PAPA GOMO

PAPA GOMO


PAS Disaman UMNO 10 Juta - Awat Sikit Sangat?

Posted: 14 Sep 2011 08:04 PM PDT






UMNO Selangor memfailkan saman terhadap Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, akhbar Harakah dan empat lagi yang didakwa memfitnah parti itu melalui satu artikel bertajuk 'Pas akan dedah bukti, UMNO main peranan operasi JAIS'.
 
Saman itu yang difailkan diperuntukkan di bawah Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1996 dibuat oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini
 
Beliau yang turut bertindak sebagai plantif menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta serta lain-lain perintah mahkamah berhubung penyiaran artikel itu dalam Harakah edisi 19-21 Ogos lalu.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Jadikan Kemalangan Ini Sebagai Satu Iktibar Buat Kita Rakyat Malaysia

Posted: 14 Sep 2011 09:08 AM PDT

Kemalangan di Kilometer 258.3 Lebuhraya Plus utara Selatan petang tadi sekitar jam 4 petang sewaktu Gomo seisi keluarga dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Betul betul berlaku depan mata Gomo dan apa yang Gomo nak sampaikan disini kepada semua pembaca apabila anda sedang memandu kenderaan di Lebuhraya adalah dinasihatkan agar jangan mengikuti terlalu rapat kenderaan dihadapan anda.


Punca kemalangan kenderaan Myvi yang dinaiki 4 lelaki berbangsa India ini adalah disebabkan mengikuti kenderaan didepannya terlalu rapat sehinggakan apabila kenderaan dihadapan membrek maka myvi yang dipandu tidak dapat dikawal lalu melanggar belakang kenderaan dan seterusnya melanggar pembahagi jalan.

Di Lebuhraya kadar kelajuan yang kita pandu biasanya adalah 80km sejam dan ini merupakan satu hal yang perlu diberikan perhatian kepada para pemandu yang lain.




Apa pun Gomo yakin kesemua yang ada dalam kenderaan Myvi tersebut selamat dan hanya luka kecil melainkan pemandunya sahaja yang mengalami kecederaan dibahagian Pinggang.

Gomo sempat turun membantu mengeluarkan mangsa tadi dan turut sama dengan Gomo adalah pemandu Van berbangsa Cina. Apa yang Gomo lihat hari ini kita semua sama sahaja baik Melayu, Cina , India harus saling bantu membantu antara satu sama lain.


Berhati Hati dijalanraya.......



Psssttt... Syok dah sampai JB jumpa Mak peluk cium.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kekejaman Komunis, Mat Indera Dan Kemerdekaan.

Posted: 14 Sep 2011 02:00 AM PDT



Jemputan Terbuka ke

FORUM MERDEKA - Anjuran Perkasa

''KEKEJAMAN KOMUNIS, MAT INDERA DAN KEMERDEKAAN''

Panelis Datuk Prof. Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, Datin Paduka Prof. Dr. Ramlah Adam dan Lt. Jen(B) Datuk Jaafar Onn dan Commisioner (B) Datuk Zulkifli Ab. Rahman, Bekas Pengarah Cawangan Khas PDRM.

Tarikh 14hb. Sept. 2011, Hari: Rabu, Masa: 8.30 mlm.
Di Dewan Besar Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, KL.

Demi Maruah Pejuang Sebenar.

Mohon war-war kan forum ini kpd ahli-ahli Tuan dan rakan2 Tuan.


Kepada mereka yang mungkin agak sangsi dan terhasut dengan dakyat pakatan Pembangkang yang mengagungkan Komunis maka anda dipersilakan untuk ke Forum Merdeka ini. Segala galanya akan dijelaskan dan kepada mereka yang ada kesangsian maka bolehlah bertanyakan kepada para penel yang hadir malam ini.

Komunis bukan Pejuang Kemerdekaan, Agenda Mereka sampai kini belum luput.

Psssttt....Elok kalau lepas ni bawak Mat Sabu sekali dan mana mana pemimpin DAP

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...