UMNO Online - “GST : Tak Betul Beli Barang Harga RM50, Bayar RM 56!!!” plus 9 more

UMNO Online - “GST : Tak Betul Beli Barang Harga RM50, Bayar RM 56!!!” plus 9 more

Link to UMNO Online

GST : Tak Betul Beli Barang Harga RM50, Bayar RM 56!!!

Posted: 05 May 2014 05:36 AM PDT

Macai pembangkang sebetulnya bukan faham mana sangat pasal GST.  Sama macam TPPA jugaklah, majoriti besar tak faham pun TPPA tu apa benda, ikut apa Anwar Ibrahim cakap saja, bantah, bantahlah, duduk, duduklah – bodoh macam itu.

Sebab itulah beberapa interview rambang yang dijalankan masa hari demonstrasi 1 Mei lepas, kebanyakkan mereka tidak tahu apa pun pasal GST ni bila diajukan soalan.  Ada yang kata Government Services Tax, ada kata cukai baru dan sebagainya.

Jadi yang dok ramai-ramai turun bantah ni sebab apa, tak tahu nak jawab.

agenda-peribadi-sokong-keluarga-anwar-perhimpunan-bantah-anti-gst-dataran-merdeka

GST ni mudah saja, ia adalah sistem cukai baru, menggantikan sistem percukaian sedia ada.  Tinggal lagi ada beberapa pembaharuan, antaranya, kalau dulu pergi ke kedai yang nilai jualan/perolehan (threshold) dalam setahun melebihi RM 500,000, tidak kena cukai 6%, kini sudah kena cukai 6%.

6% bukan RM 6.

Maka itu adalah tidak benar dakyah yang disebarkan balaci pembangkang bahawa selepas perlaksanaan GST, beli barang di kedai sebanyak RM 50, rakyat kena tambah RM 6 untuk GST.  Hakikatnya, selepas perlaksanaan sistem GST, barang yang hari ini berharga RM 50, akan berkurangan menjadi RM 45 + 6% GST = lebih murah dari RM 50 pun!!

Dengan kata lain, GST menjadikan harga barangan pengguna menjadi lebih murah dari sekarang dan kita masih belum lagi bercakap mengenai barang-barang yang dikecualikan dari GST.

Bagaimana barangan berharga RM 50 boleh turun sehingga RM 45?  Itu hasil rebet cukai yang diberikan kerajaan kepada pengeluar + pengurangan 1% ke atas cukai syarikat dibawah sistem GST.

Kalau masih ada masalah juga, rakyat ada pilihan kalau taknak kena GST – jangan beli belah di pasaraya besar yang nilai jualan/perolehannya sudah tentu lebih dari RM 500,000 setahun, beli belahlah di kedai runcit biasa atau pasar malam – bebas GST sebab nilai jualan/perolehannya kurang dari RM 500,000!!

Pendek kata, dari segi pilihan untuk rakyat tidak kena GST, ia lebih kurang macam saman AES.  Pecutlah laju macam mana pun, tapi bila sampai lokasi kamera AES terletak, perlahankanlah kenderaan ikut halaju yang dibenarkan, lepas itu pecutlah balik.

Semudah itu.

Yang penting, bila pembangkang kata GST ini membebankan rakyat, cukai baru dan sebagainya, ia adalah dakyah jahat yang bukan saja tidak benar sama sekali, malah berniat jahat.

mykmu.net

Antara Kehilangan MH370 dan Kehilangan 800 Perwakilan DAP

Posted: 05 May 2014 05:20 AM PDT

Genap setahun PRU13 berlalu, pembangkang masih lagi belum dapat menggulingkan Barisan Nasional walaupun telah berkali-kali berdemonstrasi dengan berbagai-bagai taktik dilakukan termasuk berkhemah, berguling, merusuh dan menjemput campurtangan asing.

Segala usaha pembangkang terbukti sia-sia sahaja kerana kuasa asing juga tidak mampu menafikan hakikat bahawa PRU di Malaysia berjalan dengan adil dan saksama. Ini terbukti dengan saingan sengit yang diberikan oleh pembangkang, sehingga memenangi atau mengekalkan beberapa negeri.

lim-guan-eng-peralat-zairil-bukan-anak-khir-johari-pemilihan-cec-dap-rasis-diskriminasi-kaum-tak-sah

Enggan menerima hakikat kekalahan, pembangkang terus menolak hakikat bahawa PRU tersebut adil. Malah, blog Lim Kit Siang menulis bahawa pada ulangtahun pertama PRU13 iaitu pada hari ini, Malaysia telah dikaburi polisi-polisi Najib yang gagal dan keterdesakan ingin melihat perpecahan Pakatan Rakyat melalui Hudud.

Kononnya, sejak BN memenangi PRU itu, negara terus berada dalam keadaan kelam dan tidak tentu hala tuju.

Jelas, Kit Siang sedang mengalami sindrom penafian yang kronik mengenai dua perkara. Pertama, kekalahan dalam PRU13 dan kedua, Hudud sedang memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Kit Siang masih bercakap mengenai 'undi popular' walaupun ia tidak relevan dengan sistem pilihanraya di Malaysia dan Kit Siang juga masih menegaskan yang hudud bukan masalah sedangkan satu negara sudah riuh rendah dengan suara DAP yang menolak hudud sekeras-kerasnya.

Jika kita melayari blog Kit Siang, kita akan dapat merasakan betapa beliau bukan sahaja mengalami sindrom penafian yang kronik tetapi juga seorang pemimpin yang amat tidak bertanggungjawab. Ini kerana, dalam Kit Siang asyik memikirkan ulangtahun pertama PRU13, beliau tidak pula ingin membangkitkan soal pemilihan CEC yang masih lagi belum selesai yang kini sudah menghampiri ulangtahun ke2.

Pemilihan CEC DAP pada 15 Disember 2012 memperlihatkan DAP telah 'tersalah kira' sehingga membawa kepada pengiraan semula undi pada Januari 2013.

Keputusan dari pengiraan semula tersebut bagaimanapun menimbulkan berbagai persoalan matematik berikutan penambahan dan pengurangan undi individu tertentu yang tidak masuk akal. Tidak cukup dengan itu, aduan juga dibuat kepada ROS oleh para perwakilan yang tidak menerima notis mesyuarat.

Akibatnya, keputusan pengiraan semula telah ditolak dan DAP disaran mengadakan pemilihan semula.

DAP bagaimanapun enggan bekerjasama dan memberi berbagai alasan mencabar perintah ROS. Walaubagaimanapun, parti itu akhirnya tidak mampu melawan undang-undang dan terpaksa mengadakan pemilihan semula 9 bulan selepas pemilihan asal, iaitu pada 29 September 2013.

Malang bagi DAP, sekali lagi, aduan dibuat oleh pemimpin bawahan kepada ROS mengenai pemilihan yang bertentangan dengan prosedur parti. Selain itu, DAP juga telah gagal menjawab ke mana hilangnya 800 perwakilan di hari pemilihan semula, mahupun kehilangan lebih 700 dari mereka dalam pemilihan asal di tahun sebelumnya.

Sehingga kini, setelah 17 bulan berlalu dari tarikh pemilihan CEC yang asal, DAP masih lagi berdolak dalih mengenainya. Lim Kit Siang pula nampaknya mengambil sikap membisu seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Kit Siang bagai melupakan terus masalah besar yang melanda parti itu, tetapi tidak malu pula untuk bercakap mengenai masalah negara di dalam blognya saban hari. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Blog Kit Siang bukannya prihatin, tetapi seolah-olah 'obses' mengenai kehilangan MH370.

pemilihan-parti-dap-diskriminasi-rasis-kaum-india-dinasti-kroni-tak-demokratik-demokrasi-kotor-ros-ahli-bantah-pejabat

BN telah memenangi PRU-13 dan semua pihak termasuk para pemerhati luar berpuas hati dengan perjalanan dan keputusannya. Yang merungut dan menolak keputusan PRU tersebut hanyalah pembangkang, iaitu Pakatan Rakyat yang sentiasa memusuhi dan membangkang apa saja mengenai BN.

Namun, dalam kes pemilihan CEC DAP, pihak yang merungut dan menolak keputusannya bukanlah BN yakni musuh DAP, tetapi ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin kecil parti itu sendiri.

Justeru, antara ulang tahun pertama PRU13 dengan pemilihan CEC DAP yang telah menghampiri ulangtahun kedua, apakah maknanya kepada rakyat Malaysia?

Justeru, antara ulang tahun pertama PRU13 dengan pemilihan CEC DAP yang telah menghampiri ulangtahun kedua, apakah maknanya kepada rakyat Malaysia?

Sebenarnya, apa yang dilihat oleh rakyat adalah jelas, iaitu negara terus bergerak ke hadapan, aman dan sejahtera selepas PRU13. Namun, DAP pula semakin hari semakin goyah, semakin hilang sokongan dari kalangan masyarakat Cina sendiri dan kini terumbang ambing pula dek isu hudud.

Mungkin Kit Siang perlu berhenti menafikan hakikat bahawa partinya mempunyai masalah besar. Selagi Kit Siang enggan mengakui hakikat itu, maka selagi itulah masalah tidak akan selesai. DAP tidak boleh lari dari masalah atau berpaling dari undang-undang.

Rakyat, termasuk ahli-ahli DAP sendiri bukannya anggota komunis atau hamba sahaya Maharaja Cina yang tidak mampu menyoal atau membantah sang Ketua.

Jika parti sendiri tidak dapat mengikut prosedur. bagaimana DAP mampu berangan untuk memerintah negara? Untuk pengetahuan DAP, memerintah negara bukan seperti mentadbir perniagaan along atau kongsi gelap. Memerintah negara perlu bersandarkan undang-undang dan perlembagaan.

Oleh itu, inilah disarankan kepada Kit Siang, daripada saban hari membincangkan kehilangan MH370 dan hal-hal negara, adalah lebih baik jika Lim Kit Siang menulis memperjelaskan mengenai ke mana hilangnya para perwakilan CEC semasa hari pemilihan.

Mr Beruang Biru

Laksana Hudud Untuk Pancing Undi : Pas Perlu Jawab Dakwaan DAP

Posted: 05 May 2014 05:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Fairus Khairuddin mendesak kepimpinan Pas agar segera menjawab dakwaan pemimpin DAP yang mengatakan bahawa parti tersebut terpaksa melaksanakan hudud semata-mata untuk menarik balik sokongan orang Melayu terhadap Pas.

Jelas beliau ketika dihubungi, kenyataan pemimpin DAP  itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan syak wasangka rakyat kebanyakan berhubung keikhlasan Pas dalam melaksanakan hukum Islam tersebut.

teresa-kok-parti-dap-rasis-sindir-satira-5-ekor-babi-menang-pilihan-raya-pru

"Kita minta pimpinan Pas beri penjelasan terhadap kenyataan Teresa Kok yang mendakwa Pas terpaksa mengulang kembali isu hudud ini kerana ingin menarik sokongan dan undi orang Melayu terhadap parti tersebut.

"Perkara ini bagi saya, menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam kerana seolah-olah Pas menjadikan isu hudud ini sebagai satu umpan politik bagi menarik semula sokongan orang Melayu yang semakin luntur terhadap parti tersebut," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jelas beliau lagi, penjelasan daripada kepimpinan Pas amat penting kerana ia dapat meleraikan persoalan serta syak wasangka dalam kesungguhan kepimpinan Pas mahu menegakkan hukum hudud di Kelantan.

"Semenjak Pas berhasrat untuk melaksanakan hudud, kita lihat pelbagai tentangan yang diberikan oleh rakan sekutu mereka yang tidak bersetuju hudud dilaksanakan oleh kerajaan Pas Kelantan. Dan kenyataan Teresa itu seolah-olah memperlihatkan Pas terpaksa melaksanakan hudud demi sokongan dan undi.

"Kepimpinan Pas mesti menafikan kenyataan Teresa dan memberikan penjelasan secara terbuka kepada rakyat, khususnya umat Islam yang mahu tahu perkara sebenar. Bagi saya, keikhlasan kita untuk melaksanakan hudud itu amat penting kerana dari situnya datang barakah dan rahmat agar hukum tersebut sekiranya dilaksanakan mampu memberikan  keadilan bagi semua pihak," tegasnya.

Tambahnya, kepimpinan UMNO pula secara terbuka bersetuju dengan usaha Pas itu dan telah mewujudkan satu komiti khas yang terdiri daripada ulama dan pakar undang-undang untuk mengkaji serta meneliti undang-undang hudud yang bakal dilaksanakan itu.

"Justeru itu kita berharap agar kepimpinan Pas benar-benar berniat ikhlas untuk menegakkan hukum Allah di negara ini tanpa ada agenda politik untuk meraih sokongan, kerana isu hudud ini bukanlah satu perkara yang boleh dijual beli untuk ditukar dengan sokongan serta undi demi kepentingan politik parti atau individu tertentu," tegasnya. -MediaUMNO

teresa-kok-pas-guna-hudud-undi-sokongan-politik-zahid-kaji-taktik-strategi-muslim-islam-malaysia

tertinggi-dap-karpal-lim-kit-siang-guan-eng-tolak-hudud-hadi-silap-salah-sokong-pakatan

Laporan Lengkap RCI Pendatang Asing Di Sabah Dibentang Kepada Agong 21 Mei Ini

Posted: 05 May 2014 03:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Laporan lengkap siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi pendatang tanpa izin di Sabah akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 21 Mei ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pembentangan kali pertama itu dapat dilakukan selepas beberapa sesi pendengaran terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab sebelum ini temasuk insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

“Ini antara syarat yang telah ditetapkan kepada suruhanjaya iaitu satu pandangan menyeluruh melibatkan banyak pihak perlu dilakukan sepenuhnya sebelum laporan lengkap dibuat.

“…dan dalam hal ini kerajaan tidak pernah berkompromi berkenaan pendatang tanpa izin memandangkan laporan ini amat penting sebagai asas kepada sebarang tindakan lanjut,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Lucas Umbul di Dewan Negara di sini.

Penubuhan RCI diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun 2012. Ditauliahkan pada 21 Sept 2012, suruhanjaya itu diberikan tempoh enam bulan untuk menyelesaikan siasatan dan membentangkan laporan serta cadangan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Tempoh itu yang sepatutnya berakhir pada 20 Mac lepas bagaimanapun dilanjutkan sehingga 21 Mei ini.

Berhubung penangguhan pembentangan laporan, Shahidan berkata walaupun terlewat, penangguhan sebanyak empat kali itu memberi lebih ruang kepada suruhanjaya menjalankan penyiasatan terperinci dan menyeluruh memandangkan tiada siasatan seumpama itu dilakukan sebelum ini.

Apa yang perlu diketahui ialah, siasatan tidak hanya memberi fokus kepada sesuatu kaum, kawasan atau daerah di Sabah, katanya.

Suruhanjaya yang dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong bersama empat pesuruhjaya itu antara lain diberikan kuasa menyiasat jumlah pendatang asing di Sabah yang telah diberikan kad pengenalan atau kewarganegaraan.

Johor Govt Plans To Develop New Water Sources To Overcome Supply Shortage

Posted: 05 May 2014 02:52 AM PDT

JOHOR BAHARU, May 5 – The Johor government is planning to develop new water sources to meet the need for water supply in the state, particularly in the districts of Johor Baharu and Kota Tinggi, which is expected to be sufficient only up to the year 2018.

State Executive Councillor for Public Works, Rural and Regional Development Datuk Ir Hasni Mohammad said the development was being carried after the state government took into account the report on a study on the state’s water sources which called for the government to increase the existing water sources.

“The study carried out since early last year by a private consultant appointed by the state government and tabled to the state government at the end of last month disclosed that water supply in Johor Baharu and Kota Tinggi could only meet the needs of development up to the year 2018.

“This means that there is a need to look for new water sources in the two districts within the next four years to meet the need for increased development in these areas,” he told reporters after attending the 2014 World Water Day celebration at the Johor state level at the Pontian Dam, Ulu Choh, here today.

Hasni said as such, the state government had instructed the Johor State Water Regulatory Body (BAKAJ) to present a proposal paper so that the allocation for the development of new water sources could be included in the 11th Malaysia Plan.

He said that among the development projects planned were the construction of a new dam near Sedili Besar in Kota Tinggi and water retention from Sungai Endau near Mersing that required discussions to be held between the Johor and Pahang state governments.

Hasni said the water supply problems in Batu Pahat and Kluang were not expected to recur and would be adequate up to the year 2030 following efforts taken to upgrade the Bekok Dam near Batu Pahat currently and the construction of the Kahang Dam near Kluang which was expected to be ready by October 2016.

“At the moment, there are 17 dams in the state and what is important is that the areas near the dams should be closely protected to prevent any form of threat especially due to pollution,” he added.

Pencarian MH370 Masuk Fasa Baharu Dengan Usaha Dipergiat Di Dasar Laut

Posted: 05 May 2014 02:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Selepas gagal mengesan pesawat MH370 yang hilang melalui usaha mencari dari udara, di permukaan dan di bawah air sejak 57 hari lalu, pencarian kini akan dipergiat di dasar laut Lautan Hindi selatan termasuk untuk memetakan kawasan pencarian.

Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss berkata pemetaan demografi lautan dijangka mengambil masa enam minggu, kerana sebahagian besar kawasan itu tidak pernah dibuat pemetaan sebelum ini.

“Ini perlu dilakukan untuk memahami dasar laut kawasan itu,” katanya pada sidang akhbar bersama selepas mempengerusikan perbincangan tiga hala dengan pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pengangkutan Cina Yang Chuantang.

Perjumpaan itu diadakan di bangunan Parlimen Australia di Canberra.

Menurut laporan sebelum ini pencarian itu perlu fokus kepada dasar laut kerana besar kemungkinan sebarang serpihan tidak akan ditemui di permukaan laut kerana kebanyakannya kini sudah tentu dipenuhi air dan tenggelam ke dasar laut.

Lautan Hindi merupakan laut ketiga terbesar di dunia dengan titik paling dalam ialah 8,047 meter.

Truss berkata memandangkan kedalaman lautan itu memerlukan pelbagai peralatan canggih termasuk sonar dan kenderaan autonomi dalam air, sektor swasta dengan kemampuan dan keupayaan yang ada akan bekerjsama menyertai misi itu.

Katanya sesetengah peralatan akan disediakan oleh kerajaan-kerajaan yang membantu dalam pencarian itu, dan kebanyakannya daripada syarikat-syarikat swasta.

Menurut Truss, Bluefin-21 Tentera Laut Amerika Syarikat telah disewa untuk sebulan lagi dan akan mengambil bahagian dalam fasa baharu pencarian ini, bersama kapal Ocean Shield, Australia yang buat sementara ini berada di pelabuhan untuk diservis.

Menyifatkan usaha mencari itu sebagai “antara yang paling sukar pernah dilakukan di mana-mana dalam dunia ini” Truss berkata pihak berkuasa dari tiga negara itu akan juga berjumpa dengan pakar-pakar antarabangsa Rabu ini untuk menganalisis data yang dikumpulkan mengenai penerbangan yang hilang itu serta bagi membincangkan tentang aset yang diperlukan untuk fasa baharu itu.

Bagaimanapun beliau tidak menyebut tempat mesyuarat pada Rabu ini.

“Kami yakin bahawa berdasarkan maklumat yang diperoleh, kawasan pencarian adalah betul, tetapi dari segi praktikalnya, keyakinan itu belum lagi bertukar menjadi kenyataan dengan penemuan sebarang kesan daripada pesawat itu,” katanya.

Truss turut mengumumkan bahawa Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC) di Perth akan dipindahkan ke Canberra untuk memudahkan perbincangan antara pihak berkuasa dan pakar pencarian, sementara operasi mencari kekal berpangkalan di Perth.

Sementara itu Hishammuddin berkata perbincangan pagi ini adalah “teratur dan fokus” dan isu kos yang terlibat bagi misi mencari tidak dibincangkan.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu dijangka akan dibincangkan pada mesyuarat Rabu ini.

“Apa pun kos yang akan ditanggung banyak bergantung kepada jenis aset yang disediakan kepada kerajaan, apa yang ada secara komersial untuk mengenal pasti kawasan yang perlu dicari, bagaimana ia akan dicari dan di sinilah pakar-pakar akan diperlukan memberi nasihat kepada kami apabila mesyuarat bermula pada Rabu,” katanya.

Menurut laporan, kos bagi fasa baharu itu dianggarkan berjumlah sekitar US$60 juta.

Di pihak China, Yang mengulangi komitmen negara itu untuk menyertai secara proaktif dalam usaha mencari, termasuk menghantar lebih banyak aset dan pakar bagi pencarian susulan itu.

Beliau berkata China akan membantu untuk mencari organisasi komersial yang mempunyai teknologi dan aset canggih serta kemampuan dalam mengatur pencarian bagi fasa baharu itu.

Pesawat MH370 ke Beijing hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Kuala Lumpur membawa 239 orang. Adalah dipercayai penerbangan itu berakhir di Lautan Hindi, bagaimapun pencarian besar-besaran bagi mengesan bangkai kapal terbang itu tidak menemui apa-apa setakat ini.

Sindrom Ghairah Rebut Jawatan Jadikan Pemilihan PKR Tunggang Langgang

Posted: 05 May 2014 02:41 AM PDT

KOTA KINALABALU,  5 Mei – Pergolakan serta huru hara yang melanda pemilihan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang  kini sedang berlansung memperlihatkan sistem pentadbiran parti yang caca merba dan tidak tersusun, sehingga menyebabkan proses pemilihan kepimpinan parti tersebut terganggu dan kecoh di seluruh negara, demikian jelas Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Menurut beliau, sejak bermulanya pemilihan PKR seminggu yang lalu,  ada saja cerita tentang ketidakpuasan hati setiap hari yang  menjurus kepada perebutan jawatan di pelbagai peringkat parti tersebut.

"Seperti yang kita tahu, terbaru ini di Sungai Petani, Kedah,  proses pengundian bagi pemilihan pemimpin PKR kawasan itu terpaksa ditangguhkan, selepas nama seorang calon yang bertanding  jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani `lesap’ dan lawannya diisytiharkan menang tanpa bertanding.

pemilihan-pkr-2014-haru-biru-huru-hara-gaduh-rebut-lobi-kroni

"Pelik juga bagaimana nama calon boleh lesap begitu saja. Sebelum itu pula, proses pemilihan PKR Cabang Batang Sadong, Sarawak turut dipertikai dan keputusannya terpaksa dibatalkan berikutan timbul dakwaan berlaku kegiatan manipulasi undi semasa bekalan elektrik terputus di tempat mengundi," jelas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah beliau, bagi jawatan tertinggi, khususnya Timbalan Presiden yang menjadi tumpuan ramai,  sama ada dalam PKR sendiri, dalam sekutu Pakatan Pembangkang mahupun penganalisaan politik dan masyarakat netizen, turut dipertikaikan kerana  ada dakwaan daripada ahli mereka sendiri yang mengatakan berlaku kegiatan manipulasi undi.

"Sebagai orang politik, saya turut mengikuti perkembangan yang berlaku dalam PKR. Bagi saya, pergolakan yang berlaku ini semuanya menjurus kepada keinginan mendapat jawatan, tempat dan kedudukan.

"Apa yang nyata bagi saya, ahli dan kepimpinan PKR kini dilanda sindrom mengejar jawatan, untuk dijadikan `tiket’ mencapai kedudukan. Sebagai contoh kita lihat persaingan antara Azmin dan Khalid. Ia bukan rahsia lagi. Kedua-dua mahu mengejar jawatan Nombor Dua dalam parti kerana ia menjadi `lesen besar’  untuk mendapat kedudukan dalam kerajaan negeri Selangor."

"Segala caca merba dan huru hara yang berlaku di dalam proses pemilihan parti PKR ini juga adalah disebabkan oleh kegagalan dan kewibawaan kepimpinan tertinggi PKR yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Beliau telah gagal untuk memastikan PKR menjadi sebuah organisasi politik yang tersusun dan profesional, sebaliknya budaya kronisme dan nepotisme yang dibawanya ke dalam parti telah menyebabkan PKR semakin kucar kacir dan huru hara.

"Justeru saya minta kepada kepimpinan PKR agar perbaiki dulu kelemahan diri sendiri sebelum mendakwa parti mereka itu lebih baik dari parti-parti lain, khususnya UMNO. Kepada rakyat pula, apakah kita mahu meletakkan harapan kepada mereka ini untuk mentadbir negara menjadi lebih baik dari apa yang kita ada sekarang ini, sedangkan pentadbiran parti yang kecik itu pun tidak mampu mereka tadbir dengan baik?," kata beliau. -MediaUMNO

pemilihan-pkr-2014-kecoh-haru-biru-huru-hara-gaduh-rebut-lobi-calon-kroni-nibong-tebal-penang-pulau-pinang

pemilihan-kroni-tipu-bohong-tak-telus-pkr-sabak-bernam-selangor-ganas-kasar-baling-kerusi

pemilihan-pkr-kecoh-tak-telus-tipu-bohong-undi-ganas-gaduh-baling-kerusi

pemilihan-parti-pkr-2014-pangkah-undi-dalam-bilik-hotel-telus-integriti-amanah-anwar

CBP Rapatkan Jurang Pendapatan Rakyat – Shafie Apdal

Posted: 05 May 2014 01:37 AM PDT

ALOR GAJAH, 5 Mei – Cadangan menangguhkan perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) sehingga jurang pendapatan antara rakyat  diselesaikan adalah tidak relevan kerana cukai itu sendiri boleh merapatkan jurang berkenaan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata melalui sistem percukaian berkesan dalam CBP negara bakal memperoleh pendapatan lebih tinggi dan hasil itu dapat disalurkan bagi menambah baik kehidupan, seterusnya meningkatkan pendapatan rakyat.

shafie-apdal-semporna-sabah-menteri-naib-presiden-umno-bn

Beliau berkata tindakan untuk merapatkan jurang pendapatan rakyat terutamanya antara masyarakat di bandar dan luar bandar perlu dilakukan segera dan tidak perlu menunggu faktor tertentu dilaksana terlebih dahulu.

“Cadangan itu bagaikan persoalan antara ayam dan telur, yang mana dating dahulu, walhal kita tidak perlu pun tunggu apa-apa…melalui CBP kita ada peluang tingkat pendapatan rakyat, kita mesti terus ambil peluang ini kenapa perlu tunggu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Bangunan Canselori Kolej Risda di kampus kolej itu di Ayer Pa’abas di sini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Risda Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad yang juga pengerusi kolej.

Majlis itu turut menyaksikan Kolej Risda menandatangani perjanjian persefahaman dengan Open Universiti Malaysia (OUM) melibatkan kerjasama dalam bidang pendidikan dan pengurusan ditandatangani Wan Mohamad Zuki dan Presiden OUM Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali.

Pada Sabtu lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan sebagai berkata CBP masih belum sesuai dilaksanakan kerana jurang pendapatan antara rakyat di negara ini dakwanya amat tinggi.

Mohd Shafie yang juga Naib Presiden UMNO berkata CBP melalui pengecualian cukai ke atas barangan makanan tertentu juga dilihat dapat membantu meringankan beban hidup seterusnya meringankan kesan ke atas pendapatan yang diperoleh rakyat.

Selain itu katanya penambahan hasil, membolehkan kerajaan mewujudkan lebih banyak inisiatif seperti Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang mampu meningkatkan pendapatan rakyat di luar bandar.

Beliau tidak menafikan CBP mempunyai kesan ekonomi tertentu seperti inflasi bagaimanapun beliau yakin kerajaan mempunyai mekanisme yang berkesan supaya kesan seperti itu tidak akan membebankan rakyat.

“Apa yang penting sekarang rakyat harus faham cukai ini boleh bantu mereka, sekiranya mereka tidak faham atau tidak setuju saya nasihatkan mereka cari saluran yang betul untuk luahkan bukan melalui demonstrasi jalanan yang menyusahkan orang lain,” katanya.

Himpunan Jalanan Pembangkang Sekadar Ulang Tayang Kerja Sia-sia

Posted: 05 May 2014 12:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Pakatan pembangkang seakan telah kehabisan modal apabila menjadikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) yang bakal dilaksanakan kerajaan sebagai isu politik sehinggakan menggerakkan himpunan jalanan sebagaimana yang berlangsung pada 1 Mei lalu, kata Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Haryaty Hamzah.

Jelasnya, sebelum ini pakatan pembangkang telah melakukan pelbagai cara termasuk serangan peribadi kepada pemimpin atasan dan keluarganya serta memanipulasi apa-apa sahaja dasar kerajaan dalam usaha mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan.

peserta-bantah-anti-gst-pembangkang-tumbuk-kasari-ganas-wartawan-jurukamera-petugas-media-dataran-merdeka-2

"Perhimpunan membantah CBP di Dataran Merdeka Khamis digerakkan oleh pakatan pembangkang untuk bangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan dengan harapan akan berlaku kekacauan dan kerajaan yang ada akan dianggap lemah namun berdasarkan kepada apa yang berlaku dapat disimpulkan bahawa himpunan tersebut adalah satu kerja sia-sia," katanya kepada UMNO-Online.

Katanya, berdasarkan kepada maklumbalas berkaitan himpunan terbabit, boleh dikatakan rata-rata para peserta tidak tahu agenda sebenar berhimpun apatah lagi untuk memahami pelaksanaan CBP yang bakal dilakukan oleh kerajaan.

"Mereka yang hadir dalam himpunan ini kebanyakannya datang hanya untuk membantah tetapi apa makna sebenar CBP atau dasar yang bakal dilakukan oleh kerajaan tersebut tidak difahami. Kebanyakan mereka hanya terikut-ikut agenda negatif yang cuba ditaburkan pembangkang dengan memburuk-burukkan kerajaan malah dalam komen mereka berkaitan CBP ini pun banyak yang mengelirukan."

Antara pemimpin pembangkang yang dilihat hadir dalam himpunan terbabit ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, dua Naib Presiden PKR R. Sivarasa dan Nurul Izzah Anwar, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, dua Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

"Selepas habis himpunan terbabit, apa penyelesaiannya yang dibuat kerana sehingga ke hari ini dikalangan pemimpin pembangkang tidak ada seorang pun yang mengeluarkan deklarasi atau memorandum hasil daripada himpunan tersebut dan ini boleh dianggap bahawa himpunan yang mereka lakukan tidak ada beza dengan himpunan-himpunan jalanan yang telah menjadi trademark mereka."

Tegas beliau, biar apa pun nama himpunan yang diadakan oleh pakatan pembangkang tetapi yang jelas ia adalah satu kerja sia-sia yang tidak memberi kesan sebaliknya ia lebih banyak keburukan sebagaimana berlaku pergaduhan dan mengganggu kesejahteraan awam.

"Pakatan pembangkang memanipulasikan CBP sedangkan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, tentunya amat mustahil untuk BN menyusahkan rakyat sebagaimana dakwaan pembangkang kerana banyak bukti menunjukkan BN memberikan ruang dan peluang selain pelbagai bantuan bagi membantu meringankan beban kehidupan seharian rakyat.

"Rakyat perlu yakin dengan kepimpinan kerajaan yang ada hari ini tanpa memberi peluang kepada dakwaan salah pembangkang yang hanya tahu merosakkan kerana apa yang kerajaan lakukan untuk membantu rakyat amat banyak misalnya bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M), kedai runcit 1Malaysia, bantuan persekolahan, rumah kos rendah, bantuan perniagaan dan macam-macam lagi."

Dalam hal ini, beliau turut menyelar kepimpinan pembangkang yang memperguna kepercayaan rakyat dengan membawa mereka ke jalanan sedangkan sewajarnya mereka menggunakan keyakinan yang ada untuk ruang yang lebih baik.

"Sambutan hari pekerja sepatutnya dibuat dengan tindakan yang lebih bermoral dan bertanggungjawab tanpa melakukan himpunan yang akhirnya merugikan dan membawa kepada pergaduhan sesama mereka."

Dalam himpunan terbabit, dilaporkan bahawa penganjur gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 kerana telah menimbulkan kekecohan apabila tiga jurukamera dikasari oleh sekumpulan peserta yang berpakaian serba hitam dan menutup muka dengan dua daripada mereka ditumbuk dan disepak, sementara seorang lagi terkena balingan kayu.

Dilaporkan juga pasukan Amal Pas dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah bergaduh sesama sendiri. - MediaUMNO

peserta-bantah-anti-gst-pembangkang-tumbuk-kasari-ganas-wartawan-jurukamera-petugas-media-dataran-merdeka

agenda-peribadi-sokong-keluarga-anwar-perhimpunan-bantah-anti-gst-dataran-merdeka

Daftar Pembeli Pukal Dikuat Kuasa 15 Mei

Posted: 04 May 2014 11:41 PM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Bermula 15 Mei ini, kerajaan akan menguatkuasakan daftar pembeli pukal sebagai langkah membendung pembelian hartanah secara berkumpulan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata ia merupakan inisiatif khas kerajaan untuk memastikan kestabilan harga rumah di pasaran, sekaligus membantu lebih ramai rakyat memiliki kediaman sendiri.

Peraturan itu memerlukan pemaju untuk mendaftar nama pembeli empat buah rumah serentak kepada pihak kementerian, katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Yunus Kurus di Dewan Negara di sini, hari ini.

Yunus bertanya mengenai langkah kementerian dalam membendung kegiatan pembelian secara berkumpulan oleh pihak tertentu dikenali ‘Kelab Pelabur Hartanah’ yang membuat pembelian hartanah baharu daripada pemaju pada nilai yang lebih rendah sebelum menjualnya dengan harga lebih tinggi.

Abdul Rahman berkata penguatkuasaan itu merupakan tambahan kepada inisiatif sebelum ini iaitu pengenalan nisbah pinjaman kepada nilai 70 peratus terhadap individu yang memiliki lebih daripada dua pinjaman perumahan sejak 2010.

“Kementerian juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memantau aktiviti memanipulasi harga hartanah seperti yang dipersetujui dalam pembentangan kertas kerja pada Majlis Perumahan Negara 13 Feb lepas,” katanya.

Menurutnya kementerian akan bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi memantau dan merangka strategi untuk mengawal ‘Kelab Pelabur Hartanah’ daripada terus menguasai pasaran hartanah.

Bagaimanapun, katanya kerajaan tidak berhasrat menggubal undang-undang khas untuk menyekat aktiviti kumpulan itu kerana negara mengamalkan mekanisme pasaran bebas di mana harga ditentukan oleh permintaan dan penawaran.

Abdul Rahman berkata selain aktiviti manipulasi harga pasaran, peningkatan hartanah turut disumbang beberapa faktor lain termasuk lokasi, kos tanah, kos bahan binaan serta kemudahan yang disediakan pihak pemaju.

“Kita sedia mengkaji cadangan memperkenal peraturan baharu yang boleh menyekat pemberian diskaun kepada pembeli pukal untuk menghalang kumpulan itu membeli rumah dengan harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran,” katanya.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...