Betul le tu JAIS serbu gereja DUMC sebab dalam tu ada orang Islam!

 “KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (CWC) akan membincangkan isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya Rabu lalu, pada mesyuaratnya esok.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Ali, berkata pada mesyuarat CWC itu, PAS Selangor akan membentangkan laporan berhubung isu itu serta mendapatkan penjelasan dari exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, yang juga anggota CWC.

Mesyuarat itu akan diadakan di ibu pejabat PAS di sini jam 10 pagi.

Dr Hasan, Exco Hal Ehwal Islam Negeri, bagaimanapun mempertahankan tindakan JAIS menyerbu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) selepas mendapat maklumat terdapat kehadiran orang Islam pada majlis itu. – BERNAM”

Itu petikan dari isu JAIS serbu gereja DUMC:

  1. Di dalam tu ada orang islam sekali, jadi molek benarlah JAIS serbu sebab JAIS nak jaga agama orang islam terbabit. Kenapa pula tak boleh? Salah ke? JAIS kan Jabatan Agama Islam Selangor memang tugas menjaga agama Islam.
  2. Kenapa pula Khalid minta supaya jangan buat komen tentang perkara ni? Ini kan negara demokrasi, siapa2 pun boleh bagi pendapat masing-masing. Khalid takut PR akan berpecah kah? Takut PAS akan keluar PR ke? Tahu pun takut. Aku nasihatkan PAS keluar je dari PR tuh, buat apa kalau nak jaga agama pun tak boleh.
  3. Dah sah-sah orang islam masuk gereja tu, apa lagi yang nak di bincang kan? Nak dakwah orang islam masuk kristian le tuh. Apa nak cover-cover lagi ni. Khalid ingat rakyat ni bodoh ke?
  4. Saya sokong tindakan Datuk Dr Hasan Ali yang mempertahanan kan JAIS. Pemimpin macam ni yg kita nak, tapi kita tengok apa pula kata ahli-ahli PAS lain, tunggu meeting nanti. Takkan nak denda Datuk Dr Hasan Ali pulak kot, ini dah melampau nih. Gila ke apa orang nak jaga agama, kena denda. Macam ni ke yg kita nak sokong. PAS dulu tak sama macam sekarang
  5. PAS sekarang nampak lebih nakkan kuasa sampai sanggup belakangkan agama Islam.

Saya nasihatkan kepada ahli-ahli PAS, ubahlah fkiran anda seperti saya. Saya pun ahli PAS juga dulu tapi setelah PAS join PR, saya keluar PAS.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...