tun faisal dot com

tun faisal dot com


#PemilihanPKR: @AzminAli mendahului. @Khalid_Ibrahim & @SaifNasution sudah kena game #PengundiBangla ?

Posted: 28 Apr 2014 08:30 PM PDT



Ini kerja Team Azmin atau Team Khalid?



Azmin dikatakan memperolehi 53% undi popular, manakala Khalid sebanyak 28% dan Saifuddin pula 17%. Saifudin nampak macam badut je dalam pemilihan kali ni... apa sudah jadi? Blogger-blogger yang sokong Saifudin, Nurul, Rafizi ni tak buat kerja ke?


Azmin Ali dahului perebutan timbalan presiden PKR

APRIL 27, 2014


Sumber memberitahu penyandang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mendahului dua pencabar terdekatnya dengan memperolehi undi popular dalam perebutan jawatan itu dalam pemilihan PKR 2014. Gambar fail The Malaysian Insider.

Sumber memberitahu penyandang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mendahului dua pencabar terdekatnya dengan memperolehi undi popular dalam perebutan jawatan itu dalam pemilihan PKR 2014. Gambar fail The Malaysian Insider.

Mohamed Azmin Ali semakin hampir mempertahankan jawatannya selepas keputusan tidak rasmi awal menunjukkan sokongan memihak kepada penyandang timbalan presiden PKR itu.

Sumber mendedahkan ahli Parlimen Gombak itu mendahului undi popular, jauh meninggalkan lawannya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Setakat pengundian zon pertama hari ini, sumber memberitahu The Malaysian Insider, Azmin memperolehi 53% undi popular, manakala Khalid sebanyak 28% dan Saifuddin pula 17%.

Keputusan tersebut diperoleh daripada Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sarawak.

Bagaimanapun, kiraan undi masih lagi belum selesai di Kelantan dan sedang berjalan.

Menurut sumber, kebanyakan sokongan yang diperolehi Azmin juga datang daripada cabang yang majoritinya bukan Melayu seperti Stampin, Lubok Antu, Lawas di Sarawak dan beberapa kawasan cabang lain.

"Ini menunjukkan mesej yang senada dengan tema kempen Keadilan Raya yang menitikberatkan idea keterangkuman dan toleransi.

"Majoriti ahli menyokong tema Keadilan Raya yang dibawa Azmin," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Berdasarkan keputusan awal itu, sumber berkata, majoriti ahli parti tidak mengganggap PKR sebagai sebuah parti politik berteraskan kaum Melayu, tetapi adalah untuk semua rakyat Malaysia.

"Mengejutkan Saifuddin jauh ketinggalan walaupun mendapat sokongan daripada ketua umum PKR," kata sumber merujuk kepada sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR itu.

Saifuddin sebelum ini berkata PKR merupakan sebuah parti politik berteraskan Melayu, namun ia disangkal Azmin yang tidak bersetuju dengan label itu.

Proses pemilihan PKR diadakan mengikut zon, bagi minggu pertama, akan diadakan pada 25 hingga 27 April melibatkan Sarawak, Johor, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Minggu berikutnya disusuli dengan Sabah, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada 2 hingga 4 Mei.

Bagi minggu terakhir ia melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 9 hingga 11 Mei.

Barisan kepimpinan baharu akan diumumkan selewat-lewatnya 13 Mei depan.

Penganalisis sebelum ini juga meramalkan Azmin akan berjaya mempertahankan jawatannya walaupun mendapat tentangan sengit daripada Khalid dan Saifuddin kerana perpecahan undi daripada kelompok penentangnya.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa dikatakan mempunyai kelebihan daripada segi sokongan dan kemahiran berpolitik.

Berbeza dengan lawannya, Azmin mempunyai pengaruh akar umbi yang kuat di dua kubu PKR iaitu Selangor dan Sabah menyebabkan beliau sukar digugat.

Daripada 500,001 ahli PKR yang layak membuat pilihan kali ini, hampir separuh daripada mereka berada di Selangor dan Sabah.

Selangor mempunyai 144,020 ahli manakala Sabah mempunyai 86,955 ahli PKR.

Azmin merupakan pengerusi PKR Selangor dan bekas pengerusi PKR Sabah sebelum ini. – 27 April, 2014.


#PemilihanPKR Cabang Kemaman kecoh, Rafizi buat kecoh sebab kena game dengan #TeamAzmin?

Posted: 28 Apr 2014 06:00 PM PDT

 

Alamak... apa sudah jadi dengan #TeamSaifudin ni? Sudah kena main dengan #TeamAzmin ka? Apa kata ahli akar umbi PKR tentang Rafizi?
"Sumber dalaman PKR yang enggan namanya disiarkan berkata, Mohd Ramlee menjadi saingan hebat Rafizi yang dilihat sebagai calon tidak disenangi rakyat dan didakwa hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak pernah turun padang dan cakna masalah rakyat."


Rafizi buat kecoh bila tahu akan kalah Ketua Cabang Kemaman Pemilihan ditunda !!!

Provokasi oleh calon bertanding menjadi punca proses pemilihan PKR Cabang Kemaman kelmarin, dihentikan kira-kira dua jam sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang. 

Kekecohan dikatakan berlaku apabila calon bertanding dan penyokong mula menghidu kekalahan sepanjang proses pengundian di Pejabat PKR Kemaman di Jalan Jakar, Chukai berlangsung, lalu mula membuat provokasi termasuk mengoyakkan kertas undi.

Calon Timbalan Ketua Cabang Kemaman, Lee Sheng Lim, berkata kekecohan bermula pada jam 11.30 pagi lagi apabila penyokong penyandang Ketua Cabang, Rafizi Ramli melihat pencabarnya, Mohd Ramlee Hamzah mendapat sokongan kuat daripada pengundi.

Beliau berkata, bermula daripada itu, Rafizi dan penyokongnya memulakan provokasi lisan dengan mendakwa jawatankuasa pemilihan tidak melakukan tugas dengan betul, selain mengeluarkan kata-kata kesat hingga berlaku pertikaman lidah antara dua pihak.

"Rafizi kemudian naik ke tempat pengundian dan marah-marah mengatakan kami tidak pandai bekerja. Selepas itu beliau turun semula ke bawah, sebelum beberapa penyokongnya naik dan mengoyakkan kertas undi.

"Kejadian itu mengejutkan dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengundi. Kami tidak mampu berbuat apa-apa selain meminta mereka bertenang. Namun keadaan menjadi semakin kecoh hingga akhirnya proses pemilihan terpaksa dihentikan jam 2.45 petang."

Pada pemilihan kelmarin, Rafizi yang juga penyandang sejak 2010 ditentang Mohd Ramlee selaku ahli biasa, manakala Sheng Lim, bekas naib ketua cabang Kemaman bertanding jawatan itu buat kali pertama.

"Kejadian ini amat memalukan kerana ia dimulakan oleh pemimpin PKR sendiri. Kalau pemimpin sendiri menunjukkan contoh tidak baik begini, bagaimana parti ini mampu menjadi parti yang baik untuk rakyat.

"Disebabkan masalah ini, pemilihan terpaksa ditangguhkan pada 10 Mei nanti. Kami amat berharap supaya Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) tidak melakukan pengundian semula bagi mereka yang sudah mengundi, sebaliknya hanya menyambung kembali proses pemilihan kepada ahli yang belum menunaikan tanggungjawab mereka," katanya.

Sumber dalaman PKR yang enggan namanya disiarkan berkata, Mohd Ramlee menjadi saingan hebat Rafizi yang dilihat sebagai calon tidak disenangi rakyat dan didakwa hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak pernah turun padang dan cakna masalah rakyat.

#KrisisAirSelangor: MP DAP dan Exco Negeri sahkan Menteri Besar Lombong @Khalid_Ibrahim menipu? #OpsBaldi

Posted: 28 Apr 2014 03:46 PM PDT


Kepimpinan Khalid disanggah lagi. Mula-mula oleh Charles Santiago DAP. Sekarang oleh Dr Ahmad Yunus Hairi, PAS. Menteri Besar Lombong nampaknya makin panas. Isu air dalam negeri Selangor belum selesai. Pemilihan PKR pun masih ketinggalan di belakang Azmin Ali. Inilah akibat keangkuhan dan kedegilan Khalid dan Kerajaan PR Selangor yang tidak mahu mendengar nasihat pakar empat tahun lalu bahawa Selangor akan dilanda krisis air pada tahun 2014. 





Apa you cerita Khalid? Pam pun belum sampai lagi, baru beli diesel saja la... lawak-lawak kerajaan PR ni. Macam ni nak memerintah negara?


Pam Air Lombong Elak Selangor Terus Catu Air 

Pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim minggu lalu bahawa catuan air akan ditamatkkan sama ada pada Selasa (esok) atau Rabu nampaknya kemungkinan besar tidak akan akan menjadi kenyataan.

Ini kerana, selepas seminggu air dari takungan kolam serta bekas lombong dipam, paras air di empangan-empangan Selangor hanya meningkat sebanyak 1.18 peratus sahaja kepada tahap 40.08 peratus, sedangkan paras selamat ditetapkan pada tahap 50 peratus.

Demikian dinyatakan Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi pada Isnin, ketika mengumumkan peningkatan jumlah kapasiti enam daripada tujuh empangan di negeri itu dalam tempoh seminggu sejak 22 April lalu hingga hari ini.

Dengan itu, katanya, catuan air mungkin tetap akan diteruskan walaupun sebelum ini dikatakan akan tamat pada 30 April.

Kerajaan PR negeri Selangor setakat ini belum mencapai keputusan sama ada akan menamatkan catuan air kerana perlu meneliti beberapa faktor.

Beliau juga memaklumkan, kerajaan PR Selangor akan menambah sepuluh unit lagi pam air berkuasa diesel yang diimport dari China bagi menambah kapasiti takungan air di empangan negeri itu pada kadar yang lebih cepat, terutamanya bagi Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Bharu.

"Menteri Besar dan Jawatankuasa Air Selangor akan berbincang untuk pertimbangkan semua perkara, termasuk paras loji empangan, kandungan aliran air dan jumlah takungan," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam.

Ini susulan penggunaan pam yang sudah dibeli sejak seminggu lalu hanya meningkatkan paras air empangan tidak sampai 2 peratus.

"Sepuluh pam itu akan sampai bulan hadapan," kata Dr Ahmad Yunus.


Khalid dalam satu sidang media di Kangar, Perlis, 26 April lalu berkata, ctuan air di Selangor dijangka akan ditamatkan pada Selasa atau Rabu ini kerana pemantauan terkini terhadap empangan di Selangor mendapati paras tadahan secara puratanya sudah mencecah 39 hingga 40 peratus.

"Jadi, jika takungan air terus meningkat, kita akan umumkan penamatan catuan pada Selasa atau Rabu nanti," katanya selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama ahli PKR negeri Perlis di Kangar, Sabtu.

Tiga hari sebelum itu Khalid mengumumkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi tujuan mengepam air dari bekas lombong, kolam dan bawah tanah untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air di Selangor.

Menjawab soalan mengenai peruntukan yang diumumkan Khalid, Dr Ahmad Yunus berkata, setakat ini belum sampai RM1 juta daripada peruntukan itu yang telah digunakan untuk memberi diesel bagi pam-pam yang sedia ada.

"Peruntukan yang kita dah gunakan tak sampai sejuta lagi. Hanya beli untuk diesel kepada pam tersebut. Kita belum guna peruntukan untuk beli pam baru," kata beliau.

Sebelum ini terdapat sembilan pam digunakan bagi mengepam air lombong ke empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus air di negeri berkenaan.-bnbbc.my


Tolong carikan papan iklan dan brosur #GST yang mudah difahami rakyat... @NajibRazak

Posted: 28 Apr 2014 04:29 AM PDT




Saya sedang mengumpul iklan, brosur dan bahan multimedia lain mengenai GST yang berkesan, mudah difahami dan boleh memberi kefahaman kepada rakyat. Siapa ada? Kebanyakan yang saya jumpa macam susah je nak difahami oleh rakyat. Kalau rakyat susah nak faham, apa lagi macai-macai PR yang tak berapa nak cerdik tu... lagi la tak boleh faham.. tu yang nak turun ke jalanan, kononnya kalau mereka tak faham GST dengan membaca, mereka mungkin lebih faham bila baring ramai-ramai di atas jalan atau makan rumput di Padang Merbuk.. ha ha ha


Yang pastinya maklumat di atas slide di atas ni memang salah... sapa la punya kerja ni..




Ini salah satu pamplet yang juga ada disiarkan di dalam akhbar tempatan yang sudah tentu memakan belanja yang tinggi. Saya dimaklumkan iklan-iklan mengenai GST juga ada di siarkan oleh ASTRO. Sayanglah jika maklumatnya tidak tepat dankurang difahami rakyat..


Pengiraan GST dalam pamplet ini boleh menyebabkan kekeliruan dan memberi gambaran bahawa GST ini cukai berganda, walaupun hakikatnya berlawanan sama sekali.


Salah satu daripada papan iklan GST


Satu lagi papan iklan yang ada





Antara video-video penerangan mengenai GST yang dikesan


Jika ada bahan-bahan iklan, pamplet dan apa saja bahan mengenai GST, sila share kan untuk kita fahami kenapa mesejnya kurang difahami..

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...