan Perdana Menteri itu menunjukkan telah berlaku beberapa kecederaan yang dialami oleh Anwar sebelum beliau ditangkap polis pada 20 September 1998.

AIDC

KASI HEMPUK!! Apa yang perlu kita lakukan pada Aziz Bari dan Malaysiakini?

Posted: 14 Oct 2011 02:05 AM PDT


Bila seorang manusia rasa dirinya sudah terlalu bagus. Hinggakan tidak peduli lagi akan undang2 dan hormat kepada pemimpin. Nama saja diri digelar pakar perlembagaan, namun tidak menghayati rukun negara sebagai seorang rakyat yang boleh dibanggakan.

Itulah Profesor Kangkung Aziz Bari.

Namanya sering menjadi sebutan kerana dia seorang profesor yang selalu membela puak Pembangkang dalam segala hal yang terlibat dengan undang2. Andaikata perkara tersebut agak sensitif, muka profesor kangkung akan menjelma dan cuba menjadi hero perkara tersebut.

Terbaru apabila Tuanku Sultan Selangor menitahkan bahawa serbuan JAIS ke atas gereja DUMC adalah satu perkara yang patut dan benar demi menjaga kesucian Islam di Selangor. Tengoklah apa si kangkung ni kata, tindakan Sultan untuk campur tangan "bukan sesuatu tindakan yang lazim"


Maknanya dia nak kata, Tuanku Sultan Selangor tak patut campur tangan la ye?

KDYMM Sultan Selangor adalah ketua agama di negeri Selangor. Baginda bertanggung jawab untuk menyelesaikan kes agama yang besar dan menjadi kekeliruan di seluruh negara. Pelbagai versi cerita ini dibuat. Hinggakan ada yang ada yang kata ia satu konspirasi politik. Menjadi topik hangat kepada setiap umat Islam dan orang kristian hinggakan menimbulkan perasaan kurang senang.

Jadi Tuanku Sultan cuba untuk menyelesaikan isu ini dengan cara yang baik dan menegakkan kebenaran, sambil memelihara kesucian agama Islam dari dicemar. Apakah ini salah?

Apakah ini salah di mata pembangkang dan profesor kangkung Aziz bari?

Ini merupakan tindakan yang bijak dari seorang Sultan, menjaga rakyat dan memelihara agama.

Apa yang si kangkung dan pembangkang dengki sangat? busuk perut betul.

McTheory:
Apa yang patut kita lakukan pada si kangkung dan Malaysiakini peyiar portal kurang ajar tu?

HOT! Pengorbanan Seorang Cucu Kepada Neneknya!

Posted: 13 Oct 2011 11:07 PM PDT



ALOR SETAR: Usianya baru 14 tahun tetapi kesempitan hidup memaksa Ahmad Nazri Abu Bakar melupakan alam persekolahan kerana mahu membantu neneknya mencari rezeki bagi menyara kehidupan keluarga.

Sejak darjah enam ketika berusia 12 tahun lagi Ahmad Nazri mula membantu neneknya, Fatimah Abdullah, 59, dengan bekerja sambilan di sebuah kawasan pembinaan dengan menyusun bata.

"Saya kesian tengok tok (nenek) kerja seorang saja sebab masa itu mak sakit. Ayah pula dah meninggal beberapa tahun lepas. Bila habis darjah enam saya nekad tak mau sambung belajar dan nak tolong tok cari duit sebab hidup kami susah. Biarlah adik-adik saja yang sekolah," katanya di rumah neneknya di Kampung Peremba dekat sini.

Ahmad Nazri berkata selepas tamat darjah enam dua tahun lepas, pelbagai kerja dilakukannya semata-mata mahu melihat emaknya, Nor Aishah Daud (yang baru meninggal dunia bulan lepas) dan adik-adiknya, Nor Hidayu, 13 dan Nor Erdiyani, 8, boleh hidup dengan sempurna.


"Saya pernah kerja basuh ayam di Pasar Besar Alor Setar dan terpaksa berhenti kerana tidak cukup umur dan sekarang ini saya ikut tok kerja katering dengan dibayar gaji antara RM10 hingga RM15 sehari. Lagi pun tok bukannya menyara kami adik beradik sahaja, malah tok juga terpaksa menyara pak cik kami yang sakit kencing manis," katanya.

Ahmad Nazri berkata semasa dia buat keputusan untuk berhenti sekolah, emak dan neneknya menentang keras hasratnya itu tetapi mereka terpaksa akur apabila memikirkan kesusahan hidup yang dialami.

"Saya memang teringin nak sekolah tapi saya kesiankan tok sebab kalau saya pergi sekolah tok terpaksa kerja seorang dan menanggung persekolahan kami tiga beradik.

"Bila saya berhenti sekolah sekurang-kurangnya saya dapat bantu ringankan beban tok walaupun pendapatan saya tak seberapa," katanya.

Ahmad Nazri berkata sebelum emaknya meninggal dunia pada 11 Sept lepas, emaknya berpesan supaya dia menjaga adik-adik dengan baik.

"Saya akan ingat pesanan mak dan saya akan pastikan adik-adik tak terbiar," katanya.Pegawai Zakat Daerah Kota Setar Logman Husien berkata pihaknya akan memberi bantuan bulanan kepada keluarga itu secepat mungkin.

"Apabila kita melihat kesusahan kehidupan mereka sekeluarga, kita akan berikan bantuan bulanan sebanyak RM400 sebulan bermula November ini bagi meringankan beban mereka dan saya harap bantuan itu nanti akan dapat membantu cucu-cucu Fatimah bersekolah," katanya.

Untuk permulaan, pihak zakat menyerahkan sumbangan barang-barang keperluan dapur kepada keluarga Fatimah.

Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah Datuk Latt Shariman Abdullah pula berkata pihaknya akan berjumpa dengan Pegawai Pendidikan Daerah bagi membincangkan proses kemasukan persekolahan Ahmad Nazri.

"Kita juga akan usahakan untuk memberi sedikit peruntukan bagi membantu keluarga ini membaik pulih semula rumah mereka yang daif," katanya yang turut memberi bantuan kewangan kepada keluarga berkenaan.

Sesiapa yang mahu membantu keluarga berkenaan boleh menghubungi Fatimah di talian 012-5231692 atau menerusi akaun Bank Simpanan Nasional 0210041000067475 (Nor Hidayu Abu Bakar). -BERNAMA

AMBOIH!! Baru Jadi Khawarij Pas Bob Lokman dah tunjuk Otai!

Posted: 13 Oct 2011 08:08 PM PDT


Nampaknya kisah drama Bob Lokman ni tak berkesudahan. Lepas satu, satu pula muncul. Hari tu dia kena tangkap dengan JAIS sebab memberi tazkirah tanpa tauliah di negeri Selangor. Sekarang ni, bila JAIS panggil dia suruh hadir soal siasat, dia pula keras kepala taknak.

Semua alasan yang dia bagi, macam dia manusia paling bagus dalam dunia. Orang bukan sengaja nak musuhkan dia, tapi caranya tak kena. Nak masuk tempat orang kena minta izin dulu, bukan main serbu saja. Suka ka kalau orang masuk rumah kita tanpa izin, tiba2 boleh pula pi makan nasi dengan anak2 kita, sedangkan kita haram tak tau dia ni sapa. Kalau kenal pun, hanya pernah tengok, tapi tak pernah  berkawan.

Sama juga dengan kes sekarang. JAIS nak membendung kes salahguna agama dan ajaran sesat yang menular di Selangor sekarang ni.


Si Bob ni mana ada apa2 tauliah untuk mengajar agama, kalau buat lawak atau buat lirik lagu tu lain la. Memang dia handal, tapi dalam soal agama bukan boleh buat main2, salah keterangan, salah mengajar, teruk pegangan masyarakat kita nanti. Rosak teruk!

Kita takkan terus menjadi bijak pandai Islam jika hanya memakai kopiah dan menyertai Pas menjadi khawarij. Kita takkan terus dapat title Ulama jika hanya menyertai Pas dan tanpa ilmu agama yang sebenar. Sebab tu Ulamak dalam Pas, banyak yang UlaRmak, dari Ulamak.

UlaRmak ni yang menyesatkan orang dengan fatwa dan tafsir Al-Quran mengikut fahaman politik dan berideologi. Ini yang di takutkan JAIS, apabila seseorang yang tak layak mengajar agama, tetapi kepinggin nak mengajar agama mengikut cara sendiri. Di khuatiri akan menyesatkan para pendengarnya.

Tapi si Bob ni tak faham, dia rasa dia dah otai sangat. Sampai nak tegur pun dah tak boleh. Apa ingat dengan masuk Pas tu dah confirm ada tiket ke syurga ke?

Sebenarnya, orang yang bijak lebih suka berdiam diri, dari si bodoh yang suka membuat bising!..

McTheory:
Macam bob.. gila glamor..

TUDIAA!! Pakatan Haram KANTOI lagi!!

Posted: 13 Oct 2011 05:09 PM PDT


Gambar diatas adalah satu penipuan besar dari blogger Pakatan yang dibayar berjuta-juta oleh Khalid Gagap, Husam dan Anwar sendiri. Pendedahan gambar sebenar Mc ambil dari blog Blog MiM

Bayar berjuta, tapi edit photoshop cuma tahap jamban. Blogger poket sendiri ni lagi bagus dari poket yang berbayar. Cuba korang tengok gambar bawah ni..


Ini hasil dari blogger poket sendiri yang buat. Tak payah berjuta di bayar, semangat melawan mengatasi segalanya.

Puak Pakatan haram memang selalu kantoi! Kaki fitnah, kaki zina, kaki liwat, kaki menipu dan kaki temberang!

McTheory:
yang di upah selalunya kerja tak ikhlas.. 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...