BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KEHILANGAN PESAWAT #M370 !!! PUAK #PEMBANGKANG MEMALUKAN MALAYSIA !!!

Posted: 14 Mar 2014 05:00 AM PDT


Kehilangan MH370 menyebabkan bumi seolah-olah berhenti berpusing dan manusia terkaku seketika.Kehilangan ini merupakan kes kemalangan udara yang paling misteri sehinggakan langsung tidak mempunyai sebarang petunjuk biarpun operasi pencarian sudah memasuki hari ke 7.Bagaimanapun,dalam kita sedang terkaku itu,ada pihak yang pantas sekali bertindak balas dengan membuat berbagai spekulasi serta ulasan,iaitu media barat dan juga pembangkang Malaysia.Kedua-dua pihak ini sejak dari awal berita diterima,tidak henti-henti menimbulkan persoalan mengenai kredibiliti semua yang terlibat, iaitu kerajaan Malaysia,pihak MAS sehinggalah kepada juruterbang yang turut menjadi mangsa dalam insiden ini.Sekali imbas,mereka kelihatan seolah-olah 'meraikan' dan bukannya 'mengangisi' musibah yang berlaku.    

Liputan media barat seolah-olah cuba menggambarkan sistem imigresen dan juga keselamatan di Malaysia sebagai teramat lemah.Dari situ,mereka menggunakan pendedahan mengenai 2 penumpang yang menggunakan passport curi,untuk melukis gambaran pengganas dipeta Malaysia.Walhal,kes passport curi melepasi imigresen untuk menaiki pesawat di negara-negara Eropah dan Amerika sendiri,bukanlah perkara asing.Perkara ini pernah didedahkan oleh Jamal Dajani di Huffington Post 5 Mac 2010,di mana 27 agen Mossad menggunakan passport curi untuk menjalankan operasi gelap mereka.Pendedahan ini berikutan pembunuhan komander Hamas,Mahmoud al- Mabhouh in Dubai pada 19 January 2010.Dua lelaki yang dikaitkan dengan pembunuhan tersebut telah memasuki Amerika kemudiannya dengan menggunakan pasport Irish dan juga British yang palsu.Kes ini,walaupun telah terdedah luas,tidak pula menarik perhatian media barat untuk memburukkan imej imigresen, syarikat penerbangan mahupun kerajaan negara terlibat. 

Dalam kes kehilangan MH370,bagaimanapun, media asing membangkitkan perkara ini secara serentak dan tersusun dalam nada untuk memburukkan Malaysia.TIME,The Guardian, CNN,Australian News,New Zealand News semuanya cuba menyusun cerita yang sama, iaitu kelemahan dan kemungkinan keganasan.Di celah-celah itu,diselitkan pula 'kemarahan China' atau 'rungutan China' terhadap Malaysia.Media pro-pembangkang,seperti Malaysian Insider,Malaysiakini dan juga blog- blog peribadi pemimpin pembangkang juga memainkan rentak yang sama.Rata- rata mengutamakan 'kelemahan' Malaysia berbanding 'nasib penumpang MH370'.   Persoalan mengenai 'keganasan' juga dibawa secara tidak langsung.Biarpun pihak penyiasat kemalangan udara dan pasukan penyelamat antarabangsa memuji tindakan professional Malaysia serta beberapa kali memetik pengiktirafan terhadap MAS sebagai antara syarikat penerbangan yang paling cekap, selamat dan professional, namun segala pujian tersebut tidak diberi perhatian oleh pembangkang dan media asing.  

Mereka jelas lebih berminat untuk memburukkan Malaysia.Pembangkang telah diketahui mempunyai jaringan dengan tangan asing melalui NGO-NGO yang memakai nama 'hak asasi', antaranya BERSIH dan SUARAM.Berdasarkan hakikat ini,maka satu persoalan yang timbul ialah apakah sebenarnya peranan pembangkang dalam tragedi kehilangan MH370 ??? Persoalan yang sama pernah ditanya ketika insiden Lahad Datu,di mana pembangkang menggunakan strategi yang sama.Ketika insiden Lahad Datu,pembangkang juga meletakkan 'kelemahan kerajaan' mengatasi 'nyawa rakyat' dalam ulasan dan liputan media mereka.Namun,akhirnya pendedahan dari pihak risikan Filipina mengesahkan penglibatan pemimpin pembangkang sendiri dalam insiden tersebut.Justeru,apakah salah jika kita bertanya sama ada kehilangan MH370 turut merupakan 'modal politik' pembangkang semata-mata ??? Perjuangan pembangkang selama ini memperlihatkan usaha berterusan untuk menarik campurtangan asing dalam percaturan politik mahupun undang-undang negara.Ketika Anwar mula-mula ke penjara dalam kes liwat 1998, beliau mendapat sokongan penuh dari rakan-rakan zionisnya di barat.  Percubaan demi percubaan dilakukan untuk menekan Malaysia agar membebaskan Anwar.   Sokongan barat terhadap Anwar tidak pernah padam sehingga ke hari ini. Malah,Anwar sendiri merujuk kepada beberapa 'tokoh Zionis' seperti Wolfowitz dan AlGore sebagai 'sahabat'.    

Sejak itu,Anwar a.k.a pembangkang tidak jemu-jemu atau segan silu  terus mencuba menjemput campurtangan asing.  Apabila kalah dalam PRU-13, berkali- kali pembangkang cuba menjemput Australia untuk masuk campur.Nama negara ini diburukkan semahu-mahunya bagi memperlihatkan keadaan yang teramat buruk sebagai alasan memerlukan 'bantuan' asing.Hari ini,kehilangan MH370 telah menunaikan hajat pembangkang untuk mengheret negara asing, terutamanya Amerika, untuk campurtangan.Walaupun Amerika di sini untuk membantu, tetapi kemasukan mereka ke sini bersama dengan aset perisikan keselamatan serta mendapat pula capaian kepada aset keselamatan kita, tidak seharusnya diambil mudah.Atas alasan operasi 'mencari dan menyelamat',Amerika pasti mampu mendapat maklumat penuh secara terperinci mengenai semua aspek keselamatan dan pertahanan negara.Bayangkan jika Amerika mengesahkan yang kehilangan MH370 adalah akibat keganasan, maka pastinya mereka akan mendesak kepada capaian yang lebih tinggi dalam segala aspek keselamatan negara.      

saya pasti,kerajaan tidak akan membenarkan semua ini berlaku.Namun,dengan kecanggihan peralatan yang dimiliki oleh Amerika, apakah kita pasti yang mereka memerlukan kebenaran ??? Mungkinkah ini menjelaskan kenapa pembangkang begitu beria-ia menyahut kritikan media asing terhadap negara ini ??? Mungkinkah pembangkang sedang membantu kuasa asing untuk mencapai apa jua objektif mereka di rantau ini ??? Mungkinkah pembangkang begitu khianat sekali ??? Melihat dari sikap pembangkang yang tidak punya patriotisme dan sering memburukkan negara, ditambah pula dengan laporan risikan Filipina mengenai Lahad Datu,maka apa yang boleh kita katakan ialah segalanya mungkin.   

Ketamakan kuasa dan wang memungkinkan manusia rakus untuk berbuat apa saja dan siapakah yang paling rakus di dalam Malaysia sehinggakan depan belakang,lelaki wanita,semuanya sama saja.Apapun,kita tidak boleh menghentikan pencarian MH370 dan terpaksa menanggung segala risiko yang datang bersamanya.Doa kita kepada penumpang dan krew agar selamat hendaknya.Doa kita juga kepada Malaysia agar kedaulatannya terus terpelihara.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! TAN SRI #ANNUARMUSA MEMBELASAH #PEMBANGKANG KAW-KAW DI #PARLIMEN !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 14 Mar 2014 02:00 AM PDT


Ahli Parlimen Ketereh,Tan Sri Annuar Musa membelasah Ahli Parlimen PR yang bersikap bongkak,angkuh dan sombong kerana seolah beranggapan apabila mereka menjadi wakil rakyat pembangkang,maka semua tindakan yang mereka buat adalah betul.Annuar berkata demikian bagi mengecam tindakan pembangkang memulaukan sidang Dewan Rakyat pada hari Selasa bagi memprotes keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun

LIHAT VIDEO DI BAWAH


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PRKKAJANG !!! KANTOI !!! DRAMA TERBARU #WANAZIZAH DIDEDAKHAN !!!

Posted: 13 Mar 2014 11:00 PM PDT


Sempena Pilihanraya Kecil Kajang,Malaysian Insider telah memaparkan wawancara bersama calon PKR,Datuk Seri Wan Azizah yang bertajuk 'Kenapa Saya Menggantikan Anwar Sekali Lagi'. Jika wawancara itu diharapkan dapat menaikkan imej Wan Azizah serta menarik sokongan terhadapnya,maka ia pastinya gagal sekiranya pengundi dapat berfikir dengan rasional.Ini kerana Wan Azizah telah secara jelas menyatakan yang beliau sebenarnya kurang berminat atau 'berat' untuk aktif berpolitik setelah menyerahkan kerusinya di Permatang Pauh kepada Anwar.Kenyataan ini jelas memperlihatkan sikap beliau sebagai seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana terus menjadi Presiden parti walaupun pada hakikatnya beliau 'sudah tidak ada hati'.Secara tidak langsung,Wan Azizah telah mengesahkan bahawa beliau hanyalah boneka dan tidak mempunyai fungsi apa-apa melainkan sebagai lambang penguasaan Anwar Ibrahim di dalam PKR.Wan Azizah juga menjelaskan bahawa beliau tidak menyangka yang beliau akan dicalonkan di Kajang.  

Alasannya ialah beliau telah tidak terlibat dalam perbincangan memandangkan namanya disebut sebagai calon.Kedua kenyataan ini jelas tidak konsisten atau bercanggah sesama sendiri.Mana satu yang betul,iaitu beliau tidak tahu dan tidak sangka, atau beliau sebenarnya tahu ???? Apapun,kenyataan ini mengesahkan bahawa Wan Azizah adalah seorang Presiden parti yang tidak tahu apa-apa sehinggakan pencalonan untuk Pilihanraya Kecil juga tidak dirujuk kepadanya dan bukanlah keputusannya.Menurut Wan Azizah,objektif bertanding di Kajang ialah Putrajaya.Strateginya ialah untuk memperlihatkan pentadbiran yang baik di Selangor sebagai bukti kelayakan PR untuk menjadi pemerintah.Kenyataan ini memperlihatkan bahawa Wan Azizah mahupun PR langsung tidak punya apa-apa perancangan untuk Kajang.Niat parti itu mengadakan PRK hanyalah untuk berpolitik dan menawan Putrajaya dan tidak sekali- kali melibatkan kesejahteraan rakyat Kajang.    

Ini dibuktikan lagi melalui kenyataan Wan Azizah seterusnya iaitu bahawa beliau percaya akan mendapat sokongan orang-orang Melayu atas dasar 'ketidakadilan' keputusan mahkamah terhadap suaminya.Maka jelaslah,Wan Azizah bertanding sekadar untuk meminta rakyat menyokong suaminya dan bukannya untuk berkhidmat kepada rakyat.Akhir sekali,Wan Azizah ditanya apakah beliau akan menjadi 'pendamai' antara Khalid dan Azmin ???   Jawapan Wan Azizah ialah beliau tidak tahu.Jawapan ini sekali gus menghancurkan terus kredibiliti beliau sebagai pemimpin.Setiap jawapan yang diberikan oleh Wan Azizah kepada Malaysian Insider di dalam wawancara ini hanya membuktikan bahawa beliau sememangnya tidak wajar dipilih sebagai ADUN.Hakikatnya,tempat Wan Azizah adalah di rumah, sebagai seorang surirumah, sejak dari awal lagi.  Beliau tidak harus menjadi Presiden PKR dan tidak harus menjadi wakil rakyat bagi mana-mana kawasan pun.  Apatah lagi jika ingin menjadi Menteri Besar Selangor.   

Selama ini Wan Azizah hanya mengikut sahaja arahan suaminya.Beliau meletak jawatan bila disuruh,bertanding bila disuruh dan pastinya beliau tidak pernah memberi arahan dan tidak pernah membuat keputusan dalam urusan partinya.Oleh itu,memilih Wan Azizah sebagai ADUN bukan sahaja tidak adil buat penduduk Kajang,TETAPI juga untuk dirinya sendiri.Wan Azizah tidak boleh memimpin kerana beliau sentiasa dipimpin oleh Anwar Ibrahim.

Persoalannya,siapakah yang akan memimpinnya sekiranya Anwar ke penjara nanti ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PENIPUAN #PEMBANGKANG BERKENAAN DENGAN #BOMOH DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 13 Mar 2014 09:16 PM PDT


Tindakan  individu yang mendakwa dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP,yang mendakwa ingin turut sama membantu dalam usaha mengesan misteri kehilangan pesawat MAS #MH370 dilihat sebagai satu tindakan untuk mencari publisiti murahan.Perbuatan yang jelas bertentangan dengan hukum agama kerana mengamalkan perbuatan khurafat itu turut disifatkan keterlaluan kerana mencemarkan imej negara.Media sebelum ini melaporkan kenyataan bomoh terbabit,Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin,yang mendakwa kononnya dia mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan,Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.   

"Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara,di tengah -tengah ketiga- tiga lokasi terbabit.Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib", katanya di KLIA beberapa hari yang lepas.

  )

Ketika melakukan 'upacara' mengesan pesawat yang hilang itu,bomoh tersebut telah menggunakan buluh yang dijadikan sebagai teropong dan bubu ikan sebagai simbolik yang akhirnya mendapatkan kecaman pelbagai lapisan masyarakat khususnya kaum keluarga dan waris para penumpang #MH370.Belum pun isu tersebut reda,masyarakat sekali lagi dikejutkan dengan tindakan bomoh tersebut yang melakukan satu lagi 'upacara' ritual dengan mendayung sampan di hadapan puluhan petugas media tempatan dan asing.Pengerusi Sekretariat Ulama Malaysia (Ilmu),Fathul Bari Mat Jahaya di dalam kenyataan semalam mengesa pihak berkuasa agama Islam di negara ini mengambil tindakan terhadap amalan yang mempunyai unsur syirik itu.Menurutnya 'upacara' ritual itu bukan saja mencemar nama baik umat Islam di negara ini secara keseluruhannya tetapi turut menjejaskan juga imej negara kerana dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menjadi pintu keluar masuk negara

)

"Kita bukan hendak menghukum semua bomoh. Jampi bukan tidak ada dalam Islam, ada. Tetapi ruqyah atau jampi dalam Islam hanya dengan membaca Al-Quran saja.Dalam Islam,kita berdoa memohon pertolongan kepada Allah," katanya.   

Seterusnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan semalam turut menyelar tindakan bomoh tersebut dengan menyatakan amalan bomoh tersebut telah diharamkan oleh Jakim sejak 2004 kerana bertentangan dengan agama Islam.   

"Mana-mana pihak juga adalah dilarang mengelirukan masyarakat dengan penggunaan kalimah arab sebagai cara untuk menunjukkan ia adalah bertepatan dengan syarak sedangkan hakikatnya pengamalan, bacaan dan prosedur yang digunakan adalah jelas bertentangan dengan syarak."   

Paling menarik apabila para pencacai pembangkang dengan pantas cuba menggunakan isu tersebut untuk mengaitkan Umno.Mereka mendakwa kononnya tindakan tersebut adalah antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam operasi SAR.Tidak cukup dengan itu,bomoh tersebut turut dilabelkan sebagai 'orang Umno'.Apa yang menghairankan ialah,bomoh yang sama juga sebelum ini pernah melakukan 'upacara' ritual dan mendakwa kononnya pakatan pembangkang akan menang dalam pilihan raya umum ke-13.Kenyataan itu akhirnya telah digunakan oleh para pencacai khususnya di mkedai-media sosial untuk meyakinkan rakyat agar memberikan sokongan dan undi mereka kepada pembangkang.Pada masa itu,langsung tidak timbul isu 'dia orang siapa'.  

)

Persoalannya ialah,mengapa apabila tindakan tersebut menyokong pembangkang ia akan 'dihalalkan' walaupun jelas bertentangan dengan hukum syarak. Namun apabila tindakan tersebut dilihat 'memalukan' mereka yang terlibat terus dilabelkan sebagai orang Umno dan sebagainya.Kesimpulannya mudah,sepatutnya tidak timbul mereka itu 'orang siapa'.Apa yang penting ialah,sekiranya tindakan yang dilakukan itu jelas bertentangan dengan hukum yang ditetapkan,pihak berkuasa seharusnya segera melakukan siasatan dan mendakwa mereka yang terlibat.Ia bagi mengelakkan rakyat dan masyarakat terus menjadi mangsa dan terpedaya dengan amalan-amalan syirik dan khurafat.Para pencacai pembangkang seharusnya berhenti dengan pendekatan politik murahan seperti ini.Ada baiknya masa yang dihabiskan dengan menabur fitnah itu digunakan untuk mendoakan keselamatan para penumpang pesawat #MH370.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...