Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Kata Malaysia TIPU Tapi Bagi DUIT Puak Ni SAPU!! #MH370 #PrayForMH370

Posted: 29 Mar 2014 06:12 AM PDT



Ada cerita kelakar mengenai cina-cina bangsat yang berdemo sakan di kedutaan Malaysia di China. Mula-mula, puak ni tuduh kerajaan Malaysia sembunyikan sesuatu, kemudian tuduh pula kerajaan Malaysia tipu dan macam-macam lagi la depa dok tuduh.

Demo kutuk kerajaan Malaysia,


Lepas demo, kecoh dan ugutan nak serang kedutaan Malaysia di China, tiba-tiba muncul berita ni,


Lepas dapat pampasan dari syarikat insurans, keadaan dah mula senyap dan sunyi. Kononnya ahli keluarga mereka masih hidup dan tak mengakui apa yang PM Malaysia umumkan hari tu. Kalau tak akui, kenapa nak ambil pampasan insurans kematian?

Bila syarikat insurans China Life menawarkan gantirugi kepada 32 pelanggan yang keseluruhannya berjumlah RM4.8juta, takdak pulak suara-suara bantah taknak ambik insuran.

Kalau mereka menerima insurans, bermakna mereka akui, penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi, atau dengan kata lain, syarikat insurans itu akur dan terima hakikat bahawa penumpang-penumpang yang dilindunginya sudah dianggap meninggal. Jadi pampasan pun diproses dan gantirugi dibayar. Kata blog JKKKP.

Kalau ahli keluarga dan waris mereka menerima insurans terbabit, bermakna mereka pun akui juga!

ADA SESIAPA YANG TOLAK? atas dasar tidak mahu terima pendirian kerajaan Malaysia (yang turut dipegang oleh syarikat insurans berkenaan) ?

Ada sesiapa yang protes dan berdemo depan pejabat syarikat insurans kerana membantah pengiktirafan syarikat insurans atas pendirian Malaysia ?

Ada sesiapa yang tolak kerana mahu tunggu bukti fizikal ditemui terlebih dahulu sebelum sebarang pendirian akan nasib penumpang dibuat?

Bab pampasan, semua terima dengan senyap.

all about money!!

The Truth Is?



McTheory:
Dapat duit senyap terus.. wayang cina main lebih sikit..

TERKINI! Keputusan Tak Rasmi #PRKBalingian!!

Posted: 29 Mar 2014 03:52 AM PDT

Keputusan TAK RASMI keseluruhan bagi PRK N.51 Balingian :

BN - 8,208 (84.77%)
PKR - 1,282 (13.24%)
Majoriti BN -  6,926 (71.53%)

Ishh.. macam mana BN boleh menang ni? Sahih guna Bangla takpun SPR jadi anjing BN tipu undi pulak!!

Anwar disarankan buat ReforBASI di Sarawak pulak lepas ni!!

INFO! Lagi Objek Terapung Di Kesan! #MH370 #PrayForMH370

Posted: 29 Mar 2014 02:12 AM PDT

Lagi objek terapung di kesan?



Lima pesawat dilaporkan terlihat beberapa objek pelbagai warna ketika dalam misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 pada Jumaat.

Misi mencari tersebut kini telah berakhir dengan pencarian dalam kawasan seluas 256,000 kilometer persegi.

Imej fotografik objek-objek tersebut telah diambil dan ia akan dikaji.

Objek-objek terbabit setakat ini masih belum disahkan atau dinafikan sebagai milik MH370 sehingga ia ditemui dan dibawa balik oleh kapal.

Pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Di Raja New Zealand (RNZAF) dilaporkan melihat beberapa objek berwarna putih dan terang serta satu boya memancing.

Sementara itu, pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Di Raja Australia (RAAF) turut melihat objek sama yang dilihat pesawat RNZAF, disamping dua objek segi empat tepat berwarna biru/kelabu terapung di permukaan laut.

Pesawat P3 Orion kedua milik RAAF turut melihat beberapa objek pelbagai warna di satu kawasan lain, kira-kira 546 kilometer dari kawasan penglihatan pertama.

Sejumlah sepuluh pesawat dikerahkan dalam misi pencarian hari ini oleh AMSA, dan kini telah meninggalkan lokasi pencarian.

AMSA telah mengarahkan kapal peronda Pentadbiran Maritim China, Haixun 01, yang berada berhampiran kawasan pencarian dan akan tiba untuk mencari dan mendapatkan objek-objek terbabit, esok.

Cuaca pada ini dijangka sesuai untuk misi mencari.

#HOT! Kadir Jasin Mahu PM @NajibRazak Letak Jawatan? #Mengarut

Posted: 28 Mar 2014 11:14 PM PDT



Apa masalah dengan Kadir ni?

Sepatutnya kita bersatu diwaktu parti dan kerajaan ditekan hebat oleh pihak luar. Tapi lain pulak dengan Kadir ni, boleh pulak dia fikir nak suruh PM Najib turun dari jawatan PM dan mengesa seseorang belot pada pimpinan parti dengan menekan Najib turun dari jawatan PM.

Apa yang dia fikir sebenarnya?

Memang pernah ada gerakan nak menjatuhkan PM Najib, tapi ianya tidak popular kerana ia lebih kepada kepentingan peribadi dan agenda syok sendiri.

Sepatutnya orang yang nak ganti PM, mestilah orang yang betul-betul layak dan berkemampuan untuk jawatan tersebut. Ini tidak, nampak ianya hanya menguntungkan sebelah kelompok dan di dominasi oleh pihak tertentu.

Malah Kadir sendiri pernah mengerakannya bukan? Sudah tentu gerakan tersebut tidak berjaya! Mungkin disebabkan demikian, Kadir masih berdendam dan cuba mencari jalan untuk mengegarkan kerusi Perdana Menteri Malaysia.

Kadir sebelum ini pernah mengkritik blogger UMNO kononnya tidak membantu parti dalam PRU yang lepas. Disebabkan kritikan tersebut, Kadir sendiri diserang hebat dengan pelbagai pertanyaan.

Apakah dia pernah membantu UMNO?

Ahli UMNO kini sudah matang, mereka tidak mudah lagi diracun dengan cucukan-cucukan jahat dari dalam dan luar. Pernah juga orang mengaitkan Kadir bersama Tun Daim, sejauh mana kebenarannya, itu Mc taktau.

Kadir juga ada menyentuh mengenai kononnya popular Najib kini dah semakin menurun. Bak kata orang, kalau nak jadi pemimpin yang popular tu senang. Tapi kalau popular dan menjahanamkan negara pun tak guna jugak kan?

Pada awal 80an dulu pun Tun Dr Mahathir agak kurang popular, kerana Tun Dr Mahathir dilihat memperkenalkan banyak dasar-dasar baru (mungkin rakyat masih belum nampak kesannya). Bila masuk tahun 90an, barulah menyaksikan kemuncak populariti bekas perdana menteri tu selepas rakyat Malaysia menikmati dasar dan perancangan beliau, tu pun selepas 10 tahun memerintah.

Tak adil kalau kita nak bandingkan dengan PM Najib yang tak sampai 5 tahun pun memerintah negara.

Sepatutnya kita beri masa pada beliau dan menyokong beliau membangunkan Malaysia. Bukan hanya tahu mengkritik dan sabotaj apa yang cuba beliau lakukan.

Untuk pengetahuan Kadir, dalam UMNO sememangnya mempunyai pemimpin muda yang bakal menganti tempat pimpinan tertinggi kelak. Diantaranya  Mukhriz, Khairy, Rahman Dahlan, Razali Ibrahim dan beberapa orang lagi.

Jadi tak perlu Kadir bersusah hati memikirkan siapa penganti selepas ini, kerana sampai masa ianya akan berganti juga. Buat masa sekarang, kita sokong Najib Razak sebagai PM Malaysia, diwaktu tertekan dengan pelbagai masalah seperti inilah, nilai kesetiaan itu menjadi lebih tinggi dari biasa.

Patuh pada Ulil Amri.. tu pun kalau anda ahli masih UMNO sejati la..


McTheory:
Apa masalah diantara Kadir dengan PM Najib ni ya??

#HOT!! Fitnah MEMALI Terhadap Tun Dr Mahathir, Musa Hitam PENIPU BESAR!! #PRpenipu #KANTOI

Posted: 28 Mar 2014 07:46 PM PDT


Ini muka penipu besorr...

Ada lagi manusia boleh percaya cakap Musa Hitam?

Muka ni kalau cakap 10 perkataan, 11 perkataan tak boleh pakai!


Kononnya kita digemparkan oleh satu berita dimana Musa Hitam menuduh Tun M berada di Malaysia sewaktu berlakunya kejadian Mamali 19 November 1985.

Kalau benar, kenapa selepas hampir 30 tahun, baru nak habaq? Mc tertarik dengan jawapan yang diberi oleh blog Pengundi Sg Rapat.

Musa Hitam dedahkan Tun Dr Mahathir berada di Malaysia, bukannya berada di China seperti yang dilaporkan dalam media dalam insiden MEMALI pada 19 nov 1985 yang mengorbankan 14 nyawa.

Musa dedahkannya di Forum Diskusi Politik Malaysia, anjuran Kerajaan Kelantan kelmarin dan moderatornya Prof Datuk Dr Mohamamad Agus Yusof.

Menurut Musa Hitam, Tun Dr Mahathir tidak berada di China, tetapi berada di Malaysia bukan setakat hari pertama kejadian sahaja, malah hingga hari ke empat.

Betul ke? Takpa kita baca dulu fitnah ni kat blog  pembangkang kat sini.

Dah habis baca?

Malang sekali, ada bukti bahawa pada tarikh 22.11.1985 di Qing Hua University Beijing, Tun Dr Mahathir ada berucap disana, ini membuktikan Tun Dr Mahathir berada Di China. 

Malah dalam buku " Five Principles of Chinese Policies" menunjukkan bahawa Tun Dr Mahathir sememangnya di China pada 20 - 28 November 1985!


Kegilaan apakah yang melanda Musa Hitam yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri ketika itu, sanggup menuduh Tun Dr Mahathir sedemikian rupa?

Ini adalah kertas putih yang ditandatangan sendiri oleh Musa Hitam dan dibentangkan di Parlimen tanpa sebarang bantahan dari PAS. Nak baca boleh klik sini

Yang paling lucu, Prof Agus begitu terperanjat dengan kenyataan Musa Hitam hingga terkeluar perkataan "Oh My God".

Hakikatnya..

Bila berada dipentas bersama dengan ahli politik Pas, Musa Hitam akan bertukar menjadi Pas, bila bersama Anwar, Musa Hitam akan berkata Liwat dihalalkan..inilah standard orang Melayu berpolitik demi untuk mencari kuasa.

Untuk rujukan lain, boleh klik link dibawah ni,

1) http://books.google.com.my/books?id=TvXlFsxmJiMC&pg=PA404&dq=mahathir+china+november+1985&hl=en&sa=X&ei=23M1U4fuHqm8iAfy9ICIDw&redir_esc=y#v=onepage&q=mahathir%20china%20november%201985&f=false

2) http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=846

3) http://ms.wikipedia.org/wiki/Musa_Hitam


McTheory:
Senang cakap, ini manusia sama 'brand' macam Anwar jugak..

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

INFO! #Bernas GAGAL Membela Pesawah? Jawab @IsmailSabri60 #DSIS

Posted: 28 Mar 2014 06:12 PM PDT


BERNAS GAGAL?

Bukan sahaja di dalam parlimen, bahkan di blog-blog pembangkang juga kecoh mengenai BERNAS kini disenarai keluar dari Bursa Malaysia.

Kata mereka selepas ini BERNAS tidak lagi mampu untuk membantu pesawah seperti mana dulu. Bahkan ada yang merekacerita bahawa BERNAS kini hampir bankrup dan tak mampu menampung sebarang kos lagi untuk membantu pesawah.

Benarkah BERNAS tak mampu lagi membantu pesawah? Adakah punca disenarai keluar menyebabkan BERNAS kini dalam keadaan getir?

Kita dengar jawapan menteri yang berkaitan,

Bagi Ismail Sabri adalah tidak benar jika penyenarai keluar Bernas dari Bursa Saham akan mengenepikan nasib pesawah sebab semua perjanjian konsesi yang dilakukan sebelum ini masih kekal.

Penyenaraian atau penyenaraian keluar BERNAS dari Bursa Malaysia tidak menjejaskan Perjanjian Konsesi semasa antara Kerajaan dan BERNAS serta tidak akan memberi kesan ke atas tanggungjawab dan obligasi sosial BERNAS kepada Kerajaan dan petani.

Tanggungjawab dan obligasi sosial yang dilaksanakan oleh BERNAS berdasarkan Perjanjian BERNAS adalah seperti berikut:


Jadi cerita kononnya BERNAS dah tak mampu nak jaga pesawah lagi itu adalah tidak benar. Selagi perjanjian konsesi masih wujud, selagi itu petani dan pesawah akan dibantu oleh BERNAS.

Bahkah kini untuk membantu pesawah, kementerian telah menetapkan harga siling untuk penjualan beras di seluruh negara.

"Walau serendah mana mutu padi jika tidak diletakkan harga siling pengilang akan jual sangat rendah dan ia akan memberi kesan kepada pesawah. Oleh itu mereka harus mengikut harga siling yang ditetapkan kerajaan," katanya Ismail Sabri.

Katanya jika kerajaan tidak menetapkan harga siling maka tidak akan ada penyelarasan dari segi harga dengan mengambil contoh seperti yang berlaku di Kelantan RM980, di Kedah RM1050 di Selangor RM1200.


Penyelarasan harga beras sememangnya menyelamatkan pesawah dari menjadi mangsa mainan orang tengah.

Sebagai anak Kedah dinegeri yang terkenal dengan gelaran Jelapang Padi, Mc amat berterima kasih kepada kementerian kerana terus menerus membantu pesawah malah meringankan lagi beban dengan penyelarasan harga diseluruh negara.

McTheory:
Alhamdulillah ada menteri yang macam ni..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...