Kedah Ke KL - MctHeory |
- INFO! Huru-Hara Menyebabkan Kumpulan Pencari Tersilap Kawasan? #MH370 #PrayForMH370
- HOT!! Video Misteri Kemalangan atau Kehilangan Keatas 10 Pesawat di Dunia!!
- INFO!! Semua Pesawat Boeing #MH370 Boleh Di Kawal Dari Jarak Jauh?
- HOT!! Lukisan Kena Rembat Sedar, Diri Kena Jual Tak Sedar? #Kelakar
- #HOT!! Kebal Sangatkah si @TianChua ni Dari Undang-Undang negara? @PDRMsia
- INFO!! Demi Integriti @IsmailSabri60 Jemput SPRM Ke Pejabatnya! #DSIS @TunFaisal
INFO! Huru-Hara Menyebabkan Kumpulan Pencari Tersilap Kawasan? #MH370 #PrayForMH370 Posted: 02 Apr 2014 08:42 AM PDT Makin lama mencari, macam-macam berita pelik dah kita dengar. Walaupun pencarian ini melibatkan 26 negara, jentera pencari, satelit dan teknologi yang serba canggih, namun macam ada sesuatu yang tak kena disebalik semua ini. Apakah ada dalang yang tak mahu pesawat MH370 ditemui? Lemahnya koordinasi di kalangan negara-negara yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 telah menyebabkan pihak terlibat tersilap mencari di kawasan yang salah di Lautan Hindi, lapor akhbar Wall Street Journal (WSJ). Mc bukan nak tambah atau cipta spekulasi, walaupun ramai diantara keluarga penumpang yang percaya pesawat MH370 tu dirampas dan dibawa ke tempat lain (walaupun tiada bukti kukuh), bagi Mc dalam tragedi MH370 ni, kerajaan Malaysia seolah-olah dipermainkan oleh pihak kuasa besar. US, UK, Australia dan sekutu mereka, mempermainkan negara kita macam bola dan tak nampak usaha mereka betul-betul nak tolong kita. Sedangkan kita tahu, US dan UK mempunyai satelit yang boleh mengesan handphone walaupun di OFF. Bermakna kalau pesawat terhempas pun, handphone masih lagi boleh dikesan dilokasi paling akhir. Dah la media-media mereka saban hari dok peleceh kerajaan kita. Ini menguatkan lagi syak-wasangka kita pada kuasa-kuasa besar ni. Depa punya kerja, untuk jahanamkan orang lain, kita jadi kambing hitam. Harap-harap la andaian Mc ni tak benar. McTheory: Semoga Allah SWT memelihara Malaysia dari sebarang niat jahat pihak luar. |
HOT!! Video Misteri Kemalangan atau Kehilangan Keatas 10 Pesawat di Dunia!! Posted: 02 Apr 2014 06:12 AM PDT |
INFO!! Semua Pesawat Boeing #MH370 Boleh Di Kawal Dari Jarak Jauh? Posted: 02 Apr 2014 03:12 AM PDT Pada November 2006, syarikat pembuat kapal terbang Boeing menerima paten daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk sebuah sistem yang mana apabila ia diaktifkan, memampukan sesebuah pesawat diterbangkan ke lokasi tertentu dengan juruterbang tidak mampu berbuat apa-apa. Autopilot 'tanpa gangguan' itu boleh diaktifkan oleh juruterbang, sensor dalaman atau menggunakan jaringan satelit serta radio dari jarak jauh oleh agensi kerajaan AS seperti CIA. Ia bertujuan untuk mengambil alih penerbangan itu andai berlaku cubaan oleh pengganas untuk mengalih atau melencongkan sesuatu pesawat ke laluan atau destinasi lain. Sistem baru yang dibangunkan pasca 9-11 adalah untuk membolehkan pihak berkuasa AS menguasai kembali sesuatu pesawat dan tidak tunduk sepenuhnya kepada kemahuan perampas. Apabila sistem berkenaan diaktifkan, sesuatu pesawat itu akan diterbangkan dengan kawalan luar ke lokasi yang telah diprogram lebih awal. Boeing dalam kenyataan pada 1 Disember 2006 berkata, ada keperluan mendesak dalam industri penerbangan bagi mewujudkan satu teknik yang secara muktamad dapat mengelak invidu yang tidak bertauliah daripada menguasai sesuatu pesawat dan kemudiannya membahayakan keselamatan penumpang atau orang lain dalam laluan perjalanan kenderaan berkenaan, dengan ini ia akan dapat mengurangkan kesan kemusnahan yang mampu dilakukan individu di dalam sesuatu pesawat (yang dirampas). "Secara khusus, ada keperluan untuk mewujudkan teknik yang akan memastikan laluan perjalanan sesuatu kenderaan adalah berkekalan dengan mengalihkan sebarang proses membuat keputusan yang salah oleh manusia termasuk ancaman keganasan di atas kenderaan (pesawat) berkenaan," katanya. Untuk menjadikannya bebas sepenuhnya, sistem itu mempunyai bekalan kuasa sendiri serta bebas daripada pemutus litar kapal terbang. Kapal berkenaan akan berada dalam mode otomatik walapun telah mendarat dan mekanik atau kakitangan kerajaan yang berkenaan akan dipanggil untuk mematikan sistem berkenaan. Boeing telah mewujudkan beberapa kaedah untuk mengaktifkan sistem berkenaan. Antaranya termasuk suis manual untuk ditekan juruterbang atau pengesan khas di pintu kokpit yang akan mula bertindak apabila mode anti pengganas teraktif walaupun hanya tenaga yang minimum digunakan untuk memaksa buka pintu kokpit. Pilihan lain ialah jaringan tersembunyi di mana pegawai kerajaan atau wakil syarikat penerbangan di darat akan memantau dan mengarahkan kapal dalam mode otomatik apabila sah keselamatan kapal terbang dikompromi. Jaringan komunikasi radio juga boleh digunakan untuk memaklumkan kemudahan darat atau kapal terbang lain bahawa sebuah pesawat telah diaktifkan dalam mode otomatik. Sumber: http://glodef.blogspot.com/ McTheory: menguatkan lagi syak pada US ni.. hurmm.. |
HOT!! Lukisan Kena Rembat Sedar, Diri Kena Jual Tak Sedar? #Kelakar Posted: 02 Apr 2014 12:13 AM PDT Mc nak tergelak bila baca cerita ni, Samad Said baru sedar lukisan dia kena rembat. Selama ni dia tak sedar diri dia dah lama kena jual dengan puak Pakatan ni. ha ha ha.. Seorang exco Selangor didakwa tidak membayar harga dua buah lukisan yang dibeli daripada Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.Bukan kata lukisan, diri dia tu dah lama kena 'gadai' dengan puak Pakatan. Kelakar bila dia hanya sedar ketika lukisannya kena rembat, punggung pun dah kena jual selama ni, dia tak perasan pulak. Nasib la Pak Samad oii.. McTheory: Nak kesian ka nak gelak? |
#HOT!! Kebal Sangatkah si @TianChua ni Dari Undang-Undang negara? @PDRMsia Posted: 01 Apr 2014 08:34 PM PDT Negara kita ada undang-undang, namun sejak akhir-akhir ini, Mc rasa undang-undang hanya tercatat sebagai buku rujukan, tapi perlaksanaan dari segi penguatkuasaan kita lemah! Sebab tu Mc tanya, adakah si Tian Chua ni kebal dari undang-undang? Sebab pelbagai kata hasutan yang dia buat, semuanya tak diambil tindakan. Kalau ada yang diambil tindakan pun, masuk mahkamah dan di maafkan. Cuba tengok video dibawah ni, Beliau menghasut rakyat supaya mengulingkan Perdana Menteri Malaysia. Apa perkara ni boleh dibuat main-mainkah? Rakyat Malaysia marah, tapi apa yang mampu kita buat, hanya laporan polis. Dengan harapan akan ada tindakan yang diambil terhadap barua ni. Tapi apa yang berlaku? Dia siap boleh ketawa dan persenda kata dia orang paling banyak kena laporan polis. Apa perasaan rakyat Malaysia yang buat laporan polis terhadap Tian Chua ni? Laporan polis tu tak lakukah? Bagaimana pula keyakinan mereka terhadap pihak polis dan undang-undang di Malaysia? Hinggakan ada orang boleh ugut nak guling kerajaan dan persendakan laporan polis terhadap dirinya? Undang-undang di Malaysia masih wujud ka? Atau Tian Chua ni special kes hingga di kebal dari undang-undang negara? Pihak polis atau penguatkuasa undang-undang perlu lakukan sesuatu, sebelum keyakinan rakyat terhadap institusi polis negara dipandang rendah. Kalau dibiarkan, maka akan ramai lagi wujud barua-barua penghasut yang mahu mengulingkan kerajaan. Ini bukan lagi politik, tapi dah masuk dalam soal keselamatan negara. Dulu kami dah kecewa dalam kes Lahad Datu, Tian Chua terlepas begitu saja, takkan kali ni pun akan jadi perkara yang sama? Jangan sampai ada yang buat undang-undang sendiri, sampai masa tu, polis pun dah lambat nak ambil tindakan. McTheory: Bertindaklah sebelum terlambat.. |
INFO!! Demi Integriti @IsmailSabri60 Jemput SPRM Ke Pejabatnya! #DSIS @TunFaisal Posted: 01 Apr 2014 07:10 PM PDT Semalam dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Mc tertarik dengan beberapa perkara yang di ulas oleh Dato Sri Ismail Sabri. Mc hanya edit sikit dan isinya memang datang dari tuan punya badan. Pertamanya mengenai Tragedi Pesawat MH370 Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi (bagi yang menerima berita ini) dan sedekahkan Al-Fatihah pada penumpang dan krew penerbangan yang terlibat.Pandangan Beliau Mengenai Reaksi Keluarga Penumpang China dan Pembangkang Malaysia. Kita agak kecewa dengan pandangan, reaksi rakyat, keluarga China terhadap negara Malaysia. Namun, government to government relationship tiada masalah, masih berjalan seperti biasa. Kemudian kita fokus terhadap apa program yang telah MOA laksanakan, Program yang dilaksanakan ialah, Program penanaman semula pokok buah-buahan di Raub. Menyelesaikan Beberapa Masalah berbangkit di luar negara. Kita akan menyelesaikan oustanding issues dengan negara-negara sahabat kita. Antaranya ialah Vietnam, MoU kerjasama pertanian. Juga dengan Indonesia, kita akan selesaikan isu berkaitan pertanian dan perikanan. Kepercayaan YAB PM Pada MOA YAB PM percaya dengan kemampuan kita, sebab itu apa kita minta, beliau beri. Jadi, tanggungjawab kita pula adalah untuk melaksanakan amanah yang diberi. Jangan hanya program yang dipromosi secara besar-besaran, tetapi peringkat pelaksanaan juga perlu dijalankan dengan tepat dan cepat. Antara ulasan beliau yang menarik, mengenai kakitangan kerajaan. Ulasan mengenai kakitangan kerajaan Tugas kakitangan kerajaan bukan setakat menyiapkan kerja pejabat, bukan hanya setakat melaksanakan tugas hakiki. Dasar yang perlu dipertahankan Contohnya, jika kerajaan melaksanakan GST, kita seharusnya menyampaikan dasar kerajaan tersebut kepada rakyat, bukannya kita yang paling depan sekali membantah pelaksanaan GST. Beliau juga mengamalkan sifat kekeluargaan di dalam pengurusan kementerian. Di kementerian kita, saya dah sebut bahawa kita adalah satu keluarga. Tiada vvip, tiada vip. Makan sama-sama, duduk sama-sama. Kalau saudara makan buffet, saya pun makan buffet. Kalau saudara makan pinggan plastik, saya pun pinggan plastik juga. Mc rasa tak ramai diantara kita yang bukan kerja dalam pertanian tau pasal MOA ni. Malah ada yang bertanya, MOA ni buat kerja ke tak? Tapi sejak di tangan Menteri baru Dato Sri Ismail Sabri, Mc nampak ada banyak perubahan yang beliau lakukan, hingga sanggup meletakan pegawai SPRM di pejabat beliau, itu bermakna beliau tak main-main dalam soal integriti. Malah dalam ucapan beliau pun, penekanan mengenai dasar dan perlaksanaan program hingga ke akar umbi itu amat penting. Kerana, tak guna kalau kerajaan buat program beratus pun, tapi kesannya tidak sampai ke akar umbi, betul tak? Mc rasa dibawah kepimpinan baru, MOA akan lebih efektif dan yang paling penting, kepentingan akar umbi perlu diutamakan. McTheory: Tahniah Dato Sri.. Insyallah MOA akan berjaya.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment