7000 Rakyat Rebut 560 Apartmen Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (Pr1ma)

 
 
Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (Pr1ma) bagi fasa pertama mendapat sambutan di luar dugaan apabila lebih 7,000 orang memohon semata-mata untuk mendapatkan 560 unit rumah.
 
Ini merupakan langkah yang baik bagi kerajaan dalam membantu rakyat untuk memiliki rumah pertama masing-masing.Umumnya kita mengetahui bahawa harga rumah sekarang memang dah tak masuk akal.Kalau di sekitar bandar-bandar besar, harganya sudah melambung tinggi sehingga ada yang bernilai jutaan ringgit hanya untuk sebuah aparment!
 
Projek yang akan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. itu terdiri daripada 420 unit rumah dengan keluasan binaan 815 kaki persegi berharga RM120,000 manakala 140 unit berkeluasan 1,006 kaki persegi pada harga RM150,000. Apa yang dapat kami ketahui adalah, harga rumah tersebut adalah hanya harga "build-up" sahaja.Ini kerana harga tanah di serap oleh kerajaan.Oleh itu, harga apartment tersebut berada pada paras harga mampu milik.
 
Berikut di bawah adalah keratan akhbar mengenai Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (Pr1ma) ini:
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak semalam melancarkan eksesais pengundian pertama Pr1ma di Kompleks Kejiranan, Precinct 11, Putrajaya.
Pr1ma menjelaskan, rumah-rumah itu adalah untuk mereka yang tinggal atau bekerja di Putrajaya.
"Berikutan kejayaan peruntukan pertama hari ini (semalam), kita akan menyediakan lebih banyak lagi rumah dalam bulan-bulan akan datang," katanya.
Pr1ma berkata, pemohon yang berjaya akan dimaklumkan menerusi e-mel dan dikehendaki menyediakan semua dokumen untuk pengesahan dijalankan.
Antara pemohon yang gembira semalam ialah peniaga di Pasar Tani Presint 2, Putrajaya, Mohamad Azman Shah, 25, yang telah berusaha sejak tiga tahun lalu untuk memiliki rumah sendiri.
Kami menyambut baik cadangan kerajaan dalam memastikan rakyat dapat membeli rumah kediaman.Namun begitu, kami ingin mencadangkan agar setiap permohonan,perlulah ditumpukan kepada golongan rakyat yang baru ingin memiliki rumah pertama mereka.Ini bagi kami, lebih adil.
 
Bukanlah nak nafikan golongan yang ingin memiliki rumah kedua, namun masih ada ramai lagi rakyat yang belum memiliki rumah.Dan yang paling penting, agar dikenakan syarat dimana rumah tersebut tidak boleh dijual dan hanya untuk dimiliki sahaja selama beberapa tahun yang difikirkan sesuai.
 
Tidaklah nanti peniaga hartanah akan mengambil peluang untuk memiliki rumah yang murah tersebut dan menjualnya semula hanya untuk mengaut keuntungan. Apa pula pandangan anda mengenai Program Perumahan rakyat 1 Malaysia (Pr1ma) ini?

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...