BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


CEC DAP !!! AKAN BERKUBURKAH #DAP PADA 12 MEI INI BAK KATA @RAMESHRAOAKS ???

Posted: 09 May 2014 08:00 AM PDT


lebih setahun Pemilihan CEC DAP berlalu dan setengah tahun sejak pemilihan semula diadakan,namun masih belum ada tanda-tanda penyelesaian terhadap semua aduan dan siasatan yang dibuat.DAP dilihat sengaja mendiamkan perkara ini,mungkin mengharapkan rakyat lupa bahawa parti itu berada dalam keadaan terumbang ambing.Kes ini kini tergantung,tidak ditutup dan terus terbuka,tetapi dibiarkan begitu saja.Dalam tempoh ini,dua wakil DAP telah meninggal dunia sekali gus memaksa Pilihanraya Kecil diadakan,iaitu di Gelugor dan di Teluk Intan.Justeru,persoalan kini timbul mengenai kelayakan DAP untuk bertanding dalam kedua PRK ini memandangkan kedudukan CEC parti itu masih lagi belum sah.Membenarkan DAP bertanding dalam PRK akan mengakibatkan ROS dipandang serong kerana tidak mampu menegakkan undang-undang pertubuhan.Berikutan dengan itu,beberapa pihak telah tampil mempersoalkan kuasa dan tanggungjawab ROS dalam menangani kemelut CEC DAP.Antaranya,Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin,telah bangkit menegaskan bahawa tindakan ROS membiarkan DAP bertanding dalam PRK seolah-olah mengesahkan kedudukan CEC parti itu.Presidennya,Ramesh Rao secara lantang mendesak ROS agar mengambil tindakan mengenai masalah CEC DAP sebelum hari penamaan calon bagi PRK Gelugor iaitu pada 12 Mei.Desakan Ramesh Rao turut disokong oleh majoriti rakyat Malaysia,terutama para perwakilan DAP sendiri yang telah dipinggirkan dari pemilihan, serta ahli-ahli dan pemimpin bawahan parti itu yang tidak puas hati dengan pemilihan CEC yang lalu. 

Mereka ini bergantung harap kepada ROS untuk membela nasib mereka yang dianiayai oleh pemimpin sendiri. Rakyat pula mendambakan ketegasan ROS untuk menjalankan tanggungjawabnya tanpa mengira kedudukan dan kepentingan sesiapa.Sikap ROS dan DAP yang 'sepi tanpa berita' mengakibatkan ramai yang mula bertanya,apakah DAP kebal dari undang-undang ??? Atau,apakah yang ROS takutkan? Tarikh 12 Mei, iaitu sebelum penamaan calon PRK Gelugor cukup tepat untuk dijadikan tarikh akhir bagi DAP menyelesaikan masalah CEC. Sudah sampai masanya DAP dipaksa untuk menyelesaikan masalah ini untuk kesekian kalinya. Logiknya, mana mungkin sebuah parti politik beroperasi seperti biasa sedangkan kedudukan barisan kepimpinannya mendapat tentangan dari ahli-ahli sendiri? Tanpa sebarang tarikh tamat mahupun tindakan, kita seolah-olah berada dalam sebuah negara yang tiada undang-undang pertubuhan dan seolah-olah ROS telah dicucuk hidung oleh DAP. 

Oleh itu,bagi mengembalikan keyakinan dan rasa hormat rakyat, ROS wajib bertegas dan memberi kata dua kepada DAP untuk menyelesaikan kemelut CEC atau mengalami 'kematian' yang tragik lagi ironi pada 12 Mei ini, iaitu sehari sebelum tarikh sumpahan 13 Mei yang menyaksikan tragedi berdarah yang dicetuskan parti itu suatu ketika dahulu.Jika 13 Mei 1969 DAP telah menyebabkan begitu ramai rakyat Malaysia terbunuh kerana penerapan sikap perkauman di kalangan masyarakat Cina,maka mungkinkah 13 Mei 2014 bakal menyaksikan DAP telah 'terbunuh' dek kerana sikap yang sama,atas usaha untuk mengekalkan hanya kaum Cina di dalam kepimpinan tertinggi parti ??? kita tunggu apa akan terjadi !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HAPUS RUANGAN '#KAUM' !!! STRATEGI 'HILANGKAN' #MELAYU DI DUNIA DIDEDAHKAN !!!

Posted: 09 May 2014 05:00 AM PDT


Tidak keterlaluan dikatakan bahawa laman-laman sosial di dalam negara ini 'bergegar' sejurus selepas keputusan penghapusan ruangan 'kaum' di dalam borang-borang rasmi kerajaan diumumkan.Perkara ini diumumkan oleh Datuk Joseph Entulu,iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri.Sebenarnya,cadangan penghapusan ruangan 'kaum' di dalam borang rasmi ini bukan perkara baru.Ia telah dibangkitkan Tan Sri Joseph Kurup dalam program bersama Majlis Konsultansi Perpaduan Negara beberapa bulan lalu.Alasannya ialah untuk menghapuskan rasisme serta menggalakkan perpaduan.Selain itu,ruangan 'kaum' juga dikatakan tidak relevan dan tidak penting.Rata-rata rakyat menyambut keputusan kerajaan ini dengan kemarahan dan perasaan kesal.Penafian kerajaan mengenai perkara ini kemudiannya masih tidak mampu meredakan keraguan rakyat yang telah terguris hati.Secara dasarnya,menghapusan ruangan 'kaum' hanya praktikal jika semua rakyat Malaysia memakai nama yang bercirikan Malaysia,sepertimana rakyat Indonesia menggunakan nama Indonesia tanpa mengira kaum.Jika ruangan kategori 'kaum' ditakuti mampu membawa diskriminasi, maka ia adalah tidak relevan sama sekali kerana kita masih lagi mampu mengenalpasti sesuatu kaum melalui namanya.

Contohnya,nama 'Chong' atau 'Lim' tentunya seorang Cina manakala 'Ahmad' atau 'Nor' tentunya Melayu dan Mutusamy atau Letchumy tentunya India.Justeru,rakyat melihat cadangan penghapusan 'kaum' dalam borang rasmi sebagai tidak masuk akal serta mempunyai agenda tersembunyi untuk mencuit atau menggugat kedudukan bumiputera.Namun,apa yang mungkin ramai tidak dapat memahami ialah tindakan menghapuskan 'kaum' di dalam borang sebenarnya membawa agenda yang jauh lebih mendalam dari sekadar persoalan mengenai keududukan bumiputera.Menghapuskan kategori 'kaum' di dalam borang merupakan satu strategi jangka masa panjang yang mampu melenyapkan terus bangsa Melayu.Kita semua sedia maklum bahawa orang Melayu hanya ada Malaysia untuk menyatakan kewujudan kita di dunia. Malaysia adalah tanah tumpah darah orang Melayu.Kerana itulah apabila orang Cina menghalau orang Melayu dalam kejadian 13 Mei 1969,mereka hanya mampu menyuruh orang Melayu 'masuk ke hutan' dan bukannya 'pulang ke negara asal' kerana ini adalah negara asal kita.Ini bermakna,orang Cina atau sesiapa sahaja,tidak boleh menuntut hak warisan ke atas negara ini kerana negara ini adalah milik orang Melayu.

Justeru,apakah yang akan terjadi sekiranya nama kaum 'Melayu' dihapuskan dari satu-satunya bumi yang menjadi bukti kewujudan bangsa ini ??? Apa akan terjadi apabila semua borang-borang dan seterusnya kad pengenalan dan dokumen-dokumen rasmi tidak lagi mengkategorikan bangsa atau kaum ??? Apa akan jadi apabila satu hari nanti,kita semua digelar bangsa Malaysia dengan identiti nama yang caca-marba ??? Orang Cina warga Malaysia boleh mengaku menjadi bangsa Malaysia,tetapi hakikat kewujudan kaum Cina di dunia masih kekal dengan merujuk kepada negara China.Begitu juga dengan kaum India warga Malaysia,walaupun dikenali sebagai bangsa Malaysia,tetapi hakikat bahawa bangsa India itu wujud masih kekal dengan merujuk kepada negara India.Hak mereka ke atas warisan sejarah dan budaya kaum masing-masing terpelihara dengan baik di negara asal mereka walaupun secara teknikalnya kaum mereka tiada di Malaysia.Kaum Melayu pula secara teknikalnya juga sudah tidak ada di Malaysia, dan kewujudan kaum ini tidak boleh dibuktikan di mana-mana, melainkan mungkin,secara individu iaitu sekadar melalui nama. 

Kisah zaman Kesultanan Melayu menjadi sejarah asing,yang tiada kena mengena dengan bangsa Malaysia. Kita tidak lagi boleh mengiktiraf negara ini sebagai negara asal kita kerana penduduk asal adalah orang Melayu sedangkan kita bukan lagi berbangsa Melayu, tetapi 'berbangsa Malaysia' sama seperti orang Cina dan India.Hak penduduk asal telah dijadikan sama rata.Sedikit demi sedikit budaya Melayu juga akan terhakis atas dasar mewujudkan budaya 'Malaysia' yang caca marba.Bahasa Melayu juga pasti menghadapi ancaman hebat untuk diketepikan dan dihapuskan terus secara perlahan-lahan. Siapa lagi yang mampu membela Bahasa Melayu jika orang Melayu sendiri sudah tidak wujud lagi untuk menyatakan hak bahasa Melayu ke atas tanah air ini ??? Lalu akhirnya,Melayu pun pasti hilang di dunia sedang Cina dan India kekal selamanya.Inilah diingatkan kepada mana-mana pihak terutama orang Melayu sendiri agar tidak mudah menerima sesuatu cadangan tanpa memikirkan kesan dan akibatnya dalam jangka masa panjang.Kita perlu belajar berfikir lebih jauh melangkaui generasi bagi memastikan kesinambungan bangsa ini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...