BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! #MH370 !!! #ANWARIBRAHIM SPIN BERKENAAN #KAPTENZAHARIE DI #CNN !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 21 Mar 2014 08:00 AM PDT



Sewaktu ditemu bual oleh CNN,Anwar Ibrahim mengatakan Zaharie ahli kepada parti pemerintah, 'the ruling party' (durasi 0:08).sudah tukarr kaah ??? bila masa pulak kaptain zaharie ahli kepada parti pemerintah ??? bukan Barisan Nasional ker parti pemerintah ??? kapten zaharie adalah ahli kepada PKR seumur hidup daaaa.

saya ulang sekali lagi,PKR bukan parti pemerintah Malaysia tetapi Barisan Nasional.ada faham kaa anwar ibrahim ??? Barangkali anwar ibrahim ni tersasul kerana pemikiran anwar dah semakin berserabut dan kusut.Kalaupun taksub ingin menjadi Perdana Menteri,jangan lahh sampai macam tu sekali yerr anwar ibrahim,nanti orang lain marah,muahahaha

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! ANTARA #MH370 #PRKKAJANG DAN #ZUNAR !!! APA KAITANNYA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 21 Mar 2014 05:00 AM PDT


Ketika negara sedang berdoa untuk MH370,akhbar Washington Post merasakan yang ianya kelakar untuk menyiarkan kartun Zunar,yang mengkritik Perdana Menteri Malaysia sebagai lemah kerana masih belum dapat mencari pesawat yang hilang itu walaupun setelah dua minggu.Sikap tidak sensitif dan jahil Zunar tidaklah mengejutkan rakyat Malaysia memandangkan beliau merupakan kartunis pro-Pakatan yang tegar.Kartun Zunar adalah contoh terbaik pemikiran pembangkang Malaysian yang gemar mempolitikkan apa saja termasuklah nyawa manusia.Sejak dari hari pertama pesawat tersebut hilang, pembangkang telah mencuba sedaya upaya untuk mengalihkan perhatian media kepada mereka.Malah,Anwar Ibrahim juga telah diwawancara oleh CNN seolah-olah beliau merupakan satu karektor yang signifikan dalam kehilangan MH370.Tumpuan media terhadap Anwar bagaimanapun,tidak meliputi PRK Kajang yang bakal berlangsung beberapa hari sahaja lagi.Ia juga tidak menyentuh secara terperinci mengenai kekalahannya dalam rayuan kes liwat baru-baru ini.Walaupun Anwar yang 'mencipta' PRK Kajang,tetapi beliau kini seolah-olah mengabaikan terus PRK itu.Jika dilihat dari media utama pembangkang,termasuk blog-blog peribadi pemimpin PR,mereka nampaknya langsung tidak berminat dengan Kajang.  

Nampaknya segala pembaziran yang berlaku akibat terpaksa mengikut nafsu Anwar dengan mengadakan pilihanraya kecil,kini sia-sia belaka.Hari ini,jelas kelihatan yang calon BN,iaitu Chew Mei Fun pula yang bersungguh- sungguh ingin berkhidmat untuk rakyat Kajang,sedangkan Wan Azizah kelihatan kebingungan dengan apa yang berlaku.Ini membuktikan bahawa sehebat manapun politik Anwar,beliau tidak mampu melawan takdir.Apa yang dirancang hanya boleh berlaku dengan izin Allah SWT.Anwar mungkin melihat Kajang sebagai platform untuk beliau 'membela diri' dari kes liwat tetapi rancangannya untuk menarik perhatian rakyat gagal apabila MH370 hilang.Anwar kemudiannya melihat peluang untuk menjadikan MH370 sebagai modal politik apabila juruterbang dikenalpasti sebagai penyokong fanatiknya dan juga mempunyai talian persaudaraan dengan menantunya.Namun,kartun Zunar di Washington Post telah merosakkan segala-galanya kerana ia menyerlahkan sifat tidak sensitif pihak pembangkang sekali gus memperlihatkan kerakusan Anwar berpolitik.Mungkin Zunar atau Anwar merasakan kartun memperlekehkan usaha Datuk Seri Najib sebagai lucu, namun umum tahu bahawa Datuk Seri Najib telah melakukan segala- galanya yang termampu untuk mencari MH370.    

Habis seluruh pakar dan aset tercanggih di dunia di bawa ke Malaysia.26 negara semuanya kini bekerja secara berpasukan untuk mencari pesawat tersebut.Sekiranya Zunar atau Anwar ataupun Washington Post sendiri ingin memperlekeh Datuk Seri Najib maka mereka perlu terlebih dahulu memperlekeh kesemua 26 negara termasuklah pakar dan penyiasat dari Amerika.Sebaiknya,Anwar belajar menerima hakikat bahawa beliau bukan Perdana Menteri dan urusan mencari MH370 bukanlah urusannya.Tidak ada maknanya bagi CNN atau mana-mana media tempatan atau asing mendapatkan pandangan Anwar mengenai MH370 melainkan jika Anwar sememangnya terlibat dengan kehilangannya.Anwar juga harus menerima hakikat bahawa beliau bukan calon di Kajang,tetapi isterinya dan isterinya juga tidak begitu diterima di kalangan rakyat Kajang kerana mereka tahu, bahawa beliau hanyalah boneka,kalaupun bukan simbol kepada seorang bakal banduan.Oleh itu,jika Zunar ingin sangat berjenaka,maka kegilaan Anwar untuk mencari publisiti di tengah-tengah tragedi tentulah lebih lucu.Usaha kerajaan untuk mencari MH370 sama sekali tidak lucu.Biarpun ia memakan masa bertahun-tahun dari sekarang,ia tetap tidak lucu.Tidak ada apa-apa yang lucu dalam soal nyawa manusia.Tidak ada apa-apa yang lucu dengan hakikat bahawa segala pakar dan aset di dunia juga tidak mampu mencari mereka.Yang lucu adalah Anwar dan Zunar yang tidak tahu bila masanya kita perlu berdoa dan bersatu serta bila pula masanya untuk berpolitik dan mencari publisiti.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PRKKAJANG !!! KURANG AJAR !!! #WAWI !!! PUAK #PKR MELAMPAU !!! POSTER @CHEWMEIFUN DIBALING #CATMERAH !!!

Posted: 21 Mar 2014 02:03 AM PDT


nampaknya puak PKR semakin melampau.sebelum ini mereka menggunakan MPKj untuk mencabut semua bendera BN di tepi jalan.


UNTUK SELANJUTNYA

kali ini,cat merah pulak di simbah oleh puak-puak PKR ni.agak-agak laahhh.ini namanya permainan kotor nak menangkan Wan Azizah.lepas ni confirm mereka tuduh ini semua perbuatan UMNO !!! itu yang akan keluar.takkan UMNO tergamak buat benda ni.apa bangang UMNO buat macam ni ??? tak pernah UMNO dan BN  strategi mereka dari dulu sampai sekarang semua dah diketahui rakyat.lepas buat tak mengaku.


Gambar-gambar di atas dan dibawah diambil di sekitar Saujana Impian,Kajang.Nampak gayanya kempen provokasi dan ganas mula dimainkan di saat-saat akhir kempen PRK Kajang.Tindakan membaling cat merah ke atas poster pemimpin-pemimpin BN dan calon BN amat melampau.saya ulang balik,Adakah tindakan ganas dan tak bertamadun ini boleh mendatangkan kemenangan kepada calon PKR,Wan Azizah ??? 


Adalah diharapkan pengundi Kajang dapat membuat pilihan yang tepat dengan melantik calon yang benar-benar berwibawa seperti Chew Mei Fun,sebagai Wakil Rakyat untuk berkhidmat kepada mereka dan juga menjadi suara lantang bagi pembangkang di DUN Selangor.itu jerr jalan kalau nak semua janji ditepati di kajang.kalau pilih wan azizah apa yang anda dapat ??? masalah sampah di selangor ada tak mereka hapuskan ??? ada tak mereka cuba nak selesaikan ??? sejak 2008 sampai sekarang apa yang mereka buat ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! MISI MENCARI #MH370 !!! ADAKAH BENAR #MALAYSIA SEMBUNYIKAN SEMUA MAKLUMAT ???

Posted: 20 Mar 2014 11:00 PM PDT


Misi mencari MH370 terus menjadi keutamaan bukan sahaja bagi Malaysia tetapi bagi seluruh dunia,termasuk Amerika Syarikat sepertimana yang diakui sendiri oleh Presiden Barrack Obama.Seluruh dunia gempar dengan kehilangan pesawat paling canggih tanpa sebarang petunjuk langsung walaupun pencarian telah memakan masa sehingga 2 minggu.Dalam keadaan tegang ini,kemungkinan pesawat dirampas dianggap sebagai 'berita baik' berbanding 'terhempas'.Justeru,ramai yang ingin percaya 'berita baik' ini dan inginkan kepastian mengenainya.Oleh kerana berita ini tidak dapat disahkan,maka mereka mencari pihak yang boleh dipersalahkan sebagai cara 'memujuk diri sendiri'.Pastinya,sasaran paling mudah untuk dihamburkan segala kerisauan,kesedihan dan kemarahan ialah Malaysia yang menjadi 'tuan rumah' kepada pesawat MH370.Dalam keadaan emosi yang berbaur ramai yang terlupa bahawa walaupun misi pencarian MH370 terletak di bawah tanggungjawab Malaysia,tetapi misi ini kini merupakan usaha berpasukan dengan 26 buah negara lain.   

Segala peralatan canggih dan juga kepakaran paling hebat di peringkat antarabangsa telah digerakkan ke rantau ini demi mencari MH370.Namun,kesemua pakar yang terlibat turut mengakui bahawa kehilangan MH370 merupakan kes yang paling misteri dalam sejarah penerbangan dunia selepas misteri kehilangan 'Emilia Earheart' 'di udara' pada 1937.Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab,kerajaan Malaysia sejak dari awal lagi akur dengan kepakaran dan peralatan negara yang terhad atau tidak sesuai dalam misi seperti ini.Justeru,sejak dari awal lagi,kerajaan menerima dengan tangan terbuka semua bentuk pertolongan yang ditawarkan oleh sesiapa jua.Setiap taklimat yang diberikan oleh kerajaan dari masa ke semasa adalah berdasarkan maklumat terkumpul dari kerjasama dengan semua pihak yang terlibat dan bukannya direka-cipta sendiri.Oleh yang demikian,adalah pelik dan tidak adil bagi mana-mana pihak untuk menuduh kerajaan Malaysia sebagai menyembunyikan maklumat kerana kerajaan juga bergantung kepada pakar dan penyiasat dari semua negara yang terlibat untuk mendapatkan semua maklumat itu.Pakar dan penyiasat yang dimaksudkan di sini termasuklah FBI dan Saintis Amerika,Colleen Keller,yang mengetuai pencarian pesawat AirFrance 447 yang terhempas di lautan Atlantik pada tahun 2009.  

Tidak mungkin pakar-pakar dan penyiasat ini turut sama-sama menyembunyikan maklumat dari orang ramai kerana mereka juga mempunyai reputasi masing-masing untuk dijaga,selain sifat semulajadi manusia yang prihatin terhadap mangsa dan keluarga.Secara ringkasnya,menuduh kerajaan Malaysia lembab dan sengaja menyembunyikan maklumat, samalah ertinya dengan menuduh FBI,Colleen Keller dan kerajaan Vietnam,Indonesia,Thailand dan semua negara yang terlibat,atas tuduhan yang sama.Menuduh memanglah mudah tetapi sekurang-kurangnya biarlah tuduhan itu berasas dan mempunyai alasan yang boleh diterima akal.Perlu diingatkan bahawa dalam keadaan ini, kerajaan Malaysia tidak meraih apa- apa keuntungan dengan menyembunyikan maklumat atau melambat-lambatkan pencarian.Sebaliknya,apa yang dapat kita lihat kini ialah, satu-satunya pihak yang 'untung' dari kehilangan MH370 adalah pihak pembangkang berdasarkan tindakan mereka menggunakan isu ini bagi memburukkan kepimpinan.  

Rakyat yang berfikiran rasional pasti boleh melihat sendiri bagaimana kepimpinan negara dan juga Menteri serta pegawai kerajaan yang terlibat telah memberikan sepenuh masa dan tenaga mereka untuk MH370.Setiap kali sidang media,keletihan dan kerisauan mereka terserlah,sekali gus menterjemahkan dedikasi dan komitmen mereka.Di masa yang sama,rakyat juga boleh melihat sendiri bagaimana pemimpin pembangkang seolah-olah meraikan kehilangan MH370.Mereka sibuk mempromosi diri sambil bersuka-ria menghentam dan menuduh kerajaan dengan berbagai tuduhan.Mereka jelas begitu teruja merebut peluang untuk memalukan negara sendiri sehinggakan tidak sedar bahawa mereka sebenarnya hanya memalukan diri sendiri.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KURANG AJAR !!! #MH370 !!! #KARTUNIS #ZUNAR HINA PM DS @NAJIBRAZAK !!!

Posted: 20 Mar 2014 07:00 PM PDT



Akhbar Antarabangsa melaporkan bahawa kartunis Zunar telah melakukan penghinaan terhadap usaha Kerajaan Malaysia dalam misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370.Selain itu dia juga telah membuat spekulasi liar dengan mendakwa Kerajaan Malaysia menyembunyikan banyak rahsia dalam insiden kehilangan pesawat MH370 ini. 

Berikut adalah kenyataan Zunar di Washington Post : 

"The Malaysian government hid so [much] information about the jet. Now, the government tries to blame the pilot to cover up their own weakness in handling this case," says Zunar,who in 2010 was arrested and briefly charged with sedition over a book of his political cartoons. - washington post

"Should the government act fast and [be] ready to share the information with other countries like the U.S. and China,it will be a different scenario.But the question is : Why hide it?" continues Zunar,who in 2011 received the Courage in Editorial Cartooning Award from the Cartoonists Rights Network International.- washington post 

Harap kerajaan tidak akan berdiam diri dalam soal penghinaan dan memalukan negara di luar negara.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

MISI MENCARI #MH370 !!! #HARONDIN MEMBELASAH #ANWARIBRAHIM DAN #MAHFUZOMAR KAW-KAW !!!

Posted: 20 Mar 2014 05:00 PM PDT


Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mempertahankan kerajaan dan Penerbangan Malaysia (MAS) dengan menegaskan bahawa mereka melakukan yang terbaik dalam usaha mengesan pesawat MH370.Kenyataan Haron itu dibuat susulan kritikan melulu oleh Naib Presiden PAS Mahfuz Omar dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kerajaan dalam menangani tragedi yang berlarutan sejak 11 hari lalu. 

"Ada kata pepatah berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.Yang memikul tugas ini adalah kerajaan dan saya secara jujur mengatakan kerajaan telah melakukan segalanya," katanya. 

Anwar dan Mahfuz memperlekehkan usaha kerajaan dalam menangani krisis itu dalam ceramah-ceramah mereka sempena pilihan raya kecil Kajang.

"Negara dalam krisis yang mereka dah tak mampu tangani.Tak kan DUN Kajang ini kita nak bagi kepada BN.Kalau bagi kepada BN,dengan tuan-tuan sekali kena culik,kena rampas," kata Mahfuz dalam ceramah di Stadium Kajang.

Pihak berkuasa Malaysia menyelaraskan gerakan mencari merentasi benua,membabitkan 24 negara dengan aset ketenteraan mereka,namun masih menemui jalan buntu.Haron kemudiannya menasihatkan rakyat negara ini khususnya keluarga penumpang penerbangan itu menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT.

"Tetapi segala-galanya itu masih lagi ada persoalan,segala yang terdaya oleh kita dalam menghadapi suasana tempat,masa dan keadaan yang kesemuanya kita rujuk kepada alam kebendaan.Kita tidak pernah terfikir apakah mungkin alam ini hanya ada alam benda atau nyata? Ada alam dunia sahajakah atau ada alam lain?," katanya. 

Justeru pengamal perubatan Islam ini tidak menolak sekiranya pesawat tersebut 'termasuk' ke alam lain. "Saya sekadar bertanya adakah kita lupa atau tak mahu mengambil kira alam ghaib dari maksud perlu ada kemampuan serta kebolehan untuk kita menembusi,mencari dan mengenali alam ghaib.Ini hanya berlaku apabila alam nyata tidak dapat menjawab bila alam yang kita lihat dengan mata tidak dapat menjawab,mungkin alam ghaib boleh menjawabnya" katanya. 

Menurut Haron,banyak persoalan timbul ekoran kehilangan pesawat itu yang secara tiba-tiba hilang daripada radar selain gagal dihubungi."Hilang daripada pandangan,besar kemungkinan ia termasuk ke dalam alam ghaib" katanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...