gelak besaq nampak?? |
Saya juga memberitahu sebelum ini bahawa gerakan "konspirasi" (saya pinjam perkataan 'keramat' Anwar) untuk menjatuhkan Azizan Razak sudah lama bermula, sejak sebelum beliau jatuh sakit lagi. Konspirasi ini khabarnya dipelopori oleh beberapa pemimpin Pas Kedah yang membentuk kumpulan untuk merampas kuasa MB ekoran "tak dapat projek"!
Kali ini, kisah "konspirasi" itu mendapat perhatian Malaysiakini, di sini. Dalam artikel tersebut, portal yang sememangnya dibiayai "tangan ghaib" Pakatan Haram ini jelas cuba menonjolkan ADUN Pengkalan Kundor, Phahrolrazi Nawawi, sebagai calon "terbaik" untuk menggantikan tempat Azizan sebegai MB Kedah.
Persoalannya, mengapa tiba-tiba portal tersebut memberi "highlight" terhadap isu ini? Mengapa portal tersebut secara tiba-tiba membodek Phahrolrazi yang merupakan "orang nombor 2 Pas Kedah itu"? Apakah Malaysiakini turut bersekongkol untuk menjatuhkan Azizan Razak yang sememangnya tidak digemari oleh pemimpin-pemimpin utama Pakatan Haram, terutamanya Lim Kit Siang itu?
Nampaknya, Phahrolrazi semakin ganas! Dia seolah-olah sengaja memperhebatkan tekanan terhadap Azizan Razak melalui artikel yang disiarkan Malaysiakini di muka hadapan portal pembangkang tersebut. Sudah tentu tanpa berfikir panjang, kebanyakan juak-juak Pakatan Haram yang lain akan terpengaruh dengan artikel tersebut.
Menerusi artikel itu, siapakah yang akan beruntung? Tentunya Phahrolrazi! Dia disebut-sebut untuk dijadikan Menteri Besar! Di belakangnya pula ialah Ir Amiruddin (pemikat bini orang!) dan Taulan Rasul (lawyer yang tak pernah seterika baju!).
Mungkin Malaysiakini "tertinggal" satu lagi nama, iaitu Mahfuz Omar. Padahal, dia dipercayai merupakan "mastermind" dan "dalang" di sebalik konspirasi tersebut. Dikhabarkan, Mahfuz memang sudah lama "bengang" dengan Azizan Razak. Kemuncaknya ialah apabila Menteri Besar itu dikhabarkan tidak memberikan kontrak pembinaan kampus KUIN di Kuala Ketil kepada "proksi" Mahfuz! Apatah lagi dengan kemelut "Kedah Sato" yang menyaksikan Mahfuz meletak jawatannya di GLC Kedah itu!
Hakikatnya, Azizan Razak kini semakin tertekan. Dikhabarkan, dia sedang membina kumpulan untuk menyokongnya mengekalkan jawatan MB Kedah. Namun malangnya, tidak ramai yang mahu menyertai kumpulan tersebut. Kumpulan Azizan Razak dilihat lemah akibat kesihatan MB Kedah itu kurang stabil pada akhir-akhir ini.
Justeru itu, bersedialah Azizan. Sila pertahankan jawatan MB itu semahu-mahunya. Ini akan menentukan hidup mati karier politik beliau. Sekiranya Azizan Razak tewas, dia dilihat akan hilang taringnya dan amat payah untuknya untuk bangkit semula. Bertahanlah sebaik mungkin, itu pun kalau mampu. Dan ketahuilah bahawa musuh Azizan Razak yang sebenar dalam dunia politik adalah Pas Kedah sendiri, dan bukannya UMNO!
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment