BADUT RAKYAT |
- #TERESAKOK KENCING DUIT RAKYAT MALAYSIA ???
- #PRKKAJANG !!! #KHALIDIBRAHIM JADI PENGARAH !!! #AZMINALI JADI KULI ??? WAJIB BACA !!!
- #PRKKAJANG !!! BLOG CHRISTIAN UNITED 4 MALAYSIA BERI AMARAN KEPADA #PAS !!!
#TERESAKOK KENCING DUIT RAKYAT MALAYSIA ??? Posted: 07 Feb 2014 10:08 PM PST Bekas Penolong Kanan Teresa Kok,Tan Chee Chong menunjukkan 'Kung Fu' figurin Teresa Kok yang didakwa berjumlah RM40,000 tetapi sebenarnya ia ditaja oleh seseorang.Sekitar Febuari hingga Mac 2013 patung tersebut dikatakan akan dijual kepada orang ramai dalam kempen PRU13 bagi meraih undi.Kos untuk pembelian bagi setiap patung adalah sebanyak RM6 manakala RM16 pula harga jualan sekaligus mengaut keuntungan kasar RM14 bagi setiap unit dan RM112,000 nilai keseluruhan. "Satu sen pun (keuntungan) tidak masuk akaun parti sedangkan ia merupakan aset," katanya. DAP memang pandai berpura pura....baik didepan.... belakang...tiada siapa yang tahu APA KATA ANDA ??? |
#PRKKAJANG !!! #KHALIDIBRAHIM JADI PENGARAH !!! #AZMINALI JADI KULI ??? WAJIB BACA !!! Posted: 07 Feb 2014 06:00 PM PST Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution baru-baru ini mengumumkan perlantikan Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengarah pilihanraya kecil Dun Kajang.Melalui kenyataan ringkas yang dikeluarkan,Saifuddin menjelaskan perlantikan Khalid itu bagi memastikan kelancaran gerak kerja jentera pilihan raya sekali gus dapat mempertahankan kerusi tersebut yang telah dimenangi PKR pada PRU13, tahun lalu. "Demi menghadapi PRK Dun Kajang yang akan diadakan tidak lama lagi,PKR telah membuat beberapa lantikan khusus untuk memastikan kelancaran gerak kerja jentera pilihan raya.Insya-ALLAH dengan ini jentera pilihan raya PKR akan dapat bergerak dengan berkesan demi membawa kemenangan kepada parti, PR dan rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan sebelum ini. Yang menjadi persoalannya ialah,dimanakah peranan Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali yang juga merupakan Pengerusi PKR Selangor ??? Apakah ini bermaksud Anwar tidak lagi percaya pada Azmin yang suatu ketika dahulu merupakan 'anak emas' kepadanya ??? Menurut pemerhati politik,perlantikan Khalid ini secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa PKR cuba meminggirkan Azmin.Dalam bahasa mudah ia adalah merupakan gerakan halus untuk 'memulaukan' Azmin dari terus campur tangan dalam politik dan kepimpinan negeri.Ini kerana sekiranya dilihat dari hireiki kepimpinan parti,jawatan Azmin lebih tinggi daripada Khalid dan sewajarnya diberikan tugas dan tanggungjawab untuk mengetuai jentera parti yang melibatkan politik.Malah sekiranya dirujuk kepada kenyataan Anwar sebelum ini,dia secara sinis mengatakan Khalid bukanlah merupakan seorang ahli politik yang baik. Malah perkara itu turut diakui oleh Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kayat melalui salah satu program wawancara sebelum ini. Menurut Suhaizan,selepas diberikan penerangan berhubung kemelut politik di Selangor,dia akhirnya bersetuju dengan keputusan PKR untuk meletakkan Anwar bertanding di Kajang.Ini kerana menurutnya Khalid perlu dibantu oleh Anwar kerana dia bukan merupakan ahli politik yang baik.Sekiranya Khalid bukan merupakan ahli politik yang baik,apa rasionalnya dia di lantik sebagai Pengarah Pilihanraya ??? Jadi benarlah tanggapan sebelum ini yang mengatakan kehadiran Anwar di Selangor adalah untuk mengawal dan sekaligus 'membunuh karier' politik Azmin.Paling menarik,apabila sumber tertinggi PKR turut mendedahkan,Anwar,Khalid dan Wan Azizah sebenarnya sudah tidak tahan lagi dengan karenah Azmin yang semakin 'menjolok mata'.Oleh itu dengan kehadiran Anwar di dalam kerajaan negeri,masalah ini dijangkan dapat diselesaikan.Khalid juga dikatakan akan dilantik semula sebagai Pengerusi PKR Selangor yang sebelum ini telah 'dirampas' oleh Azmin.Patutlah sejak kebelakangan ini kelibat Azmin semakin sukar dilihat terutama dalam program-program yang melibatkan Anwar.Nampaknya peranan dan jawatannya sebagai orang no 2 parti,sudah tidak lagi diperlukan,walaupun pada suatu ketika dahulu dia adalah merupakan pendokong dan penyokong utama Anwar. Bak kata pepatah,dapat gading bertuah,tanduk tidak berguna lagi. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
#PRKKAJANG !!! BLOG CHRISTIAN UNITED 4 MALAYSIA BERI AMARAN KEPADA #PAS !!! Posted: 07 Feb 2014 04:00 PM PST Kami di CU4M mendapat berita bahawa Parti Islam Se-Malaysia akan bertanding di Dun Kajang.Apakah natijahnya pihak PAS ingin melakukan perkara tersebut.Adakah ianya untuk menyekat kebebasan yang akan pasti dibawa oleh Anwar Ibrahim di dalam negeri Selangor ini? Kami ingin mengingatkan pihak PAS bahawa PAS tidak mampu untuk menjaga kebajikan rakyat Selangor. Kononya sebagai parti bumiputera terkuat di dalam Pakatan Rakyat,PAS harus sedar bahawa mereka tidak mampu untuk melaksanakan apa yang diperlukan oleh rakyat Selangor. Sebab itulah mereka gagal dalam usaha untuk memgang tampuk pemerintahan negeri tersebut.Jika mereka yang terkuat,maka kenapa tiada seorang pun diantara mereka yang memantau pergerakan JAIS semasa mereka menindas orang Kristian di Selangor? Amaran kepada PAS.Jika mereka menguji kekuatan kami,mereka akan GAGAL. Anwar Ibrahim For Kajang! ANDA NAMPAK TAK STRATEGI SEBENAR BLOG INI ??? APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment