Kedah Ke KL - MctHeory |
- MUHASABAH DIRI! Berhijrah Ke Alam Kubur - Ustaz Kazim Elias
- PANASS!! PEMBELI RUMAH PPR SELANGOR DITIPU
- HEBAT!! Nik Aziz sibuk ISA, Kelantan lingkup dia tak peduli!!
- PANAS!! PM Bangla ni meroyan ka apa??
- HEMPUK PALA!! Demo Anti Mat Sabu Kat Sungai Petani, Kedah!!
- Kisah Benar Rentetan Cerita Bukit Kepong dari Dato JJ Raj Ex OCPD Pagoh
MUHASABAH DIRI! Berhijrah Ke Alam Kubur - Ustaz Kazim Elias Posted: 17 Sep 2011 09:13 AM PDT | ||||||
PANASS!! PEMBELI RUMAH PPR SELANGOR DITIPU Posted: 17 Sep 2011 06:21 AM PDT Pagi tadi saya bertemu seorang kenalan yang terlibat dalam pembelian rumah ppr di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah kerajaan Negeri Selangor. Menurut beliau urusan pembelian itu dijalankan pada tahun lepas oleh seorang Ahli Lembaga Pengarah bergelar Tuan Haji melalui agen agennya yang dilantik oleh mereka mengikut zon. Beliau rasa seperti di tipu oleh kerajaan negeri Selangor dimana sampai sekarang rumah yang diidamkan masih tidak dapat diduduki dan status pembelian masih tidak dapat diketahui kerana no telefon bimbit yang ditulis di dalam surat tidak dapat dihubungi. Segala wang pendahuluan sudah dibayar 5% dari jumlah rumah iaitu sebanyak RM2100. yang peliknya resit pembayaran jumlah tersebut tidak di sertakan, mereka hanya diberi resit pembelian borang yang berjumlah RM2 sahaja. Ramai mangsa terlibat dalam pembelian rumah ppr itu yang di bahagikan mengikut zon. Beliau ada menunjukan kepada saya beberapa keping surat yang tidak bertandatangan dihantar bertarikh 2 febuari 2011 berkenaan tarikh baru penyerahan kunci pada 30 march 2011..belum sempat hari penyerahan kunci di adakan mereka menghantar lagi surat pada 4 march 2011 iaitu petukaran tarikh pengambilan kunci rumah yang akan diberitahu kelak.antara sebab sebab diberikan setiausaha kerajaan negeri belum wujud,ahli lembaga pengarah terlibat dalam "pilihan raya kecil Merlimau&Tenang", jatuhnya hari penyerahan kunci pada hari cuti tahun baru cina dan pihak permodalan negeri Selangor tidak dapat meluluskan pinjaman baru. Menurut surat tersebut segala wang pendahuluan akan dipulangkan dalam tempoh 7 hari dari tarikh berkenaan bagi sesiapa yang mahu membatalkan urusan pembelian rumah tersebut.dan sampai sekarang wang tersebut masih belum dipulangkan. Pada 15 Ogos 2011 Permodalan Negeri Selangor menghantar lagi surat pembatalan penyerahan S&P dan kunci pada 19/08-22/08/2011 dan menangguhkan ke tarikh baru selepas Aidilfitri atas sebab berlakunya pertindihan masa yang mana 2 orang pegawai keewangan.2 orang exco,serta tuan haji dan seorang pegawai khas perumahan terpilih mengerjakan umrah kelolaan kerajaan negeri Selangor pada 16 ogos. Dalam surat itu juga tertulis kami tidak menghalang pihak tuan/puan untuk membatalkan urusan pembelian atas kelewatan menyerahkan surat perjanjian & kunci rumah,pihak kami akan menerimanya melalui agen2 kami. Saya amat bersimpati dengan nasib rakan serta pembeli rumah ppr di bawah kerajaan negeri Selangor yang mana sampai sekarang masih tidak diketahui status pemilikan..mereka sangup meminjam wang dari saudara mara semata mata mahu memiliki rumah di idamkan.apa yang menghairankan saya semua surat yang dihantar tidak diketahui siapa yang mengarahkan surat itu dikeluarkan kerana tidak bertandatangan dan tanpa nama.dalam pemerhatian saya ada sesuatu yang tak kena dalam surat yang ditunjukan antaranya hanya no telefon bimbit yang ditulis,tiada satu pun no pejabat disertakan serta tiada nama nama pegawai yang terlibat melainkan nama haji itu seorang,semua no telefon tidak dapat dihubungi.. saya tidak dapat menunjukkan semua surat yang diberikan atas permintaan rakan saya yang masih menyiasat identiti tuan haji berkenaan. kata nak buat negara kebajikan,rakyat negeri sendiri pun kena tindas.PR oh PR | ||||||
HEBAT!! Nik Aziz sibuk ISA, Kelantan lingkup dia tak peduli!! Posted: 17 Sep 2011 02:05 AM PDT Alamak orang tua tak sedar diri ni bising pulak pasal ISA. Kenapa la manusia tak pernah lihat kesalahan diri berbanding dengan kesalahan orang lain? Nik Aziz mempertikaikan kenapa PM memansuhkan akta ISA waktu sekarang. Kenapa tidak dimansuhkan diwaktu pada dahulu. Akta ISA tu kan sebenarnya bagus, untuk menjaga keamanan Malaysia, namun akibat tekanan dari pihak2 yang mempunyai kepentingan, menyebabkan PM mengkaji dan memansuhkan. Nik Aziz sebenarnya tak tahu apa2 pun. Dia tu hanya mengikut saja, orang kata bagus, dia kata bagus, orang kata tak bagus, dia pun kata tak bagus. Bila ditanya kenapa tak bagus, dia kata akta tu kejam. Kejam kalau di salah guna, tapi jika mengikut cara yang betul akta itu perlu. Berapa banyak kes, penjenayah terlepas di mahkamah, walaupun dibuktikan dia bersalah? Contohnya pengedar dadah, disebabkan faktor teknikal, ada yang terlepas, namun kerajaan mengunakan ISA menahan semula pengedar tersebut atas alasan membahayakan masyarakat dan dibuang negeri. Bukankah itu satu tindakan menjaga masyarakat Malaysia? Apa yang tak bagusnya.. Nik Aziz sepatutnya cermin diri dan menjaga Kelantan dulu, baru fikir nak nasihatkan PM untuk mentadbir negara. Kelantan pun terhuyung-hayang lagi nak sibuk pasal orang. Tahukah anda bahawa kes rogol di Kelantan meningkat dengan tingginya selama 3 tahun berturut-turut? Malah penyakit aids paling ramai di Malaysia ialah orang Kelantan. Jadi apa yang perlu kita banggakan dengan Kelantan Serambi Mekah (kononnya)? Ekonomi, lingkup. Sosial, lingkup. Islam? kalau akidah umat Islam Kelantan ramai yang lingkup, maknanya memang lingkup la. Kenapa lingkup? sebab kerajaan negeri Kelantan hanya pandai bercakap, berdentum-berdentam. Tapi perlaksanaan? habuk pun tarak. Sepatutnya Pas menjadikan Kelantan sebagai negeri Islam contoh, kemudian di ikuti dengan negeri Pakatan yang lain. Kemudian barulah layak nak menegur kerajaan pusat. Tanah sekangkang kera pun tak mampu dijaga, ada hati nak jaga Malaysia. Rasanya Nik Aziz dah tak mampu nak jaga Kelantan lagi, sebab dia dah tua dah.. dah tak larat. Pencen saja la.. McTheory: balik rumah jaga cucu lagi baik la Pok Nik oii.. | ||||||
PANAS!! PM Bangla ni meroyan ka apa?? Posted: 16 Sep 2011 11:44 PM PDT Lepas satu hal, ada pulak hal yang berbangkit. Mana PM bangla ni tahu kata banyak rakyatnya jadi rakyat Malaysia dan boleh mengundi. Sejak bila PM bangla ni ambil berat pasal rakyatnya? Mc kenal ramai bangla, ada diantara mereka cukup rajin bekerja. Tapi tak pernah la pulak dengar pasal PR jadi MyKid. Apa yang Mc dengar, mereka kata susah nak dapat PR di Malaysia. Kena bertahun-tahun baru dapat. Kalau Indonesia atau Thailand, boleh beli saja. Macam mana pulak si PM bangla ni boleh kata rakyatnya boleh mudah kerakyatan di Malaysia? Sepatutnya PM Bangla tunjukla secara terperinci tentang apa yang dia tahu. Seperti berapa orang rakyatnya dah jadi warganegera Malaysia, berapa orang rakyatnya dah pergi mengundi di Malaysia, kemudian tunjukkan bukti-bukti tertentu. Ni keluar statement hanya cakap saja. Siapa la nak percaya. Puak pencacai Pakatan saja yang percaya dengan cerita tanpa bukti macam ni. Anwar kalau keluar negara, pasti ada sesuatu yang akan menjadi isu. Berapa banyak agaknya dia jolok si PM bangla ni suruh buat kenyataan macam ni ya? McTheory: Kalau bab nak mengutuk Malaysia, dah takdak orang lain dah.. hanya dia saja pakar.. | ||||||
HEMPUK PALA!! Demo Anti Mat Sabu Kat Sungai Petani, Kedah!! Posted: 16 Sep 2011 05:32 PM PDT
sumber Mc ambil dari Blog H H Waris, bekas dan juga polis yang bertugas, semuanya tak puas hati dengan Mat Sabu. Kenyataannya yang menuduh Polis sebagai alat british dan tidak mengiktiraf polis bukit kepong sebagai pejuang kemerdekaan telah melukakan hati banyak pihak. Pas harus sedar, akibat daripada Mat Sabu ni, kaum Melayu Islam sudah membuka mata seluas mungkin, umpama baru sedar dari mimpi. Ramai yang dah tolak Pas mentah-mentah selepas Pas sendiri yang membuktikan bahawa mereka menyokong komunis. Perjuangan Pas bersama Dap dan Pkr, tidak seperti mana perjuangan Pas dahulunya.. Dulu UMNO dilihat membelakangkan Islam, kini Pas mengantikan tempat UMNO, malah perbuatan Pas lebih teruk dari UMNO. Dulu sekurang-kurangnya UMNO ketua parti dalam komponen BN, UMNO banyak bertolak ansur dalam hal sensitiviti perkauman. Sebab tu ada kilang arak, kandang babi, pub, judi dan beberapa tempat yang dilarang. Semua itu wujud atas kerana permintaan kaum lain. Syaratnya pun hanyalah untuk orang bukan Islam. Tapi semua ini dipertikaikan Pas hingga rakyat melihat UMNO pula yang menyebabkan kerosakkan dalam masyarkat. Namun Allah maha besar! Maha mengetahui! Apabila sampai Pakatan Rakyat mentadbir negeri. Barulah kita sedar, bahawa Pas sebenarnya lebih teruk dari UMNO dalam menjaga hak Melayu Islam malah, Pas hanya pengikut tegar Dap dan Pkr. Tidak berhak bersuara apabila Islam dihina. Pas bukan ketua didalam Pakatan Rakyat. Pas juga tidak berkemampuan mempertahankan Islam jika dicemar. Pas tidak mengaku mereka bangsa Melayu, malah mempertikaikan UMNO apabila memperjuangkan bangsa. Jadi apa bagusnya Pas jika nak dibandingkan dengan UMNO? Adakah hanya sebab imej? Imej Pas lebih alim dari UMNO, atas sebab demikian UMNO di tolak? Yahudi pun pakai kopiah, Singh pun pakai serban. Tapi itu bukan bermakna mereka Islam.. Tak semestinya pakaian melambangkan Islam, didalamnya hatinya juga Islam. Mana tahu jika itu hanya topeng untuk tarikan sokongan pada pihak mereka? Politik adalah politik, politik bukan agama. Agama itu suci, politik itu kotor. Kita boleh beragama semasa berpolitik, tapi kita tak boleh politikkan agama. Itulah yang Pas buat selama ini, mereka politikkan agama. Wajah mereka Islam yang hebat, namun itu hanya kepura-puraan. Islam hanyalah jenama dan barang dagangan bagi mencari pengaruh dan kuasa. McTheory: Ayuh tolak Pas untuk selamatkan Islam dan Melayu.. | ||||||
Kisah Benar Rentetan Cerita Bukit Kepong dari Dato JJ Raj Ex OCPD Pagoh Posted: 16 Sep 2011 11:23 AM PDT Dato JJ Raj bekas OCPD Pagoh, di mana balai Bukit Kepong tu berada dibawah jagaannya.. Beliau menerima laporan terperinci, mengenai apa yang berlaku. McTheory: Antara orang penting dalam sejarah Malaya.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment