UMNO Online - “Provokasi Melampau Agama, Kaum Hasil Pemikiran Politik Sempit Pembangkang” plus 9 more |
- Provokasi Melampau Agama, Kaum Hasil Pemikiran Politik Sempit Pembangkang
- Usaha Serius Kerajaan Tangani Kenaikan Harga Barang Tolak Tohmahan Pembangkang
- UMNO Perlu Sesuaikan Diri Untuk Kekal Relevan – Najib
- Adun PKR Kajang Letak Jawatan Wakil Rakyat
- Ada Pihak Cuba Timbulkan Provokasi Agama – Jamil Khir
- Sempena 40 Tahun Persahabatan, CPC Mahu Eratkan Lagi Kerjasama Bersama UMNO
- Poster Provokasi, Guan Eng Perlu Bertanggungjawab
- Mara Plans To Relocate Selayang GiatMara Centre
- Govt Finding Ways To Make Projects Resistant To Disasters
- Fire And Rescue Dept Receives 400 New Fire And Rescue Engines
Provokasi Melampau Agama, Kaum Hasil Pemikiran Politik Sempit Pembangkang Posted: 27 Jan 2014 02:57 AM PST KUALA LUMPUR, 27 Jan – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Fairus Khairuddin berkata provokasi demi provokasi melampau dan biadap mempergunakan isu kaum dan agama yang semakin menjadi-jadi hari ini adalah hasil daripada pemikiran politik sempit dan terdesak yang didalangi oleh pembangkang di negara ini. Menurut beliau, politik perkauman dan agama hari ini telah menjadi senjata ampuh pembangkang bagi memecahkan solidariti rakyat dalam usaha memperkukuhkan politik pembangkang di negara ini. "Inilah yang dinamakan kaedah Divide and Rules di mana setelah pembangkang gagal dalam PRU yang ke 13 baru-baru ini, mereka terus menjaja dan menjadikan isu-isu agama serta kaum sebagai senjata utama mereka memecah belahkan rakyat. "Sebab itu kita lihat hari ini pelbagai provokasi baik dari sudut perbuatan mahupun kecaman biadap yang menjurus soal agama dan kaum semakin melampau dan menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. "Ini merupakan taktik pembangkang untuk membangkitkan tekanan yang bersifat perkauman dan agama, bagi menjadikan hubungan antara rakyat berbilang bangsa di negara ini semakin tegang," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. Beliau melihatkan situasi ini sebagai satu perkembangan yang tidak sihat untuk kestabilan dan ekonomi negara di mana sekiranya provokasi seperti ini diteruskan, maka besar kemungkinan boleh tercetusnya pergaduhan yang melibatkan soal kaum dan agama. "Saya juga menuntut agar Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan setegas-tegasnya kepada mana-mana individu atau pemimpin politik yang menghasut rakyat dengan membangkitkan isu-isu sensitif dalam soal agama dan kaum. "Sebagai contoh, isu guru berbangsa Cina yang menyuruh anak muridnya berbangsa Melayu memakan rumput sepatutnya dikenakan tindakan dengan memecatnya dari jawatan guru. Bagi saya tidak cukup dengan pertukaran sekolah saja. "Begitu juga dengan tindakan sesetengah pihak yang menggantung sepanduk provokasi berkaitan agama yang jelas melanggar undang-undang negara perlu diambil tindakan tegas. "Sekiranya dibiarkan tanpa sebarang tindakan tegas, saya yakin provokasi seperti ini akan lebih menjadi-jadi sehingga boleh mengundang sesuatu yang buruk kepada keamanan dan kestabilan negara," tegasnya. -MediaUMNO |
Usaha Serius Kerajaan Tangani Kenaikan Harga Barang Tolak Tohmahan Pembangkang Posted: 27 Jan 2014 02:52 AM PST KUALA LUMPUR 27 Jan – Pelbagai tohmahan yang dilontarkan terhadap kerajaan kononnya tidak serius terhadap kenaikan harga barang ditempelak oleh Pengerusi Skuad Pengguna Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Ar Rahman Hussin yang melihatnya sebagainya satu tuduhan yang tidak berasas. Menurut beliau usaha dan langkah yang diambil oleh kerajaan menerusi kementerian serta agensi yang terlibat berhubung perkara itu boleh dilihat dan dinilai menerusi pelbagai tindakan dan alternatif telah diambil oleh kerajaan sehingga hari ini. Jelasnya penguatkuasaan terhadap harga barang kawalan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) contohnya, dilihat sedikit sebanyak dapat membendung segelintir peniaga yang menaikkan harga yang tidak berkadaran. "Begitu juga kita dapat lihat bagaimana agensi dan pertubuhan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) yang memainkan peranan dengan menawarkan produk-produk makanan dengan harga lebih murah. "Ini merupakan alternatif yang diambil oleh kerajaan dalam usaha memastikan pengguna tidak terbeban dengan segelintir mereka yang cuba mengaut keuntungan secara mudah tanpa melihat kepada situasi yang sebetulnya. "Malah kita menerusi Skaud Pengguna Pemuda UMNO turut terpanggil untuk membantu dalam soal ini seperti membuat pemantauan dan melaporkannya kepada pihak berkenaan di seluruh negara. "Ini adalah sebahagian yang dapat kita kongsikan di sini. Sebenarnya kerajaan cukup serius dalam soal ini sehingga penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Menangani Kos Sara Hidup yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya kepada UMNO-Online di sini. Beliau yang juga Pengerusi Biro Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup Pemuda UMNO seterusnya menambah jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan akan campur tangan jika mekanisme harga yang ada ketika ini tidak berfungsi dengan baik menunjukkan keseriusan kerajaan terhadap perkara berkenaan. "Jadi kepada mereka yang melemparkan pelbagai tohmah bahawa kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam soal ini adalah satu tohmahan yang tidak sepatutnya dan hanya sekadar untuk memburukkan kerajaan," ujarnya. Kata beliau lagi pengguna juga boleh memainkan peranan masing-masing untuk bersama-sama dengan kerajaan membanteras permasalahan ini. "Kita faham kadangkala sesetangah peniaga perlu menaikkan harga barangan, namun janganlah keterlaluan kerana ianya akan menambah bebanan kepada rakyat. Mereka yang menaikan secara keterlaluan inilah yang kita sepatutnya boikot dan laporkan kepada pihak berkenaan," katanya. -MediaUMNO |
UMNO Perlu Sesuaikan Diri Untuk Kekal Relevan – Najib Posted: 27 Jan 2014 02:45 AM PST KUALA LUMPUR, 27 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata UMNO perlu menyesuaikan diri dengan perubahan semasa untuk kekal relevan di mata rakyat. Beliau mencatatkan demikian dalam laman Twitternya hari ini ketika merujuk kepada pautan satu berita Bernama semalam. Dalam laporan berita itu, Najib dipetik sebagai berkata UMNO perlu bijak meneliti perubahan demografi serta melakukan penyesuaian terhadap dasar-dasar yang ditunjanginya. Ia bertujuan mengelakkan parti itu daripada ditolak masyarakat bandar dan dilihat hanya sebagai sebuah parti untuk orang luar bandar. |
Adun PKR Kajang Letak Jawatan Wakil Rakyat Posted: 27 Jan 2014 02:38 AM PST SHAH ALAM. 27 Jan - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut berkuatkuasa serta-merta pada Isnin. Perkara itu diumumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh dalam satu sidang media tergempar di Dewan Annexe di sini petang Isnin. “Pada hari ini, 27 Januari 2014 saya telah menerima perletakan jawatan daripada Adun Kajang. Lee Chin Cheh berjumpa dengan saya dan menyerahkan surat pelepasan keahliannya hari ini. “Selaras dengan undang-undang tubuh perkara 68 bahawa seseorang Adun boleh melepaskan keahliannya melalui surat dibawah tandatangannya yang ditujukan kepada speaker. “Maka dengan ini saya isytiharkan kerusi N25 Kajang telah dikosongkan,” katanya. Justeru itu, beliau berkata selaras dengan Fasal 5 perkara 70 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh kekosongan tersebut. Menurut Hannah, beliau akan memaklumkan mengenai kekosongan itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pagi Selasa. “Hari ini dah tak sempat nak beritahu. Saya akan maklumkan kepada SPR pagi esok (Selasa) bagi memberi laluan Pilihan Raya Kecil diadakan,” katanya. Ketika diasak media apakah punca peletakan jawatan Lee, Hannah berkata beliau (Lee) tidak menyatakan sebarang alasan di dalam surat tersebut. “Anda patut tanya beliau sendiri mengenai alasan peletakan jawatan itu. Tugas saya sebagai Speaker hanyalah dimaklumkan mengenai perkara itu dan saya telah menerima surat daripadanya,” kata Hannah yang juga Adun Subang Jaya. Ketika ditanya sama ada peletakan jawatan itu ada kena mengena dengan kemelut dalaman membabitkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Adun Gombak, Mohamed Azmin Ali, Hannah menjawab,”tiada komen.” “Saya tak nak komen mengenai perkara itu. Malah saya turut terkejut dengan peletakan jawatan Lee,” katanya. Sementara itu, ketika ditanya sama ada peletakan jawatan tersebut dilakukan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang, Hannah berkata, beliau enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu kerana ia hanyalah khabar angin. “Saya tak nak komen mengenai calon kerana berita tentang Anwar hanyalah khabar angin. Apa yang boleh saya katakan, hari ini kerusi N25 (Kajang) telah dikosongkan dan kerusi itu milik PKR ,” katanya. -mstar.com.my |
Ada Pihak Cuba Timbulkan Provokasi Agama – Jamil Khir Posted: 27 Jan 2014 02:37 AM PST KOTA KINABALU, 27 Jan – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan perbuatan menggantung kain rentang berkaitan kalimah Allah di beberapa lokasi di Pulau Pinang sebagai perbuatan memprovokasi agama oleh golongan tidak bertanggungjawab. Sambil mengutuk tindakan berkenaan, Jamil Khir berkata perbuatan itu bukan sahaja perlu dilihat dari sudut pertentangan agama semata-mata. Perbuatan itu boleh menyebabkan pergaduhan malah kejadian lebih buruk sekiranya ia tidak dikendalikan dengan baik. “Kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan dan perbuatan menggantung kalimah itu. Tetapi semalam saya menghubungi Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan kita minta mereka bekerjasama dan telah membuat laporan polis. Pihak gereja sendiripun dah bagi tahu bahawa mereka tidak terlibat sebab (kain rentang) di pasang di luar (gereja) dan ada provokasi (oleh) orang lain. “Jadi kalau kita tengok, jangan tengok satu sudut sahaja tetapi keseluruhan kes itu. Maknanya di sana ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab cuba memprovokasi yang berkaitan agama,” katanya selepas melawat Jabatan Kehakiman Syarie Sabah. Jamil Khir mengulas insiden kain rentang bertulis ‘Allah is Great (Allah Maha Besar), Jesus is the son of Allah’ (Jesus adalah anak lelaki Allah) dilihat digantung di perkarangan beberapa buah gereja dan sebuah perhentian bas di Pulau Pinang. Beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak melakukan provokasi melampau, lebih-lebih lagi berkaitan dengan agama dan kepercayaan, kerana penganut agama sanggup mempertaruhkan apa juga malah nyawa sendiri untuk mempertahankan pegangan dan kepercayaan masing-masing. “Jadi sebab itu, kita selalu ingatkan bahawa hal provokasi melampau ini akan menyebabkan keharmonian masyarakat yang sedia kita akui dihormati dan disegani oleh orang akan terganggu,” katanya. Mengenai nisbah jumlah hakim dengan kes-kes yang dikendalikan Mahkamah Syariah, Jamil Khir berkata nisbah itu masih relevan namun Jabatan Kehakiman Syarie Malaysia (JKSM) sentiasa meneliti perkembangan semasa serta keperluan yang mungkin timbul. Katanya jika berlaku pembesaran atau peningkatan mahkamah syariah termasuk dari segi ruang lingkup hukuman maka JKSM sentiasa bersikap memandang ke hadapan dan bersedia meneliti keperluan semasa termasuk menambah perjawatan. |
Sempena 40 Tahun Persahabatan, CPC Mahu Eratkan Lagi Kerjasama Bersama UMNO Posted: 27 Jan 2014 01:09 AM PST KUALA LUMPUR, 27 Jan – Pemerintah kuasa besar dunia, Parti Komunis China (CPC) dan UMNO akan mengeratkan hubungan antara parti melalui sambutan 40 tahun ikatan persahabatan yang akan berlangsung tahun ini. Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, H.E. Huang Hui Kang menganggap hubungan antara CPC dengan UMNO amat istimewa kerana ia terjalin bukan hanya membabitkan kepentingan politik antara kedua-dua parti tetapi juga melibatkan nilai dan idea yang turut dikongsi bersama. "Kami mengharapkan agar hubungan diplomatik yang terjalin selama 40 tahun ini akan dapat diraikan bersama dengan kerana kerjasama yang terjalin tersebut telah melibatkan banyak perkongsian dalam pelbagai lapangan," katanya Beliau berkata demikian dalam kunjungan hormat kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di pejabatnya hari ini sebagai langkah baharu selepas mengambil alih jawatan terbabit dari duta sebelumnya. "Kita bukan hanya mahu berkongsi idea tetapi juga mempelajari struktur perkembangan UMNO yang telah berjaya membawa negara ini dikagumi dipersada antarabangsa biarpun hidup dalam masyarakat yang pelbagai kaum," katanya. Hubungan akrab antara UMNO dan CPC bermula dengan kunjungan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein ke China bertemu dengan Mao Tse Dong pada tahun 1974 dan hubungan tersebut berlanjutan sehingga kini dengan diperbaharui dalam perjanjian persefahaman pada tahun 2010. Sejak itu delegasi antara kedua-dua parti saling berkunjung sambil bertukar-tukar idea dan berkongsi pengalaman dalam soal politik pembangunan untuk diaplikasikan di negara masing-masing. Menerusi pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin sepakat untuk saling bertukar delegasi dalam jumlah yang besar sebagai tanda pengiktirafan kepada hubungan yang telah terjalin selama 40 tahun. "Bersempena 40 tahun ikatan persahabatan yang terjalin, seramai 100 orang delegasi yang diwakili oleh golongan muda pelbagai lapisan dari CPC akan berkunjung ke Malaysia dan berharap agar UMNO juga dapat mengadakan kunjungan ke China. Ujarnya, CPC mengagumi perjuangan UMNO dan amat berbangga dengan adanya hubungan akrab yang terjalin antara kedua-dua parti. "Sejak dari awal lagi, UMNO tidak pernah jemu dan terus berusaha memastikan kesinambungan kedaulatan, kebebasan dan perpaduan di Malaysia," katanya. Dalam ucapan balasnya, Tengku Adnan turut berbesar hati dengan cadangan yang diberi dan berharap agar sambutan meraikan ulang tahun ke-40 hubungan CPC dan UMNO akan dapat mempromosikan perpaduan, kebudayaan dan keharmonian antara dua negara. Sebelum itu, beliau turut menerima kunjungan hormat dari Duta Besar Qatar, H.E. Essa Mohamed Al-Manai yang baru sahaja menjawat jawatan terbabit dan berbesar hati untuk meningkatkan hubungan antara dua negara melibatkan UMNO sebagai tulang belakang kerajaan. Turut dakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Agung UMNO ialah Ketua Biro Politik Hamas, Osma Hamdan. – MediaUMNO |
Poster Provokasi, Guan Eng Perlu Bertanggungjawab Posted: 27 Jan 2014 12:59 AM PST KUALA LUMPUR 27 Jan – Wanita UMNO mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bertanggungjawab terhadap pemasangan kain rentang provokasi melampau di negeri berkenaan sehingga menimbulkan rasa tidak senang di kalangan umat Islam. Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Wanita UMNO mendesak Guan Eng bertanggungjawab perkara itu kerana kebelakangan ini banyak isu-isu sensitif yang sengaja dibangkitkan oleh pihak tertentu berlaku di Pulau Pinang. Menurutnya, provokasi sebegitu boleh menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakyat yang boleh memberi kesan kepada suasana seharian masyarakat pelbagai agama dan kaum di negara ini. "Wanita UMNO meminta Guan Eng bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku, banyak perkara isu-isu yang sensitif dimanikan di negeri itu. "Sebagai Ketua Menteri, dia seharusnya memastikan perkara sebegitu tidak berlaku di negerinya, walaupun Guan Eng tidak tahu menahu perkara itu, namun sebagai Ketua Menteri, dia harus bertanggungjawab," katanya selepas memepengerusikan Mesyuarat Exco Wanita UMNO.-MediaUMNO Ikuti butiran lanjut di UMNO youtube. |
Mara Plans To Relocate Selayang GiatMara Centre Posted: 27 Jan 2014 12:56 AM PST KUALA LUMPUR, Jan 27 – Majlis Amanah Rakyat (Mara) plans to relocate the Selayang GiatMara Centre following the Selangor government’s order for it to vacate the land by year-end. Its director-general, Datuk Ibrahim Ahmad said preferable Mara would like to stay put by purchasing, leasing or gazetting the land, but since it was given one year to move out, Mara would rather relocate it. “We will find a suitable site to relocate the centre,” he told reporters after attending the Maulidur Rasul celebration at the Mara Headquarters here today. The Gombak Land and District Office had reportedly written to the Selayang GiatMara Centre on Dec 2 last year, stating the Selangor State Executive Council wanted the centre to vacate the land by Dec 10 this year. However, Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim said the state government was willing to reconsider its decision to close down the Selayang GiatMara centre if the management agreed to improve its existing facilities and operations. Ibrahim said 86 GiatMara centres nationwide occupied sites and premises owned Mara while 145 others took up rented premises or abandoned sites. “GiatMara provides technical and vocational training to the community, especially young people to acquire skills and semi-skills needed for the country’s development,” he said. Set up in 1994, the Selayang GiatMara Centre offers electrical wiring certificate courses. |
Govt Finding Ways To Make Projects Resistant To Disasters Posted: 27 Jan 2014 12:54 AM PST KUANTAN, Jan 27 – The Public Works Ministry has always been looking into the best mechanism to build strong and durable projects capable of withstanding disasters such as floods and landslides to offset losses. Its minister, Datuk Fadillah Yusof said projects damaged due to natural disasters would be repaired quickly after they were analysed and examined in terms of the method and material used. “We will always find ways and do some research so that we can apply new technologies in repairing damaged roads, bridges or slopes, particularly due to floods so that the durability could be improved. “We will also continue to do technological research and development by using the best materials and latest methods to reduce projects vulnerability to disasters,” he told reporters after launching the painting of the contractors service centre in Taman Sepakat here today. Some RM56.9 million is needed to repair roads, bridges and slopes damaged during recent floods in Terengganu, Pahang and Johor, he said, adding that RM41.5 million of the amount was for Pahang, Terengganu (RM10.3 million) and Johor (RM5.1 million). “Other states such as Sarawak and Kelantan have yet to submit their reports on losses due to floods. We will analyse their problems and find ways to address them,” he said. On road widening work between Kemaman and Kuantan Port in Sungai Ular near here, he said the first phase of the project covering a distance of three km costing RM19.8 million would be completed in July. “An allocation is being worked out to build the second phase of the project covering a distance of nine km costing RM180 million. The construction entails building two bridges and three flyovers,” he added. |
Fire And Rescue Dept Receives 400 New Fire And Rescue Engines Posted: 26 Jan 2014 11:01 PM PST PUTRAJAYA, Jan 27 - The Malaysian Fire and Rescue Department today received 400 units of new fire and rescue engines worth RM405.8 million to improve its services. The new engines comprised 100 units of Fire Rescue Tender worth RM171 million, 200 units of Emergency Response Service worth RM98 million and 100 units of Prime Mover with 20,000-litre water tank trailer worth RM136.8 million. Deputy Urban Wellbeing, Housing and Local Government Minister Datuk Halimah Mohd Sadique said the handing over of the equipment proved that the government was always committed to improve the people’s wellbeing. “With the new engines, we hope the department will not only improve its services and response time, but will also help in its efforts to save lives and property,” she told a press conference after gracing the handing-over ceremony of the new engines here today. She said the engines would be deployed and stationed at strategic locations nationwide. Meanwhile, Malaysian Fire and Rescue Department director-general Datuk Wan Mohd Noor Ibrahim said the department received 68,280 distress calls last year. Of the total, 33,640 were concerning fire, 33,068 were for rescue operations and humanitarian services, while the remaining were for special tasks, he said. A total of 469 fake fire calls were also received last year, he added. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment