BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! #PRKKAJANG !!! RUPANYA PUAK #PEMBANGKANG #PKR MASYUUKKKK !!!

Posted: 26 Mar 2014 08:00 AM PDT


kantoi sudah !!! apa cerita ni ??? dulu bukan main lagi tuduh UMNO macam-macam kononnya sukarelawan UMNO dapat duit lahhh,itu lahh,ini lahh,lepas tu tak mengaku dan kononnya berjuang ikhlas.habis tu gambar di atas apa pulak ??? lain kali siasat dulu jangan main sembur.kan dah kena batang hidung sendiri.anda nilai kan sikap pembangkang yerr wahai pembaca Badut Rakyat

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#TRAGEDIMH370 !!! KURANG AJAR !!! #LATHEEFAKOYA PERLEKEH MISI PENCARIAN #MH370 !!!

Posted: 26 Mar 2014 05:38 AM PDT


kurang ajar !!! apahal latheefa koya ni ??? anda sapa nak pertikai kerajaan malaysia ??? anda tu bagus sangat ker latheefa koyakk ??? kalau bagus apa kata cari pesawat mh370 !!! ada berani ??? malas nak komen panjang-panjang nanti lagi panas saya.apa pun tak perlu nak perlekeh isu MH370 !!! KERAJAAN MALAYSIA tengah berusaha mencari pesawat tu !!! ada faham kaaa latheefa koyak ???


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#MENGENANGMH370 !!! SEMUA PIHAK WAJAR TERIMA 'PENGAKHIRAN' !!!

Posted: 26 Mar 2014 01:30 AM PDT


Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah yang begitu berhati-hati dalam menangani kehilangan MH370.Sebarang kenyataan yang dibuat hanyalah berdasarkan laporan penyiasat dan pihak SAR.Sepanjang dua minggu kehilangan pesawat ini,hampir setiap kali kita dikhabarkan berita yang tidak dapat disahkan di samping tekaan-tekaan atau harapan semata-mata.Dua perkara yang dapat disahkan,telah diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri iaitu pertamanya mengenai perubahan haluan pesawat secara sengaja pada minggu lalu dan pengumuman yang menyayat hati,iaitu mengenai 'berakhirnya' penerbangan MH370 di tengah-tengah Lautan Hindi.Perdana Menteri memilih perkataan 'berakhir' tanpa menjelaskan 'cara pengakhirannya' kerana ia masih tidak dapat dipastikan.Apa yang pasti,di situlah pengakhirannya berdasarkan penemuan serpihan oleh pasukan pencari. 

Dalam kata lain,'berakhir' bermakna pesawat itu telah terhenti penerbangannya di situ.Sama ada ia terhempas atau menggelongsor dan tenggelam atau meletup di udara atau apa saja,masih belum dapat dipastikan.Justeru,perkataan 'berakhir' adalah yang paling tepat untuk menjelaskan apa yang diketahui setakat ini.Pengakhiran penerbangan di tengah-tengah lautan yang luas,ganas dan dalam,serta gagal ditemui selama lebih dua minggu,membawa kita kepada satu kemungkinan sahaja iaitu tiada yang selamat.Memandangkan kawasan tersebut adalah jauh terpencil dari mana-mana kawasan pendaratan,maka sebarang teori atau spekulasi lain dianggap sebagai tidak logik dan diketepikan oleh pihak penyiasat.Justeru,semua pihak wajar menerima pengakhiran ini sambil menanti keputusan penyiasatan.Namun,di masa yang sama,harus bersedia akan kemungkinan tidak akan mendapat jawapan untuk selama-lamanya.  

Cubaan untuk terus mencipta teori dan spekulasi hanya akan menyiksa emosi keluarga yang terlibat kalaupun tidak memburukkan keadaan.Apa yang tinggal kini,hanyalah untuk kita mendoakan mereka yang pergi.Doa juga dipanjatkan kepada keluarga yang terlibat agar mampu menerima hakikat dan bersabar dengan ketentuan.Kita juga tidak harus lupa mengucapkan penghargaan tertinggi kepada semua pihak yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat yang bertungkus lumus tanpa mengira masa dan cuaca.Selain itu,setinggi-tinggi penghormatan diberi kepada pihak kerajaan Malaysia yang kekal tenang dan professional mengendalikan insiden ini walaupun ditekan dan difitnah oleh berbagai pihak.Kerajaan telah membuktikan bahawa keutamaan diberi kepada pencarian MH370 serta tidak sedikit pun berganjak dari keutamaan itu,sehinggalah ke akhirnya.Biarkan pembangkang terus mempolitikkan MH370,membela diri tanpa sebab dan menuduh kerajaan dengan berbagai tohmahan kerana insiden ini telah membantu rakyat melihat dengan lebih jelas lagi, yang mana kaca dan yang mana intan

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#MENGENANGMH370 !!! KURANG AJAR !!! DS @SHABERYC !!! @PDRMSIA !!! TOLONG SIASAT PEREMPUAN INI !!!

Posted: 25 Mar 2014 10:00 PM PDT


apa masalah perempuan ni ??? betul ker apa yang perempuan ni kata atau pun bergurau ??? jangan main-main boleh ??? udah-udah lah tu !!! kepada DS Shabery Cheek tolong arahkan SKMM lihat status ni.di kala semua sedih MH370 Terhempas di lautan Hindi,Perempuan ni pulak buat statement

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA #PRKKAJANG !!! SOKONGAN MEROSOT !!! #LEECHINCHEH SEPATUTNYA TIDAK LETAK JAWATAN !!!

Posted: 25 Mar 2014 07:00 PM PDT


Pilihanraya Kecil Kajang berakhir dengan keputusan yang telah dijangka,iaitu PKR menang.Namun,tiada siapa menjangka jumlah undi yang diperolehi oleh kedua-dua parti akan merosot berbanding PRU-13.BN sejak dari awal tidak begitu teruja dengan pilihanraya kecil ini yang merupakan satu pembaziran wang rakyat kerana bekas ADUNnya,iaitu Lee Chin Cheh telah meletak jawatan tanpa sebab yang konkrit.Alasan PKR atas tindakan Chin Cheh ialah untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.Tindakan PKR jelas mempermainkan demokrasi serta kepercayaan rakyat terhadap Lee Chin Cheh.Dalam PRU-13 yang lalu,kerusi Kajang ditandingi dari 6 penjuru iaitu PKR,MCA,Berjasa dan 3 calon Bebas.Chin Cheh dari PKR telah mendapat 19,571 undi dan menang dengan majoriti 6,824.Lawan terdekat Chin Cheh, iaitu Lee Bang Seng dari MCA,mendapat 12,747 undi.   

Manakala Mohd Ismail dari Berjasa mendapat 1,041 undi.Ketiga-tiga calon Bebas iaitu Mohd Iwan Jefrey,Ong Yan Food an Mohd Khalid masing-masing mendapat 24, 85 dan 83 undi.PRK Kajang yang diadakan khas untuk memberi laluan kepada Anwar bagaimanapun telah terpaksa meletakkan Wan Azizah sebagai calon galang ganti setelah Anwar didapati bersalah dalam kes liwat 2.Pencalonan Wan Azizah yang merupakan Presiden PKR,dijangka mampu meraih sokongan yang jauh lebih besar dari Chin Cheh.Walaubagaimanapun,amatlah memalukan bagi PKR apabila Wan Azizah hanya mendapat 16,741 undi iaitu merosotan sehingga 2,830 undi dari PRU-13 berbanding yang diperolehi Chin Cheh.  

Calon MCA,Chew Mei Fun mendapat 11,362 undi menjadikan Wan Azizah menang dengan hanya 5,379 majoriti.Chin Cheh bukanlah satu personaliti yang signifikan dalam PKR dan Wan Azizah pula adalah Presiden parti.Chin Cheh pula telah dicabar dari 5 penjuru manakala Wan Azizah pula hanya dicabar oleh MCA.Justeru,kegagalan Wan Azizah menunjukkan prestasi yang lebih baik dari Chin Cheh tidak seharusnya dipandang ringan oleh PKR.Kelebihan Wan Azizah dalam PRK Kajang bukan sahaja terletak pada jawatannya sebagai Presiden parti tetapi atas hakikat bahawa Anwar sendiri telah turun berkempen untuknya.Ditambah dengan kekalahan Anwar di mahkamah dan juga pelancaran Reformasi 2.0 yang dibuat selari dengan PRK Kajang, Wan Azizah seharusnya mampu menggandakan sokongan dan bukannya mengurangkannya.    

Berdasarkan semua fakta ini,bagaimanakah PKR mentafsirkan makna undi yang berkurangan bagi seorang Presiden PKR dalam satu PRK yang SENGAJA diada-adakan oleh PKR sendiri ???   Bagi para pemerhati,tafsirannya mudah sahaja iaitu penyokong PKR di Kajang lebih percayakan Chin Cheh dari Wan Azizah sendiri dan Chin Cheh tak sepatutnya meletakkan jawatan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! ANALISIS PENUH #PRKKAJANG DIDEDAHKAN !!!

Posted: 25 Mar 2014 05:00 PM PDT


PKR mempertahankan kerusi DUN Kajang dengan majoriti merosot dari 6,824 (PRU13) kepada 5,379 (2014).Dengan pengumuman rasmi tersebut maka kita semua bertanya : 

1. Mana dia keangkuhan Lim Kit Siang yang mahu mempastikan BN hilang deposit? 

2. Apakah hasrat PKR yang ingin menjadikan PRK Kajang sebagai referendum rakyat terhadap kerajaan persekutuan tercapai walaupun sokongan PKR sedikit meningkat 1.54% berbanding BN yang walaupun kalah tetapi sokongannya meningkat sebanyak 2.7%. 

3. Mengapa ramai pengundi yang tidak keluar mengundi hanya 72% berbanding 88% pada PRU 13,walaupun PKR memulakan kempen dan serangan terhadap UMNO lama sebelum BN mengumumkan calonnya.Adakah kerana pengundi tidak mahu MB Selangor bertukar tangan? atau rakyat bosan dengan politik wayang yang tidak mengubah apa-apa keadaan.

4. Apakah makna PKR dengan tokoh besarnya Dr. Wan Azizah Wan Ismail,Presiden PKR dengan politik simpatinya menang dengan majoriti kurang 1,445 sedangkan tujuan asal PKR untuk meningkatkan majoriti 10 hingga 11 ribu? 

5. Apakah Perdana Menteri Malaysia bertukar tangan hanya dengan PRK Kajang? sedangkan ini bukan PRK Parlimen untuk memilih kerajaan persekutuan dan MB Selangor masih dalam gengaman Khalid Ibrahim. 

6. Apa hebatnya sangat pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengaku mencetuskan idea PRK Kajang bagi mendapatkan sokongan yang semakin kurang? 

7. Apakah UMNO masih dilebalkan sebagai parti rasis sedangkan BN meletakkan calon Cina di kawasan majoriti Melayu berbanding dengan PKR yang meletakkan ramai calon Melayu di kebanyakan kawasan majoriti Melayu.Siapa yang beramalan rasis?

Oleh yang demikian terbuktilah bahawa PRK Kajang tidak megubah apa-apa corak dan keputusan kerajaan negeri dan Persekutuan.Benarlah bahawa PRK ini suatu pengkhianatan terhadap mandat pengundi PRU 13 terhadap PKR,suatu pembaziran masa dan waktu,serta tidak dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap konflik kepimpinan Selangor mahupun keputusan mahkamah mengenai kes Liwat 2 Anwar Ibrahim.Sesungguhnya rakyat lebih menumpukan perhatian kepada misi pencarian ‪#‎MH370‬ dari jalan cerita politik yang disusun untuk menyelamatkan maruah sebuah keluarga dan nafsu besar seorang pemimpin untuk menjadi Perdana Menteri.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...