House PK

House PK


PANAS! INI BUKTINYA MUSA ANAK HITAM ADALAH PENIPU! SEBARKAN

Posted: 29 Mar 2014 12:10 AM PDT

Aku tak faham kenapa anak si Hitam bernama Musa tipu. Gamaknya dia terbakor sebab takde apa-apa jawatan kot sebab tu jadi gila ni atau tengah mabuk kot?

Kat atas tu adalah buktinya. Aku tak nak cakap banyak lagi...

MAKIN KUAT PETROL DAN DIESEL DICURI! APA NAK JADI NI?

Posted: 28 Mar 2014 08:34 AM PDT

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas petrol dan diesel subsidi bernilai RM5.5 juta sejak November lepas.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hasan Malek berkata rampasan itu hasil beberapa operasi bagi membanteras penyelewengan bahan berkenaan iaitu Operasi Diesel dan Petrol 1 North (OD1N), OD2N dan Operasi Diesel 1 Selatan (OD1S).

"Selain rampasan, turut dilakukan ialah pembekuan harta dan aset bernilai kira-kira RM36 juta. Ini adalah kejayaan cemerlang yang dicapai sehingga Mac ini," katanya dalam majlis perhimpunan bulanan KPDNKK hari ini.

Beliau berkata KPDNKK merampas 645,570 liter diesel serta petrol bernilai RM1.62 juta menerusi OD1S di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1967 serta Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membabitkan agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Hasan juga berkata jumlah penguatkuasa KPDNKK mungkin perlu ditambah pada masa akan datang memandangkan ketika ini hanya terdapat kira-kira 1,800 orang di seluruh negara. - Bernama

House PK: Nasib baik la dapat tangkap. Kalau tak berapa banyak dah rugi tau. Aku harap KPDNKK menambah anggota lagi dan banteras benda-benda macam ni. Aku tak boleh la kalau ada harami yang kuat mencuri hak rakyat terutama diesel dan petrol bersubsidi ni
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...