UMNO Online - “Manifesto PKR Atasi Kesesakan Lalu Lintas Tak Beri Apa-apa Makna” plus 9 more |
- Manifesto PKR Atasi Kesesakan Lalu Lintas Tak Beri Apa-apa Makna
- Tindakan Shariff Omar Lompat Ke PKR Bukan Suatu Mengejutkan
- Fikir Masa Depan… Tolak Sentimen Emosi dan Simpati Dalam Buat Pilihan
- PRK Balingian Kayu Pengukur Sokongan Kepada Ketua Menteri Sarawak Baharu – TPM
- Majlis Peguam Mengiyakan Perbuatan Anwar – Razali
- Wayang Politik Kitar – Semula… Say No-2-Anwarizah
- Jentera PAS Lenyap di Kajang… Petunjuk Apa?
- RM500 Fine For Losing MyKad Through Negligence – Zahid
- Janji PRU 13 Pun Tak Ditunaikan… Kenapa Pengundi Patut Percaya Manifesto Baru Kajang
- Prime Minister Najib’s Press Statement On MH370
Manifesto PKR Atasi Kesesakan Lalu Lintas Tak Beri Apa-apa Makna Posted: 15 Mar 2014 06:12 AM PDT KAJANG, 15 Mac – Projek My Rapid Transit (MRT) bukan sahaja bakal memberi limpahan ekonomi kepada penduduk di Kajang malah akan turut melonjakkan bandar Kajang sebagai bandar metropolitan yang baru selain membantu menyelesaikan kesesakan jalan di kawasan tersebut. Justeru salah satu manifesto PKR sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang antara lain memberi penekanan kepada soal penyelesaian kesesakan lalu lintas sebenarnya menumpang komitmen kerajaan persekutuan dalam perkara tersebut. Demikian menurut Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan yang turut mengingatkan agar pengundi tidak mensia-siakan peluang pada hari pembuangan undi nanti untuk melakukan perubahan. “Pengundi kena ingat pilihan raya ini disengajakan…Lepas pilihan raya umum yang lalu ada pula pilihan raya kecil di Kajang ini. Jadi mungkin lepas ini akan berlaku lagi. “Perkara penting di sini adalah pengundi. Perlu kasihan kepada pengundi dan bukannya Wan Azizah. Datin Paduka Chew Mei Fun adalah jambatan yang paling hampir dengan kerajaan pusat…bersama beliau sudah tentunya adalah BN, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta barisan kabinet. “Jadi jangan sia-siakan peluang yang ada pada hari mengundi nanti untuk mengundi calon BN demi penduduk Kajang,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama pemandu teksi dan bas di pusat Hentian Kajang di sini, petang tadi. Beliau seterusnya menambah PRK Kajang turut memperlihatkan BN mengamalkan konsep perkongsian kuasa yang sebenarnya. “Pencalonan Chew Mei Fun di sini menunjukkan kita menghormati semangat kongsi kuasa antara kita di dalam BN… Jadi bukankah itu kesimpulannya BN lebih adil daripada parti sebelah sana,” ujarnya. -MediaUMNO |
Tindakan Shariff Omar Lompat Ke PKR Bukan Suatu Mengejutkan Posted: 15 Mar 2014 05:57 AM PDT KAJANG, 15 Mac – Tindakan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar menyertai PKR bukan satu kejutan buat UMNO, kata Naib Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Katanya perkara itu sudah dijangkakan berlaku kerana ia telah hangat diuar-uarkan sejak bermulanya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lagi. "Ini sudah jangka akan berlaku…Masa PRU lagi dah timbul ura-ura bahawa dia akan masuk (PKR)…Ia bukan satu kejutan. "Bagaimanapun, penyertaannya dalam PKR tidak menjejaskan UMNO di Pulau Pinang…Kita yakin masih ada lagi pemimpin lain yang lebih berkaliber di sana," katanya selepas program lawatan penduduk di Kampung Paya di sini, hari ini. Shariff dilaporkan mengumumkan menyertai PKR (Parti Keadilan Rakyat) semasa ceramah perdana bersama Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Stadium Kajang, semalam. Shariff adalah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang dan Anggota Parlimen Tasek Gelugor selama enam penggal. Sementara itu, Shafie berkata pengundi tidak seharusnya mengukur kredibiliti calon berdasarkan ceramah semata-mata sebaliknya haruslah menilai melalui program turun padang yang disertai oleh calon. "Pengundi dapat menilai keperibadian calon melalui program turun padang dan mesra rakyat kerana calon bersemuka dengan pengundi. "Lagipun calon kita (Datin Paduka) Chew Mei Fun sentiasa turun padang berjumpa dengan pengundi-pengundi di sini bagi memahami masalah mereka dan cuba untuk menyelesaikannya," katanya. Beliau berkata calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah tidak sepatutnya mengeluarkan manifesto semasa pilihan raya kecil ini kerana negeri Selangor sudah diperintah oleh Pakatan Rakyat. "Beliau (Wan Azizah) keluarkan manifesto untuk bagi janji kepada penduduk untuk buat ini, itu. Negeri ini pun di bawah mereka dan apa lagi mereka mahu janjikan?. "Ini sekali gus membuktikan pengeluaran manifesto oleh mereka menunjukkan kerajaan negeri tidak mampu melaksanakan janji-janji yang dilontarkan oleh mereka semasa pilihan raya umum," katanya. |
Fikir Masa Depan… Tolak Sentimen Emosi dan Simpati Dalam Buat Pilihan Posted: 15 Mar 2014 04:38 AM PDT KAJANG, 15 Mac – Ahli Majis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapha Mohamed meminta pengundi di DUN Kajang agar berwaspada dan tidak tertipu dengan taktik kempen menagih simpati calon pembangkang, yang menjadi isu kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai modal kempen mereka. Jelasnya lagi, apa yang penting bagi pengundi di DUN Kajang adalah untuk memilih wakil rakyat yang benar-benar mahu membela dan menyelesaikan permasalahan rakyat, dan bukannya mempergunakan rakyat untuk menjayakan politik peribadi mereka. "Pembangkang akan menggunakan pelbagai taktik dalam kempen mereka dan saya harap agar pengundi di DUN Kajang ini tidak terpengaruh dan terpedaya dengan taktik-taktik yang memainkan emosi dan simpati untuk menagih undi dari rakyat. "Sebelum kita mengundi, kita fikir baik-baik. Kita sudah tentu mahukan calon yang boleh membantu memperjuangkan negara kita, menaikan taraf negara kita dan untuk menjaga dan mengambil tahu segala permasalahan rakyat di bawah jagaannya," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. Beliau juga berpendapat bahawa wakil rakyat dari PKR tidak mampu untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di sini dan sebagai contoh, wakil rakyat sebelum ini dengan begitu mudah melepaskan jawatan semata-mata kerana agenda politik peribadi pihak tertentu. "PKR pula hanyalah sebuah parti yang semata-mata ditubuhkan untuk memperjuangkan seorang individu yang bernama Anwar Ibrahim. PKR tidak ada perjuangan untuk rakyat, sebaliknya perjuangan PKR hanyalah semata-mata untuk menumbangkan BN kerana kecewa atas pelbagai sebab. "Jadi bagi saya, PKR ini merupakan parti bagi mereka yang 'frust' dan skop perjuangan mereka hanyalah di dalam skala yang kecil iaitu untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim yang kononnya menjadi mangsa konspirasi kerajaan UMNO dan BN. "Tetapi ini amat berbeza sekali dengan BN yang semuanya sudah sedia maklum mempunyai track record yang baik, ada jasa dan ada bukti dalam menjalankan tugas untuk membela rakyat. Jadi, pastikan bahawa wakil rakyat yang kita pilih ini dapat membela nasib serta membantu menyelesaikan permasalahan rakyat di kawasan ini," ujarnya. Sementara itu beliau mengakui mungkin BN boleh mencipta kejutan di dalam PRK Dun Kajang ini berdasarkan pengamatan beliau semasa berkempen di mana semangat yang diperlihatkan oleh jentera serta sambutan rakyat yang menggalakkan terhadap calon BN. "Dalam tempoh seminggu berkempen, saya dapat laporan bahawa ada peningkatan dari sudut sokongan pengundi terhadap BN. Bagaimanapun tempoh berkempen ada seminggu lagi dan semua jentera BN perlu berkerja keras bagi memastikan kemenangan berpihak pada BN. "Sememangnya kita menghadapi cabaran yang sengit dalam PRK ini dan janganlah kita memperkecilkan kekuatan pakatan pembangkang di Selangor, kerana hari ini mereka berkuasa, ini negeri mereka dan kita pula hanya pembangkang di negeri ini. "Jadi jentera BN kena kerja kuat, tidak boleh selesa dan tidak boleh alpa dan bekerja habis-habisan. Tinggal tujuh hari lagi insyaAllah dan saya harap BN dapat membuat satu kejutan di dalam PKR DUN Kajang kali ini," akhirinya. -MediaUMNO |
PRK Balingian Kayu Pengukur Sokongan Kepada Ketua Menteri Sarawak Baharu – TPM Posted: 15 Mar 2014 04:34 AM PDT MUKAH, 15 Mac – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian bakal membawa impak besar kepada senario politik negeri kerana ia dijadikan kayu pengukur sokongan terhadap kepimpinan baru kerajaan negeri yang diterajui Ketua Menteri Sarawak yang baharu Tan Sri Adenan Satem. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini adalah pilihan raya kecil yang pertama dihadapi Adenan maka amat penting pengundi menunjukkan tahap sokongan padu bagi memantapkan pentadbiran kerajaan negeri Sarawak. “Saya berharap dalam PRK Balingian, pengundi menunjukkan sokongan padu dengan memberi kemenangan kepada calon BN,” katanya selepas mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK Balingian di sini hari ini. Bekas Pegawai Daerah Dalat Yossibnosh Balo, 47, dipilih menjadi calon BN pada PRK Balingian dengan hari pengundian ditetapkan pada 29 Mac ini manakala penamaan calon pada 17 Mac. Kerusi DUN Balingian kosong apabila penyandang Tan Sri Abdul Taib Mahmud melepaskan jawatan ketua menteri pada 28 Feb lepas dan kini menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak. Muhyiddin berkata, keputusan PRK Balingian tidak akan dijadikan sebagai kayu pengukur tahap sokongan rakyat kepada BN bagi menghadapi pilihan raya DUN akan datang. “Masih jauh lagi pilihan raya DUN tetapi semua pilihan raya kecil kita anggap penting,” katanya. Tempoh kerajaan negeri sekarang akan berakhir pada 20 Jun 2016. Terdahulu semasa pengumuman calon BN, Muhyiddin mahu calon BN bagi Balinginan menang dengan majoriti lebih 6,000 undi berbanding lebih 5,000 undi sebelum ini. Dalam pilihan raya DUN 2011, Abdul Taib mengekalkan kerusi itu dalam pertandingan tiga penjuru menewaskan calon bebas Datuk Salleh Jafaruddin dan calon PKR Suriati Abdullah dengan majoriti 5,154 undi. |
Majlis Peguam Mengiyakan Perbuatan Anwar – Razali Posted: 15 Mar 2014 04:30 AM PDT MUAR, 15 Mac – Majlis Peguam secara tidak langsung telah mengiyakan perlakuan Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat bekas pembantu peribadinya apabila mempersoal mengapa hanya Anwar dikenakan hukuman oleh mahkamah sedangkan mangsanya (Mohd Saiful Bukhari Azlan) tidak, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim. Beliau berkata tindakan Majlis Peguam menyifatkan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan ke atas Anwar sebagai tidak wajar, kerana ia berlaku secara suka sama suka, telah mengiyakan perlakuan sumbang itu benar-benar berlaku. “Orang tidak sedar Majlis Peguam mempersoalkan mengapa hanya Anwar dikenakan hukuman sedangkan mangsanya tidak dikenakan hukuman,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Sultan Abu Bakar di sini hari ini. Majlis Peguam, katanya, sentiasa memihak kepada ketua pembangkang itu dalam banyak perkara dan dalam kes ini, secara tidak sedar ia sudah mengiyakan perbuatan liwat membabitkan Anwar. Razali yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata dalam kes itu tidak timbul soal suka sama suka kerana yang penting ialah perbuatan liwat adalah satu kesalahan undang-undang dan Saiful sudah membawa kes ini ke mahkamah untuk mencari keadilan. Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong dalam kenyataanya Selasa lalu antara lain berkata hukuman terhadap Anwar itu tidak wajar kerana perbuatan itu dilakukan atas dasar suka sama suka antara dua orang yang sudah dewasa. Christopher mendakwa bahawa kesalahan di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan itu meletakkan liwat hanya diguna pakai sekiranya perbuatan itu atas dasar secara paksaan dan dalam kes Anwar, ia berlaku atas dasar kerelaan mangsa. Razali berkata semua pihak sepatutnya tidak mempertikai keputusan mahkamah kerana proses menuntut keadilan sudah diberikan kepada Anwar tetapi terbukti beliau bersalah dan rakyat sudah menerima keputusan itu. |
Wayang Politik Kitar – Semula… Say No-2-Anwarizah Posted: 15 Mar 2014 04:20 AM PDT Tindakan Anwar Ibrahim dan PKR meletakkan Wan Azizah sebagai calon untuk PRK DUN N.25 menggantikan suaminya Anwar mengitar semula kisah politik 1999 dan 2008. Pada saya Wan Azizah kekal menjadi politikus kitar-semula yang cuba menghidupkan dan menyambung talian-hayat politik Anwar. Setelah pemecatan Anwar oleh mantan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed (sekarang Tun Mahathir) dan UMNO pada 02.09.1998 atas dakwaan amalan seks songsang dan luar tabi’e, Wan Azizah menjadi penyambung talian-hayat politik Anwar apabila ditabal sebagai Presiden PKN-Parti Keadilan Nasional (nama lama PKR) bagi pihak suaminya yang menghadapi pertuduhan meliwat pemandunya Azizan Abu Bakar. Tahun 1999 juga menyaksikan Azizah diangkat menjadi calon kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU-11 menggantikan tempat suaminya Anwar yang pada waktu itu sudah dijatuhkan hukuman 6 tahun penjara kerana menyalahgunakan kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM untuk memaksa Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar membuat Akuan Sumpah palsu untuk melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Azizan dan amalan seks songsang dengan isteri orang. Berbekalkan paluan gendang simpati dan airmata, Wan Azizah menang selesa dalam PRU-11 di Parlimen Permatang Pauh dan diangkat menjadi Ketua Pembangkang. Wan Azizah mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU-12 tahun 2004 juga atas paluan simpati dan airmata, walaupun PKR kehilangan semua kerusi lain yang dimenangi dalam PRU-11. Pada tahun 2008, setelah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU-12 pada 08.03.2008, Wan Azizah sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai isteri setia telah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 31.07.2008 setelah Anwar menghadapi siasatan meliwat pembantunya Saiful Bukhori Azlan yang mengadu diliwat pada 26.06.2008. Anwar yang telah dilepaskan daripada menjalani hukuman penjara pada 02..09.2004 telah layak untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen pada 14.04.2008 setelah tempoh moritorium kelayakan bertanding sebagai bekas banduan tamat. Dalam menghadapi pertuduhan meliwat pembantunya Saiful Azlan, kedudukan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang sangat membantu Anwar untuk mempolitikkan kes perbicaraan tersebut. Sekali lagi isteri tercinta Wan Azizah memainkan peranan untuk menyelamatkan suami tercinta dengan mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Dan Anwar memenangi kerusi tersebut dalam PRK P.044 pada 26.08.2008. Maka bergayalah Anwar menghadapi perbicaraan meliwat Saiful sebagai seorang Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Anwar dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada pertuduhan meliwat Saiful atas sebab teknikaliti pada 10.01.2012, setelah melalui proses perbicaraan yang menyaksikan rekod penangguhan lebih daripada 60 kali. Anwar kemudiannya menghadapi proses rayuan kes meliwat Saiful. Mahkamah Rayuan telah menetapkan perbicaraan rayuan pada 05-07 Mac 2014. Dan kali ini wakil Pendakwaraya adalah peguam senior dan terkemuka Tan Sri Mohd Shafee Abdullah, yang telah diberikan fiat untuk mewakili Peguam Negara. Team guaman Anwar tahu peguam veteran Tan Sri Shafee adalah peguam no-nonsense yang begitu fokus dan komited terhadap kes dibawah kendaliannya. Maka Anwar memasang strategi politik. Tiba-tiba, tanpa angin tanpa pohon bergoyang, berlaku PRK DUN N.25 Kajang; kerusi yang secara tiba-tiba dikosongkan oleh Lee Chin Cheh, ADUN PKR tanpa sebarang sebab menasabah. Bukan sahaja Anwar mencanangkan beliau yang akan bertanding dalam PRK Kajang tersebut, malahan Anwar mengompangkan kemungkinan beliau akan menggantikan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
Pengumuman mengejut Anwar itu menghadapi rintangan sejak daripada awal lagi. Perancangan Anwar itu disambut hambar oleh Tan Sri Khalid yang mengumumkan dengan jelas bahawa walaupun beliau akan membantu Anwar dalam PRK DUN Kajang, namun beliau tidak akan melepaskan jawatan MB Selangor. Ini diikuti dengan kenyataan tegas beberapa kerat pimpinan PAS terutama peringkat negeri Selangor bahawa mereka membantah cadangan Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Dan perancangan Anwar terbantut terus apabila Mahkamah Rayuan, setelah mendengar hujah Tan Sri Shafee Abdullah dan Karpal Singh yang mewakili Anwar selama tiga hari berturut-turut telah pada hari Jumaat 07.03.2014 membenarkan rayuan Pendakwaraya dan mensabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhori. Mahkamah Rayuan secara sebulat suara menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara keatas Anwar! Memandangkan undang-undang pilihanraya Malaysia melarang mana-mana orang yang pernah disabitkan apa-apa kesalahan jenayah daripada menjadi calon dalam mana-mana pilihanraya, maka perancangan Anwar untuk bertanding dalam PRK DUN Kajang dan menjadi Menteri Besar ternyata gagal. Dan kerusi DUN N.25 kekal kosong! Dalam satu political-strike yang sepantas kilat menyambar, Anwar mengumumkan bahawa isteri tercinta Wan Azizah dipilih menjadi calon PKR untuk menentang calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun pada pengundian yang dijadualkan pada 23.03.2014. Dan setelah selesai proses penamaan calon pada 11.03.2014, kini sah PRK DUN N.25 Kajang pada 23.03.2014 akan menyaksikan pertandingan satu-lawan-satu antara Wan Azizah dan calon Barisan Nasional Chew Mei Fun. Dan saya yakin Wan Azizah dan PKR akan mengitar semula kempen politik simpati dan airmata, strategi yang cukup menjadi dan berkesan dalam PRU11, PRU-12, dan PRU 13.
Sekali lagi Wan Azizah terpilih memainkan peranan memberi dan menyambung talian-hayat politik, political life-line kepada Anwar Ibrahim. Saya cukup yakin selepas ini ada keberangkalian besar akan ada political move untuk mencadangkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Malah saya tidak terkejut jika PKR memalu kompang bahawa Wan Azizah akan menjadi wanita pertama yang akan menjadi MB dalam sejarah politik Malaysia. Maka akan diseru seluruh wanita di Malaysia bangkit menyokong cadangan itu. Tan Sri Khalid Ibrahim pasti akan berada dalam keadaan tertekan dan political dilemma yang kronik dengan political move terbaru ini jika ianya terjadi. Bagi Khalid, menghadapi Wan Azizah tidak sama dengan menghadapi gandingan Anwar-Azmin. Wan Azizah kurang moral & political baggage. Lagipun Wan Azizah adalah Presiden PKR, dan dikenali sebagai sekutu rapat Khalid Ibrahim! Mana mungkin Khalid membantah atau menyanggah cadangan untuk Wan Azizah menjadi MB Selangor! Namun, Tan Sri Khalid bukan seorang yang bodoh. Dia tahu Wan Azizah bersedia berkorban apa sahaja demi menyelamatkan lakinya. Khalid melihat sendiri bagaimana Wan Azizah sanggup mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk Anwar. Khalid melihat bagaimana Wan Azizah sanggup mengaku kepada dunia yang beliau ada menyimpan jam Omega-Eskay yang dikaitkan dengan skandal videoklip Anwar-ChinaDoll. Pendek-kata, Khalid tahu Azizah sanggup buat apa sahaja untuk lakinya. Khalid tahu tidak ada apa-apa yang boleh menghalang Wan Azizah mengosongkan semula kerusi DUN Kajang dan meletakkan jawatan sebagai MB Selangor sekiranya diperlukan oleh Anwar diwaktu yang bersesuaian nanti! Kalau itu berlaku, Tan Sri Khalid akan tinggal terkonteng-konteng. Wan Azizah letak jawatan, Anwar bertanding dan menjadi MB! Dan Khalid tahu pada waktu itu, tidak ada sesiapa boleh menghalang Anwar untuk kemudiannya memberi laluan kepada Azmin Ali, blue-eyed boy Anwar untuk menduduki kerusi MB Selangor! Itu akan menjadi mimpi ngeri dan igauan hitam bagi Tan Sri Khalid! Sebab itu nasihat saya kepada Tan Sri Khalid, bukalah hati dan jiwa. Lihatlah kepada mainan politik yang cukup manipulatif ini. Satu sahaja jalan bermaruah dan demokratik yang boleh diambil oleh Tan Sri Khalid, kembalikan mandat kepada rakyat.
Pohonlah perkenan Tuanku Sultan Selangor untuk membubarkan DUN Selangor diwaktu Tan Sri masih lagi mempunyai kuasa dan kedudukan! Jangan tunggu sampai nasi menjadi bubur! Diwaktu yang sama, saya cukup kagum dengan kesetiaan dan pengorbanan Wan Azizah dalam mempertahankan dan memberi dan menyambung talian-hayat politik kepada suaminya Anwar. Kalau bukan kerana pengorbanan dan politik airmata Wan Azizah, saya cukup yakin hayat Anwar sudah lama ditalkinkan dan berkubur! Anwar sangat beruntung kerana mempunyai isteri seperti Wan Azizah. Mana nak cari isteri yang masih sanggup mempertahankan suami walaupun berdepan dengan videoklip ChinaDoll yang jelas terpampang dan diperakui 99% tulin dan sahih! Mana nak cari isteri seperti Wan Azizah yang sanggup mengaku menyimpan jam Omega-Eskay sedangkan Datuk Eskay membuktikan bahawa jam Omega itu ada dalam simpanannya dan telah diserahkan kepada pihak Polis! Mana nak cari isteri yang sanggup mengosongkan kerusi Parlimen, meninggalkan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang wanita pertama di Malaysia hanya untuk menyelamatkan dan menyambung talian-hayat politik suaminya Anwar! Mungkin Wan Azizah akan tertanya-tanya, kalau dia yang duduk terjebak dalam keadaan seperti Anwar, adakah Anwar bersedia melakukan pengorbanan yang sama seperti ang dilakukannya untuk Anwar? Itu adalah persoalan untuk Wan Azizah tanya Anwar bila mereka sedang melayari bahtera diatas tilam empuk Bukit Segambut! Tetapi apa yang menguntungkan Anwar tidak semestinya menguntungkan rakyat! Adakah rakyat bersedia untuk kemungkinan berlaku lagi pengosongan kerusi oleh Wan Azizah dimasa hadapan? Adakah rakyat bersedia untuk menerima apa juga kata-kata dan janji Wan Azizah dalam keadaan rakyat tahu pengakuan Wan Azizah dalam kes jam Omega-Eskay yang bercanggah dengan keterangan Datuk Eskay sendiri! Adakah rakyat bersedia untuk menerima parti yang mengamalkan pencabulan demokrasi yang melampau hanya untuk kepentingan politik individu tertentu? Inilah antara persoalan yang perlu dipertimbangkan oleh pengundi DUN Kajang apabila turun membuang undi pada 23.03.2014 nanti. Apa yang menguntungkan Anwar tidak semestinya menguntungkan rakyat! Seruan saya kepada pengundi Kajang, hantarlah isyarat yang jelas kepada Anwar, Wan Azizah, pembangkang DAP-PKR-PAS; bahawa rakyat sudah muak dengan kegiatan dan aktiviti politiking melampau ini. Sebab itu kempen PRK DUN N.25 Kajang ialah ‘SAY-NO-2-ANWARIZAH’. TOLAK WAN AZIZAH, JANGAN UNDI PKR DALAM PRK DUN KAJANG! Tanya sama Zizah Tanya sama Zizah Zulkifli Noordin (zul4kulim.blogspot.com) |
Jentera PAS Lenyap di Kajang… Petunjuk Apa? Posted: 15 Mar 2014 04:15 AM PDT Wan Azizah terus mendendangkan cerita-cerita sedihnya untuk didengar oleh para pengundi. Wan Azizah menggunakan elemen kesedihan, kesepian, dan kegersangan seorang isteri yang bakal ditinggalkan oleh si suami, seorang peliwat yang dijatuhi hukuman buat kali kedua meskipun tempohnya lebih singkat iaitu lima tahun berbanding 8 tahun pada tahun 1999 dahulu. Namun ada satu perkembangan yang sangat menarik. Kalau dalam beberapa PRK sebelum ini, Muslimat PAS merupakan antara jentera yang paling efektif mendapatkan dan meraih undi menerusi kempen dari rumah ke rumah dan mikro, di PRK DUN Kajang, jentera Muslimat PAS tidak kelihatan langsung. Malah jentera Pemuda PAS sendiri pun, kelihatan sekadar wujud untuk meletakkan nama sedangkan kerja tidak dijalankan seperti biasa. Ada yang berkata, PAS menunggu sehingga pada saat-saat akhir untuk memulakan kempen seperti yang selalu mereka lakukan. Malah ada yang membuat spekulasi bahawa PAS akan meneruskan 'pemboikotan' mereka untuk PRK DUN Kajang kerana sudah tidak betah dicop sebagai PENGULUM ANWAR IBRAHIM. PRK DUN Kajang sengaja diwujudkan oleh Anwar Ibrahim dalam usahanya menangguhkan perbicaraan di Mahkamah Rayuan dan berharap, orang ramai akan mengalihkan perhatian daripada isu liwatnya kepada isu yang cuba digembar-gemburkannya iaitu menawan Putrajaya. Ia sekaligus mengingatkan kita tentang apa yang berlaku pada tahun 1999 apabila Anwar Ibrahim tanpa malu-malu memberitahu, dia dipecat dari Kabinet dan UMNO kerana kebenciannya terhadap rasuah, nepostime dan kronisme. Sedangkan hal sebenar yang dia dipecat kerana salahlaku dan rasuah salahguna kuasa, langsung tidak diterangkan. Sebaliknya Anwar sekadar menyebut sambil lalu bahawa kesemua itu adalah fitnah dan konspirasi semata-mata. Sehingga kes yang terbaru, Anwar Ibrahim tetap menggunakan alasan yang sama. Bagaimanapun, 'kesilapan' terbesarnya adalah apabila dia cuba menuduh hakim dan mahkamah tergesa-gesa menjatuhkan hukuman kepadanya sedangkan rakyat Malaysia masih ingat tentang 69 kali penangguhan di Mahkamah Tinggi menyebabkan perbicaraan liwat keduanya telah berkisar selama hampir empat tahun iaitu dari tahun 2008 sehingga 2012. Manakala proses di Mahkamah Rayuan pula telah menjalani proses penangguhan sebanyak 5 kali. Kesemua penangguhan tersebut diminta dan didesak oleh Anwar Ibrahim dengan menggunakan pelbagai alasan termasuklah alasan sakit leher dan sakit tulang belakang walaupun pada masa yang sama, dia dilihat berceramah dan berkempen di mana-mana di Malaysia walaupun di mahkamah dia seperti sudah hampir putus nyawa. Keputusan Anwar Ibrahim mengarahkan Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai ADUN Kajang dan kemudian mencalonkan dirinya sebagai calon PKR dalam PRK DUN Kajang yang bakal diadakan pada 23 Mac nanti, menyebabkan beberapa pihak dalam PAS termasuklah Ketua Pemuda PAS yang baru, Suhaizan Kaiat membidas tindakan mementingkan diri oleh Anwar Ibrahim itu. Malah Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Malaysia, turut mengecam tindakan Anwar Ibrahim yang dilihat cuba mempolitikkan hukuman yang diterimanya dengan mengheret rakyat untuk disusahkan. PAS yang seringkali dilihat bodoh dan tolol oleh PKR nampaknya cuba bertindak bijak kali ini. Malah Anwar Ibrahim yang cuba bercakap besar kononnya PKR tidak memerlukan PAS kerana sokongan daripada masyarakat Cina yang sangat kuat untuk PKR, telah beberapa kali bermesyuarat dan cuba memujuk Abdul Hadi Awang, Presiden PAS agar melembutkan hati para pemimpin PAS yang marah dengan tindakannya kali ini. Kebanyakan pengundi Melayu di DUN Kajang merupakan penyokong kuat PAS. Pada tahun 1999, PAS membuktikan kekuatan mereka apabila berjaya merampas kerusi DUN Kajang dari tangan MCA menerusi kejayaan Dr. Shafie Abu Bakar pada 29 November 1999. Dr. Shafie merupakan bekas pensyarah di UKM dan sekarang ini menjadi ADUN Bangi mewakili PAS. PKR boleh cakap besar kerana 'kehebatan' mereka mengumpulkan orang untuk mendengar ceramah. Bagaimanapun, PKR juga sedar bahawa lebih 80% yang mendengar ceramah mereka di Kajang tidak keluar mengundi kerana mereka adalah pengundi di kawasan lain. PKR tidak mempunyai kekuatan untuk berceramah dan berkempen secara mikro seperti yang dilakukan oleh Muslimat PAS dan Skuad Sayang Wanita UMNO. PKR hanya boleh bergebang tetapi tidak pernah dapat melaksanakan apa yang mereka gebangkan. mykmu.net |
RM500 Fine For Losing MyKad Through Negligence – Zahid Posted: 15 Mar 2014 03:46 AM PDT BAGAN DATOH, March 15 – Anyone who loses the MyKad through negligence risks a fine of up to RM500, says Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. However, he said the fine would not be imposed on those who lost the identification document during natural disasters. "In the case of identity cards lost through negligence, first-time offenders will be fined RM100, and this amount will increase to up to RM500 for second-time offenders," he told reporters after a gotong-royong session to repair the home of a senior citizen in Kampung Parit 21 here today. Currently, the fine is RM100 for a first-time offender, RM200 for repeat offender and RM300 for subsequent losses. Ahmad Zahid said to date, about 500,000 MyKad documents had been reported stolen. "The Government is concerned for those who lost their identity cards. However, we feel they should pay a fine accordingly, so that they do not lose the document again," he said. In a separate development, Ahmad Zahid said the Foreign Workers Centralised Management System would be re-structured to speed up the application process for foreign workers. He said, for now, the intake of foreign workers was through three channels, namely, the one-stop centre which included various departments and agencies; the ministry's foreign worker intake department; and, the immigration department's foreign workers division. He said applications would no longer be made through foreign labour agencies but employers could apply directly online to a channel which would be determined by a special committee on foreign labour, to be headed by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ahmad Zahid said he would be visiting labour-supplying countries to simplify the procedure for the intake of foreign workers and send back those whose work permits had expired. |
Janji PRU 13 Pun Tak Ditunaikan… Kenapa Pengundi Patut Percaya Manifesto Baru Kajang Posted: 15 Mar 2014 01:44 AM PDT KAJANG, 15 Mac – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini mengingatkan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Kajang supaya tidak terpedaya dengan manifesto calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk pilihan raya kecil 23 Mac ini. Pengundi di Kajang perlu sedar bahawa janji-janji yang dibuat PKR pada pilihan raya umum tahun lepas masih belum ditunaikan, inikan pula yang baharu, katanya. Dr Wan Azizah dalam manifesto yang dilancarkan Rabu lepas, antara lain memuatkan janji untuk menangani kesesakan lalu lintas, membanteras jenayah, pembangunan anak muda dan usahawan kecil. Mukhriz yang juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, berkata selama ini Barisan Nasional (BN) tetap menyumbang kepada rakyat di Selangor, khususnya di Kajang walaupun berada di pihak pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri. Bagaimanapun suara dalam kalangan kelompok pembangkang perlu diperkukuhkan lagi bagi memastikan kerajaan negeri tidak meminggirkan rakyat dalam setiap perancangan yang dibuat, katanya. “…dan untuk itu BN telah menawarkan Datin Paduka Chew Mei Fun, seorang calon yang sangat berwibawa dan mempunyai rekod yang cemerlang…mampu menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat, malah tidak ada masalah untuk menyumbang,” katanya selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Kantan di sini hari ini. Mengenai PDM Sungai Kantan yang merupakan kawasan angkat bagi UMNO Kedah, Mukhriz berkata jentera yang ditugaskan akan terus berusaha meningkatkan sokongan. |
Prime Minister Najib’s Press Statement On MH370 Posted: 15 Mar 2014 01:39 AM PDT KUALA LUMPUR, March 15 - The following is Malaysian Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s press statement today on the missing MAS MH370 plane: Seven days ago Malaysia Airlines flight MH370 disappeared. We realise this is an excruciating time for the families of those on board. No words can describe the pain they must be going through. Our thoughts and our prayers are with them. I have been appraised of the on-going search operation round the clock. At the beginning of the operation, I ordered the search area to be broadened; I instructed the Malaysian authorities to share all relevant information freely and transparently with the wider investigation team; and I requested that our friends and allies join the operation. As of today, 14 countries, 43 ships and 58 aircraft are involved in the search. I wish to thank all the governments for their help at such a crucial time. Since day one, the Malaysian authorities have worked hand-in-hand with our international partners – including neighbouring countries, the aviation authorities and a multinational search force – many of whom have been here on the ground since Sunday. We have shared information in real time with authorities who have the necessary experience to interpret the data. We have been working non-stop to assist the investigation. And we have put our national security second to the search for the missing plane. It is widely understood that this has been a situation without precedent. We have conducted search operations over land, in the South China Sea, the Straits of Malacca, the Andaman Sea and the Indian Ocean. At every stage, we acted on the basis of verified information, and we followed every credible lead. Sometimes these leads have led nowhere. There has been intense speculation. We understand the desperate need for information on behalf of the families and those watching around the world. But we have a responsibility to the investigation and the families to only release information that has been corroborated. And our primary motivation has always been to find the plane. In the first phase of the search operation, we searched near MH370's last known position, in the South China Sea. At the same time, it was brought to our attention by the Royal Malaysian Air Force that, based on their primary radar, an aircraft – the identity of which could not be confirmed – made a turn back. The primary radar data showed the aircraft proceeding on a flight path which took it to an area north of the Straits of Malacca. Given this credible data, which was subsequently corroborated with the relevant international authorities, we expanded the area of search to include the Straits of Malacca and, later, to the Andaman Sea. Early this morning I was briefed by the investigation team – which includes the FAA, NTSB, the AAIB, the Malaysian authorities and the Acting Minister of Transport – on new information that sheds further light on what happened to MH370. Based on new satellite information, we can say with a high degree of certainty that the Aircraft Communications Addressing and Reporting System (ACARS) was disabled just before the aircraft reached the East coast of peninsular Malaysia. Shortly afterwards, near the border between Malaysian and Vietnamese air traffic control, the aircraft's transponder was switched off. From this point onwards, the Royal Malaysian Air Force primary radar showed that an aircraft which was believed – but not confirmed – to be MH370 did indeed turn back. It then flew in a westerly direction back over peninsular Malaysia before turning northwest. Up until the point at which it left military primary radar coverage, these movements are consistent with deliberate action by someone on the plane. Today, based on raw satellite data that was obtained from the satellite data service provider, we can confirm that the aircraft shown in the primary radar data was flight MH370. After much forensic work and deliberation, the FAA, NTSB, AAIB and the Malaysian authorities, working separately on the same data, concur. According to the new data, the last confirmed communication between the plane and the satellite was at 8:11AM Malaysian time on Saturday 8th March. The investigations team is making further calculations which will indicate how far the aircraft may have flown after this last point of contact. This will help us to refine the search. Due to the type of satellite data, we are unable to confirm the precise location of the plane when it last made contact with the satellite. However, based on this new data, the aviation authorities of Malaysia and their international counterparts have determined that the plane's last communication with the satellite was in one of two possible corridors: a northern corridor stretching approximately from the border of Kazakhstan and Turkmenistan to northern Thailand, or a southern corridor stretching approximately from Indonesia to the southern Indian ocean. The investigation team is working to further refine the information. In view of this latest development the Malaysian authorities have refocused their investigation into the crew and passengers on board. Despite media reports that the plane was hijacked, I wish to be very clear: we are still investigating all possibilities as to what caused MH370 to deviate from its original flight path. This new satellite information has a significant impact on the nature and scope of the search operation. We are ending our operations in the South China Sea and reassessing the redeployment of our assets. We are working with the relevant countries to request all information relevant to the search, including radar data. As the two new corridors involve many countries, the relevant foreign embassies have been invited to a briefing on the new information today by the Malaysian Foreign Ministry and the technical experts. I have also instructed the Foreign Ministry to provide a full briefing to foreign governments which had passengers on the plane. This morning, Malaysia Airlines has been informing the families of the passengers and crew of these new developments. Clearly, the search for MH370 has entered a new phase. Over the last seven days, we have followed every lead and looked into every possibility. For the families and friends of those involved, we hope this new information brings us one step closer to finding the plane. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment