UMNO Online - “BRIM 3.0 Dilancar Pada 22 Feb – Najib” plus 6 more |
- BRIM 3.0 Dilancar Pada 22 Feb – Najib
- PRK Kajang: BN Tidak Akan Beri Laluan Mudah
- Suara Hati Johor Bakal Keluar Seawal April – Khaled
- Najib Rakam Penghargaan Kepada Taib Mahmud
- Polemik Video Teresa Tidak Menyumbang Pembangunan Negara – Khairy
- Kerajaan Beri Layanan Sama Rata Kepada Semua Kaum – Muhyiddin
- UMNO Kelantan Tumpu Isu Kos Sara Hidup Dan Agama – Mustapa Mohamed
BRIM 3.0 Dilancar Pada 22 Feb – Najib Posted: 08 Feb 2014 06:50 AM PST TAIPING, 8 Feb — Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 3.0 peringkat nasional akan dilancarkan pada 22 Feb ini manakala pengagihan bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pula diadakan pada 23 Feb, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana menteri berkata pemberian bantuan adalah seperti yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) yang mana jumlah BR1M dinaikkan dari semasa ke semasa dalam tempoh lima tahun sehingga mencapai RM1,200. “Pemberian BR1M ini juga akan diagihkan kepada golongan bujang. Kalau gula naik 34 sen banyak mana kita pakai gula sebulan, habis banyak dua kilogram cuma 68 sen. Yang kita nak beri ini melalui BR1M, bantuan persekolahan dan buku baucar jauh lebih besar daripada itu,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Wisma Umno Bukit Gantang di sini hari ini. Melalui Bajet 2014 yang diumumkam Najib pada Oktober lepas, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang layak menerima BRIM RM650 dan caruman takaful i-BR1M RM50. Perdana menteri berkata bagi mengurangkan beban rakyat, selain pemberian BR1M, kerajaan juga mengambil inisiatif dengan membina pasar tani, Kedai Rakyat 1Malaysia serta penguatkuasaan lebih tegas terhadap harga barang. “Sekarang ini harga barang telah stabil. Ini merupakan asam garam ekonomi tetapi pokoknya kita mesti terus bersandarkan kepada rakyat mesti didahulukan. “Kita tak mahu membebankan rakyat, kita cuma alihkan subsidi pukal kepada subsidi bersasar dan saya percaya subsidi bersasar ini adalah kaedah yang Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan mempersia-siakan mandat yang diberikan rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu. “Kita sedar dan saya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno sudah tentu sayalah amat sensitif dalam hal ini kerana parti keramat ini iaitu Umno mesti kita pertahankan sebagai parti yang berkuasa, berwibawa secara berterusan,” Najib berkata adalah tidak wajar pihak tertentu menyalahkan kerajaan berhubung kenaikan harga barang memandangkan kenaikan itu disebabkan pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan. |
PRK Kajang: BN Tidak Akan Beri Laluan Mudah Posted: 08 Feb 2014 06:44 AM PST KAJANG, 8 Feb — Barisan Nasional (BN) tidak akan memberi kemenangan mudah kepada pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, 23 Mac ini. Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak mustahil situasi boleh berubah jika penduduk setempat mahu melihat perubahan ke arah masa depan lebih baik yang mampu dilakukan BN di DUN berkenaan. “Tidak mustahil jika perubahan (berlaku) di Kajang, (iaitu) menukar anggota dewan undangan negerinya (kepada wakil BN) berlaku pada PRK ini. “Kita tahu Kajang mempunyai banyak permasalahan walaupun ia sebuah bandar di pinggir Kuala Lumpur. Bukan sahaja masalah berkaitan pembangunan, masalah sosial juga banyak,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Penjara Sejahtera di sini hari ini. Kerusi DUN Kajang kosong berikutan perletakan jawatan secara mengejut wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh pada 27 Jan. Penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac. |
Suara Hati Johor Bakal Keluar Seawal April – Khaled Posted: 08 Feb 2014 06:38 AM PST YONG PENG, 8 Feb — Suara Hati Johor, hasil kajian kerajaan negeri berhubung keperluan rakyat negeri ini, akan dikeluarkan seawal bulan April, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. “Suara hati Johor sedang disusun Indeks Petunjuk Prestasi (KPI). Bulan empat atau lima kita akan lancar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Badan Perhubungan MCA Johor di sini hari ini. Turut hadir dalam majlis sambutan itu ialah Timbalan Presiden MCA merangkap Pengerusi Perhubungan MCA Negeri Johor Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalannya yang juga Exco Johor Datuk Tee Siew Kiong. Suara Hati Johor, satu inisiatif untuk merakyatkan kerajaan, adalah berdasarkan lima perkara iaitu perumahan, keselamatan, agama, infrastruktur dan ekonomi. Kajian itu dijalankan dari 17 Jun hingga 24 Julai tahun lepas membabitkan sembilan penyelidik, tiga pegawai penyelidik dan 70 mahasiswa yang diuruskan oleh Universiti Teknologi Malaysia membabitkan peruntukan berjumlah RM200,000. Terdahulu, dalam ucapannya, Khaled berkata Barisan Nasional (BN) Johor bersedia membantu MCA Johor untuk merangka strategi dalam mengembalikan kegemilangannya di negeri itu sekali gus merampas kembali kerusi yang tewas pada pilihan raya umum ke-13. Beliau berkata BN Johor boleh membantu MCA dalam mengembalikan keyakinan masyarakat Cina kepada parti itu. Menyentuh tentang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang, Selangor, Khaled yang juga Pengerusi BN Johor, berkata BN Johor sedang bersiap sedia untuk menghantar jenteranya bagi membantu calon BN pada pilihan raya kecil itu. |
Najib Rakam Penghargaan Kepada Taib Mahmud Posted: 08 Feb 2014 06:34 AM PST TAIPING, 8 Feb — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan penghargaaan kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di atas jasanya memimpin negeri itu. Beliau berkata Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu telah membangunkan Sarawak ke tahap yang membanggakan. “Saya menghormati keputusan yang dibuat oleh Pehin Sri Taib. Beliau telah memaklumkan perkara ini terlebih dahulu kepada saya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Pecah Tanah Wisma Umno Bukit Gantang di sini, hari ini. Beliau ditanya mengenai spekulasi bahawa Abdul Taib akan bersara sebagai Ketua Menteri Sarawak tidak lama lagi. Najib berharap pemimpin yang bakal menggantikan Abdul Taib dapat memastikan pengaruh parti itu terus utuh pada masa akan datang. “Beliau telah meletakkan BN (Barisan Nasional) dan PBB sebagai parti yang unggul di Sarawak,” katanya. Di Kuching hari ini, Abdul Taib memberitahu media bahawa beliau akan membuat pengumuman penuh mengenai spekulasi persaraannya dua hari lagi. Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat majlis tertinggi PBB. |
Polemik Video Teresa Tidak Menyumbang Pembangunan Negara – Khairy Posted: 08 Feb 2014 01:48 AM PST KUALA LUMPUR 8 Feb – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menepis dakwaan bahawa pergerakan itu tidak bersuara mengenai polemik isu klip video sempena Tahun Baharu Cina oleh pemimpin DAP, Teresa Kok. Menurut beliau Pemuda Wilayah Persekutuan antara yang pertama membuat laporan polis berhubung isu berkenaan dan sewajarnya polemik tersebut tidak seharusnya dibiarkan berlarutan. "Secara peribadi 'bad comedy'……Sepatutnya beliau tidak merakamkan video seperti itu dan bagi saya tindakan untuk minta supaya dia ditampar dan diberikan tawaran wang ringgit untuk ditampar itu pun keterlaluan juga. Ye betul ramai marah…..dua-dua pun salah. Dalam masa yang sama, Pemuda Wilayah antara yang pertama buat laporan polis. Kalau kata Pemuda tak menyuarakan pun tak betul. "Ramai yang dah buat laporan polis…kenalah beri penjelasan. Kalau tak benda ini akan berlarutan. Benda ini tidak menyumbang kepada pembangunan negara. "Bagi jawapan apa hasil siasatan…jelaskan supaya kita tahu. Sampai tahap ada orang nak 'sepok' Teresa, saya tidak setuju….tidak mencerminkan agama Islam dan budaya Melayu. Kalau tanya saya, Teresa Kok punya Video pun tak betul, yang nak buat benda tu pun tak betul. Dua-dua tak betul.," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Aspirasi dan Kepimpinan Nasional bertemakan ‘Mengupayakan Generasi Malaysia’ di sini hari ini. Lebih 700 peserta yang terdiri daripada mahasiswa dalam dan luar negara serta para belia lain menyertai simposium berkenaan yang kali kedua diadakan. Kali pertama diadakan pada tahun lalu. Dalam perkembangan lain, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata penamaan calon bagi 119 kerusi Parlimen Belia Malaysia (PBM) akan berlangsung akhir bulan ini sementara pengundian pula diadakan Mac ini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata 200,000 belia berusia antara 18 hingga 40 tahun telah berdaftar sebagai pengundi dan proses pengundian itu akan berlangsung selama seminggu. “Persidangan pertama PBM dijangka diadakan pada April. Saya harap ramai calon akan bertanding, terutama belia yang tidak pernah terlibat dengan sebarang persatuan. Gunakan medium ini untuk membentuk kepimpinan,” katanya. |
Kerajaan Beri Layanan Sama Rata Kepada Semua Kaum – Muhyiddin Posted: 07 Feb 2014 10:43 PM PST MUAR, 8 Feb — Kerajaan mengamalkan dasar memberi layanan yang sama rata terhadap semua kaum atau kumpulan di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yang juga anggota Parlimen Pagoh berkata, masyarakat Orang Asli dan juga masyarakat pribumi lain di Sabah dan Sarawak turut menerima layanan dan bantuan daripada kerajaan tanpa sebarang diskriminasi. “Tidak ada diskriminasi daripada segi layanan kita (kerajaan) terhadap mana-mana masyarakat atau kaum di negara ini termasuk Orang Asli. Tidak ada perbezaan daripada segi layanan kita. “Dasar kerajaan adalah adil dan saksama terhadap semua,” katanya pada majlis ramah mesra dengan masyarakat Orang Asli di Kampung Tambak Dapur di Pagoh hari ini. Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, di antara soal yang paling dititikberatkan bagi pembangunan Orang Asli adalah pendidikan dan meminta ibu bapa masyarakat terbabit supaya tidak mengabaikan soal pendidikan anak-anak mereka. Kerajaan, kata Muhyiddin, menyediakan pelbagai bantuan kepada masyarakat Orang Asli bagi membolehkan anak-anak mereka berjaya di dalam bidang pelajaran. Di majlis yang sama juga, beliau mengumumkan peruntukan RM100,000 bagi membina taman permainan serta pelbagai kemudahan bagi rekreasi penduduk masyarakat Orang Asli di Kampung Tambak Dapur. Selain itu, katanya, kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah turut memperuntukkan RM500,000 bagi memperbaiki sistem bekalan air ke kampung itu. Menurut Muhyiddin, kerajaan sentiasa berusaha untuk mempertingkat kemudahan kesihatan masyarakat Orang Asli seluruh negara. |
UMNO Kelantan Tumpu Isu Kos Sara Hidup Dan Agama – Mustapa Mohamed Posted: 07 Feb 2014 10:40 PM PST KOTA BAHARU, 8 Feb — UMNO Kelantan akan memperkasa jentera penerangannya bagi memantapkan usaha memberi penjelasan kepada rakyat terutama berhubung isu agama dan peningkatan kos sara hidup. Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata perkara itu akan dilakukan pada kadar segera memandangkan kaedah sekarang dilihat kurang memberi kesan terutama dalam kalangan generasi muda. “Anak-anak muda ini mahu melihat kelainan dalam penerangan iaitu perlunya lebih inovatif dalam menyalurkan maklumat dan bukannya secara konservatif lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muzakarah Umno Kelantan, di sini hari ini. Menurut Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, isu seperti hudud, tahaluf siyasi dan kenaikan kos sara hidup perlu diutamakan oleh jentera penerangan Umno Kelantan bagi mengelak daripada terus dimanipulasi oleh parti pembangkang. Beliau juga mahu pemimpin dan anggota Umno itu berganding bahu membantu kerajaan pusat memberi penjelasan mengenai isu berbangkit, bukan menyerahkan tugas berkenaan kepada agensi kerajaan semata-mata. Mengenai muzakarah itu, Mustapa berkata beliau gembira dengan sambutan yang diterima kerana membuktikan semangat anggota Umno untuk menyaksikan Kelantan kembali ditadbir oleh Barisan Nasional suatu hari nanti masih kental. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment