Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO!! Penduduk Maldives Nampak Pesawat #MH370 Di Diego Garcia? #PrayForMH370

Posted: 04 Apr 2014 08:35 AM PDT



SPEKULASI berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui.

Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370.


Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong.

Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.

Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.

Dakwaan penduduk Maldives kukuh

Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.

Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.

Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km.

Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia – Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut.

MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini terputus hubungan pada 1.21 pagi.
Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu sekitar 4 jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15 pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan.
Ini kerana, waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu tempoh MH370 berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar.

Teori penduduk Maldives ini tidak boleh ditolak begitu sahaja kerana penduduk di Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan, Perak dan Terengganu juga mendakwa mereka melihat pesawat terbang rendah pada hari malang buat MH370 itu.

Difahamkan, pesawat tersebut adalah MH370 berdasarkan radar tentera yang berjaya mengesan pesawat tersebut membuat pusingan balik menghala ke Selat Melaka.

Spekulasi Diego Garcia terus berada di tempat pertama 

Selain itu, teori Diego Garcia ini juga dikaitkan menerusi mimpi seorang ustaz yang mendakwa MH370 mendarat di sebuah pangkalan tentera dan penumpang serta kru masih selamat.


Antara teori yang menarik berhubung Diego Garcia adalah spekulasi bahawa tentera AS telah mengawal MH370 sebaik sahaja pesawat itu hilang dari radar.

Spekulasi tersebut mengaitkan dakwaan tentang wujud peralatan ketenteraan yang menjadi rebutan kuasa besar dunia dalam pesawat tersebut.

Alat tersebut dikatakan berkemampuan untuk mengawal Drone tanpa pemandu yang pernah digunakan ketika AS berperang di Afghanistan.

Difahamkan, China berusaha untuk membawa pulang sistem ketenteraan ini menerusi laluan pesawat komersil yang dianggap lebih selamat.

Namun, AS berjaya memintas pesawat ini dan membawa MH370 keluar dari radar Malaysia menuju ke Lautan Hindi bagi mengelak di kesan radar mana-mana negara dan kemudiannya dibawa ke Diego Garcia untuk disimpan di sana.

Nasib penumpang tidak diketahui tetapi pesawat MH370 itu dikatakan diterbangkan semula untuk terhempas Lautan Hindi menggunakan sistem kawalan jarak jauh.

Apa yang paling menarik dalam spekulasi ini adalah landasan lapangan terbang Diego Garcia adalh antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam.

Selain Diego Garcia, antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan lebih 1,500 meter.

Namun, pihak penyiasat sehingga kini masih menafikan dakwaan MH370 mendarat di Diego Garcia dan pasukan penyiasat berpegang kepada maklumat bahawa MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.  Berakhir, bukannya terhempas di Lautan Hindi

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi berdasarkan kepada siasatan syarikat satelit Inmarsat dan Air Accident Investigation Branch (AAIB) di Britain.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam temubual bersama media tempatan memberitahu berhubung persoalan mengenai Diego Garcia, beliau sendiri akan bertanya kepada AS dalam Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean yang bermula kelmarin.

Spekulasi sentiasa wujud, selagi operasi SAR di selatan Laut Hindi tidak berjaya menjumpai sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Sehingga kini operasi SAR yang diketuai Australia masih gagal menemui petunjuk yang jelas di mana pesawat ini berada dan mereka kini sedang berusaha untuk mengesan perakam kotak hitam milik MH370 sebelum kuasa baterinya habis.

Menteri Pertahanan Australia, David Johnston mengakui, usaha mencari kotak hitam itu hanya mempunyai peluang tipis berikutan serpihan pesawat perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi mengesan lokasi kemalangan pesawat tersebut.

"Kami mempunyai kira-kira seminggu sahaja untuk mengesan kotak hitam pesawat MH370. Malah, ia juga bergantung kepada suhu, kedalaman dan tekanan laut, berapa lama kuasa baterinya boleh bertahan," katanya.
Tumpuan siasatan kini masih tertumpu kepada empat elemen iaitu melibatkan rampasan, sabotaj, masalah peribadi kru dan penumpang.

Sehingga kini siasatan polis telah selesai dan polis mendapati semua penumpang pesawat MAS yang hilang "bersih" daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi.

Namun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang masih dijalankan.

Menurut sumber yang enggan dikenali, arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah jelas menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh.

"Pesawat itu menuju ke Lautan Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui.

"Saya percaya ia melibatkan rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa dan mengapa pesawat itu dirampas," katanya kepada Sinar Harian.

Spekulasi-spekulasi yang timbul tidak wajar ditolak mentah-mentah kerana sehingga kini bukti atau petunjuk yang boleh dikaitkan dengan MH370 masih belum ada.
Apa sahaja yang dibangkitkan di internet masih boleh diterima, sekiranya teori tersebut mempunyai fakta atau hujah sokongan yang relevan.

Kini, kesemua persoalan berhubung 'di mana MH370′ tertumpu kepada operasi SAR yang diketuai oleh Australia, sama ada jawapan ini terjawab dalam masa terdekat ataupun tidak, ia bergantung kepada ketentuan Tuhan, kita manusia hanya mampu merancang sahaja. – SINAR HARIAN

INFO!! Kursus Kahwin Percuma Pada Golongan Belia! #HanyaDiKedah #JanjiDitepati

Posted: 04 Apr 2014 06:12 AM PDT


ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah menganjurkan kursus pra perkahwinan secara percuma kepada golongan muda dan belia di negeri ini yang ingin mendirikan rumah tangga bermula Disember 2013.

Menteri Besar, YAB. Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata, kursus pra perkahwinan secara percuma itu dijalankan secara berkala di semua daerah di negeri ini.





"Untuk kursus ini, kita akan memberikan tumpuan kepada golongan muda dan belia dalam membina rumah tangga yang aman dan bahagia.

"Kita juga ingin melahirkan golongan belia yang seimbang dari segi rohani, jasmani serta mempunyai intelek yang tinggi," katanya pada majlis penyampaian Sijil Pra Perkahwinan Islam Percuma 2014 di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, di sini.

Menurutnya, kursus itu melibatkan modul-modul khusus kepada kekeluargaan dan nilai-nilai hidup dalam bekeluarga.

"Kita berharap setiap golongan muda dan belia yang menyertai kursus berkenaan dapat memahami pendidikan keagamaan yang disampaikan oleh tenaga pengajar dalam kursus itu," katanya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan serta Badan-Badan Bukan Kerajaan, YB. Aminuddin Omar; Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan, YB. Dato' Mohd Rawi Abdul Hamid dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga serta Pembangunan Insan, YB. Badrol Hisham Hashim.

Hadir sama ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Sohibul Fadhilah Tuan Syeikh Ismi Anuar Haji Abdul Halim; Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Dato' Hajjah Nafisah Haji Abdullah; pegawai-pegawai kerajaan dan ketua-ketua jabatan.

PANASS!! Dr Pakatan Kata Tun Dr Mahathir 'Binatang'? #KurangAjar

Posted: 04 Apr 2014 02:12 AM PDT


Seorang Sarjana Sains Politik yang menyokong kuat puak-puak Pakatan dan mengagumi Anwar Ibrahim, menyifatkan Tun Mahathir sebagai 'binatang politik' ataupun 'political animal' kerana sanggup berbuat apa saja demi kepentingan politik peribadi.

Sarjana berkenaan, Dr Kamarul Zaman Yusof juga menganggap bekas Perdana Menteri Malaysia berkenaan sebagai GILA dan tak betul kerana menuduh Musa Hitam mempunyai skandal seks dengan seorang budak bawah umur ketika pemerintahan beliau.

Tun Mahathir yang banyak berjasa kepada negara juga dilabelkan sebagai seorang pemimpin politik yang tidak mempunyai moral didalam perjuangan. Menurut Sarjana berkenaan didalam akhbar Harakah, Tun Mahathir memang akan melakukan apa saja demi mencapai keinginan beliau dalam politik.

"Dakwaan sebagaimana yang dijelaskan oleh Musa Hitam sebelum ini tiada yang pelik kerana trajedi itu benar-benar berlaku ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jadi dalam kes ugutan menuduh rakan politik dengan tuduhan salah laku seks pada saya bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.." ujar Dr Kamarul.

Sebelum ini telah tersebar video perlakuan seks diantara individu yang didakwa Anwar Ibrahim dengan seorang wanita yang dikatakan pelacur dari China. Namun Pakatan serta penyokong mereka menolak video berkenaan dan mendakwa ianya sengaja dihasilkan untuk memalukan Anwar. - MPP News

McTheory:
Kurang ajar Dr bodoh ni.. mau pijak atau bagi Anwar hukum SULA dia baru tau!!

INFO!! Malam Cinta Rasul #SelawatPerdana Mari BerQasidah di #BalingBerselawat! #HanyaDiKedah

Posted: 03 Apr 2014 11:36 PM PDT



" Jika ada majlis yang melupakan Allah,
Jangan singgah kerana kalau ada musibah turun
di dalamnya kita tak terkena sama.... "

"Jika ada majlis yang mengingati Allah, maka
singgahlah kalau ada rahmat Allah turun,
kita pun menumpang juga..."


Teringat lagi kata kata seorang ulama terkenal tanah air iaitu Ustaz Ismail Kamus.. Kalau ada kelapangan masa dan tarikh pada sabtu ini bermula jam 6 petang, datanglah beramai ramai ke Majlis Malam Cinta Rasul bersama Habib Ali Zenal Abidin, kumpulan Al Mawlid, dan kumpulan Inteam anjuran Pejabat Ahli Parlimen Baling Dato Azeez Rahim dan akan dirasmikan oleh Dato Seri Jamil Khir Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan turut disertai Ulama Muda Ustaz Fathul Bari..

Majlis yang akan berlangsung pada hari sabtu ini sebenarnya bermula dari awal pagi sehingga 12 tengah malam.. Pada siang hari akan berlangsung karnival Rakyat Daerah Baling dan akan bersambung dengan program Malam Cinta Rasul pada sebelah malamnya.



HOT!! Betul Ke UMNO Tolak #HUDUD? @DSJamilKhir

Posted: 03 Apr 2014 06:51 PM PDT









PR tolak hudud!


Kata Mustafa, "Hudud bukan agenda bersama Pakatan Rakyat, mana-mana negara nak laksanakan hukum hudud kena ikut prasyarat… kalau tidak, tidak boleh (laksanakan)." Inilah ayat yang sama pemimpin UMNO sering katakan sebelum ini, malangnya penyokong Pas terlalu taksub dan gagal menyedari hakikat bahawa mereka ditipu oleh Pas selama ini.

Sebelum itu, Nik Aziz Nik Mat telah menyatakan berulang kali tentang penolakan hudud dan Negara Islam dalam beberapa kenyataannya yang direkodkan sebelum ini;

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

3. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihan raya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

4. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

Ramai pemimpin dan penyokong Pas yang meng`kafir'kan UMNO kononnya kerana tidak mahu melaksanakan hudud. Hari ini nampaknya Pas sedar mereka silap kerana meng`kafir'kan UMNO.



Kefahaman pemimpin Pas tentang hudud berbeza antara satu sama lain. Ahli Parlimen Pasir Puteh bercakap hudud sebagai sesuatu yang menyempurnakan Islam, sedangkan Presiden Pas sendiri menyatakan bahawa hudud hanya 0.01 %. Konteks `kaafah' yang disebut oleh YB Pasir Puteh dimanipulasikan seolah-olah Hudud ditolak oleh UMNO sedangkan UMNO bercakap dalam konteks kesediaan masyarakat, pra-syarat pelaksanaan dan penegakan keadilan. Siyasah yang hendak ditegakkan bukan Siyasah Undang-undang tetapi lebih kepada Siyasah Keadilan, atau proses politik dan pentadbiran yang bertujuan bukan untuk mendirikan sebuah negara hukum, tetapi sebuah negara yang adil.

Hipokrasi Tian Chua - Kata hormat, tapi kenapa PR buat kenyataan tolak Hudud dan tidak menjadikannya satu agenda dalam PRU13.

Berdasarkan situasi semasa, memang ada keperluan untuk mewujudkan satu Jawatankuasa yang dapat meneliti secara serius aspek pelaksanaan Hukum Hudud dan bagaimana ia boleh dilaksanakan secara harmoni dengan Undang-undang sivil sedia ada.

Apa pun sejak sebelum kemerdekaan negara, UMNO telah berjaya meletakkan asas yang kukuh dan kedudukan yang istimewa kepada agama Islam. UMNO telah menegakkan 98%  Syariat Islam di dalam negara ini..

Secara mudahnya, perjuangan UMNO disimpulkan sebagai perjuangan memartabat agama, bangsa dan negara. Dalam perjuangan UMNO, Islam tidak pernah sekali-kali dipinggirkan malah diletakkan sebagai perkara pertama. Cuma berbeza dengan tafsiran dan pendekatan ektremis, UMNO tidak obses untuk melaksanakan hudud dan mengkafirkan pemerintah yang tidak melaksanakannya, sebaliknya UMNO mengambil pendekatan yang lebih praktikal, sederhana dan pertengahan, iaitu dengan memberi keutamaan ke atas perkara-perkara yang lebih utama. 

Disebabkan itu, dalam perjuangan memerdekakan negara, UMNO telah memastikan agar kedudukan dan keistimewaan Islam ditentukan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini kemudiannya telah diperincikan lagi dalam bentuk dasar-dasar dan dilaksanakan dalam pelbagai bidang sesuai dengan pengertian Islam sebagai ad-din, iaitu suatu cara hidup yang lengkap.

Dari segi sejarah, UMNO mempunyai track record yang jauh lebih baik daripada PAS yang di dalam menegakkan hukum-hukum Islam dalam pelbagai aspek. Ini sesuai dengan tuntutan tanggung jawab kekhalifahan yang diletakkan di atas bahu setiap umat Islam, iaitu untuk memakmurkan dunia dan memlihara agama. 

Hukum-hukum Allah swt ini telah ditegakkan dengan sebaik mungkin di dalam lima bidang utama, iaitu dlm bidang aqidah, ibadah, munakahat, muamalat dan jenayah.

Usaha memastikan hukum aqidah terlaksana, iaitu agar umat Islam di Malaysia mempunyai aqidah yang jelas dimulakan melalui pendidikan. Bezakan orang Melayu dahulu dgn orang Melayu sekarang. Sewaktu zaman P. Ramlee membuat filem, digambarkan terdapat orang Melayu yang memuja mambang untuk menuntut ilmu persilatan. Hari ini bab pendidikan Islam dimasukkan dalam pendidikan formal dan tidak formal, bermula di peringkat tadika, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah - sekolah menengah biasa, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Negeri, Sekolah Agama Rakyat, di kolej-kolej, Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) sehingga ke peringkat sarjana dan kedoktoran. Tidak cukup menghantar anak-anak Melayu di IPT dalam negara, mereka juga diajar untuk mendalami pelbagai aspek ilmu agama di luar negara.

Dengan kedudukan dan keistimewaan Islam yang ditentukan dengan jelas dalam perlembagaan, pemimpin UMNO yang terdahulu telah mengembangkannya dalam bidang-bidang hukum yang lain, misalnya ibadah. Melalui pendidikan kita belajar setiap syarat dan rukun agar ibadah kita dilakukan secara betul. Selain diajar untuk beribadah secara betul, kita juga diberikan infrastruktur dan keyakinan untuk beribadah dengan selesa melalui pembinaan begitu banyak masjid dan surau. Masjid ini dibantu pula dari aspek penyelenggaraan, utiliti dan elaun imam dan pentadbiran. Di kawasan tertentu disyaratkan pula pembinaan surau dan masjid taman dan blok perumahan. Manakala majikan juga dikehendaki memberi ruang kepada umat islam untuk menunaikan solat Jumaat.

Selain dari aspek peraturan dan pentadbiran, begitu banyak aktiviti dan program juga dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan syiar Islam ditingkatkan dari semasa ke semasa. 

Dalam bidang hukum munakahat pula, kita mempunyai Enakmen Keluarga Islam dan Institusi Mahkamah Syariah yang diiktiraf sebagai di antara yang terbaik di dunia. Biarpun ada kelemahan di sana sini termasuk dari aspek perbezaan pelaksanaan di negeri-negeri, namun ia adalah sangat tersusun dan jauh lebih sistematik berbanding negara-negara lain.

Dalam bidang hukum muamalat; melalui pendidikan, begitu ramai bijak pandai dalam pendidikan Islam dan pelbagai bidang ilmu lain yang telah kita lahirkan. Dalam kalangan mereka ini, bukan sahaja pakar ilmu Bahasa Arab, al-Quran dan Hadis, Feqah dan Usuluddin sahaja, tetapi juga mereka yg mampu menjadi pakar-pakar yg boleh menterjemahkan dasar hukum Islam ke dalam instrumen kewangan (bermula dgn perbankan, takaful, unit amanah, pajak gadai, sukuk dan sebagainya), yang telah dimulakan di zaman mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dan sekarang sudah menguasai nilai pasaran yang besar dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

Dalam bidang hukum jenayah pula yang terbahagi kepada tiga kategori, iaitu pertama, takzir, kedua - qisas, termasuk diyat dan ketiga - hudud. Setidak-tidaknya kita telah melaksanakan dalam bentuk undang-undang takzir dan qisas, termasuk diyat, yang dari secara asasnya melindungi hak-hak individu dan pada waktu yang sama turut memberi keutamaan kepada hak masyarakat terbanyak dan berusaha memelihara masalahat ummah dalam banyak keadaan.

Semuanya bermula dengan kedudukan Islam itu diperuntukkan dengan jelas di dalam perlembagaan; yang secara jelasnya menolak kesimpulan negara ini adalah sebuah negara sekular dan yang selebihnya berkembang dari situ berdasarkan kesungguhan dan kebijaksanaan politik semasa bagi memastikan keharmonian masyarakat berbilang agama dan bangsa tidak terjejas dan negara terjerumus ke dalam fitnah yang berterusan.

Sesungguhnya berdasarkan track record yang ada, UMNO adalah jauh lebih berjasa di dalam memenuhi tuntutan kekhalifahan, iaitu memakmurkan dunia dan memelihara agama, berbanding parti yang berjenama Islam; yang terlalu obses untuk melaksanakan hudud (yang menurut mereka sendiri hanya merupakan 0.0001 peratus sahaja daripada keluasan hukum Allah swt) tetapi gagal melaksanakan banyak perkara termasuklah membina sebuah masjid.

Sumber Tunfaisal
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...