Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Cubaan Serap Seks Songsang dibantah Kerajaan Malaysia!! #AntiComango

Posted: 27 Mar 2014 08:31 AM PDT

Agaknya benda macam ni yang dorang nak bawa masuk..


Tak sudah-sudah puak sesat ni mahu menganggu gugat rakyat Malaysia. Mereka terus membantah kerajaan Malaysia, selagi perlakuan sumbang mereka dibenarkan secara halal di Malaysia. Namun kerajaan tegas menghalang pihak laknattullah ini dari masuk membuat kacau merosakan anak muda Malaysia.

Sesi berkaitan Malaysia pada 20/3/2014 yang lepas dan telah selesai dengan penerimaan muktamad tersebut.

Pada 21/3 pihak Comango telah mengadakan suatu acara sampingan – 'side event' untuk menyatakan bantahan mereka terhadap ketegasan kerajaan Malaysia menolak pelbagai tuntutan yg tidak munasabah.

Selain dari menyatakan tidak puas hati terhadap pendirian tegas Malaysia untuk tidak terburu-buru meratifikasi baki enam konvensyen HAM (termasuk ICCPR & ICERD) mereka juga terus menimbulkan tuntutan berkaitan undang-undang perkahwinan Islam.

Mereka terus campurtangan di dalam hal ehwal undang undang Islam dengan mempersoalkan penafian Malaysia tentang wujud sebarang diskriminasi terhadap wanita Islam dan mendesak Malaysia menarik semula pengecualian atau "reservation" di dalam beberapa konvensyen berkaitan CEDAW dan CRC.

Yu Ren Cheng (Women's Aid Organization) menyatakan: "We are disappointed that Malaysia rejected all seven recommendations to remove its reservations to CEDAW, CRC, and CRPD." "Malaysia stated during its review that it is 'unfounded' that Malaysia's 'Islamic Family Law … discriminates Muslim women on marriage issues.' This means Malaysia should have no objections to removing its reservations to Article 16 of CEDAW, on equality in marriage."

Selain itu, isu LGBT terus dipolemikkan dengan kenyataan Thilaga Sulathireh dari Seksualiti Merdeka – Pada sesi lalu, Malaysia telah menolak terus segala tuntutan berkaitan 'Sexual orientation and gender identity (SOGI).

Thilaga memanipulasi isu ini dengan menuduh pihak berkuasa dan autoriti agama "mendiskriminasi" golongan LGBT, sedangkan mereka berselindung di sebalik isu ini dengan bermatlamat akhir untuk mendapat pengiktirafan perlakuan homoseksual secara bebas dan perkahwinan sesama jenis.

Thilaga: "Violence against LGBT persons continues with impunity by the police, religious officials and some members of the public." "Restrictions on freedom of assembly, association and expression equally affect LGBTI persons in Malaysia. It is of great concern that issues pertaining to sexual orientation and gender identity continue to be politicized to further create religious and racial divide in Malaysia,".

Pihak COMANGO juga terus menuduh secara palsu bahawa mereka ditindas di dalam melaksanakan perjuangan HAM di Malaysia dan mengadu kepada Majlis HAM PBB seolah olah mereka dilayan dengan buruk. Hakikatnya, pihak KDN hanya mengisytiharkan kedudukan pendaftaran NGO NGO individu yg tidak semuanya berdaftar sebagai pertubuhan yang sah di bawah mana mana undang-undang Malaysia.


Sangat menghairankan apabila di PBB mereka hanya dibenar bercakap jika mewakili NGO berdaftar dgn status ECOSOC, tetapi hal ini tidak dijadikan isu. Di Malaysia, mereka tidak berdaftar, tetapi masih dibenarkan bersuara tetapi membuat tuduhan melulu apabila status pendaftaran mereka didedahkan. Mengapa wujud sikap hipokrit sebegini?

Di London MuslimUPRo sedang di dalam rangka untuk bertemu beberapa tokoh sarjana Muslim, termasuk Syaikh Dr. Abdal Hakim Murad (Universiti Cambridge), Muslim Council of Britain, Campaign Againts Criminalizing Communities (CAMPACC), Muslim Lawyers' Circle London dan beberapa NGO dan institusi HAM di UK. Tujuan pertemuan yang dirancang ini adalah untuk menerangkan kepada pihak tersebut tentang isu isu terkini pasca UPR Malaysia dan mendapatkan pandangan dan maklum balas tentang respons NGI.

Selain itu, pihak MuslimUPRo juga sedang dalam rangka melantik di kalangan sarjana Muslim terkemuka Eropah untuk bersama sama sarjana terkemuka dan aktivis Islam di Malaysia ke 'International Council of Experts' yang akan diwujudkan dlm usaha membantu ke arah pembentukan Pusat Hak Asasi Manusia Malaysia. Ini merupakan suatu usaha gabungan NGI2 di Malaysia sebagai suatu inisiatif jangka panjang menangani isu isu Islam dan HAM.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan. Tahniah kepada kerajaan Malaysia yang berpendirian tegas.

Azril Mohd Amin
Ketua Delegasi MuslimUPRo

INFO! Kenapa Ikhwanul Muslimin Mengharapkan Pertolongan PM @NajibRazak?

Posted: 27 Mar 2014 02:12 AM PDT



Kenapa Ikhwanul Muslimin mencari PM Najib untuk membantu mereka dan bukan Anwar? Perkara ini didedahkan oleh blog Sangkakala jari9

Usaha untuk menghancurkan Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin hari ini di Mesir sangat jelas. Mahkamah di Mesir baru baru ini telah menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed.

 Mereka didapati bersalah atas tuduhan kononnya menyerang dan membunuh anggota polis mengikut laporan BBC.

Terdapat 1,200 lagi yang menunggu hukuman. Hampir semuanya adalah ahli Gerakan Ikhwanul Muslimin. Ikhwanul Muslimin adalah sebuah gerakan Islam terbesar di zaman moden ini.

Seruannya untuk kembali kepada Islam sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah serta mengajak
kepada penerapan syari'at Islam dalam kehidupan mendapat tentang hebat daripada golongan Islam yang berfahaman sekular.

Kemampuan Ikhwanul Muslimin membendung arus sekularisasi di dunia Arab dan Islam sangat ditakuti oleh golongan Islam yang bertopengkan US dan jahiliyyah moden.

Pemahaman Ikhwan terhadap Islam bersifat universal, tidak mengenal adanya pemisahan antara satu aspek kehidupan dengan spek lainnya terutama politik.

Syaikh Hasan al-Banna pengasas Ikhwanul Muslimin telah mengatakan, "Gerakan Ikhwan adalah dakwah salafiyah, thariqah sunniyah, haqiqah shufiyyah, lembaga politik, klub olah raga, lembaga
ilmiah dan kebudayaan, perserikatan ekonomi dan pemikiran sosial."

Dalam Risalah Ta'alim, Hasan al-Banna berkata, "Rukun Bai'at kita ada sepuluh. Karena itu hafallah baik-baik.

Iaitu: Faham, Ikhlas, Amal, Jihad, Berkorban, Tetap pada pendirian, Tulus, Ukhuwah dan percaya diri." Kemudian beliau berkata, "Wahai saudaraku yang sejati! Ini merupakan garis besar dakwah Anda.

Anda dapat menyimpulkan prinsip-prinsip tersebut menjadi lima kata, yaitu : sederhana, membaca Al-Qur'an, shalat, sikap kesatria dan akhlaq."

Sayyid Quthb, dalam bukunya Khashaish al-Tashawwur al-Islami wa Muqawwimatuhu, memberikan gambaran tentang pemahamannya dan pemahaman Ikhwan.

Lambang Ikhwan adalah dua bilah pedang menyilang melingkari Al-Qur'an, ayat Al-Qur'an dan tiga kata: haq (kebenaran), quwwah (kekuatan) dan hurriyyah (kemerdekaan).

Gerakan Ikhwan dimulai di Isma'iliyyah kemudian beralih ke Kairo dan dari Kairo tersebar ke berbagai pelusok dan kota di Mesir. Akhir tahun 40-an, cabang Ikhwan di Mesir sudah mencapai 3000 dan tiap cabang memiliki anggota yang cukup banyak.

Ikhwan meluas ke negara-negara Arab. Ia berdiri kukuh di Suriah,Palestina, Yordania, libanon, Iraq, Yaman, termasuk Malaysia dan lain-lain.

Kini anggota dan "fikrahnya" tersebar di berbagai penjuru dunia dan menjadikan Ikhwan satu-satunya gerakan Islam terbesar di dunia yang mampu menyatukan segala perjuangan dan umat Islam.

Perkara sangat ditakuti oleh musuh Islam sekiranya Ikhwanul Muslimin mempunyai tampok pemeritahan seperti Mesir. Pasal itu gerakan menghancurkan Islam yang juga didalami oleh orang Islam sendiri dan dunia Arab suatu yang sangat mengaibkan.

Mereka, nama sahaja Islam tetapi 'perangai' adalah musuh Islam tidak saling tumpah macam Yahudi dan Nasrani.

Malaysia pun akan mengalami nasib yang sama jika sekiranya Islam menguasai tampuk pemerintahan. Sejarah pengkhianatan tidak akan padam kerana itu adalah sunatullah.

Kini mereka memerlukan bantuan dari kerajaan Malaysia untuk menyelamatkan mereka dari kekejaman dan pembunuhan pejuang pejuang Islam di Mesir.

INFO!! Sayu Lihat Video Keluarga Mangsa Penumpang Tragedi #MH370 #PrayForMH370

Posted: 27 Mar 2014 12:12 AM PDT



Sedang kita berperang, bertekak kerana ada yang percaya, kononnya pengumuman PM tempohari hanya spekulasi dan konspirasi. Kita sibuk menegakkan benang yang basah. Kononnya lebih pandai dari pasukan penyelamat Malaysia yang sedang bergadai nyawa mencari mangsa tragedi di Lautan Hindi. Umpama pasukan tentera Malaysia dan negara lain yang mencari mangsa tragedi, sedang berlakon di Lautan Hindi.

Pernah kita terfikir tentang ahli keluarga penumpang dan krew yang terlibat?

Intan Maizura Othman isteri kepada Hazrin Hasnan, Pramugara dalam pesawat MAS MH370. Jika isteri pada mangsa tragedi boleh redha dan berserah pada qada dan qadar. Kenapa ada diantara kita yang berlakon bijak pandai, lebih dari James Bond?

Intan Maizura Othman redha dengan Takdir yang menimpa suaminya itu. Di bawah ni luahan hati seorang Isteri yang kehilangan suami, namun redha dengan kehendak Allah SWT.



Disertakan sekali dengan rakaman dari TV3,



Sayu dengar, mengalir air mata. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

 

McTheory:
Jangan pulak ada yang kata, Intan Maizura Othman ni kena bayar untuk berlakon plak..

HOT!! Bila Hero Beras PKR Kena Belasah di Parlimen Dengan DS @IsmailSabri60 #DSIS

Posted: 26 Mar 2014 08:12 PM PDT

Hero Beras PKR??
Kelakar la dengan  Gooi Hsiao Leung ni, dah tak berapa nak faham isu, tapi nak juga jadi hero dalam isu beras. Patutnya dia kaji dulu, apa yang kerajaan buat selama ni. Bukan main hentam saja.

Akibat cuba berlagak menjadi hero kononnya mahu memperjuangkan nasib petani dan tahu mengenai isu padi, ahli parlimen PKR Alor Setar. Gooi Hsiao Leung dibidas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ahli parlimen Barisan Nasional (BN).

Malah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said juga menegur Gooi yang tidak mengikut peraturan untuk mencelah tetapi mahu menegur menteri kononnya gagal melaksanakan tanggungjawabnya.

Bukan itu sahaja, ahli parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharom turut menemplak Gooi kerana bercakap seolah tahu apa masalah dan kemelut pesawah yang majoritinya terdiri daripada kaum melayu.

Katanya, ahli parlimen itu bukan tinggal di Alor Setar sebaliknya di Pulau Pinang.

Ismail Sabri…jelaskan tentang Bernas

Gooi sejak persidangan sesi lalu berterusan membangkitkan isu harga siling padi tetapi akhirnya soalan berkait dengan kecaman terhadap Bernas.

Menurut Ismail Sabri walaupun kerajaan menetapkan harga siling tetapi dari segi pengiraan. Kementeriannya telah mengeluarkan satu arahan agar mutu beras diambil kira dan dibayar mengikut pemutuan sebenar.

"Walau serendah mana mutu padi jika tidak diletakkan harga siling pengilang akan jual sangat rendah dan ia akan memberi kesan kepada pesawah. Oleh itu mereka harus mengikut harga siling yang ditetapkan kerajaan," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu ketika menggulung usul menjunjung kasih titah Agong di Dewan Rakyat, Rabu.

Katanya jika kerajaan tidak menetapkan harga siling maka tidak akan ada penyelarasan dari segi harga dengan mengambil contoh seperti yang berlaku di Kelantan RM980, di Kedah RM1050 di Selangor RM1200.

Gooi dan Ismail Sabri turut bertekak mengenai isu Bernas yang dipertikai proses penyahneraiannya.

Bagi Ismail Sabri adalah tidak benar jika penyahneraian Bernas dari Bursa Saham akan mengenepikan nasib pesawah sebab semua perjanjian konsesi yang dilakukan sebelum ini masih kekal.

Gooi..ditegur timbalan Speakar

Katanya menjadi keutamaan bagi kementeriannya memastikan nasib petani dan pesawah terus terbela.

Lima konsesi antara Bernas dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani adalah mengurus dan menimbal stok, mengurus semua pusat pembelian beras, membeli padi, mengurus skim pembelian padi dan mengurus kilang padi bumiputera.

Jelasnya nasib petani dan pesawah tidak akan berubah dan entiti Bernas terus kekal malah kepentingan mereka akan terus dijaga.– bnbbc.my

Sebelum nak bantai sesuatu isu, adalah lebih baik Gooi buat kajian dulu. Kalau tak jadi macam ni la, malu sendiri. Gooi ni MP Alor Setar, tapi lifenya bukan di Kedah. Beliau lebih sibuk habiskan masa di Penang dan KL. Soo.. mana dia nak kisah dengan keadaan pesawah di sekitar Alor Setar ni.

Sebab tu dia tak tahu apa pun pasal beras dan apa yang telah kerajaan buat untuk bantu pesawah. Kalau dia tau, dia takkan terpekik terlolong dalam parlimen.

Bila dah kena taruk dengan Dato Sri Ismail Sabri, baru faham hujung dan pangkalnya. he he..

McTheory:
Masih ada lagi yang tak faham ka?

HOT!! Disebabkan Tragedi #MH370 Shila Amzah Kena Serang di China? #PrayForMH370

Posted: 26 Mar 2014 06:12 PM PDT


Umum mengetahui kebencian rakyat china terutama ahli keluarga mangsa kepada Malaysia semakin memuncak selepas pesawat MH370 disahkan berakhir di Selatan Laut Hindi pada malam Isnin lalu.

Kebencian ini bertambah teruk apabila Red Bean Army pula menggunakan laman media sosial untuk menyebarkan berita fitnah mengenai Tragedi #MH370 dan menghasut rakyat diseluruh dunia terutamanya warga China untuk membenci Malaysia berikutan insiden itu..

Susulan itu, mana-mana rakyat Malaysia yang berada di negara china dipandang serong dan dimaki hamun tidak tentu pasal. Apapun, rakyat china tidak boleh disalahkan juga kerana emosi kesedihan bercampur baur dengan kemarahan menguasai diri mereka.

Tentunya, penyanyi Shila Amzah yang kini sedang bertanding dalam program I Am A Singer tidak terlepas untuk menerima kecaman hebat dari mereka.

Buktinya, laman sosial nombor satu china Weibo.com dipenuhi dengan komen-komen negatif dari peminat yang bukan sahaja menghina dan memaki Shila Amzah malah ada yang cuba menghalau Kak Shila Amzah dari bertanding di dalam program tersebut.

Di sebalik komen-komen negatif yang diterima Shila, ada juga peminat china yang menyokongnya dan meminta peminat lain berfikir secara rasional dan tidak mengaitkan nama Shila dengan tragedi pesawat MH370.

Berikut ialah antara komen-komen positif dari segelintir peminat china yang masih menyokong Shila pada ketika kebanyakkan peminat lain bersikap negatif.

"This is a tragic plane crash. Everyone is sad and pray for the victims families. Makes me more sad is that some people actually take advantage of this appalling crash to attack innocent people. I really feel sick for those who do not limit human morality."

"As a Chinese person, really feel shame, how there are so many \ '\​​' patriotic dog \ '\​​', online is very arrogant, what reviled others, most Chinese people's reputation abroad is very smelly, is when you count curse you, you are willing to do. Do not scold scold go on the Internet all day, have your family do on the plane? No, shut up, aircraft accident and now you have less Chiyikoufan Well? You feel less sleep a night yet? So you lost it? No?"

"Shila is a singer. She is not open aircraft. She can not represent the Malay government. Do not spray the wrong person. Thank you." - crazykid

Semoga Shila tabah menghadapi dugaan ini..

Sumber Empayar Pemuda
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...