UMNO Online - “Najib Saksi Majlis Menandatangani Perjanjian Komprehensif Bangsamoro Di Filipina Esok” plus 9 more

UMNO Online - “Najib Saksi Majlis Menandatangani Perjanjian Komprehensif Bangsamoro Di Filipina Esok” plus 9 more

Link to UMNO Online

Najib Saksi Majlis Menandatangani Perjanjian Komprehensif Bangsamoro Di Filipina Esok

Posted: 26 Mar 2014 05:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro (CAB) di antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Filipina, esok.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata, sebelum itu Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Filipina, Benigno S.Aquino III esok.

“Perdana Menteri juga akan menghadiri majlis makan malam yang akan dihoskan Presiden Filipina esok. Lawatan kerja Perdana Menteri ke Filipina esok adalah atas undangan Presiden Aquino yang telah disampaikan sewaktu lawatan Negara beliau ke Malaysia,” kata kenyataan itu.

najib-aquino-perjanjian-mou-aman-bangsamoro-manila-filipina

Aquino melakukan lawatan negara ke Malaysia bulan lepas dan Malaysia adalah pemudahcara kepada rundingan damai di antara kerajaan Filipina dan MILF dan juga telah mengetuai pasukan Pemantauan Antarabangsa di Mindanao, Selatan Filipina sejak tahun 2004.

Menurut kenyataan itu, dalam lawatan kerja ke Filipina esok, Perdana Menteri akan diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan menteri kabinet lain iaitu Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

“Lawatan ini akan memberi peluang kepada Perdana Menteri dan Presiden Aquino menyambung perbincangan mereka ke arah pengukuhan tali persahabatan dan hubungan dua hala sedia ada untuk kepentingan bersama dan rantau ini,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, ia juga akan memperlihatkan komitmen berterusan Malaysia bagi menjamin dan mengekalkan keamanan dan keselamatan di rantau ini.

Lebih 120 Objek Berpotensi Dikesan Menerusi Imej Baharu Satelit

Posted: 26 Mar 2014 05:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Sejumlah 122 objek berpotensi yang mempunyai kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang hilang dikesan kira-kira 2,557 kilometer dari Perth, Austalia, menerusi imej-imej baharu satelit.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) semalam menerima imej baharu satelit, yang diambil pada 23 Mac, daripada Airbus Defence and Space yang berpangkalan di Perancis.

menteri-pengangkutan-hishammuddin-gambar-bukti-satelit-serpihan-pesawat-mh370-pwtc

"MRSA menganalisis imej-imej itu dan – dalam satu kawasan lautan yang berukuran 400 kilometer persegi – mampu mengenalpasti 122 objek berpotensi.

Sesetengah objek adalah sepanjang satu meter, yang lain ada sepanjang 23 meter. Ada di antara objek itu kelihatan terang, kemungkinan menunjukkan bahan yang padu," katanya pada sidang akhbar harian mengenai perkembangan terkini pencarian pesawat yang hilang itu, di sini hari ini.

Beliau berkata penemuan MRSA itu segera dihantar ke Pusat Koordinasi Penyelamat Australia di Perth semalam.

"Perlu ditekankan kami tidak dapat memberitahu sama ada objek-objek berpotensi itu adalah daripada MH370. Bagaimanapun, ini adalah petunjuk baru yang akan membantu daripada segi arah operasi pencarian," kata Hishammuddin.

Beliau berkata obbjek-objek itu juga berada tidak jauh daripada objek-objek yang dikesan oleh satelit China dan Perancis yang mungkin berkaitan pesawat yang hilang itu.

"Kami sekarang punyai empat petunjuk berbeza, dari Australia, China dan Perancis menunjukkan kemungkinan serpihan-serpihan. Sekarang adalah imperative untuk kami mengaitkan serpihan-serpihan itu kepada MH370," katanya.

Beliau berkata semua petunjuk serpihan membolehkan pasukan mencari mengurangkan kawasan carian dan menemui lebih banyak serpihan daripada pesawat itu.

Hishammuddin berkata Australia yang mengetuai usaha mencari itu di koridor selatan Lautan Hindi, telah membahagikan kawasan carian kepada dua sektor iaitu Timur dan Barat. "Hari ini cuaca bertambah baik dan 12 pesawat akan terbang ke kawasan pencarian – enam di sektor Timur dan enam di Barat," kata Hishammuddin.

Beliau berkata di sektor Timur, pencarian akan dilakukan oleh sebuah pesawat P3 Orion Australia, tiga pesawat awam Australia, sebuah Ilyushin IL-76 China, dan sebuah P3 Orion New Zealand.

Di sektor Barat, pencarian akan dilakukan oleh sebuah P8 Poseidon Amerika Syarikat, sebuah P3 Orion Korea Selatan, sebuah P3 Orion Jepun, dua P3 Orion Australia dan sebuah pesawat awam.

"Semalam 'HMAS Success' (Australia) telah diatur semula ke selatan kawasan pencarian kerana cuaca buruk. Hari ini, kapal itu kembali dan akan membantu pencarian di sektor Barat.

Sementara itu, kapal China 'Xue Long' telah dihantar ke sektor Timur," katanya.

Hishammuddin berkata sebuah pesawat Gulfstream Pengawal Pantai Jepun berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang ke Perth pagi ini untuk menyertai operasi mencari itu.

Mengenai pencarian di koridor utara dan di bahagain utara koridor selatan, yang telah dihentikan, beliau berkata Kementerian Luar telah menghantar nota diplomatik kepada semua negara berkaitan untuk memberitahu mereka secara rasmi mengenai perubahan itu.

"Saya ingin menyampaikan penghargaan kepada pihak berkuasa Australia dan terutamanya kepada Perdana Menteri (Australia) Tony Abbott, kerana memberikan sumbangan yang luar biasa dalam operasi mencari ini," katanya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada rakan-rakan antarabangsa kami kerana bantuan dan sokongan berterusan mereka. Pencarian MH370, dan penyiasatan ke atas apa yang berlaku semasa penerbangan, kini adalah satu usaha benar-benar antarabangsa," kata beliau.

Penerbangan MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada dikesan radar selepas kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Press Briefing By Acting Transport Minister Hishammuddin Hussein On MH370 (26 March)

Posted: 26 Mar 2014 05:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, March 26 – Following is the statement by Defence Minister and acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein at a press briefing on the search for the lost Malaysia Airlines (MAS) Flight MH370, today:

menteri-pengangkutan-hishammuddin-gambar-bukti-satelit-serpihan-pesawat-mh370-pwtc

Introductory Statement

The search for MH370 continues. Our efforts are now focused in the southern Indian Ocean, where a multi-national team, led by Australia, is combing the waters trying to find debris from the flight.

Our determination to find MH370 remains steadfast. As we have said all along, we will never give up trying to find the plane – in order to bring closure for the families, and to establish exactly what happened to MH370.

1. New Satellite Images

Australia, China and France have already released satellite images, showing objects that may be related to MH370.

Yesterday, on 25th March, the Malaysian Remote Sensing Agency (MRSA) received new satellite images from Airbus Defence and Space, which is based in France.

The images were taken on 23rd March.

MRSA analysed the images and – in one area of the ocean measuring some 400 square kilometres – were able to identify 122 potential objects.

Some objects were a metre in length, others were as much as 23 metres in length. Some of the objects appeared to be bright, possibly indicating solid materials.

The objects were located approximately 2,557 kilometres from Perth. We will issue handouts relating to this new information, after this press conference.

MRSA's findings were immediately forwarded to the Australian Rescue Co-ordination Centre in Perth yesterday.

It must be emphasised that we cannot tell whether the potential objects are from MH370. Nevertheless, this is another new lead that will help direct the search operation.

We have now had four separate satellite leads, from Australia, China and France, showing possible debris. It is now imperative that we link the debris to MH370. This will enable us to further reduce the search area, and locate more debris from the plane.

2. Operational Update

Australia is leading the search effort in the southern Indian Ocean, based out of Perth. Malaysia continues to play a co-ordinating role. All countries involved are displaying unprecedented levels of co-operation; that has not changed.

Australia has divided the search area into two sectors, east and west. Today the weather has improved, and twelve planes will travel to the search area – six in the east sector and six in the west.

In the east sector, searches will be conducted by:

. one Australian P3 Orion, and three Australian civilian aircraft.

. one Chinese Ilyushin IL-76.

. one New Zealand P3 Orion.

In the west sector, searches will be conducted by:

. one US P8 Poseidon.

. one Korean P3 Orion.

. one Japanese P3 Orion.

. two Australian P3 Orion, and one civilian aircraft.

Two ships will also join the search operations.

Yesterday 'HMAS Success' was redeployed to the south of the search area due to bad weather. Today the ship has returned and will support the search operation in the west sector.

Meanwhile, the Chinese ship 'Xue Long' has today been deployed to the east sector.

A Japanese Coast Guard Gulfstream aircraft left Subang this morning for Perth, to join the search operation.

As I mentioned yesterday, the search operations in the northern corridor, and in the northern part of the southern corridor, have been called off. The Ministry of Foreign Affairs has sent diplomatic notes to all relevant countries to formally inform them of this change.

Before I continue, I would like to convey our appreciation to the Australian authorities, and in particular to Prime Minister Tony Abbott, for making such an extraordinary contribution to the search operation.

3. Chinese Special Envoy

Today, the Prime Minister (Datuk Seri Najib Tun Razak) met with His Excellency Zhang Yesui, the Chinese Vice Minister of Foreign Affairs and Special Envoy of the Government of China. I also met with His Excellency this afternoon.

During our conversation His Excellency conveyed China's commitment to continue and intensify the search operation in any way possible, and to deploy any assets that may be required.

Malaysia has provided his His Excellency and his delegation with a full update on the latest information from Inmarsat.

His Excellency and his delegation also received a comprehensive briefing from the international technical team.

4. International Working Group

As I mentioned yesterday, based on the new information provided by Inmarsat, we have established an international working group. The agencies involved in this working group include: Inmarsat, AAIB, the Chinese CAAC and AAID, NTSB, FAA, Boeing and Rolls Royce, as well as the relevant Malaysian authorities.

The role of the working group is to help try and refine the Inmarsat data and, if possible, more accurately determine the final position of MH370.

5. Further Information

I should like to note that the CEO of Malindo Airlines, Chandran Rama Murthy, has joined me on stage today, and will be able to answer any questions that you might have.

As I announced yesterday, MAS is now taking a lead in communicating with the families and is conducting their own press conferences. MAS will hold another press conference tomorrow.

Concluding Remarks

New satellite images continue to provide clues in the search for MH370. And with improved weather conditions, aircraft are now able to investigate objects of interest.

I would like to thank once again our international partners for their continued support and assistance.

The search for MH370, and the investigation into what happened on board the flight, is now a truly international effort.

Bila Menang Senyap Tidak Berkutik, Tetapi Bila Kalah Bising Satu Dunia

Posted: 26 Mar 2014 04:56 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang yang memihak kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Wan Azizah jelas  membuktikan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selama ini benar-benar telus, tidak berat sebelah dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik yang bertanding, demikian jelas bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim.

Menurut beliau, jelas terbukti bahawa tuduhan dan tohmahan pembangkang selama ini terhadap SPR tidak benar sama sekali dan ia hanyalah satu provokasi pembangkang untuk memburukkan imej badan tersebut di mata rakyat.

"Bila PKR menang dalam PRK DUN Kajang, senyap sunyi tidak ada sebarang tuduhan pun yang keluar dari mulut kepimpinan PKR yang SPR tak adillah, ada pengundi hantulah dan sebagainya. Tetapi kalau mereka kalah, macam-macam tuduhan dan tohmahan yang mereka katakan pada SPR.

"Inilah sikap pembangkang. Mereka ini sebenarnya yang berat sebelah. Merasakan dirinya mereka lebih baik dari orang lain. Kalau menang, itu adil bagi mereka, tetapi kalau mereka kalah, itu tidak adil. Kemudian, buat provokasi  hasut rakyat kononnya SPR tidak adil dan berat sebelah kepada mereka. Tetapi bila menang, mereka senyap sunyi langsung tak berbunyi, malah sepatah pujian terhadap SPR pun tidak ada," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

wan-azizah-calon-pkr-pakatan-kajang-pasar-malam-muka-ayam-ketawa-gila

Tambahnya lagi, jelas bahawa pembangkang meletakkan kayu ukur dalam  hal ini dengan cara yang berbeza dan sekiranya keputusan pilihan raya itu berpihak kepada mereka, maka ianya dianggap sebagai telus serta adil dan sekiranya mereka kalah, mereka akan tuduh SPR bersekongkol dengan BN untuk mengalahkan mereka.

"Mentaliti pembangkang bagi saya masih ditakuk lama dan tidak terbuka. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa dalam perjuangan ini, ada kalah dan ada menang. Jika menang, mereka bergembira tetapi jika kalah, mereka tidak mahu bermuhasabah sebaliknya menyalahkan pihak lain kononnya menjadi punca kekalahan mereka.

"Sikap dan pemikiran seperti ini amat merbahaya dalam kepimpinan sesebuah negara. Jika ditakdirkan pembangkang memerintah negara, maka corak pemerintahan mereka mungkin akan menjurus kepada pentadbiran kuku besi di mana siapa saja mengkritik mereka dianggap musuh dan tidak betul belaka," ujarnya.

Justeru itu, beliau menyeru rakyat agar menilai sikap dan mentaliti kepimpinan pembangkang yang masih berada di takuk lama yang tidak dapat menerima sebarang keputusan yang tidak memihak kepada mereka.

"Contohnya seperti kes liwat Anwar. Bila mahkamah melepaskan beliau, maka bagi Anwar itulah keadilan. Keadilan bagi puak pembangkang ini adalah apa yang memihak kepada mereka. Kezaliman pula adalah apa juga perkara yang tidak memihak dan memberikan keuntungan politik pada mereka.

"Inilah satu contoh pemikiran yang bias dan sudah ketinggalan zaman. Mereka berfikir dengan cara yang salah, sentiasa bersikap syak wasangka buruk terhada orang lain dan merupakan golongan yang tidak dapat menerima apa jua perkara yang tidak memihak kepada mereka, walaupun perkara itu benar.

"Pada pandangan saya, pemimpin-pemimpin yang mempunyai pemikiran jumud dan tidak terbuka seperti ini, yang hanya tahu menyalahkan orang lain dan tidak mahu mengakui kesilapan sendiri, tidaklah layak untuk memimpin sebuah negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia," jelasnya. -MediaUMNO

logik-pengundi-taksub-pembangkang-bila-kalah-menang

Malaysia Can Withstand External Financial Shocks : Moody’s

Posted: 26 Mar 2014 04:50 AM PDT

KUALA LUMPUR, March 26 – Moody’s Investors Service says Malaysia’s vulnerability to external financial shocks will be limited by its strong external position and large pool of domestic savings.

Nevertheless, it said, net portfolio inflows into Malaysia (A3 positive) during 2010-2012 surpassed the accumulated total of the previous decade, representing vulbnerabliity to a sudden drop or reversal of these flows.

The ratings agency said that recent financial market volatility and pressure on emerging market currencies have underscored the potential vulnerability emerging market sovereigns face during an extended period of uncertainty.

In a statement today, it said countries with external imbalances, a reliance on external funding and weak policy frameworks would remain vulnerable to sentiment changes, capital flow adjustments or disorderly market reactions.

According to a Moody’s report titled ‘External Vulnerabilities, Exposures, Mitigants and Credit Supports’, key indicators of external vulnerability include a large current account deficit; low foreign exchange reserves relative to  short-term and maturing long-term debt (producing a high external vulnerability indicator); large government gross borrowing requirements; and high foreign currency denominated debt as a proportion of total general government debt.

Moody’s said Malaysia’s capital market depth, large buffer of foreign exchange reserves (totalling US$130.6 billion in February 2014) and a favourable debt structure guard against a disruptive reversal of the non-resident accumulation of Malaysian government debt.

It also said the government's debt stock features a relatively long average term to maturity and is consequently less susceptible to refinancing risks with nearly two-thirds of the debt stock having residual maturities of three years or more.

It added Malaysia’s enduring current account surplus and large domestic institutional investor base suggest that the increased absorption of Malaysian government securities by foreign investors does not necessarily represent a heavy reliance on external funding.

However, Moody’s said Malaysia's fiscal deficits continue to be wider than A-rated peers while the debt burden at 54.8 per cent of GDP as of 2013 somewhat constrains policy space.

The reliance of government revenue on oil and gas receipts renders Malaysia vulnerable to adverse changes in emerging market energy demand and commodity prices, it added.

Perjanjian Konsesi Melindungi Pesawah Tidak Terbatal Dengan Penyahsenaraian Beras

Posted: 26 Mar 2014 04:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Perjanjian konsesi antara kerajaan dengan syarikat Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) terutama dalam melindungi kepentingan pesawah tidak akan terbatal dengan penyahsenaraian Bernas dari Bursa Malaysia.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata terdapat lima perkara dalam perjanjian berkenaan bagi melindungi kepentingan pesawah dan ia tidak akan terjejas dengan penyahsenaraian itu.

“Perkara tersebut ialah mengurus dan mengekalkan stok penimbal negara pada setiap masa, menguruskan semua pusat belian padi dan menjadi pembeli terakhir padi pada harga minimum terjamim iaitu RM750 bagi satu tan metrik.

“Perkara lain termasuk menguruskan skim subsidi harga padi dan menguruskan skim kilang-kilang bumiputera,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja di Dewan Rakyat di sini hari.

Ismail Sabri berkata walaupun mungkin akan berlaku perubahan dalam struktur pengurusan dan operasi Bernas ekoran penyahsenaraian itu, lima perkara dalam perjanjian konsesi itu tetap kekal.

“Beberapa Anggota Parlimen dari pihak pembangkang bimbang apabila penyahsenaraian ini, kerajaan akan biarkan nasib pesawah ini terumbang-ambing.  Ianya tidak benar, malah Bernas telah memberikan janji semua dalam perjanjian masih kekal dan tiada perubahan,” katanya.

Beliau juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa Bernas akan mengendali semua perkara berkaitan pembangunan petani termasuk membangunkan sawah dan insfrasruktur sawah selepas penyahsenaraian itu.

Katanya, perkara itu tidak akan berlaku kerana tugas membangunkan sawah dan infrastrukturnya adalah tanggungjawab agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

“Jadi tidak timbul isu apabila Bernas sudah dinyahsenarai nanti maka kebajikan pesawah tidak dijamin kerana perjanjian masih lagi kekal seperti yang lalu,” katanya.

Govt Revises Criteria For Returning Expert Programe

Posted: 26 Mar 2014 02:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, March 26  - The government has revised the criteria under the Returning Expert Programme (REP) which facilitates the return of talented Malaysian professionals.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Abdul Wahid Omar said two revisions were made to the REP that comes under Talent Corp Malaysia Bhd.

“The revisions will impact all applications received after April 15 this year.

“The government decided to refine the REP eligibility criteria to be more holistic and takes into account not just qualifications and work experience aboard.

“It will now also consider work experience in Malaysia(prior to employment abroad), current salary abroad and experience as well as expertise relevant to priority economic sectors or area of critical skills gap,” he told a media briefing here today.

Under the revised REP eligibility criteria, the work experience abroad for those with a doctorate, masters and bachelor’s degree and diploma holders, is between four to 12 years, with a current minimum income equivalent to RM20,000 a month.

The government also revised the tax exemption for completely-knocked down (CKD) car tax incentive under the REP.

Under this revision, a successful REP applicant can only apply for tax exemption on either one locally manufactured CKD or one fully imported completely-built up (CBU) car, subject to a maximum of RM150,000 worth of tax exemption.

Abdul Wahid said the provision to buy a car tax free is a means to facilitate the transition of the returning Malaysians from abroad, taking into consideration that they often worked in jurisdictions with limited taxes on vehicles.

“What we are doing here from the government’s side and TalentCorp, is just making it more conducive for these people to return,” he added.

The REP was originally introduced in 2001 to address Malaysia’s growing talent needs by facilitating the return of experienced Malaysian professionals.

The management of the programme was transferred to TalentCorp in January 2011.

Since 2011, more than 2,500 REP applications have been approved.

Pihak Pertikai Kerjasama 26 Negara Seperti Orang Terkurung Dalam Kebodohan

Posted: 26 Mar 2014 02:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Tindakan pihak-pihak tertentu memperlekeh tindakan kerajaan menangani kehilangan pesawat MH370 termasuk mempertikaikan kesediaan 26 buah negara dalam membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) disifatkan sebagai orang yang terkurung dalam kebodohan.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata sejak hari pertama kehilangan pesawat berkenaan kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan hal ini termasuk mengerahkan segala keperluan yang ada baik dari sudut asset dan teknologi.

Malah tegas beliau lagi kehilangan pesawat ini yang melangkaui sempadan sudah pasti tidak mampu ditangani secara bersendirian tanpa bantuan dari negara-negara lain.

"Malah pakar baik dari dalam mahu pun luar negara memperakui bahawa tugasan dalam menangani misteri kehilangan pesawat ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

"Bayangkan  biarpun dibantu oleh puluhan negara luar dengan teknologi yang serba canggih  pesawat tersebut masih belum dapat dikesan lokasi sebenar pesawat tersebut. Ini bukan perkara yang main-main. Tuduhan yang dilemparkan termasuk yang tak masuk akal hanya memperlihatkan diri mereka sebenarnya terkurung dalam kebodohan sendiri", katanya kepada UMNO-Online di sini.

Jelas beliau lagi sepatutnya semua pihak patut berbangga dan memberikan penghargaan yang tidak terhingga terhadap pasukan yang terlibat dalam operasi  SAR  MH370 ini serta penghargaan kepada 26 buah negara lain yang turut menyumbang tenaga dalam operasi ini yang tidak pernah kenal erti penat dan putus ada.

"Kalau tidak mahu member sumbangan janganlah pula mereka ini memperlekehkan usaha kerajaan.

“Nasihat saya kepada mereka dan kumpulan-kumpulan ini, agar jangan ‘borak atau gebang lebih’ ibarat anjing menyalak bukit kerana kalau setakat bercakap atau menyalak di pentas-pentas ceramah, di warung-warung kopi ataupun sekadar coretan di laman-laman media sosial, pesawat MH370 ini tetap akan terus meng’hilang’kan diri atau bersemadi di Lautan Hindi", ,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa.

Hakikatnya tambah beliau  usaha tanpa jemu pasukan SAR Malaysia dan sahabat dari 26 buah negara lain itulah yang akan mencari bukti hilangnya pesawat ini di dalam Lautan Hindi, serta mencari kebenaran mengapa MH370 tersasar dari perjalanannya dari KL ke Beijing 8 Mac lalu dan ‘mengakhiri’ perjalanannya di Selatan Lautan Hindi sebagaimana yang diumumkan PM baru-baru ini. -MediaUMNO

terima-kasih-semua-26-negara-terlibat-operasi-mh370-dunia

Had Umur Maksimum Belia Mungkin Diturunkan – Khairy

Posted: 26 Mar 2014 02:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Mac  - Had umur maksimum dalam takrif ‘belia’ yang sebelum ini 40 tahun mungkin diturunkan kepada 25 atau 30 tahun, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata langkah itu sebagai usaha kementeriannya mengemas kini Dasar Belia Negara Malaysia (DBM) yang bertujuan memperkasa golongan tersebut di peringkat akar umbi.

“DBM yang diwujudkan pada 1997 terus dikemas kini dan takrifan belia yang sebelum ini sehingga 40 tahun mungkin diturunkan kepada 25 atau 30 tahun,” katanya soalan Manivanan Gowindasamy (PKR-Kapar).

Pada masa ini, DBM merujuk ‘belia’ sebagai mereka yang berusia dari 15 hingga 40 tahun.

Khairy berkata kementeriannya akan menjalankan gerak kerja bagi pemurnian draf dasar itu supaya lebih menyeluruh dan menepati keperluan belia sejajar dengan perkembangan transformasi negara.

Katanya pemurnian draf itu melibatkan pemantapan konsep dan kerangka dasar agar penjajarannya selari dan menyokong dasar-dasar kerajaan sedia ada, selain mengumpul dan menganalisis dasar-dasar belia di negara lain untuk dijadikan penanda aras.

“Proses pemurnian DBM ini akan melalui empat fasa utama iaitu penyelarasan, penyedian konsep dan kerangka DBM, pengisian input dan kelulusan DBM,” katanya.

Katanya cadangan pemurnian DBM ini dijangka dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia pada November depan sebelum dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk keputusan.

Kadar Pertumbuhan Hutang Isi Rumah Malaysia Tahun Lepas Menurun

Posted: 26 Mar 2014 02:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Mac  - Kadar pertumbuhan jumlah hutang isi rumah di Malaysia tahun lepas menurun kepada kadar yang lebih sederhana berbanding tiga tahun sebelumnya, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad berkata kadar pertumbuhan hutang isi rumah tahun lepas sebanyak 11.7 peratus berbanding 13.5 peratus pada 2012 dan 2011, dan 15.1 pada 2010.

“Ia (penurunan pertumbuhan hutang isi rumah) ekoran pelaksanaan pelbagai langkah awalan yang diambil (kerajaan) sejak 2010.

“Anggota perkhidmatan awam dan orang ramai yang mempunyai keupayaan untuk meminjam, terus mendapat akses kepada kemudahan pembiayaan walaupun usaha kerajaan mengambil beberapa langkah untuk mengawal perkembangannya,” katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad menjawab soalan Dr Lee Boo Chye (PKR-Gopeng) yang bertanyakan jumlah hutang isi rumah keluarga mengikut jenis hutang dan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ahmad berkata jumlah hutang isi rumah tahun lepas sebanyak RM854.3 bilion dan nisbah unjuran jumlah hutang itu berbanding KDNK ialah sebanyak 86.8 peratus.

Katanya pecahan jumlah hutang isi rumah itu merangkumi pinjaman daripada sistem perbankan, institusi kewangan pembangunan, Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan dan institusi kewangan bukan bank.

“Pembelian rumah kediaman mencatatkan jumlah hutang tertinggi tahun lalu iaitu RM377.7 bilion atau 44.2 peratus, diikuti pembelian kenderaan (RM149.9 bilion), pinjaman peribadi (RM141.5 bilion), pembelian harta bukan kediaman (RM65.2 bilion), pembelian pelbagai saham atau sekuriti (RM54.9 bilion), kad kredit (RM35.5 bilion) dan tujuan lain (RM29.6 bilion),” katanya.

Beliau berkata antara langkah yang diambil kerajaan untuk memastikan pengurusan kewangan dan hutang isi rumah lebih kukuh dan mampan ialah meringankan beban rakyat seperti menambah baik struktur ganjaran untuk penjawat awam.

Selain itu, katanya kerajaan juga memberi bantuan tunai kepada rakyat, menambah baik sistem pengangkutan awam dan membina rumah mampu milik.

“Langkah untuk mengawal perkembangan hutang isi rumah ini diperkenal beransur-ansur oleh kerajaan bagi melaksana pelarasan tersusun dalam system kewangan dan ekonomi,” katanya.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...