tun faisal dot com |
#PRKKajang: Fuad Hassan - @LimKitSiang GAGAL pastikan BN hilang deposit @Fuhas_Tweet Posted: 23 Mar 2014 08:00 PM PDT Apakah makna PKR dengan tokoh besarnya Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dengan politik simpatinya menang dengan majoriti kurang 1,445 sedangkan tujuan asal PKR untuk meningkatkan majoriti 10 hingga 11 ribu? - Fuad Hassan PRK KAJANG: HAJAT TAK KESAMPAIAN PKR mempertahankan kerusi DUN Kajang dengan majoriti merosot dari 6,824 (PRU13) kepada 5,379 (2014). Dengan pengumuman resmi tersebut maka kita semua bertanya: 1. Mana dia keangkuhan Lim Kit Siang yang mahu mempastikan BN hilang deposit?. 2. Apakah hasrat PKR yang ingin menjadikan PRK Kajang sebagai referendum rakyat terhadap kerajaan persekutuan tercapai walaupun sokongan PKR sedikit meningkat 1.54% berbanding BN yang walaupun kalah tetapi sokongannya meningkat sebanyak 2.7%. 3. Mengapa ramai pengundi yang tidak keluar mengundi hanya 72% berbanding 88% pada PRU 13, walaupun PKR memulakan kempen dan serangan terhadap UMNO lama sebelum BN mengumumkan calonnya. Adakah kerana pengundi tidak mahu MB Selangor bertukar tangan? atau rakyat bosan dengan politik wayang yang tidak mengubah apa-apa keadaan. 4. Apakah makna PKR dengan tokoh besarnya Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dengan politik simpatinya menang dengan majoriti kurang 1,445 sedangkan tujuan asal PKR untuk meningkatkan majoriti 10 hingga 11 ribu? 5. Apakah Perdana Menteri Malaysia bertukar tangan hanya dengan PRK Kajang? sedangkan ini bukan PRK Parlimen untuk memilih kerajaan persekutuan dan MB Selangor masih dalam gengaman Khalid Ibrahim. 6. Apa hebatnya sangat pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengaku mencetuskan idea PRK Kajang bagi mendapatkan sokongan yang semakin kurang? 7. Apakah UMNO masih dilebalkan sebagai parti rasis sedangkan BN meletakkan calon Cina di kawasan majoriti Melayu berbanding dengan PKR yang meletakkan ramai calon Melayu di kebanyakan kawasan majoriti Melayu. Siapa yang beramalan rasis?. Oleh yang demikian terbuktilah bahawa PRK Kajang tidak megubah apa-apa corak dan keputusan kerajaan negeri dan Persekutuan. Benarlah bahawa PRK ini suatu pengkhianatan terhadap mandat pengundi PRU 13 terhadap PKR, suatu pembaziran masa dan waktu, serta tidak dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap konflik kepimpinan Selangor mahupun keputusan mahkamah mengenai kes Liwat 2 Anwar Ibrahim. Sesungguhnya rakyat lebih menumpukan perhatian kepada misi pencarian #prayforMH370 dari jalan cerita politik yang disusun untuk menyelamatkan maruah sebuah keluarga dan nafsu besar seorang pemimpin untuk menjadi Perdana Menteri. |
#PRKKajang Kenapa Wan Azizah PERLU menang? Jawapannya.... #KajangMove Posted: 23 Mar 2014 05:00 PM PDT "Mujurlah Wan Azizah menang, jika tidak, ESOK, CNN, Al-Jaziera dan sejumlah media antarabangsa sudah pasti akan memainkan kisah 40,000 pengundi bangla, 10,000 pengundi hantu dan lampu yang terpadam sewaktu penjumlahan undi. Hanya kerana Wan Azizah menang, SPR tiba-tiba menjadi ADIL, daftar pengundi menjadi BERSIH dan dakwal kekal terus KEKAL di jari selama 2 minggu...." Wan Azizah PERLU MENANG PRK Kajang Kesiaaan.. Wan Azizah perlu menang PRK Kajang. Kalau Wan Azizah kalah, malulah PR. Sebab untuk DUN Kajang, PR adalah Kerajaan, BN adalah Pembangkang. Malulah kalau kerajaan negeri kalah kerusi ini, lebih-lebih lagi ini adalah kerusi yang dimenangi oleh PKR semasa PRU13, ADUN PKR yang meletak jawatan dan mereka menang semula kerusi PKR ini. Harga kemenangan ini mahal kerana, pertama - Wan Azizah tidak mendapat majoriti yang jauh lebih tinggi seperti yang disasarkan, iaitu sehingga calon BN HILANG DEPOSIT. Kedua - Wan Azizah ditangkap menipu sebanyak 3 kali di sepanjang kempen. Penipuan pertama - Pasukan SAR MH370 Malaysia menggunakan bomoh Penipuan kedua - Anwar tidak kenal Juruterbang MH370 Penipuan ketiga - Jumlah pengundi awal PRK Kajang Ketiga - dalam kempen kali ini Wan Azizah telah dihalau dan dimalukan oleh peniaga Melayu yang tidak berpuas hati dengan mereka. Bukan Wan Azizah sahaja dicemuh dan dimalukan, Nurul Izzah juga mengalami nasib yang sama hari berikutnya. Mula-mula Wan Azizah kena halau Lepas tu Nurul pula... Wan Azizah PERLU MENANG PRK Kajang. Hanya disebabkan Wan Azizah menanglah, SPR hari ini didapati ADIL. Jika Wan Azizah KALAH, mungkin ESOK penyokong PR akan menganjurkan HIMPUNAN BLACKOUT KAJANG dan himpunan ini akan diteruskan sehingga seorang lagi ADUN atau Ahli Parlimen PR meletak jawatan dan disambung sehingga PRU14. Mujurlah Wan Azizah menang, jika tidak, ESOK, CNN, Al-Jaziera dan sejumlah media antarabangsa sudah pasti akan memainkan kisah 40,000 pengundi bangla, 10,000 pengundi hantu dan lampu yang terpadam sewaktu penjumlahan undi. Hanya kerana Wan Azizah menang, SPR tiba-tiba menjadi ADIL, daftar pengundi menjadi BERSIH dan dakwal kekal terus KEKAL di jari selama 2 minggu.... |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment