Kedah Ke KL - MctHeory |
- INFO! UMNO Ingin bersama Pas untuk Jelaskan #Hudud!
- INFO! Obama makan Sambal Belacan?
- HOT!! Demo Bantah TPPA, Obama bahasakan Orang yang tak reti bahasa!
- HOT!! Gambar Menarik Tan Sri Muhyiddin bersama Tok Guru Nik Aziz!
INFO! UMNO Ingin bersama Pas untuk Jelaskan #Hudud! Posted: 28 Apr 2014 06:12 AM PDT Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Umno ingin bekerjasama dengan Pas bagaimana untuk memberikan pemahaman kepada semua pihak tentang hudud. Tetapi yang penting, kata beliau, adalah duduk semeja untuk berbincang sebelum Pas bertindak membawa usul hudud ke Parlimen. Timbalan Presiden Umno itu berkata beliau telah mengutarakan cadangan itu kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini. Mohd Amar memberi reaksi positif, kata Muhyiddin. Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Profesionalisme Pengurusan Pendidikan: Kepimpinan Berprestij Tinggi, di Bahagian Teknologi Pendidikan di sini. Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Noor Zahidi Omar, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussain Awang, dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Makhtar Mustapha. Ditanya sama ada Umno akan menyokong Pas dalam perkara hudud itu, Muhyiddin berkata ketika ini tiada siapa pun berhak membuat andaian sama ada menyokong atau tidak kerana apa yang bakal berlaku itu adalah perkara baharu dalam sejarah negara. (Kerajaan Pas Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu akan membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum Hudud) di Dewan Rakyat Jun depan bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan hukum hudud di negeri itu). "Tidak boleh buat andaian. Kita mahu tahu ceritanya dahulu. Kalau tak sokong nanti kata tak sokong hudud...ia membawa banyak makna. Kita mungkin tidak bersetuju mengenai usul itu. Ini satu perkara baharu dalam negara. "Ia perlu diperhalusi dan diteliti dan persoalan kerana khuatir akan berbangkit kemudian. Ada perkara lain yang perlu diselesaikan dahulu sebelum dibawa ke Parlimen," katanya. Muhyiddin berkata hukum hudud itu perlu diperbincangkan secara halus kerana masih ramai yang tidak memahami hudud. "Saya fikir ada orang Islam yang masih tidak faham dan ini memerlukan penerangan yang meluas dan mendalam. "Orang bukan Islam pun mahu tahu keadaan itu kerana ini sebuah negara yang merdeka dan rakyat lain berhak tahu walaupun dia bukan Islam. "Pasal dia takut kesan kepada pelaksanaan itu akan membawa kesan kepada mereka," katanya. "Sebab itu kena duduk berbincang dan daripada situ kita akan memperolehi penemuan dan perakuan iaitu situasi sebenar sebelum usul itu dibawa ke Parlimen."Pas hanya ada 21 wakil di Parlimen. Sebab itu mereka memerlukan sokongan daripada yang lain. Siapa yang mahu sokong...Umno sahaja kah? atau ahli Parlimen Islam yang lain," katanya. Beliau berkata parti sekutu Pas iaitu DAP tidak perlu mempertikaikan keikhlasan Umno untuk berbincang mengenai hudud itu kerana Umno mempunyai pendirian yang perlu diterima. Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Umno bercadang mewujudkan sebuah jawatankuasa teknikal mengenai hudud di peringkat kebangsaan. Jawatankuasa itu akan disertai pihak yang arif mengenai hukum hudud termasuk pakar-pakar hukum agama dari luar negara, katanya. - Bernama |
INFO! Obama makan Sambal Belacan? Posted: 28 Apr 2014 02:17 AM PDT Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama khabarnya menikmati hidangan Melayu istimewa hari ini. Antaranya ialah nasi goreng, udang galah, ikan patin dan sambal belacan. Menu istimewa tersebut 'didedahkan' oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut serta menikmati hidangan tersebut bersama Obama. "Makan tengah hari bersama Presiden Obama, beliau makan nasi goreng, udang galah, ikan patin dan sambal belacan," tulis Hishammuddin di laman sosial Facebook miliknya. Obama tiba di Malaysia semalam dalam rangka lawatan selama tiga hari ke Malaysia. Pesawat Air Force One yang membawa Obama mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada kira-kira 4.50 petang semalam, selepas enam jam penerbangan dari Korea Selatan, disifatkan beliau sebagai lawatan bersejarah ke Malaysia. Lawatan tiga hari ke negara Asia Tenggara ini yang mempunyai kira-kira 30 juta penduduk adalah sebahagian daripada lawatan Obama ke empat negara di Asia, julung kali oleh presiden AS yang memegang jawatan dalam tempoh 48 tahun selepas lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966. Sebelum ke Malaysia, presiden ke-44 AS itu melawat Jepun dan Korea Selatan. Selepas Malaysia, beliau akan meneruskan lawatan ke Filipina. Macam agaknya muka Obama ni makan sambal belacan haa? ha ha ha.. Bukan nak agongkan Obama, tapi bila orang mai melawat rumah kita. Patut kita layan dia dengan baik. Tunjuk akhlak Islam, tunjuk adab melayu. Jangan la jahil sangat.. betui dak? |
HOT!! Demo Bantah TPPA, Obama bahasakan Orang yang tak reti bahasa! Posted: 27 Apr 2014 11:12 PM PDT Sekumpulan siswa mengambil peluang untuk menyuarakan bantahan ke atas Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA) semasa acara presiden AS Barack Obama di Universiti Malaya hari ini. Kumpulan 10 orang siswa tersebut mempamerkan poster membantah TPPA dan juga poster membantah penggulingan kerajaan Mesir ketika Obama sedang menyampaikan ucapannya. Obama bagaimanapun tidak terancam dengan bantahan tersebut, malah merujuk kepada tindakan siswa berkenaan dalam ucapannya sebagai contoh untuk menjelaskan mengenai tindakan yang perlu ditolak ansur. "Sebagai contoh ada orang berkata 'tidak' di sebelah sana. Saya tidak tahu apa yang mereka bantah. "Tetapi saya rasa idea asas bahawa sesorang itu tidak sama seperti anda – jika mereka nampak berbeza dengan anda, jika mereka ada kepercayaan berbeza dari anda – bahawa anda melayan mereka sama seperti bagaimana anda mahu mereka melayan anda," katanya. Kalau kita nak orang hormat kita, kita perlu belajar untuk hormati orang lain. Nak tunjuk hebat la konon si budak-budak UM ni. Tapi tak sedar, mereka dah malukan Malaysia dimata dunia! Video Obama 'bahasakan' orang yang tak reti bahasa, |
HOT!! Gambar Menarik Tan Sri Muhyiddin bersama Tok Guru Nik Aziz! Posted: 27 Apr 2014 07:24 PM PDT Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam meluangkan masa kira-kira 40 minit melawat bekas Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Muhyiddin tiba jam 4.40 petang dan mengadakan pertemuan secara tertutup di rumah Nik Aziz sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur jam 5.25 petang Sejuk mata memandang bila melihat dua pemimpin Islam tersohor negara bersama macam ni. Bukan harap bersatu, cuma boleh bekerjasama dan kurangkan politik sesama melayu Islam. Insyallah kita akan jadi lebih kuat. McTheory: Pas dengan UMNO agamanya tetap Islam.. takdak beza pun.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment