Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT!! Kerja Melampau Corak Muka Chew Mei Fun! #PRKKajang
- HOT! Sidang Media PM Najib Sahkan Pesawat #MH370 Kemungkinan Di Rampas! #PrayForMH370
- TERKINI! Pesawat #MH370 Confirm Di Rampas? #PrayForMH370
- HOT! PKR janji Liwat, BN Janji Apa Pulak? #PRKKajang #ComeyFun
HOT!! Kerja Melampau Corak Muka Chew Mei Fun! #PRKKajang Posted: 15 Mar 2014 07:47 AM PDT Tifo selalu sinonim dengan penyokong setia meluahkan rasa cinta dan jiwa pada pasukan ataupun individu. Selalunya tifo besar dihasilkan wajah,pasukan dan yang tak dijangka boleh dihasilkan. Bagaimana tifo dihasilkan? Ia terhasil dengan melukis dan cat secara berkumpulan, ini secara langsung jiwa dan cinta diluahkan. Dan menjadi kepuasan apabila terhasil dan dipertontonkan oleh orang ramai. Maka dengan ini tifo wajah Datin Paduka Chew Mei Fun terhasil. Atas rasa teruja,jiwa dan cinta, sekumpulan remaja telah mengambil masa 2 hari untuk mengahasilkan tifo wajah beliau. Segala kudrat penat lelah dilupakan janji tifo itu berjaya dan satu kepuasan untuk Calon N.25 PRK KAJANG. Penulis amat mengagumi sokongan yang diberikan oleh sekumpulan remaja daripada Kajang yang membuat tifo ini. Ini bukti bahawa harapan mereka teramat besar kepada calon Barisan Nasional untuk membawa perubahan kepada rakyat Kajang. Tifo ini juga sebenarnya memberi tamparan hebat kepada calon air mata PKR, Kak Wan yang dilihat tidak menjadi pilihan baik pengundi cina mahupun pengundi melayu. Kali ini mereka akan beri amaran kepada PKR. Siapa yang akan percaya kepada PKR yang letak jawatan secara tiba-tiba kemudian nak bagi PKR semula? Ingat pilihanraya ini hanya satu mainan? Boleh suka-suka letak jawatan? Ini bezanya antara mereka yang bertanding untuk rakyat ataupun untuk diri sendiri. Apapun tahniah kepada kumpulan remaja tersebut. Anda beri gambaran yang bagus kepada rakyat Kajang yang lain. Harapan akan menjadi kenyataan jika sentiasa berusaha dan berdoa. Kak Wan dah boleh tarik diri sebenarnya. sumber selangorchronicle.blogspot.com/2014/03/ada-remaja-sokong-mei-fun-gantung-tifo.html?m=1 |
HOT! Sidang Media PM Najib Sahkan Pesawat #MH370 Kemungkinan Di Rampas! #PrayForMH370 Posted: 15 Mar 2014 12:28 AM PDT Sebentar tadi PM Najib membuat sidang media mengenai pesawat MH370 yang kemungkinan dirampas. PM sahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan menukar arah dan terbang ke arah barat ialah #MH370. Katanya, ia berdasarkan kerja-kerja forensik oleh FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia. Mengulas mengenai laporan didakwa mengesahkan MH370 dirampas, Najib berkata beliau maklum dengan laporan media. "Namun kita masih menyiasat semua kemungkinan mengenai apa yang menyebabkan MH370 melencong dari laluan penerbangan asalnya," kata Najib. Berdasarkan perkembangan ini juga, siasatan kini ditumpukan semula ke atas anak kapal dan penumpang. Katanya, pencarian diteruskan di dua koridor. Pertama: Dari utara Thailand hingga ke Kazakhstan. Kedua: Dari Indonesia ke Lautan Hindi. Operasi di Laut China Selatan dihentikan dan pihak berkuasa sedang menilai semula usaha untuk menugaskan semula aset yang digunakan untuk mencari dan menyelamat, katanya. |
TERKINI! Pesawat #MH370 Confirm Di Rampas? #PrayForMH370 Posted: 14 Mar 2014 11:04 PM PDT Pesawat Malaysia Airlines MH370 telah dirampas,berkata demikian menurut Bernama. seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata rampasan itu bukan hanya lagi satu teori tetapi ia adalah 'konklusif'. Pegawai tersebut, yang terlibat dalam penyiasatan itu, berkata mereka telah menentukan bahawa salah seorang juruterbang atau orang lain yang mempunyai pengalaman terbang, telah merampas pesawat itu. Bagaimanapun, motifnya belum diketahui dan juga tidak jelas ke mana pesawat itu berada. Spekulasi bertiup kencang bahawa kerajaan Malaysia akan mengumumkan perkara itu dalam sidang akhbar yang dijadual pada hari ini |
HOT! PKR janji Liwat, BN Janji Apa Pulak? #PRKKajang #ComeyFun Posted: 14 Mar 2014 07:45 AM PDT Janji Chew Mei Fun jika BN menang di Kajang! 1. Memperkenalkan dan menganjurkan lebih banyak aktiviti kebudayaan untuk menonjolkan imej kajang sebagai sebuah Bandar Kebudayaan.Bagi Mc, Kajang perlukan perubahan. Selama 5 tahun bawah Pakatan, pekan Kajang makin teruk, makin tak terjaga. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment