UMNO Online - “MH370 : Pembangkang Perlu Kemuka Notis Jika Mahu Taklimat Khas Di Parlimen” plus 9 more |
- MH370 : Pembangkang Perlu Kemuka Notis Jika Mahu Taklimat Khas Di Parlimen
- Isu Saman : Patutkah Presiden Pas Dibiar Terkontang Kanting?
- Pemuda Akan Terus Perkuatkan Kekuatan Di Kawasan Kubu BN – Khairy
- Selangor Memang Maju & Berkebajikan… Kali Ini Lebih 100 Pekerja Hotel Dibuang
- Pemuda Gesa PR1MA Kaji Semula Sistem Agihan Rumah
- Ucapan Najib Tepat Dan Paling Berkesan Sayangnya Pakatan Tidak Faham Isu
- Penang Govt Urged To Cancel Suggestion On Seri Tanjung Pinang Phase 2 Land Reclamation
- PERDASAMA Lihat ASB2 Sebagai Langkah Strategik Bantu Bumiputera
- PM Lancar ASB2 Dengan Jumlah 10 Bilion Unit
- Lebuh Raya K.Bahru-K.Krai : Beza Antara Komited Tunai Janji Dengan Tabur Janji
MH370 : Pembangkang Perlu Kemuka Notis Jika Mahu Taklimat Khas Di Parlimen Posted: 02 Apr 2014 05:26 AM PDT KUALA LUMPUR, 2 April - Anggota Parlimen pembangkang perlu mengemukakan notis atau surat permohonan jika mahu taklimat khas mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 diadakan di Parlimen. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata surat permohonan itu perlu untuk dibawa ke perhatian Kementerian Pengangkutan, sekaligus untuk makluman pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Ini kerana taklimat berhubung insiden pesawat MH370 hanya boleh diberikan oleh Hishammuddin, katanyan dalam sidang berita di ruang legar Parlimen di sini, hari ini. Shahidan berkata anggota Parlimen pembangkang telah meminta taklimat khas itu diadakan pada minggu depan, namun sehingga hari ini, beliau belum menerima surat atau notis berhubung hasrat mereka itu. Beliau turut menyelar tindakan pihak pembangkang melempar pelbagai tuduhan dan menyalah kerajaan kerana tidak mengadakan taklimat khas itu, yang didakwa dijadualkan semalam. “Saya amat berharap pihak pembangkang tidak mempolitikkan isu ini kerana tiada apa yang perlu disembunyikan oleh kerajaan berkaitan MH370,” katanya. Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. |
Isu Saman : Patutkah Presiden Pas Dibiar Terkontang Kanting? Posted: 02 Apr 2014 05:17 AM PDT KUALA LUMPUR 2 April – Pimpinan Pas hari ini patut dipersoalkan apabila seperti tidak berdaya untuk melakukan sesuatu bagi mempertahankan presiden mereka berhubung isu saman RM2 juta yang gagal mencapai kompromi meskipun membabitkan rakan pakatan mereka. Bagi Exco Pemuda UMNO Malaysia Ustaz Mohd Azmir Youzaimi Mohd Yunos isu saman RM2 juta ini sepatutnya mampu diselesaikan terutama jaminan yang telah diberikan oleh Ketua Pembangkang sendiri kononnya boleh memujuk bekas calon PKR DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin untuk menarik balik saman tersebut. Tegas beliau lagi pimpinan Pas sepatutnya membuat satu desakan kuat untuk Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR untuk mengarahkan ahli parti itu menghormati Presiden Pas "Jika kita melihat dan memperhalusi isu ini secara mendalam, macam ada sesuatu yang tidak kena antara mereka di kalangan pimpinan pembangkang tersebut. "Secara logiknya amat mustahil perkara berkenaan tidak dapat diselesaikan sesama sendiri. Yang saman ahli PKR… apakah Anwar selaku Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR begitu lemah untuk menasihatkan ahlinya menarik balik saman. Seperkara lagi mana suara panglima-panglima Pas hingga presiden mereka terkontang kanting berdepan isu ini ", katanya kepada UMNO-online, di sini hari ini. Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan 14 April ini bagi memutuskan permohonan mengetepikan perintah penghakiman ingkar, Mohd. Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendaftar, Mohamad Nasrudin Mohamed memberi tempoh kepada plaintif, Mohd. Shamsul yang diwakili peguam A. Vasudevan untuk memfailkan afidavit jawapan terhadap afidavit yang dikemukakan oleh pihak defendan. Bagaimanapun defendan Abdul Hadi tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Asmuni Awi. Ustaz Azmir yang juga Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO seterusnya percaya isu berkenaan akan menjadi kudis kepada hubungan antara kedua-dua parti berkenaan. "Mana Presiden Pas nak letak muka…mana penyokong serta pendokong mereka nak letak muka.Perkara ini menjadi bualan sesama mereka.. tak mungkin mereka tiada perasaan langsung," soalnya. Bekas calon PKR DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin dilapor tidak akan menarik balik saman sebanyak RM2juta terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Menurut Mohd Shamsul beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya berikutan kegagalan pihak Abdul Hadi bersemuka dan berbincang untuk mencari jalan penyelesaian secara baik berhubung persoalan yang begitu serius menyentuh kehidupannya dan keluarga. -MediaUMNO |
Pemuda Akan Terus Perkuatkan Kekuatan Di Kawasan Kubu BN – Khairy Posted: 02 Apr 2014 05:11 AM PDT KUALA LUMPUR 2 April – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata usaha untuk menguatkan lagi kawasan-kawasan yang Barisan Nasional (BN) mempunyai kekuatan perlu ditingkatkan khususnya pendaftaran pengundi muda kerana merekalah yang akan menjadi pengundi pada pilihan raya umum akan datang. "Pilihan raya kecil Balingian baru-baru ini kita nampak baik dan sokongan golongan muda pun baik… jadi kesimpulan yang kita buat kita kena pastikan dalam kawasan-kawasan yang mana kita ada kekuatan di Sabah dan Sarawak kita kena tingkatkan lagi usaha untuk daftar pengundi muda kerana merekalah yang akan jadi simpanan tetap kita kita dalam pilihan raya akan datang," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeruskan mesyuarat Exco Pemuda UMNO di sini, hari ini. Menjawab pertanyaan mengenai pilihan raya kecil Kajang khususnya sokongan golongan muda, Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata kemerosotan sokongan golongan itu sudah dijangka. "Ini telah pun kita jangkakan dalam pungutan suara yang kita buat sebelum pilihan raya kecil DUN Kajang. Apa pun kita bincang strategi agar dapat bantu kerajaan menaikkan sokongan. "Kita kena tingkatkan lagi penerangan kepada generasi muda supaya mereka memahami langkah-langkah yang diambil kerajaan dan di Kajang ini sebenarnya kita tidak ada kelebihan dan tempat serta masa yang dipilih oleh parti lawan sudah tentu mereka akan pilih kawasan yang dapat sokongan tinggi. "Walaupun Kajang tidak beri gambaran keseluruhan tetapi akan ambil iktibar dan akan buat analisa melalui satu makmal menerusi BN Youthlab 2.0 untuk mengkaji kecenderungan pengundi muda sekarang," ujarnya. Dalam perkembangan lain Khairy turut memberitahu program perkaderan pergerakan itu tertumpu kepada dua peringkat iaitu latihan asas dan pengkaderan lanjutan. "Untuk latihan asas dan pemantapan organisasi ini kita melibatkan Ketua dan Naib Ketua Pemuda bahagian seluruh negara dan ianya sedang berjalan di beberapa negeri dan akan selesai dalam masa terdekat. "Untuk lanjutan bilangan mereka yang terlibat adalah seramai 45 orang dan mereka ini akan dipilih dan merupakan pemimpin pada masa akan datang. "Dan Akademi Kepimpinan Kapten Hussein akan beroperasi Julai ini dan bertempat di Kelana Jaya. Akademi ini akan buat perkaderan untuk pemimpin Pemuda dan Puteri dan juga mahasiswa serta pemimpin NGO yang bersama dengan UMNO," katanya. -MediaUMNO |
Selangor Memang Maju & Berkebajikan… Kali Ini Lebih 100 Pekerja Hotel Dibuang Posted: 02 Apr 2014 04:55 AM PDT Hotel Quality di Shah Alam telah ditamatkan operasinya, sekaligus menyebabkan nasib lebih 100 orang kakitangan hotel yang telah beroperasi semenjak 26 tahun lalu tidak ketahuan hala. Alasan yang diberikan oleh Syarikat Perangsang, pemilik hotel tersebut yang juga merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor ialah hotel berkenaan tidak menguntungkan dan beroperasi dengan kawalan kos. Notis pemberhentian kerja telah dikeluarkan pada 31 Mac lalu dan ditandatangani oleh Pemangku Pengurus Besar hotel tersebut, Amar Maarof Abdullah. Kata pecacai Pakatan, Selangor hebat dan diuruskan dengan cara yang sangat bagus. Pelancong pun ramai. Ekonomi Selangor memuncak dan tersangatlah hebatnya. Namun semenjak Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran Kerajaan Negeri, sudah banyak aset negeri yang dijual dan penjualan tersebut diisytiharkan sebagai keuntungan dan perolehan. Sebelum ini, tanah-tanah dan aset-aset milik Yayasan Selangor, YBK dan PKNS telah dijual tanpa penebusan. Nampaknya perangai yang sama, berulang lagi tahun ini. Cuma bezanya, peringkat awal ini, Perangsang menyatakan bahawa 7 tingkat Bangunan Perangsang di Shah Alam yang sebelum ini merupakan Hotel Quality akan diubahsuai menjadi pejabat dan tidak akan dijual sebaliknya hanya untuk disewa. Tunggu sahajalah tidak lama lagi, pasti bangunan tersebut akan bertukar status sepertimana yang dilakukan dalam melibatkan bangunan-bangunan dan tanah-tanah yang dimiliki oleh Yayasan Selangor dan PKNS. Inilah kelebihan Pakatan Rakyat. Pada ketika mereka sibuk menuding jari kepada Kerajaan Barisan Nasional, mereka secara senyap-senyap menjual dan memusnahkan kehidupan rakyat marhein yang mencari nafkah dan sara hidup di syarikat-syarikat Kerajaan Negeri. Dan menariknya, hampir kesemua marhein yang dianiayai itu adalah orang Melayu! Nak buat macam mana, Melayu Selangor TERSANGATLAH SUKA DAN MENCINTAI PAKATAN RAKYAT, khususnya PKR!!! theflyingkick.blogspot.com |
Pemuda Gesa PR1MA Kaji Semula Sistem Agihan Rumah Posted: 02 Apr 2014 04:22 AM PDT KUALA LUMPUR 2 April – Pemuda UMNO hari ini menggesa agar sistem agihan rumah yang dibuat menerusi cabutan undian untuk Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dikaji semula supaya kuota untuk golongan muda dan bumiputera terjamin. Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu daripada awal lagi telah meminta untuk kuota pembeli rumah daripada golongan muda dan perkara berkenaan tidak dilaksanakan serta keduanya adalah pemilikan pembeli rumah bagi golongan bumiputera. "Apabila digunakan sistem cabutan undi, ianya tidak akan menjamin bahawa akan ada sekurang-kurangnya 30 peratus pembeli daripada Bumiputera padahal dalam projek pembangunan biasa kita memang syaratkan itu terutama untuk projek rumah mampu milik dan rumah kos sederhana. "Jadi kita buat ketetapan untuk gesa pihak PR1MA supaya mengubah sistem pengagihan rumah dan kita merasakan bahawa sistem cabutan tidak boleh digunakan dan mesti ada kuota yang khas untuk pembeli bumiputera dan pembeli golongan muda. Dua ini merupakan perkara yang penting," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeruskan mesyuarat Exco Pemuda UMNO di sini, hari ini. Serentak itu juga Khairy turut memaklumkan Pemuda Wilayah Persekutuan akan berjumpa dengan pihak pengurusan tertinggi PR1MA berhubung perkara tersebut. "Saya telah minta Pemuda Wilayah Persekutuan untuk jumpa dengan pengurusan PR1MA dan mengatar memorandum daripada Pemuda bahawa kita tidak setuju dengan sistem pengagihan berkenaan," katanya. -MediaUMNO |
Ucapan Najib Tepat Dan Paling Berkesan Sayangnya Pakatan Tidak Faham Isu Posted: 02 Apr 2014 03:23 AM PDT Tindakan Ahli Parlimen Gelang Patah mempertikaikan ucapan Perdana Menteri yang menyatakan, bahawa berdasarkan data-data yang ada dan kajian adalah jelas MH370 "berakhir di Lautan Selatan Hindi", sangat tidak masuk akal dan menunjukkan Lim Kit Siang lebih mementingkan politik kepartian berbanding kepentingan negara. Kenyataan Najib sedemikian rupa merupakan ucapan yang dibuat secara berhati-hati dan memberi gambaran paling tepat mengenai situasi MH370. Najib tidak boleh menyatakan pesawat tersebut terhempas kerana ia mungkin meletup. Najib tidak boleh menyatakan ia meletup kerana mungkin juga kapal terbang tersebut melakukan pendaratan di atas air dan tenggelam secara perlahan-lahan. Bukti yang ada kepada kerajaan dan penyiasat ialah titik akhir MH370 ialah di Selatan Lautan Hindi. Mohd Najib hanya mengumumkan fakta yang ada. Sudah tentu andaian itu turut membawa makna bahawa kerajaan menganggap keseluruhan pesawat tersebut telah berada di dalam lautan Hindi dan kesemua penumpang dan krew terkorban. Namun kerajaan tidak boleh mengisytihar secara total tanpa sebarang bukti yang jelas seperti serpihan kapal terbang, penemuan bangkai kapal terbang, mayat atau kotak hitam. Penulis perlu mengucapkan tahniah kepada penulis ucapan Mohd Najib malam tersebut yang jelas memilih perkataan yang berhati-hati dan sangat tepat maknanya. Sepanjang penulis mendengar ucapan Mohd Najib, penulis fikir inilah ucapan yang paling mantap dan "sangat mengesankan" dengan pemilihan kata-kata bahawa Inggeris yang sangat tepat dan mengambil kira implikasi undang-undang dan politik kepada Kerajaan, MAS dan Boeing. Justeru tindakan Kit Siang cuba meminta Najib menjelaskan makna ucapan beliau sebenarnya bukanlah bertujuan membantu kerajaan menyelesaikan masalah kehilangan MH370 tetapi cuba menjadi hero warga negara China dan menyalahkan kerajaan. Sesiapa sahaja yang mengkritik ucapan Mohd Najib malam tersebut sama ada tidak memahami dengan baik bahawa Inggeris atau ada agenda politik. Bacalah ucapan Mohd Najib ini dengan akal bukannya hati : This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370's flight path. Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth. This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean. We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation. Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time. Terjemahan: Malam ini saya diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB). Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit meliputi koridor utara dan selatan, telah melakukan pengiraan lanjut terhadap data itu. Dengan mengggunakan kaedah analisis yang belum pernah digunakan dalam sesuatu penyiasatan seumpama ini, mereka telah berjaya membuat pencerahan mengenai laluan penerbangan MH370. Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB telah membuat kesimpulan bahawa MH370 terbang melalui koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth. Ini merupakan lokasi yang terpencil, jauh dari sebarang lokasi pendaratan. Justeru itu dengan perasaan sedih dan kesal yang amat sangat, saya perlu memaklumkan anda bahawa menurut data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Kami akan mengadakan sidang akhbar esok untuk memaklumkan butiran lanjut. Sementara itu kami ingin memaklumkan anda mengenai perlembangan terbaharu ini dalam kadar segera. Kami berkongsi maklumat ini atas dasar komitmen kami terhadap keterbukaan dan perasaan hormat kepada seluruh keluarga, dua prinsip yang menjadi panduan penyiasatan ini. Malaysia Airlines sudah pun memaklumkan kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka perkembangan ini. Bagi mereka dua minggu yang berlalu cukup memeritkan; saya sedar bahawa berita ini akan lebih sukar lagi. Saya menggesa pihak media supaya menghormati privasi mereka dan memberi mereka ruang menghadapi situasi getir ini. Pakatan Rakyat mendesak kerajaan menjelaskan maksud sebenar istilah pesawat MH370 "berakhir di Lautan Hindi" seperti dijelaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 24 Mac lalu. Pendirian itu digesa ekoran kenyataan pemangku menteri pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menafikan pesawat itu telah terhempas. MP Gelang Patah, Lim Kit Siang (kiri) juga mempersoal tindakan Najib membuat usul khas merakamkan simpati kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal pada keesokan harinya selepas pengumuman. "Beliau boleh sahaja menyatakan ada petunjuk atau kemungkinan (ia terhempas). "Apa yang dinyatakan beliau sebelum ini tidak muktamad langsung," kata Lim pada sidang media di perkarangan Parlimen pagi ini. KuntaKinte Malaysia |
Penang Govt Urged To Cancel Suggestion On Seri Tanjung Pinang Phase 2 Land Reclamation Posted: 02 Apr 2014 02:44 AM PDT GEORGE TOWN, April 2 – The Consumers Association of Penang (CAP) has urged the Penang state government to cancel the proposed Seri Tanjung Pinang Phase II (STP2) land reclamation work in Tanjong Tokong, which is feared to have a serious impact on the environment. CAP president SM Mohamed Idris said the proposed project by Tanjung Pinang Development Sdn Bhd, a subsidiary company of E&O Property Development Bhd, planned to develop two man-made islands measuring 304 hectares which was an extension of the Seri Tanjung Pinang Phase I (STP1) project. He said the Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA) Report on the STP1 displayed for public scrutiny at the Tun Abdul Razak Complex (Komtar) since the middle of January appeared not to have detailed the side effects of the project on the environment especially to the fishermen. “The project is said to be necessary to ease the pressure of growth and the land shortage while a study on the impact on the fishermen and marine life had not been detailed,” he said at a media conference, here today. He said the STP2 was expected to provide housing to 200,000 people — a jump of 13 per cent from the population of Penang — which was claimed to cause a rise in garbage disposal. SM Mohamad said the environmental impact from the STP1 project, which involved about 97 hectares of land reclamation which was completed in 2006, could be clearly seen from the sinking and formation of mud along the beach at Persiaran Gurney caused by the weak sea current. He said the CAP had submitted comments on the DEIA report to the Department of Environment on March 6 and hoped it could be given serious consideration by the relevant authorities. |
PERDASAMA Lihat ASB2 Sebagai Langkah Strategik Bantu Bumiputera Posted: 02 Apr 2014 02:38 AM PDT KUALA LUMPUR, 2 April - Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) melihat pelancaran Skim Amanah Saham 2 (ASB2) oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) sebagai langkah strategik dalam membantu bumiputera memperoleh pulangan konsisten dalam jangka masa panjang. Dalam satu kenyataan hari ini, PERDASAMA berkata langkah ini turut member semangat baharu kepada bumiputera bagi meyakinkan diri mereka untuk terus berjuang dalam semua aspek pembangunan ekonomi negara. Di samping itu, ia melihat pelancaran tersebut sebagai usaha berterusan kerajaan dalam memperteguhkan kedudukan bumiputera dan yakin menerusi pelan tindakan ini, Bumiputera dapat mengembangkan perniagaan dan aset sedia ada mereka. “PERDASAMA berharap agar semua pihak yang terlibat mengambil bahagian dan berharap tindakan pelan strategik yang di rangka ini tidak diragui oleh mana-mana pihak,” kata persatuan itu. Rancangan menerusi 10 bilion unit saham yang direncana menerusi enam cabang itu meliputi semua aspek pembangunan termasuk Pelaburan Pendidikan Bersepadu, Pendidikan Profesional dan Pemilikan Syarikat Strategik dan Milikan Aset. |
PM Lancar ASB2 Dengan Jumlah 10 Bilion Unit Posted: 02 Apr 2014 02:32 AM PDT KUALA LUMPUR, 2 April - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan dana amanah ke-10 diuruskan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2), dengan saiz 10 bilion unit. Perdana Menteri berkata PNB, pengurus dana terbesar negara, telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi tujuan pemberian insentif kepada para pelabur ASB2 ini. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sebanyak 10 unit ASB2 percuma akan dikreditkan ke akaun pemegang unit yang mendaftar mulai hari ini sehingga 31 Dis, 2014. Namun, ia tertakluk kepada jumlah unit yang masih ada, katanya ketika melancarkan ASB2 di Stadium Merdeka di sini. Perdana Menteri berkata insentif tambahan juga akan diberi kepada orang ramai yang hadir di Stadium Merdeka hari ini. “Sekiranya anda mendaftar sebagai pemegang unit ASB 2 pada hari ini di Stadium Merdeka ini, anda akan turut diberikan baucer bernilai RM50 bagi tujuan pembelian unit-unit ASB 2,” katanya. |
Lebuh Raya K.Bahru-K.Krai : Beza Antara Komited Tunai Janji Dengan Tabur Janji Posted: 02 Apr 2014 02:26 AM PDT KUALA LUMPUR, 2 April – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan pembinaan lebuh raya Kota Bahru-Kuala Kerai yang telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan bukti bahawa kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang komited dalam menunaikan janji kepada rakyat. Menurut beliau, pembinaan lebuh raya tersebut merupakan salah satu daripada tujuh manifesto BN yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 20 Januari 2013 ketika melawat ke negeri tersebut adalah terjemahan dari iltizam kerajaan BN yang berpegang kepada janji yang telah dibuat kepada rakyat negeri itu. "Pembinaan lebuh raya ini juga sekaligus memperlihatkan pembangkang hanya pandai berjanji, tetapi tidak tahu untuk melaksanakannya. Pembangkang memang pandai berjanji, namun janji mereka hanya tinggal janji. Bagi saya, pembangkang ini cakap tak serupa bikin. "Biarpun Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Pas, namun sebagai sebuah kerajaan yang adil dan berpegang pada janji, maka pembinaan lebuh raya itu tetap diteruskan tanpa mengira fahaman dan ideologi politik. "Dan cara serta pendekatan yang digunakan oleh kerajaan BN jelas sekali amat-amat berbeza dengan pihak pembangkang yang hanya tahu bercakap dan berjanji, tetapi gagal melaksanakannya," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini. Sikap kepimpinan kerajaan Kelantan menurut beliau, sama sepertimana yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang dikuasai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sehingga ke hari ini , tidak ada sebarang perubahan drastik dan lebih baik kepada rakyat di negeri itu. "Di Selangor contohnya, pihak pembangkang seringkali mendakwa bahawa kerajaan BN menjual harta rakyat, mengamalkan rasuah dan sebagainya. Tetapi hari ini kita dapat lihat dengan jelas, apabila PKR memerintah Selangor, apa yang mereka tuduh itulah yang mereka lakukan. "Contoh dalam isu penjualan tanah 1700 ekar di mana tanah tersebut dijual ketika Selangor di bawah kerajaan sementara sebelum pilihanraya umum ke 13 baru-baru ini. Dalam satu kenyataan berhubung isu tersebut, kerajaan Selangor mendakwa mereka ditipu dalam isu penjualan tanah tersebut. Bayangkan kerajaan pun boleh kena tipu," ujarnya. Justeru itu, beliau berharap agar rakyat dapat melihat perkara sebenar dan jangan terpengaruh dengan dakyah dan tohmahan pembangkang yang menuduh kerajaan BN ini mengamalkan rasuah dan menjual harta rakyat sewenang-wenangnya. "Apa yang berlaku di Kelantan dan di Selangor ini adalah sebagai bukti bahawa pihak pembangkang tidak mampu untuk mentadbir negeri di bawah kuasa mereka dengan baik. Mereka tidak mampu atau pun mungkin tidak tahu, atau tidak ambil peduli untuk melaksanakan segala janji-janji di dalam manifesto mereka terhadap rakyat dalam PRU yang lepas. "Malah hari ini di Selangor, akibat kegagalan kerajaan PRK bertindak pantas dalam menangani isu air akibat terlalu banyak bermain politik, akhirnya rakyat di Selangor juga menjadi mangsa. Inilah yang saya maksudnya, kegagalan mereka sebagai pentadbir akibat terlalu banyak berpolitik bukan saja dengan kerajaan, malah sesama mereka sendiri. Rakyat harus lihat dan sedar perkara ini," jelasnya. -MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment