Kedah Ke KL - MctHeory |
- Mari kita dengar Mukhriz komen mengenai pengganti ISA!!
- TUDIAA!! Jamil Khir pun asyik kena fitnah!!
- Mansuh ISA! Luahan Rasa Seorang Tahanan ISA!!
- PANAS! Din Pudu Suruh Kerajaan Minta Maaf?
- PANAS!! Mansuh ISA, DS Najib PM yang sukar dibaca!!
- ALKISAH 16 SEPTEMBER Dok teringat kelaku Anwar Ibrahim!
Mari kita dengar Mukhriz komen mengenai pengganti ISA!! Posted: 16 Sep 2011 08:06 AM PDT Akan ada akta baru yang lebih relevan untuk mengantikan ISA?? hmm.. |
TUDIAA!! Jamil Khir pun asyik kena fitnah!! Posted: 16 Sep 2011 05:34 AM PDT Apa nak jadi dengan blogger dan portal pro pembangkang ni? Dah takdak isu ka? Mereka gemar, adakah sesuatu isu, kemudian spin isu tersebut. Kemudian, blogger2 pencacai Pakatan kutip isu2 sampah ni, mainkan dalam blog masing2. Create isu yang tak betul terhadap seorang pemimpin tu, ialah fitnah! Portal pro Pakatan memang tak takut dosa punya, sebab mereka pun geng yahudi, sponsor besar. Tapi yang dok spin isu ni dalam blog pulak, ada yang beragama Islam, taktau la kalau ada yang dah murtad, yang Islam ni tak takut dosa ka? Atau demi mengalahkan UMNO/BN, yang dosa pun jadi halal, atas alasan berjihad. Mana fatwa atau hadis mana depa kutip pun Mc taktau la. Tapi demi jihad songsang depa ni, apa saja yang haram pun depa dah boh halal. Apa Agama Islam ni, pak menakan depa punya kot?? KUALA LUMPUR Sept. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan dakwaan portal pembangkang kononnya beliau menggunakan wang zakat untuk mengubah suai kediaman di Kampung Batu Muda, Batu Caves di sini. Beliau berkata, wang yang digunakan untuk mengubah suai rumah yang dihuni anggota keluarganya sejak 1994 itu, adalah hasil titik peluh sendiri ketika berkhidmat dalam angkatan tentera dan menyifatkan dakwaan itu sebagai "politik terdesak". "Ini perbuatan politik terdesak... Saya dulu bukan penganggur. Jawatan terakhir saya dalam tentera ialah Mejar Jeneral. Jadi, tidak mungkin seorang Mejar Jeneral tidak mampu ada rumah. "Dia kena faham, saya tentera yang berpencen dan ada ganjaran, tetapi tiadalah sampai RM1 juta... anak-anak seramai enam orang juga tinggal bersama, jadi sebab itu banyak kereta di rumah," katanya kepada pemberita hari ini. - Bernama McTheory: Keji dan busuk betul stail puak Pakatan ni.. fitnah memanjang!! |
Mansuh ISA! Luahan Rasa Seorang Tahanan ISA!! Posted: 16 Sep 2011 01:07 AM PDT Kuala Lumpur, 16 September- EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Lokman noor Adam berkata, keputusan yang telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri sememangnya satu keputusan yang sukar dan hanya mampu dilakukan oleh seorang yang benar-benar berani dan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi. "selaku bekas tahanan ISA yang sempat bersama tahanan-tahanan lain lebih dua tahun, saya tahu betapa pentingnya undang-undang pencegahan di negara ini. Apabila teknologi risikan menjadi semakin canggih, sudah pasti lebih banyak usaha pihak yg tidak bertanggungjawab untuk melakukan kegiatan terrorisma dan subversive dapat dikesan oleh badan risikan kita sebelum ianya memudaratkan negara. Di sinilah peri pentingnya undang-undang pencegahan seperti ISA wujud, sepertimana yang diwujudkan di Amerika, United Kingdom, Australia dan beberapa negara lain selepas trajedi 11 September 2001. Sebagai seorang Perdana Menteri yang berpandangan jauh, yang sentiasa mengambil kira pandangan akar umbi dan peka pada tuntutan masyarakat antarabangsa, saya yakin YAB Perdana Menteri telah mengkaji perkara ini dengan sedalam-salamnya bersama mereka yang ahli dalam soal keselamatan Negara," ujarnya yang juga mantan MKT dan Setiausaha Pemuda Keadilan Nasional. Sudah pasti penghapusan ISA ini mempunyai kesan positif dan negatif. Apatah lagi dalam keadaan politik tanahair kita sekarang, sudah pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk melakukan sewenang-wenangnya apabila terhapusnya ISA. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus menyokong penuh keputusan Perdana Menteri ini dan meletakkan keyakinan yang tinggi kepada beliau untuk terus memastikan keselamatan negara ini akan terus kekal ditahap yang membanggakan walaupun tanpa akta tersebut. Usaha menyuburkan sistem demokrasi di negara ini pasti akan penuh dengan pelbagai halangan dan rintangan. Cabaran yang akan dihadapi dalam era politik baru yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri ini pasti menjanjikan cabaran yang amat dasyat. "Sungguhpun YAB PM yakin bahawa kerajaan Barisan Nasional mampu untuk berdepan dengan era politik baru ini, saya sakin ianya akan lebih mudah kita harungi jika setiap rakyat turut sama membantu Sungguhpun YAB PM yakin bahawa kerajaan Barisan Nasional mampu untuk berdepan dengan era politik baru ini, saya yakin ianya akan lebih mudah kita harungi jika setiap rakyat turut sama menyumbang dalam menjayakannya," ujarnya lagi. Sahabat Gunung |
PANAS! Din Pudu Suruh Kerajaan Minta Maaf? Posted: 15 Sep 2011 10:08 PM PDT Dulu puak ni sibuk nak suruh mansuhkan ISA. Sekarang ni bila dah mansuhkan, ada pula yang tak percaya, ada yang bising2 kata tipu la, ada yang kata mansuh cuma pada nama saja la dan macam-macam lagi tohmahan. Kadang-kadang kita pun tak tahu apa yang mereka nak. Ataupun segala isu berbangkit yang dibuat oleh pihak pembangkang hanyalah sekadar isu hanya untuk mencari 'hal' dengan kerajaan. Lebih senang difahami dengan ayat 'cari pasal'. Ada juga penyokong kerajaan yang melompat terkejut apabila PM mengumumkan pemansuhkan itu. Pada Mc, PM semestinya sudah mengkaji dahulu sedalam mungkin kemudian baru ada keberanian untuk membuat sebegitu. Masalah dengan Din Pudu ni pulak, Mc pun tak berapa faham apa yang dia nak sebenarnya. Nakkan populariti atas nama hero pembangkang kah? Atau dah takdak jalan nak pusing isu ni, sebab tu dia suruh kerajaan minta maaf. Kerajaan menangkap tahanan ISA 'mesti bersebab'. Selalunya orang yang ditahan itu, mencari pasal mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan bersifat hasutan. Perbuatan yang membahayakan masyarakat pun turut ditahan, bukan hanya untuk orang politik saja. Din pudu kena faham, kerja kerajaan menjaga rakyatnya. Bukan hanya ceramah politik atau kutip derma. Ia lebih dari itu. Jadi soal nak minta maaf ni, harap Din Pudu tunggu raya nanti, dan jumpa PM untuk salam-salaman dan meminta maaf pada beliau. Kita kena terangkan sesuatu perkara secara level paling rendah pada puak Pas ni, sebab IQ mereka tak jauh bezanya dengan Mat Sabu. Soo.. faham-fahamlah. McTheory: Puak Pas ni dunggu yang tak boleh diajar? |
PANAS!! Mansuh ISA, DS Najib PM yang sukar dibaca!! Posted: 15 Sep 2011 07:05 PM PDT Mansuh ISA! Itu perkataan yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi pada yang pro pembangkang. Keputusan berani DS Najib ni, boleh membuatkan pihak pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim, tertelan air liur dengan keberanian keputusan DS Najib ini. Namun sudah resmi pembangkang Malaysia, takkan tunduk walaupun salah, takkan kalah walaupun tewas. Mereka tetap akan mencari jalan untuk menghentam kerajaan Malaysia walaupun cara yang mereka gunakan itu kita lihat sebagai perbuatan yang sempit dan meloyakan. Selang beberapa jam DS Najib menyampai perutusan yang mengejutkan. Muncul lah beberapa hero Pakatan, yang bersuara sinis hanya untuk mempertikaikan apa yang DS Najib katakan di dalam perutusannya semalam. Salahuddin Ayup diantara hero 'sakit' yang cuba bersuara malah dengan sombongnya Salahuddin meminta kerajaan Malaysia meminta maaf terhadap individu yang pernah ditahan dibawah akta ISA. Apa masalah mereka pun Mc taktau. Kerajaan menahan individu dengan ISA kerana individu terbabit telah mengeluarkan kenyataan atau perbuatan yang boleh membahayakan keselamatan negara. Contohnya menghasut dalam isu perkauman, atau menghina agama secara terang-terangan. Itu dua perkara sensitif yang boleh menganggu gugat negara kita yang berbilang kaum ini. Takkan tanpa sebarang kesalahan, kerajaan akan bertindak sesuka-hati dan menahan orang secara membabi buta. Itu namanya gila.. saranan Salahudin Ayub itu langsung tidak masuk akal, dan hanya akan memalukan kerajaan Malaysia sahaja. DS Najib adalah seorang PM yang sukar dibaca gerak gerinya. Kadang2 tindakan yang beliau buat langsung tidak pernah kita fikir yang beliau akan lakukan. Termasuklah semalam.. Apapun demi keselamatan dalam negara, Mc harap, DS Najib akan satu 'back up plan' untuk mengawal, anasir buas dan jahat yang hanya tunggu ISA di mansuhkan oleh kerajaan. Lagu Khas sempena Merdeka!! McTheory: Susah nak baca DS Najib.. pemimpin jiwa muda.. |
ALKISAH 16 SEPTEMBER Dok teringat kelaku Anwar Ibrahim! Posted: 15 Sep 2011 05:36 PM PDT Bila mai ja 16 september, perut aku ni rasa melugai, rasa nak gelak tergolek2 pun ada, nak lompat pun ada bukan apa tarikh ni la buat aku teringat kat seorang hamba Allah ni 3 tahun lalu..punya la tinggi cita-citanya nak jadi PERDANA MENTERI MALAYSIA. hahaha Habes 1 dunia dia keliling kencing orang ramai, sampai wartawan asing pun kena merecik dia punya kencing tu..sampai la ni tanpa rasa malu, segan silu duk muhong orang ramai. padahai semua orang dah boleh baca dah dia punya auta..aku nak post video pun rasa rasa semua orang dah penah kot tengok al kisah 16 september ni.tapi aku buh je la sikit gambaq buat perangat puak puak ni kot kot teringat kisah 3 tahun lalu.haha yang tak rasmi cerita di atas adalah berkisah tentang hari 16september mat jenin.hahha YANG INI BARU HARI RASMI 16 SEPTEMBER Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkanPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak yang ni baru RASMI pmk SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA & SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment