Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


JENAYAH! Mat Afrika Cabul Jurujual!!

Posted: 15 Sep 2011 08:06 AM PDT


KAJANG: Seorang pelajar warga Afrika diberkas orang ramai selepas dia mencabul seorang remaja perempuan berusia 19 tahun berhampiran sebuah pasar raya di Semenyih, dekat sini, kelmarin. Gambar fail.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, mangsa yang juga jurujual di pasar raya itu keluar seorang diri untuk pergi ke kedai berhampiran untuk membeli barangan sebelum suspek menarik tangan dan membawanya ke tingkat dua pasar raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata sebaik menyedari suspek menarik tangannya dan membawanya ke tempat sunyi, mangsa meronta-ronta dan merayu dilepaskan, namun tidak diendahkan suspek.

Katanya, suspek bertindak lebih agresif apabila menarik mangsa naik ke tingkat tiga kerana khuatir jeritan mangsa didengari orang ramai sebelum suspek membuka seluarnya. "Suspek menunjukkan kemaluannya kepada mangsa selain meraba seluruh tubuh mangsa walaupun dia merayu tidak diperlakukan sedemikian.

"Bimbang diperlakukan lebih kejam, mangsa menjerit meminta tolong dan jeritan itu didengari seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan berkenaan," katanya.

Ab Rashid berkata, pengawal keselamatan berkenaan ke tempat kejadian menyebabkan suspek terkejut dan cuba melarikan diri ke kawasan kedai berhampiran pasar raya berkenaan.

Tindakan pengawal keselamatan mengejar suspek menarik perhatian orang awam di kawasan berkenaan sebelum mereka membantu memberkas suspek.

Beliau berkata, suspek yang kepenatan ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa dan siasatan awal mendapati suspek berusia 23 tahun dan masuk ke Malaysia sebagai pelajar kolej swasta di ibu kota.

Ab Rashid berkata, suspek kini direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. -hmetro

TUDIAA!! Bila Kadi Pulak Kena Tangkap Basah!!

Posted: 15 Sep 2011 05:36 AM PDT


sekadar hiasan


Sehari dua ini kita digemparkan dengan berita seorang Kadi atau Pegawai Agama ditangkap khalwat di negeri Melaka ini. Saya mendoakan agar berita ini tidak benar kerana ianya jelas memalukan umat Islam jika ia benar. 

Seorang Kadi yang berilmu dan bijak pandai dalam selok belok agama boleh ditangkap ketika melakukan maksiat. Memangla bukan semua manusia sempurna, namun sebagai bijak pandai agama beliau sepatutnya lebih bijak mengawal keadaan dan nafsu.

Saya mengharapkan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Ustaz Rahimin Bani menafi atau  mengesahkan berita ini kerana ianya penting bagi menjaga kesucian Islam. Kalau ianya tidak benar maka pihak yang menabur fitnah mesti didakwa kerana menabur fitnah. 

Kenyataan rasmi dari Jabatan Agama Islam Melaka perlu untuk menjelaskan keadaan.

McTheory:
Berita ni pun boleh jadi Modal Pakatan untuk hentam UMNO..

TUDIAA!! Rupanya Anwar Penaya Mat Sabu!!

Posted: 15 Sep 2011 01:09 AM PDT




Rakaman phonesex Mat Sabu didedahkan baru baru ini oleh rakan blogger 1peluru ,rakaman ini sebenarnya sudah lama tersebar ,paling banyak ketika pemilihan semasa muktamar pas baru baru ini.

Berdasarkan sumber maklumat,pihak yang membuat rakaman tersebut adalah koncu koncu Anwar,yang pada ketika itu begitu kuat memusuhi Mat Sabu.Dikhabarkan IKD satu badan pemikir Anwar Ibrahim telah merakam dan menyebarkan cd phone sex Mat Sabu baru baru ini.

Siapa yang mengelar Anwar Al-Juburi kalau bukan Mat Sabu?Anwar sedar Mat Sabu adalah antara ahli politik yang pertama mendedahkan Anwar pengemar bontot lelaki.Malah ia turut di dedahkan oleh Karpal Singh di parlimen tidak lama dahulu.

Adakah dendam lama belum dilunaskan?Adakah ini satu lagi tindakan untuk membunuh musuh Anwar?

Pisau.net


McTheory: 
Anwar rupanya.. memang patut pun..

GEMPAR!! UMNO Gunakan Masjid Untuk Politik??

Posted: 14 Sep 2011 10:06 PM PDT


Makin celaru makin haru makin biru..

Sejak bila pulak UMNO guna masjid dan tazkirah untuk berpolitik? Kalau guna halaman surau dan masjid untuk majlis berbuka puasa atau sebarang majlis tu ada la. Tapi untuk berpolitik seperti mana Pas buat. Rasanya Mc belum jumpa  dan dengar lagi.

Keldaiandaily sebenarnya mabuk kot.. tuduh UMNO politikan masjid seperti mana Pas buat.

Ada pemimpin UMNO bahagian menjadi AJK Masjid. Namun rasanya mereka tak fanatik dan terdesak sampai buat tazkirah politik setiap kali selepas sembahyang.

Benda terkutuk macam ni selalunya Pas yang buat.

Pas buat masjid seperti mak bapak dan atuk nenek dorang yang punya. Halal haram, dosa pahala serupa Islam ni  milik peribadi Nik Aziz, bila-bila boleh tukar dan ubah.

Orang UMNO mana berani macam tu.. Islam milik Allah, kita menjaganya.. Al-Quran tu kitab panduan hidup, Rasulullah Nabi kita. Orang UMNO ikut Islam yang tu. Bukan macam Islam Pas. Nik Aziz lagi penting dari Rasulullah. Fatwa Nik Aziz lagi hebat dari Hadis Rasulullah..sebab tu orang Pas ikut Nik Aziz lebih dari Islam sebenar.. betul tak?

UMNO ada cacat celanya.. namun Pas lagi teruk rosakkan agama dari cacat!!

McTheory:
PAS = Parti Ajaran Sesat!!

PANAS! Mat Sabu Komunih Saman Utusan?? Terima Kasih Utusan Malaysia!

Posted: 14 Sep 2011 07:05 PM PDT


Sebenarnya Mc tak kisah pun cerita Mat Sabu saman Utusan ni. Orang yang saman dan menyaman ni, bukan semestinya bila dia saman tu, dia tu betul. Kadang2 kita kena tengok 'point' apa yang dia saman Utusan.

Mat Sabu tak nafikan dia sebut Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Dia tak nafikan dia sebut komunis tu pejuang kemerdekaan. Tapi ada beberapa ayat dalam akhbar Utusan yang buat Mat Sabu marah sangat, sebab tu dia nak saman.

Dia pikir dia punya marah, rakyat punya marah dia tak fikir ka?

Disebabkan tekanan yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia, menyebabkan Mat Sabu 'terpaksa' menyaman Utusan untuk menyalahkan Utusan ni memfitnahnya secara total. Sedangkan hal sebenarnya, Mat Sabu ni hanya nak pertikaikan beberapa ayat saja.

Itulah perihal bodoh si penyanjung komunis.

Mat Sabu dah terasa panas, sampai terpaksa saman.

Mc harap, Utusan terus beri tekanan kepada Mat Sabu, kalau boleh biar sampai dia koma dalam ICU.

he he he..

Apa pun Mc nak berterima kasih kepada Utusan Malaysia kerana sudi menyiarkan petikan dari blog Mc di ruangan 'Suara Blog' kelolaan Lukman Ismail. Dah dua kali blog Mc masuk ruangan tu.

McTheory:
Jangan risau.. kami tetap bersama Utusan, mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanah Air..

PANAS!! Nak Jumpa DS Najib, Namewee Syok Sendiri Rupanya!!

Posted: 14 Sep 2011 05:19 PM PDT





Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ada berjumpa dengan pengarah filem, Namewee pada minggu ini seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak termasuk media.

Menurut sumber yang rapat dengan pejabat Perdana Menteri memberitahu Mynewshub.my, pertemuan tersebut tidak pernah ada dalam jadual Perdana Menteri, malah Namawee sendiri tak pernah muncul di Jabatan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat ini.

"Kami pun hairan bagaimana isu ini boleh ditimbulkan sedangkan pertemuan tersebut tidak berlaku.

"Apa motif sebenar pihak yang membangkitkan perkara ini kita pun tidak pasti," katanya kepada Mynewshub.my di sini hari ini.

Sebelum ini, ada beberapa akhbar dan portal berita mengatakan Namewee akan bertemu dengan Perdana Menteri dalam waktu terdekat untuk membincangkan perancangan seni melibatkan dirinya.

Berita pertemuan itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan dan mengundang kritikan banyak pihak yang kurang senang kiranya Perdana Menteri bertemu dengan pengarah filem tersebut.

Umumnya mereka berpendapat, Namewee tidak wajar diberi muka selepas beberapa kali menimbulkan kontroversi yang bersifat perkauman melalui beberapa karya seperti lagu 'Negarakuku' yang menimbulkan kemarahan rakyat.

Pada tahun lalu, Namewee secara terbuka mengatakan hasratnya untuk berjumpa dengan Najib bagi menjelaskan mengenai beberapa kontroversi yang timbul hasil karyanya.

Bagaimanapun sehingga kini beliau gagal bertemu Perdana Menteri. - Mynewshub.my



McTheory:
Rupanya babi ni syok sendiri.. hahah..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...