UMNO Online - “Pencarian Pesawat MH370 Di Dasar Laut Akan Dipergiat – Tony Abbott” plus 9 more |
- Pencarian Pesawat MH370 Di Dasar Laut Akan Dipergiat – Tony Abbott
- Dasar Penerbangan Nasional Bakal Digubal – Muhyiddin
- Sudah Biasa Menipu, Tidak Hairan Keputusan Pemilihan PKR Pun Tak Telus
- Kongres Muslim Sri Lanka Kagum UMNO Jadi Tulang Belakang BN Tadbir Negara
- Democracy In Malaysia Has Good Future – Pandikar Amin
- Proton Komited Terus Eksport Produk Ke Luar Negara – Mustapa
- TPPA : We Must Not Be On The Losing Side, Says Tun Mahathir
- MCA Meeting On Tuesday To Decide On Bukit Gelugor By-Election
- Pembangkang Berat Sebelah, Enggan Gazet Kawasan Perhimpunan – Zahid
- NGO Cina Tubuh Parti Bela Nasib Rakyat Pulau Pinang
Pencarian Pesawat MH370 Di Dasar Laut Akan Dipergiat – Tony Abbott Posted: 28 Apr 2014 03:54 AM PDT PERTH, 28 April – Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 di Lautan Hindi akan memasuki fasa baharu yang memberi tumpuan di kawasan dasar laut lebih luas. Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata keputusan itu diambil, antara lain, setelah didapati begitu tipis kemungkinan sebarang serpihan pesawat berkenaan akan dijumpai di permukaan laut. “Di peringkat ini, kebanyakan serpihan tentu sudah tenggelam. Semua pesawat udara yang terlibat dalam kegiatan mencari sudah beroperasi hingga ke tahap paling wajar serta selamat dan oleh itu kami akan beralih daripada fasa sekarang,” katanya pada sidang akhbar hari ini. Ia turut dihadiri Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston di Bangunan Parlimen di Canberra, yang disiar secara langsung melalui beberapa saluran televisyen. Abbot berkata selain Kenderaan Dalam Air Autonomi (AUV) Bluefin-21, yang menjalankan misi ke-16nya pada Isnin, satu lagi teknologi mencari di laut dalam dirancang digunakan, termasuk sejenis peralatan sonar ‘side-scan’ yang ditarik oleh kapal. Menurut beliau, setelah berunding dengan kerajaan Malaysia, kerajaan Australia bersedia menggunakan khidmat syarikat swasta, yang akan mengikat kontrak dengan kerajaan Australia bagi menjalankan tugas itu. “Kami akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan Malaysia dan China untuk menggiatkan lagi operasi, tetapi kami akan mengambil masa beberapa minggu untuk memuktamadkan perjanjian kontrak ini,” katanya. Operasi mencari memasuki hari ke-52 hari ini, 41 hari daripadanya diselaraskan kerajaan Australia. Bagaimanapun, menurut Abbott, hingga kini tiada sebarang bukti berkaitan pesawat itu dijumpai, walaupun pencarian dilakukan di kawasan permukaan laut seluas lebih 4.5 juta km persegi dan di kawasan dasar laut seluas 400 km persegi, yang melibatkan 334 penerbangan dan 3,000 jam waktu udara. “Dalam fasa baharu nanti, sasarannya ialah melakukan pencarian di dasar laut dengan semampu yang mungkin, jika perlu di seluruh kemungkinan zon impak berukuran kira-kira 700 km kali 80 km. “Perkara yang menjadi pegangan saya selama ini ialah kami bertanggungjawab kepada keluarga terbabit, kami bertanggungjawab kepada mereka yang membuat perjalanan untuk melakukan apa yang termampu oleh kami untuk merungkai misteri ini,” katanya. Abbott berkata walaupun operasi mencari memasuki fasa baharu beberapa minggu lagi, namun, yang pasti, ia bukanlah yang terakhir. Sepanjang tempoh itu, satu pasukan kapal yang penuh berdedikasi dari Australia, Malaysia dan China akan meneruskan operasi maritim bagi mengekalkan kesinambungan dan momentum operasi mencari ini. “Di samping itu, pesawat udara Australia P3 Orion juga akan diletak dalam keadaan bersiap sedia untuk berkhidmat dengan segera sekiranya bangkai pesawat berkenaan dijumpai,” katanya. Ditanya tentang kos, Abbott berkata fasa baharu itu, yang melibatkan kontraktor yang memiliki kepakaran tinggi dalam pencarian di laut dalam, akan memakan belanja kira-kira AUD60 juta (RM184 juta). Malaysia, katanya akan terus mengetuai penyiasatan, manakala tanggungjawab terhadap zon mencari dan menyelamat di Australia akan dipikul kerajaan Australia. Keseluruhan operasi ini dianggarkan mengambil masa antara enam dan lapan bulan, bergantung pada keadaan cuaca dan kelengkapan yang digunakan, katanya. Abbott mengucapkan terima kasih dan memuji semua kru udara dan pelaut dari lapan negara yang terlibat dalam operasi mencari itu. Penerbangan MH370 ke Beijing bersama 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada pengesanan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Operasi melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mencari pesawat Boeing 777-200ER itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila ia dikatakan melencong daripada laluan asalnya. |
Dasar Penerbangan Nasional Bakal Digubal – Muhyiddin Posted: 28 Apr 2014 03:50 AM PDT KUALA LANGAT, 28 April - Kerajaan akan menggubal Dasar Penerbangan Nasional bagi meningkatkan lagi kemajuan industri penerbangan di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata dasar itu bakal menggariskan langkah-langkah bagi mengukuh ekosistem dan rantaian perkhidmatan industri tersebut, antaranya penambahbaikan sistem pengurusan trafik udara sedia ada. “Selain menggariskan usaha menaik taraf beberapa lapangan terbang (di Negara ini),” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan Pesawat Boeing 737-400 milik Malaysia Airlines (MAS) kepada Kementerian Pendidikan di Politeknik Banting di sini hari ini. Pengerusi MAS Tan Sri Md Nor Yusof menyerahkan pesawat MAS yang telah digunakan kepada Ketua Setiausaha II Kementerian Pelajaran Datuk Seri Zaini Ujang. Sumbangan pesawat itu selaras dengan kerjasama syarikat penerbangan tersebut dengan Kementerian Pelajaran menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang turut dimeterai hari ini, menjadikan Politeknik Banting makmal latihan penyenggaraan pesawat itu. Muhyiddin berkata industri penerbangan mengalami pertumbuhan pesat di Asia Pasifik, mencecah 50 peratus dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini dan dijangka terus meningkat sehingga melebihi 200 peratus dalam masa 20 tahun lagi. Beliau berkata trend ini seharusnya dilihat dari segi persediaan prasarana seperti lapangan terbang serta sumber tenaga pakar yang mampu menyokong pertumbuhan industri tersebut. “Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Official Airline Guide (OAG) Aviation, kapasiti jadual penerbangan global antara Januari dan April meningkat empat peratus pada 2012 berbanding tempoh sama pada 2011. “Dengan peningkatan industri penerbangan yang pesat ini, Malaysia berpotensi menjadi hab penerbangan di rantau ini. Industri ini dapat member kesan berganda kepada ekonomi memandangkan permintaan terhadap penumpang dan kargo udara semakin meningkat,” katanya. Muhyiddin berkata bagi tempoh Januari hingga Julai 2013, jumlah penumpang di lapangan terbang seluruh negara bertambah kepada 43.9 juta berbanding 38.6 juta penumpang bagi tempoh sama pada 2012. Beliau berkata jumlah kargo udara yang dikendalikan turut meningkat kepada 529 ribu tan bagi tempoh sama. “Dengan beroperasinya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) nanti, jumlah penumpang dijangka meningkat kepada lebih 70 juta,” katanya. Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata dalam membangunkan modal insan tempatan, kerajaan mengambil langkah untuk meningkatkan standard pendidikan agar graduan Malaysia setaraf serta berdaya saing di peringkat antarabangsa. Beliau berkata tenaga kerja tempatan yang mahir akan menyakinkan pihak industri bahawa adanya pekerja dari kalangan bakat yang terbaik dengan keupayaan kreatif dan mempunyai pengalaman industri serta pengurusan yang tepat. “Dijangka menjelang 2015, negara kita akan memerlukan lebih 10,000 orang tenaga mahir dalam bidang penyenggaraan pesawat. “Kementerian akan terus menyokong pemantapan hala tuju bidang sains penerbangan di Politeknik Banting memandangkan ianya merupakan satu-satunya politeknik yang menawarkan program berkaitan di Malaysia,” katanya. Sehubungan itu, beliau menyarankan agar Politeknik Banting berusaha untuk mendapat pengiktirafan sebagai sebuah ‘Approved Training Organisation (ATO) oleh industri penerbangan bagi memastikan politeknik ini dapat mengekalkan kualiti lulusannya agar seiring dengan perkembangan di industri. |
Sudah Biasa Menipu, Tidak Hairan Keputusan Pemilihan PKR Pun Tak Telus Posted: 28 Apr 2014 03:46 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 April – Tidak ada ada apa-apa yang perlu dihairankan jika dikatakan pemilihan pucuk pimpinan PKR berlaku penyelewengan kerana sejak sekian lama parti tersebut wujud pun, belum pernah ada cerita yang mengaitkan dengan ketelusannya, kata penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling. Katanya, sewajarnya rakyat mengambil iktibar dengan pelbagai perkara yang membabitkan PKR termasuklah dalam melaksanakan pemilhan mereka kerana tentunya ia akan menjadi kayu ukur untuk memilih pemimpin negara kelak. "Apa lagi yang boleh kita harapkan kepada parti PKR jika pemilihan dalam pucuk pimpinan mereka pun diperkatakan sedangkan selama ini rakyat telah sedia maklum dengan pelbagai perkara yang banyak tidak beres membabitkan mereka sendiri," katanya kepada UMNO-Online. Jawatankuasa Pemilihan PKR yang dipengerusikan Datuk Johari Abdul telah menetapkan 25 April hingga 11 Mei depan sebagai tarikh pengundian pemilihan pucuk pimpinan parti itu dengan minggu pertama diadakan pada 25 hingga 27 April melibatkan Sarawak, Johor, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Namun demikian, dilaporkan terdapat serbuan di sebuah bilik di Hotel Seng Chong, Simunjan Sarawak yang telah dijadikan tempat membuat undi untuk pemimpin tertentu apabila ada individu dipercayai telah memangkah kertas-kertas undi dan dimasukkan kedalam sebuah kotak terbabit. Terdapat juga laporan yang mengatakan ada pemimpin parti yang didakwa menghalang ahli PKR daripada mengundi dalam pemilihan di cabang Kuantan. "Inilah PKR, dari sejak penubuhannya hinggalah ke hari ini ada-ada sahaja perkara yang menunjukkan ketidaktelusan mereka. Tidak apa perkara yang berlangsung lancar, baik dari segi organisasinya, pengurusannya, pentadbiran dari akar umbi hinggalah ke peringkat pusat dan macam-macam lagi. "Jika mahu dinilai, apa yang ada dalam PKR itu sendiri telah menunjukkan bagaimana corak organisasi dan perntadbirannya misalnya berlaku persaingan dikalangan anggota keluarga, pertandingan laki bini, pertelagahan antara pemimpin tertentu selain pelbagai masalah dalaman yang gagal memberikan jawapan positif." Justeru katanya, jika hal-hal dalaman parti sedemikian pun gagal ditangani maka bagaimana mungkin untuk PKR mampu menjadi parti politik yang baik dan menerajui pentadbiran negara. "Kepincangan dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR ini pun bukan kali pertama berlaku malah setiap kali adanya pemilihan PKR maka macam-macam cerita yang berlegar dan kesemuanya membabitkan hal-hal negatif." Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan presiden tetapi kemudiannya menarik diri dan jawatan Presiden menang tanpa bertanding yang mana mengulangi pemilihan 2007 apabila Anwar bertanding bersama Wan Azizah dan Rahman Othman untuk jawatan Presiden tetapi kemudiannya Anwar menarik diri yang diikuti oleh Rahman dengan memberi kemenangan tanpa bertanding kepada Wan Azizah. Dalam pemilihan terbabit juga berlaku pengiraan kertas undi yang meragukan lantaran jumlah kertas undi yang melebihi jumlah perwakilan namun kemudiannya didiamkan. Untuk pemilihan 2014, pertandingan tiga penjuru bagi merebut jawatan timbalan presiden PKR berlangsung sengit apabila keputusan pengundian di Kelantan dikatakan menyebelahi penyandangnya, Mohamed Azmin Ali yang mendahului dua calon lain iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Pengundian pemilihan pucuk pimpinan PKR akan berlangsung di Sabah, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada 2 hingga 4 Mei dan seterusnya melibatkan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 9 hingga 11 Mei. Keputusan undian akan diketahui selewat-lewatnya jam 5 petang sebaik proses pengundian tamat manakala barisan kepimpinan baharu akan diumumkan selewat-lewatnya 13 Mei. – MediaUMNO |
Kongres Muslim Sri Lanka Kagum UMNO Jadi Tulang Belakang BN Tadbir Negara Posted: 28 Apr 2014 03:43 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 April – Presiden Parti Kongres Muslim Sri Lanka, Abdul Rauff Hakeem menyatakan rasa kagum beliau dengan kejayaan UMNO dalam menjadi tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN) yang berjaya membangunkan negara dalam keadaan yang harmoni biarpun Malaysia mempunyai berbilang bangsa, kaum, etnik dan agama di negara ini. Menurut beliau, kejayaan UMNO dalam menghadapi cabaran bagi membina sebuah negara bangsa yang aman dan harmoni untuk semua kaum menjadi satu inspirasi bagi parti politik negara luar seperti mereka untuk menimba pengalaman dan bertukar pandangan terutama dalam hal menguruskan parti. "UMNO telah berjaya membuktikan bukan saja kepada rakyat di negara ini, malah di mata dunia di mana dalam kepelbagaian kaum dan agama, parti ini mampu dan berjaya mengetuai komponen parti-parti di dalam BN mampu dalam mentadbir Malaysia dan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara contoh yang terus menikmati pembangunan, ama dan harmoni”, katanya ketika mengadakan kunjungan hormat bertemu Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Bangunan Dato Onn di sini hari ini. Justeru beliau melahirkan hasrat untuk mengadakan kerjasama antara Parti Kongres Muslim Sri Lanka dengan pihak UMNO dalam pelbagai sudut khususnya bagi memantapkan parti yang diwakilinya. “UMNO sebagai sebuah parti Islam terbesar di negara ini dan telah terbukti menjadi parti tulang belakang kerajaan Malaysia sekian lama sudah pasti banyak perkara yang boleh kami pelajari. Berbanding kami yang hanya sebuah parti minoriti namun cabaran yang dihadapi kami tidak jauh berbeza dengan cabaran yang dihadapi UMNO pada masa kini”, ujarnya. Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kunjungan Presiden Kongres Muslim Sri Lanka ini merupakan satu lagi pengiktirafan masyarakat dunia luar berhubung kejayaan UMNO dalam mentadbir dan membangunkan Malaysia di mata dunia. Beliau turut menyambut baik hasrat Kongres Muslim Sri Lanka yang mahu mengadakan kerjasama erat dengan UMNO kerana selama ini pun UMNO telah banyak mengadakan kerjasama dengan parti-parti politik di serata dunia. "Jelas di dalam perbincangan dalam pertemuan ini, mereka menyatakan rasa kagum mereka terhadap cara kita (UMNO) dalam menangani masalah perkauman dan menyatakan hasrat untuk menjalinkan kerjasama dari pelbagai sudut dalam usaha untuk menangani permasalahan yang wujud di negara mereka. "Dalam hal ini, saya nyatakan kepada mereka bahawa, kepelbagaian kaum dan agama yang wujud di negara ini merupakan teras kekuatan dan kesepakatan bagi Malaysia untuk terus menuju kepada tahap sebuah negara yang maju dan membangun di rantau asia. "Di dalam pertemuan ini juga wujudnya kesefahaman antara UMNO dan Kongres Muslim Sri Langka berhubung cabaran yang bakal di hadapi oleh parti politik Islam dalam menangani puak-puak radikal agama serta usaha untuk mendekati generasi muda di negara masing-masing yang merupakan teras kepada kesinambungan pemerintahan negara," ujarnya. Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN juga turut berkongsi pengalaman tentang pelbagai inisiatif yang dilakukan UMNO terutama dalam melaksanakan transformasi parti. “Cabaran UMNO ketika ini terutama BN tidak seperti cabaran masa lalu. Oleh kerana itu UMNO mesti melakukan transformasi untuk memastikan parti dapat menyesuaikan tuntutan rakyat sekeliling. “Seperti di kebanyakan negara lain UMNO juga semestinya peka terhadap kehendak golongan muda kerana golongan ini membentuk peratusan yang besar yang akan menentukan untung nasib sesebuah parti dan kerajaan”, katanya. Turut hadir di dalam pertemuan tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia, Ibrahim Ansa dan beberapa orang pemimpin Kongres Muslim Sri Lanka. Kongres Muslim Sri Langka merupakan sebuah parti politik minoriti di negara tersebut namun dianggap sebagai sebuah parti politik penting kerana menjadi penentu kepada kemenangan dua pertiga parti-parti politik yang bertanding di Sri Lanka. -MediaUMNO |
Democracy In Malaysia Has Good Future – Pandikar Amin Posted: 28 Apr 2014 03:13 AM PDT KOTA KINABALU, April 28 - The system of parliamentary democracy in Malaysia has a good future, based on developments in the practice of the democratic principle by the people, who own the system, says Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. He said as the principle of democracy was ‘government of the people, by the people and for the people’, the developments taking place now under the government transformation plan involved the process of imbibing the spirit of democracy by the rakyat (people). “I am not saying that the principle did not exist before, but I think the system of parliamentary democracy in Malaysia is undergoing transformation in form and approach. “I also agree with the opinion of former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad that democracy must have limits. As such, other countries of the world should not be compelled to apply all the elements of democracy practised in certain countries.” Pandikar Amin said this in his talk on ‘Malaysia and the Future of Parliamentary Democracy’ in conjunction with the Federal Civil Servants Assembly, here, today. He said democracy in Malaysia must be upheld, respected and adapted to the the socio-culture and socio-economy of a country with a population comprising various races practising different religions and customs. “For instance, it’s not proper in the name of democracy and freedom of expression, for people to be silent when there are groups such as the lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) community championing perverse culture in this country,” he said. Pandikar Amin said Malaysia’s success in various fields like social, educational and economic was the result of the implementation of democratic principles based on its own mould. On the claim by the Coalition of Malaysian NGOs (Comango) that Malaysia’s system of parliamentary democracy enshrined in the constitution, was undemocratic, he said it was because they were using democracy in certain countries as the yardstick. On another note, he said civil servants must not neglect the tasks entrusted to them as this would not only tantamount to sabotaging the government but also the country’s system of democracy,” he said. |
Proton Komited Terus Eksport Produk Ke Luar Negara – Mustapa Posted: 28 Apr 2014 02:43 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 April – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Proton Holdings Berhad tetap akan terus mengeksport model kereta keluarannya ke pasaran luar negara walaupun mengalami sedikit kemerosotan. Beliau berkata syarikat pembuat kereta nasional itu akan menjalankan semakan ke atas strategi eksport dan yakin mampu mencapai jualan lebih tinggi dengan pengeluaran beberapa model dan variasi baharu bagi pasaran tempatan dan luar negara. Katanya, setakat ini Proton telah mengeksport pelbagai model kereta nasional ke 20 buah negara yang mempunyai pasaran aktif antaranya Australia, Indonesia, Mesir dan Brunei dengan model yang paling popular ialah Persona. “Pelbagai strategi akan dijalankan bagi membina jenama Proton termasuk mengambil langkah pelaburan jangka masa panjang. “Walaupun rugi, tetapi Proton akan terus mengeksport model-model kereta bagi tujuan pasaran masa hadapan,” katanya semasa menjawab soalan Senator Baharudin Abu Bakar di Dewan Negara di sini, hari ini. Baharudin ingin tahu adakah penjualan model Proton di luar Negara membawa keuntungan serta mengenai prestasi eksport kereta nasional itu bagi tahun 2011 sehingga 2013. Mengenai faktor persaingan, Mustapa berkata faktor segmen, kedudukan harga serta pematuhan undang-undang di sesebuah negara turut mempengaruhi jumlah penjualan kereta keluaran Proton di luar negara. Menurutnya, terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada kemerosotan penjualan kereta nasional di luar negara iaitu persaingan sengit, penjualan dalam skala kecil serta perubahan pengurusan dan pemilikan Proton yang sebelum ini dikendalikan Khazanah Nasional Bhd. Pada Januari 2012, DRB-Hicom telah membeli kepentingan 42.7 peratus dalam Proton daripada Khazanah Nasional Bhd pada harga RM1.29 bilion. Mustapa turut memberitahu bahawa trend pengeksportan model kereta Proton mencatatkan penurunan dari tahun ke setahun di mana pada tahun 2011 syarikat pengeluar kereta nasional itu mengeksport 16,189 unit, 13,311 unit (2012) dan menurun tahun lepas kepada hanya 5,937 unit. Katanya, kesemua model Proton dijual di pasaran eksport oleh anak syarikat di luar negara iaitu Proton Singapura, Proton Edar Indonesia, Proton Motor Thailand, Proton Cars United Kingdom dan Proton Cars Australia. |
TPPA : We Must Not Be On The Losing Side, Says Tun Mahathir Posted: 28 Apr 2014 02:31 AM PDT KUCHING, April 28 – The government should ensure that Malaysia will not be on the losing side before choosing to sign the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA), former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamed said today. While he personally felt that there was no necessity for Malaysia to sign the pact, he acknowledged that the final decision lies in the hands of the government. “They (developed countries) are rich and have the technology and can supersede our (government) policies to help the people,” he told reporters after attending the International Federation of Landscape Architects Asia-Pacific Region (IFLA-APR) conference here. He was invited as a prime keynote speaker at the conference organised jointly by IFLA-APR and the Institute of Landscape Architects Malaysia. According to him, upon signing the TPPA, Malaysian market would be opened up further that would not necessarily would benefit Malaysians. The TPPA is currently being negotiated by 11 countries led by the United States with the aim to further liberalise the economies of the Asia-Pacific region. Dr Mahathir hoped United States president Barack Obama, who had just ended his three-day state visit to Malaysia today, would live up to his words not to bully Malaysia into signing the agreement. At the same time, the former prime minister also acknowledged the needs for the two countries to maintain the good relationship between them and the United States’ position as one of Malaysia’s largest trading partners. “The good relationship will benefit Malaysia as well as the United States,” he added. |
MCA Meeting On Tuesday To Decide On Bukit Gelugor By-Election Posted: 28 Apr 2014 02:29 AM PDT KUALA LUMPUR, April 28 – MCA Presidential Council is to meet on Tuesday to decide on the candidacy for the Bukit Gelugor by-election, said MCA Deputy President Datuk Wee Ka Siong. “We will meet tomorrow for council’s meeting, where this matter will be discussed. Whether we are contesting or otherwise, it would be thoroughly discussed during the meeting,” he told Bernama when contacted. He explained that hitherto, the party has yet to decide on the matter even some party leaders have given their personal views through the media. “It is just their personal views (to contest). As far as the party is concerned, we have not made any decision on that. That is why we are meeting at 11am tomorrow to discuss the matter,” he added. The Election Commission has fixed May 25 as polling day for the Bukit Gelugor by-election, following the death of its incumbent Karpal Singh in a car crash on April 17. Nomination will be on May 12 while early voting is on May 21. The late Karpal Singh, who was the former DAP chairman, won the parliamentary seat in last year's general election with a 42,706-vote majority over Barisan Nasional's Teh Beng Yeam, who garnered 13,597 votes. Karpal Singh, 74, had held the seat since 2004. |
Pembangkang Berat Sebelah, Enggan Gazet Kawasan Perhimpunan – Zahid Posted: 28 Apr 2014 02:13 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 April – Kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang sebenarnya bersikap berat sebelah apabila enggan mengizinkan kawasan di negeri tadbiran mereka digazetkan sebagai kawasan perhimpunan untuk protes sesuatu isu. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata meskipun mereka (kerajaan negeri pimpinan pembangkang) dilihat bersungguh-sungguh untuk mengadakan perhimpunan namun apabila dipelawa untuk memberikan kawasan bagi tujuan itu, mereka menolak. “Kita hairan di negeri yang diperintah mereka apabila Kementerian Dalam Negeri meminta kawasan tertentu untuk digazetkan mereka sendiri menolak…ini bermakna mereka hanya boleh ‘berkokok’ tetapi di peringkat pelaksanaan dari segi menggazetkan kawasan di sekitar kawasan pentadbiran mereka, mereka tidak izinkan ertinya mereka ‘double standard’ (berat sebelah). “Sebagai contoh Stadium Shah Alam sepatutnya digazetkan sebagai tempat untuk mereka berhimpun namun ia tidak dipersetujui oleh kerajaan negeri (Selangor),” katanya selepas merasmikan bengkel jenayah pemerdagangan orang di sini, hari ini. Beliau berkata Akta perhimpunan Aman 2012 merangkumi kebenaran menggazetkan kawasan tertentu sebagai lokasi perhimpunan dan kerajaan negeri pakatan pembangkang seharusnya memberikan alasan kukuh mengapa mereka enggan membenarkan kawasan di negeri pentadbiran mereka digazetkan. "Saya tidak tahu mengapa mereka tidak mengizinkan…mereka sepatutnya dapat memberikan jawapan konkrit bagi penolakan itu. Mereka hanya mampu bercakap di Parlimen sedangkan apabila di peringkat pelaksanaan, lain yang mereka lakukan,” katanya. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pihak tertentu yang menyatakan adanya perbincangan yang menyentuh hak kebebasan berhimpun dalam pertemuan dua hala antara Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di Putrajaya, semalam. Sementara itu, mengulas kenyataan Obama bahawa Malaysia perlu mengamalkan kesamarataan kepada semua rakyat dan golongan minoriti bagi meningkatkan kemakmuran dan pembangunan negara, Ahmad Zahid berkata kerajaan telah lama memberikan peluang tersebut kepada golongan berkenaan. “Kami (kerajaan) memberikan peluang samarata kepada bukan Islam dan saya fikir kerajaan Malaysia (agama rasminya Islam) bersikap adil terhadap (penganut) semua agama dan saya tidak fikir wujud sebarang halangan untuk mengamalkan apa juga kepercayaan dan agama. “Saya fikir sikap prejudis atau pendapat berat sebelah terhadap agama lain mesti dielakkan…kita perlu menghormati agama lain bagi memastikan orang lain menghormati agama kita,” katanya. |
NGO Cina Tubuh Parti Bela Nasib Rakyat Pulau Pinang Posted: 28 Apr 2014 02:10 AM PDT GEORGE TOWN, 28 April - Empat puluh empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum Cina di Pulau Pinang akan menubuhkan sebuah parti politik baharu yang dikenali sebagai Penang Front Parti (P.F.P) bagi membela nasib rakyat Pulau Pinang. Pengerusi Penaja Datuk Go Chu Tiong berkata pihaknya akan menghantar permohonan mendaftarkan parti itu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam minggu ini bagi membolehkan calon parti berkenaan bertanding pada pilihan raya kecil Bukit Gelugor yang dijadual 25 Mei. “Tujuan kami menubuhkan P.F.P adalah untuk memperjuang masa depan rakyat negeri ini bagi memastikan kekayaan negeri dan pembangunan diagih sama rata agar dapat memberi manfaat kepada rakyat negeri ini. “Apa yang kerajaan DAP buat di negeri ini sekarang hanyalah menjual tanah untuk membina rumah mewah dan dijual kepada pembeli luar negara sedangkan rakyat tempatan terbeban dengan masalah ekonomi serta cukai pembangunan meningkat dan tarif air juga akan meningkat,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Empat puluh empat NGO berkenaan terdiri daripada persatuan tokong-tokong Cina, pertubuhan kebajikan dan kelab rekreasi di Pulau Pinang. Go berkata sebanyak 2,000 anggota menyertai 44 NGO berkenaan, dan pihaknya percaya dengan sokongan daripada akar umbi yang mahu melihat perubahan di Pulau Pinang, P.F.P mampu memberikan saingan kepada calon DAP pada pilihan raya kecil Bukit Gelugor nanti. “Sasaran kami adalah untuk menyingkirkan DAP di Pulau Pinang dan bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi membela nasib rakyat negeri ini. P.F.P adalah sebuah parti yang mesra Barisan Nasional (BN),” katanya. Beliau berkata tiga calon telah dikenal pasti untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu bagi berjuang membela nasib rakyat Pulau Pinang yang dilihat tertindas selepas tampuk pemerintahan DAP mengambil alih negeri ini. “Jika P.F.P diterima, kami akan meletakkan calon bertanding dalam 15 hingga 17 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dikuasai DAP pada pilihan raya akan datang,” katanya. Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP berikutan nahas jalan raya di Km306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak 17 April lepas. Karpal Singh memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2013 dengan majoriti 42,706 undi, mengalahkan calon BN Teh Beng Yeam. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Mei sebagai hari pengundian untuk pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor manakala hari pencalonan 12 Mei. Hari pengundian awal ditetapkan pada 21 Mei. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment