UMNO Online - “UMNO Masih Parti Unggul – Dr Mahathir” plus 9 more |
- UMNO Masih Parti Unggul – Dr Mahathir
- Dr Mahathir Shares Malaysia’s Success In Defeating Communist Insurgents
- Hudud : Masalah Lebih Besar Dengan DAP, Tapi PAS Nampak BN Juga!
- Mothers Are Nation’s Smart Partners In Nurturing Future Leaders – Nancy
- Pembangkang Perlu Cermin Diri Sebelum Manipulasi Isu & Salahkan UMNO
- PKR Parti Huru Hara Dan Penuh Kepincangan Tanpa Kesudahan – Zahida
- DAP Adalah “Penyerang” Bukan Mangsa Politik Perkauman
- Make Your Stand Clear On Hudud – Teng
- University Ranking Not The Basis For Excellent Education, Says Muhyiddin
- Gerakan Willing To Meet Pas To Discuss Hudud
UMNO Masih Parti Unggul – Dr Mahathir Posted: 09 May 2014 07:37 AM PDT KUALA LUMPUR, 9 Mei – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keupayaan UMNO mengekalkan reputasi sebagai parti Melayu yang unggul merupakan satu pencapaian besar bagi parti itu. Beliau berkata walaupun UMNO masih diterima, namun sokongan terhadapnya kelihatan berkurangan dan parti itu perlu mengambil iktibar daripada keadaan itu. "Kalau kita perhatikan, parti-parti yang berjuang untuk kemerdekaan, hampir semua tidak ada sekarang ini. Semua dah luput dah, ditolak oleh rakyat. "Tapi Alhamdulillah, UMNO masih lagi diterima walaupun sokongan nampak sudah berkurangan sedikit. Kalau ia (UMNO) tak ambil iktibar daripada (keadaan) ini, membetulkan keadaan, kemerosotan sokongan mungkin akan berterusan," katanya. Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ulang tahun ke-68 penubuhan UMNO pada 11 Mei ini dalam satu sidang akhbar selepas melancarkan buku mewah berjudul "Reminiscences of Insurrection: Malaysia's Battle against Terrorism 1960-1990" di Kementerian Pertahanan di sini, petang tadi. Dr Mahathir menasihatkan para pemimpin UMNO supaya mendengar apa yang disebut oleh rakyat terutamanya parti lawan. "Tetapi janganlah kita pula layan sangat parti lawan ni kerana dia ada tujuan nak bagi jatuh kerajaan. “Tapi kalau kita tidak ambil peduli tentang teguran, mungkin kita akan terus kehilangan sokongan," katanya. |
Dr Mahathir Shares Malaysia’s Success In Defeating Communist Insurgents Posted: 09 May 2014 05:10 AM PDT KUALA LUMPUR, May 9 – The willingness of Malaysians to take up arms and fight against communist terrorists in Malaysia, and the government’s campaign to win the hearts and minds of the people, are the two reasons why the country was able to defeat the insurgents. Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said citizens who took up arms against the insurgents should be lauded since they were willing to risk their lives fighting against the enemy, exposing themselves to be killed, wounded or to lose their limbs. “I don’t like to fight with anyone who may shoot me. But the armed forces take the risk and fight and kill, and perhaps get killed. It is not a pleasant thing, I’d rather be in an air-conditioned office pushing pen. “Someone has to do the fighting and fortunately for Malaysia, there are Malaysians who are willing to fight against the enemies,” he said when launching the book titled “Reminiscences of Insurrection: Malaysia’s Battle Against Terrorism 1960-1990″, here, today. Mahathir said he had shared the strategies on how to defeat the communist guerillas in Malaysia with the former South African president, the late Nelson Mandela. “I met Nelson Mandela after he was released from prison and he asked me how was Malaysia able to defeat the communist guerillas as his teachers in Yugoslavia and Libya told him that ‘guerillas cannot lose as they will always be assisted by the people and triumph’. “Besides taking up arms to fight, I told him that we defeated them by winning the hearts and minds of the people, ensuring that the civilians sided with the government and did not help the guerillas with food and money.” He said the campaign convinced the people that these guerillas were not fighting for freedom, instead they were imposing their own system and ideology. “With my explanation, I think Mandela, who was not the president yet, was quite surprised because this was not what he (Mandela) was taught,” he said. On the coffee table book, Mahathir said “it is important as it tells the unique story of how Malaysia fought and survived, and how the country pulled the people through the period of unrelenting turmoil”. “We need to report all these things and if we don’t, we tend to forget history. I always felt the need to record our past, which may not seem very important today but it will be in the future,” he said. Mahathir said such books would serve a great purpose in reminding Malaysians on the country’s past and also how to manage the present and future. Commending the author, Lt Col (Rtd) Mohd Azzam Mohd Hanif Ghows, he said the war veteran had made an honourable effort in producing the pictorial 424-page book that reminded the people how war against insurgency was fought. “Today, our country remains stable and peaceful, and will continue to prosper and remain as an example of how people who love this country, freed it from the enemies,” he said. |
Hudud : Masalah Lebih Besar Dengan DAP, Tapi PAS Nampak BN Juga! Posted: 09 May 2014 04:52 AM PDT Pelik pulak rasanya bila satu Malaya lihat betapa teruknya DAP dan PKR mengkritik cadangan hudud PAS di Kelantan dari kiri dan kanan – sampai ke tahap mencabar PAS keluar Pakatan, tapi parti itu sebaliknya memilih untuk menghentam UMNO kerana kononnya gagal menjelaskan hudud kepada parti-parti komponen BN yang lain seperti MCA dan Gerakan! Pulak dah. Ini apahal? Nak kata pukul anak sindir menantu, tak pulak, nak kata buah cempedak luar pagar ambil galah tolong jolokkan pun tak kena juga, jadi apa sebenarnya maksud PAS buat macam itu- mempertikai orang lain bila rakan sekomponen sendiri pun lagi hebat kritik hudud? Patutnya (ikut logiklah), PAS perlu sanjung UMNO kerana parti itu sudah janji nak sokong undang-undang hudud Kelantan bila dibentangkan di Parlimen nanti, bukan tuduh UMNO macam-macam. UMNO ceritanya nak sokong ni, kenapa yang PAS attack UMNO pulak? Sama ada sudah tersepit sangat atau memang benar dakwaan banyak orang selama ini bahawa PAS adalah parti untuk orang-orang bodoh dunia akhirat jadi ustaz. Rakyat patut lihat sampai ke tahap itu PAS berpolitik, yang sokong dia cari gaduh, yang bantah teruk, dia buat kawan. Atau PAS mungkin masih lagi mahu rakyat percaya bahawa parti itu sedang cuba mentarbiahkan PKR dan DAP mengenai hudud? Sudahlah PAS, orang dah tau dah yang auta tarbiah DAP & PKR pasal hudud ini adalah cerita bohong lagi basi. Tidak pernah berlaku sebenarnya proses pentarbiahan ini tapi PAS sengaja adakan kerana nak halalkan hubungan haramnya dengan kedua parti berlainan idealogi tersebut. Maka itulah hari ini kita lihat, daripada menjawab kritikan DAP dan PKR, PAS alih kritikan itu kepada UMNO dan BN pulak. Gila tak gila. ***TERAS adalah NGO pro PAS, so bodoh dia pun mencerminkan bodoh PAS mykmu.net |
Mothers Are Nation’s Smart Partners In Nurturing Future Leaders – Nancy Posted: 09 May 2014 03:45 AM PDT PUTRAJAYA, May 9 – Mothers are the nation’s smart partners as they are responsible in nurturing children and turning them into future leaders, says Minister in the Prime Minister’s Department, Nancy Shukri. In her Mother’s Day message released here today, she said the country developed because of mothers who had trained their children to become responsible citizens. “A developed nation is not just about how rich the country is, as it is also about how its people grow socially. It is not merely about physical growth. “Therefore, all mothers deserve to be celebrated and given recognition on a special day, Mother’s Day,” she said in the statement in conjunction with the Mother’s Day celebration on Sunday. Nancy also thanked her mother Bibi Mcpherson for raising her to become what she is today. “Now that it is Mother’s Day, I know that she loves roses, that are what I will present her apart from her favourite perfume, Jadore. “As she ages, we race with time to give her the best that she can enjoy. It is during Mother’s Day that we remind her of how much we appreciate her,” she said. Mother’s Day is celebrated on the second Sunday in May to celebrate motherhood and to appreciate mothers. |
Pembangkang Perlu Cermin Diri Sebelum Manipulasi Isu & Salahkan UMNO Posted: 09 May 2014 03:03 AM PDT KUALA LUMPUR, 9 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak hairan dengan tindakan pakatan pembangkang yang mengelirukan rakyat berkaitan pelbagai isu termasuklah perancangan kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP). Katanya, memang kerja pembangkang yang akan mengelirukan rakyat dengan memberi fakta yang salah dan sengaja membuat tuduhan yang tidak betul kepada kerajaan. "CBP merupakan satu kaedah yang kerajaan ketengahkan untuk membuat satu cara pengutipan cukai yang betul dan ia telah terbukti berkesan berdasarkan kepada 160 negara yang telah pun mengaplikasikannya. "Pakatan pmbangkang sengaja buat tuduhan yang tidak betul kepada kerajaan kerana kononnya mereka sahaja yang betul malahan kalau dinilai dengan pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling kita hari ini dapat dilihat bahawa pelbagai masalah rakyat yang timbul hari ini adalah disebabkan oleh kesilapan mereka sendiri." Dalam hal ini beliau memberikan masalah air di Negeri Selangor sebagai contoh untuk dinilai oleh rakyat. "Masalah air yang berlaku sekarang ini disebabkan mereka yang lebih suka berpolitik sedangkan perkara ini telah diingatkan empat tahun lalu apabila kita telah minta kelulusan pembinaan takungan air empangan Langat 2 untuk air bersih diberi kepada rakyat namun ia tidak diendahkan. "Kesediaan Kerajaan Negeri Pahang untuk menyalurkan air ke Negeri Selangor pun dipandang sepi kerana mereka menjadikan ia isu politik yang dipermainkan secara berterusan. Mereka tidak peduli kepada rakyat sebaliknya mereka hanya mahu menjadi populis." Tegasnya, ini berbeza dengan kerajaan tadbiran Barisan Nasional (BN) kerana kerajaan amat bertanggungjawab dan mempunyai perancangan sebagaimana yang dilakukan terhadap pembangunan Putrajaya. "Satu bandar baharu Putrajaya iaitu bandar pentadbiran kerajaan Persekutuan telah dibangunkan kerana kita sedar sekiranya kita kekal dengan Ibu Kota Kuala Lumpur maka tentunya kesesakan yang melampau akan berlaku. Dulu pun pembangkang mengatakan pembangunan Putrajaya tidak betul tapi hari ini…. "Begitu juga dengan CBP yang dibuat bukan untuk populariti tapi untuk percukaian yang betul demi masa hadapan negara," katanya yang juga Ahli Parlimen Putrajaya. Bidasnya lagi, pembangkang akan sentiasa mengatakan apa-apa sahaja yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan adalah salah sedangkan mereka yang patut cermin diri mereka sendiri. "Lihatlah diri mereka sendiri, bagaimana pemilihan dalaman PKR misalnya sedangkan selama ini mereka nak minta bersih, bersih, bersih, tuduh SPR buat salah tapi inilah yang mereka dapat buktikan." "Mereka menunding jari kepada orang lain tetapi dalam masa yang sama mereka sendiri tak betul kerana dalam pemilihan mereka berlaku pergaduhan sehinggakan bertumbuk ." Katanya lagi, apa yang nak dihairankan dalam PKR kerana dalam parti itu wujudnya golongan-golongan yang kecewa ekoran gagal mendapat tempat dalam UMNO. – MediaUMNO |
PKR Parti Huru Hara Dan Penuh Kepincangan Tanpa Kesudahan – Zahida Posted: 09 May 2014 02:53 AM PDT KUALA LUMPUR, 9 Mei – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Zahida Zarik Khan berkata masyarakat khususnya penyokong PKR perlu berfikir dan mengkaji semula adakah wajar sokongan padu terus diberikan kepada parti itu sedangkan sudah makin terserlah kepincangan dan huru hara yang tidak berkesudahan di dalam parti tersebut. Jelas beliau lagi sejak penubuhan parti PKR sehingga kini masalah dan kacau bilau sentiasa melanda parti tersebut malah perjuangan sebenar PKR juga tidak pernah jelas. "Saya sendiri tidak faham dan amat memusykilkan mengapa masih ada lagi yang masih menjadi penyokong kepada parti PKR ini. Kita lihat apa yang terjadi sepanjang pemilihan PKR berlangsung… Di kebanyakan tempat pengundian, ada sahaja pertelingkahan malah proses pengiraan undi juga tidak telus. "Inikah parti yang boleh kita sandarkan harapan untuk memperjuangkan nasib rakyat dan membangunkan negara. Parti mereka sendiri tidak mampu diurus tadbir dengan baik. "PKR hanya tahu menimbulkan kekecohan di dalam negara. Kita lihat sahaja demonstrasi demi demonstrasi yang mereka adakan termasuklah yang terbaru tentang bantahan GST. Mereka kelirukan rakyat dalam isu GST dan mengajak rakyat ke jalan raya. Apa yang pasti, rakyat yang hadir dalam demonstrasi itu sendiri tidak tahu dan tidak faham apa itu GST," jelasnya kepada UMNO-Online. Tambah beliau lagi, rakyat seharusnya berfikir secara mendalam sebelum mengikut secara melulu dan terpengaruh dengan fitnah pembangkang. “Sekiranya rakyat hanya mengikut secara melulu maka keamanan negara akan tergugat "Tindakan rakyat sebeginilah yang menyebabkan negara akan menjadi huru hara. Ia akan memberi gambaran bahawa negara ini tidak selamat dan ianya akan memberi impak kepada masa hadapan termasuklah dari sudut pandangan dunia luar," jelasnya lagi. Sebelum itu, Zahida selaku Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia telah merasmikan program kejutan sambutan hari ibu di Pusat Jagaan Warga Emas dan OKU Nur di Tasik Titiwangsa. Program yang dikelolakan oleh Global Support Super Team (GSST) bersama Biro Antarabangsa dan IPT ini bertemakan 'We Love You Mom' adalah merupakan program pertama GSST yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada sukarelawan terlibat selepas menghadiri kursus 'Train The Trainer' baru-baru ini. – MediaUMNO |
DAP Adalah “Penyerang” Bukan Mangsa Politik Perkauman Posted: 09 May 2014 01:37 AM PDT KOTA KINABALU, 9 Mei - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said menyifatkan tindakan pembangkang terutama DAP menyalahkan UMNO dalam permainan isu perkauman dan agama di negara ini sebagai perbuatan nakal. Tegasnya DAP sentiasa bermain politik dengan memaparkan parti itu sebagai mangsa dan menggunakannya sebagai mekanisme pertahanan pada hal parti itu sebenarnya yang sentiasa bertindak sebagai “penyerang” dan bukannya mangsa. "Walaupun DAP mendakwa sebuah parti pelbagai kaum, secara fakta, DAP kelihatan lebih mengutamakan kaum Cina atau Chinese-centric dan perjuangannya juga nampak lebih tertumpu kepada isu-isu Cina. "DAP kelihatan seperti sebuah parti Cina iaitu lebih tertonjol daripada MCA", katanya dalam entri terbaru sskeruak.blogspot.com. Justeru jelas beliau menuduh UMNO mengapi-apikan isu perkauman dan pada masa yang sama DAP memainkan isu-isu bangsa atau perkauman adalah perbuatan nakal. Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah seterusnya berkata harus diingat bahawa UMNO adalah parti nasionalis Melayu yang mendokong Islam. "Oleh itu, sudah tentu ada sahaja perbincangan yang menyentuh masa depan orang Melayu dan kesucian agama Islam tetapi ia tidak seharusnya ditafsir sebagai perkauman atau bercakap dalam bahasa perkauman", ujarnya. Hakikatnya kata beliau lagi apa yang berlaku sekarang ialah Pakatan Rakyat sedang menghadapi pelbagai masalah dalaman dan masalah antara parti dalam pakatan itu sendiri. "PKR berdepan pemilihan parti yang kucar kacir manakala hubungan DAP-Pas semakin renggang kerana tiada kesepakatan dalam isu Hudud. "Oleh kerana itu, DAP cuba mengalihkan perhatian orang ramai dari isu sebenar dan cuba menonjolkan kepada umum seolah UMNO adalah punca semua masalah ini", katanya. Oleh itu tambah beliau rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini perlu sama-sama meredakan keadaan atau menurunkan nada retorik bagi memastikan ia tidak sampai ke tahap di luar kawalan. "Jika keadaan sudah semakin teruk dan jika tidak diperbetulkan, maka ia sudah terlambat untuk mengekang perkara yang tidak diingini", ujarnya. |
Make Your Stand Clear On Hudud – Teng Posted: 09 May 2014 01:03 AM PDT GEORGE TOWN, May 9 – Penang Barisan Nasional (BN) wants the DAP-led state government to clarify its stand on the implementation of hudud law. Its chairman, Teng Chang Yeow said the state government was confusing the people when they had earlier agreed in their 13th general election (GE13) manifesto with PAS. “Lim had announced yesterday that Penang government rejectd hudud but their manifesto in 2013 itself stated that they will allow PAS to implement the Islamic nation,” he told reporters here today. He said under the manifesto signed by DAP secretary-general Lim Guan Eng in 2013, PAS was allowed to carry out their ‘aqidah and Islamic nation’. He also said that the Penang Islamic Religious Council (MAIPP) had earlier last month announced its stand to support Hudud. “This is a political bluff and DAP needs to show some responsibility by explaining to the non-muslim friends what is happening,” he said. Teng, who is also the Penang Gerakan Chairman said the state government must clear its stand before urging others to do so. He said Gerakan was always clear on its stand against hudud since the first day this issue arose. It was reported today that Lim, who is also the Penang Chief Minister, announced the DAP-led state government rejected any move to implement hudud. Meanwhile, MCA vice-president, Datin Paduka Chew Mei Fun said it was important for the people to understand what was the impact of PAS hudud law. She said the party’s political education bureau led by her would organise a seminar “Hudud Law & You” this Sunday at Dewan Kompleks Farlim from 2pm to 5pm. “MCA is very clear on its stand on this and we want to share this with the rakyat what our view is,” said Chew, who is also Penang MCA Liasion Committee chairman. |
University Ranking Not The Basis For Excellent Education, Says Muhyiddin Posted: 09 May 2014 12:31 AM PDT NILAI, May 9 – The ranking of local universities at the international level is not the main consideration in accelerating the country’s higher education towards excellency, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said today. He said this was because most of the criteria and the yardstick used to gauge the position of local universities in the world ranking did not meet the country’s aspiration. “The more important thing for the country’s interest is to ensure excellence of academicians, programmes and the institutions meet the three ‘R’ aspects, namely relevance, referred and respect. “…we have to find a field to strengthen the country and become the world leader in the field and this is a more significant and suitable yardstick for all types of higher learning institutions (IPT) in the country,” he added. He said this in his speech during a dialogue with key leaders of higher learning institutions on the preparation of the country’s education development plan for higher learning, here today. He said these aspects would provide a better yardstick to gauge local universities than merely on perception. He said the country’s IPTs, led by five universities which had been accorded research university status by the Education Ministry, had succeeded in producing high impact journals, hence placing Malaysia in an impressive position. “Besides this excellence, the IPT should also focus on ensuring the returns from these research are felt by the people and benefit them,” he added. Muhyiddin, who is also Education Minister, said the rapid development in technology should be utilised in the learning and teaching process at IPT with lecturers and students having access electronically to materials developed by renowned professors, locally and abroad. "These facilities can support the transition from curriculum development. In other words, this development should be used to enrich the learning and teaching experience of our graduates,” he added. In ensuring the ability of universities to have a clear direction and effectively implement their action plan, the deputy prime minister said the board of directors and executives of the universities concerned should understand their role and function. He said the role of the executive board should also be reviewed so that the university could act more efficiently and speedily to meet current needs which were becoming more challenging. The ministry, he said, would reduce bureaucratic red tapes to make it easier for universities to develop a strong management model. Earlier, Muhyiddin opened the campus for Higher Learning Leadership Academy (AKEPT), costing RM105 million, at Bandar Enstek. |
Gerakan Willing To Meet Pas To Discuss Hudud Posted: 09 May 2014 12:28 AM PDT KUALA TERENGGANU, May 9 – Gerakan president Datuk Mah Siew Keong said he is prepared to meet PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang to discuss hudud and its implementation. However, when asked on Gerakan’s stand on the proposed implementation of the Islamic law, he said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was the most appropriate person to respond to questions on the matter. Religion should not be used as a political tool to fish for votes, he told a media conference today. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment