Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! Fakta Menarik Ketika Kedatangan Obama ke Malaysia!

Posted: 06 May 2014 08:57 AM PDT


Fakta yang memang akan membuka mata dan minda anda semua.. Jom kita baca!

1. Kapal terbang yang membawa Barack Obama memilih untuk mendarat di lapangan terbang Subang kerana terdapat kawalan tentera

2. Kereta yang membawa Barack Obama sepanjang lawatannya di Malaysia dibawa terus dari Amerika Syarikat (US)

3. Ketebalan pintu kereta yang membawa Barack Obama ialah lebih kurang 12 inci, pintu yang direka khas kalis peluru

4. Tayar kereta pula direka khas jika ditembak tidak meletup dan masih boleh berfungsi

5. Semasa lawatannya, mereka tidak mengikut sepenuhnya jadual yang telah ditetapkan, sebaliknya banyak jadual / laluan jalan yang tidak disangka berlaku

6. Hotel yang menjadi tempat penginapan Barack Obama semasa di Malaysia dikosongkan dan sebarang tempahan pada tarikh sepanjang Obama di Malaysia dibatalkan

7. Semasa pertemuan Barack Obama dengan imam besar Masjid Negara, ada satu sesi Obama berbincang dengan imam bersendirian di dalam sebuah bilik tanpa iringan sesiapapun.

Memang ada yang menarik. Sebab bukan semua fakta ini boleh dapat dalam akhbar. Cuma, disini kita perhatikan, bahawa US benar-benar memastikan keselamatan presidennya terjaga.

Hinggakan kalau kereta ada cop jari pun, segera di kesat. Fuhh.. memang teliti dan terperinci sungguh.

HOT!! Bila Melayu Lupa Asal Usul, Bahayanya Kumpulan Anti - Raja Melayu!!

Posted: 05 May 2014 06:24 PM PDT



Video diatas adalah rakaman daripada demo bantah GST yang berlaku di ibu negara baru-baru ini. Ada sekumpulan anak muda yang mengelarkan diri mereka 'Anarki' secara jelas, menunjukkan mereka anti-raja.

Malah ada dikalangan ahli kumpulan tersebut yang turut meludah apabila lirik 'Raja Kita Selamat Bertahta' dinyanyikan kononnya bagi menzahirkan rasa tidak puas hati. Perarakan yang pada mulanya aman dan terkawal itu, mula bertukar kecoh apabila beberapa ahli dari kumpulan tersebut mula membuat bising dengan menyanyikan beberapa lagu provokasi yang diiringgi dengan alunan muzik.

Keadaan menjadi semakin bingit, apabila ada dikalangan mereka mula menjerit-jerit sambil mengeluarkan kata-kata kesat kepada para pemimpin negara. Paling memeranjatkan, sejurus selepas menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku kata-kata cemuhan telah dilemparkan kepada Yang Dipertuan Agong dan Raja Melayu.

Teringat akan kisah AL-MAUNAH pada tahu 2000 yang menggemparkan negara :




Tiga telah dihukum mati dan selebihnya dipenjara seumur hidup kerana didapati bersalah menentang YDP Agong. Hari ini kita lihat ada pula sekelompok manusia yang sudah berani menunjukkan sifat anti-raja mereka di jalanan.

Takkan mahu tunggu mereka serang atau buat huru-hara baru nak tangkap? Kan mencegah itu lebih baik daripada merawat?


McTheory:
Sekarang ni kelompok mereka sikit.. baik cegah dulu, sebelum jadi besar!

INFO! Seniman Datuk Aziz Satar Meninggal Dunia! Al-fatihah..

Posted: 05 May 2014 04:15 PM PDT

Al-Fatihah.. Seniman Agung Negara.. Datuk Aziz Satar telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 2 pagi tadi.. Berita ini di sahkan sendiri oleh cucu Allahyarham..

Berita yang agak menyedihkan pada peminat Allahyarham.

Sama-samalah kita berdoa, agar roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...