BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! @KHAIRYKJ MENGAMUK !!! INI LAH KETUA PEMUDA UMNO YANG SEBENAR !!!

Posted: 27 Jan 2014 07:30 AM PST


tu dia !!! Ketua Pemuda UMNO mengamuk.YB Khairy dalam tweet beliau,beliau menulis 'cikgu lembu' patut dibuang dari perkhidmatan. bukan dipindah sahaja.tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin di atas ketegasan anda di twitter.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#KALIMAHALLAH !!! PERPADUAN ANAK NEGERI SABAH (PAN) NAK BERPERANG DENGAN ISLAM ???

Posted: 27 Jan 2014 04:13 AM PST


Sebuah kumpulan Kristian yang diberi nama Perpaduan Anak Negeri Sabah (PAN) dikhabarkan mengadakan program 'Mamangkis' di Ranau untuk mendesak Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan berkenaan kalimah Allah untuk Kristian Bumiputera.Program ini adalah lanjutan dari kenyataan Pengerusi PAN Esther Golingi,yang disiarkan di laman Catholic Diocese of Melaka-Johor


UNTUK SELANJUTNYA

pada 30 Disember lalu.Dalam kenyataan tersebut,Esther menuduh kerajaan UMNO sebagai menafikan hak beragama,mengkhianati pribumi Sabah  dan melayan mereka sebagai warga kelas dua,mengamalkan Apartheid serta mengIslamkan mereka secara paksa dan penipuan.Esther mengakhiri kenyataannya dengan laungan 'Mamangkis' seperti berikut :  

"Hari ini,adakah kita bersedia untuk mamangkis dengan laungan perang? Kalau ya,mari kita asingkan dirinya kepada Tuhan kita,Tuhan yang Kudus Esok,kita akan membawa mamangkis ke pendalaman (mamangkis masuk kampung ) bermula dengan Ranau.Orang yang menyiapkan kuda untuk berperang,tetapi Tuhan yang memberikan kemenangan." 

Dari kenyataan Esther,tidak salah jika kita mentafsirkannya sebagai paluan 'gendang perang' terhadap kerajaan,kalau pun bukan terhadap Islam.Kenyataan Esther jelas berbentuk fitnah terhadap kerajaan namun tidak perlulah kita membuang masa berhujah bagi menangkisnya kerana,jika tuduhan tersebut benar,maka PAN tidak mungkin wujud dan Esther juga tidak mungkin dapat mencabar kerajaan sebegitu rupa.keberanian Esther menghasut penganut Kristian untuk mencabar Perdana Menteri dan menentang kerajaan serta perlembagaan, membuktikan yang beliau sendiri sedia maklum bahawa kebebasan beragama begitu segar di sini dan tidak kira penganut agama apa jua bebas sebebas-bebasnya untuk bersuara di Malaysia dan nampaknya,kebebasan ini telah disalahgunakan oleh Esther.Esther secara langsung mengajak penganut Kristian berperang dan tentulah seruan seperti ini mampu membawa kepada keganasan dan pertumpahan darah.Sikap tidak bertanggungjawab Esther tidak harus dipandang ringan oleh kerajaan.Sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas dalam mengawal isu kalimah Allah dari terus dipermainkan.jelas,isu ini bukanlah satu isu agama,tetapi isu politik semata-mata.Kedudukan Sabah Sarawak yang menjadi deposit tetap parti Barisan Nasional sentiasa meresahkan pembangkang.Satu-satunya cara untuk menggugat kedudukan BN di kedua negeri itu ialah dengan memburukkan imej kerajaan sebagai kononnya kejam dan zalim.Malang bagi pembangkang kerana mereka tidak dapat membuktikan kekejaman mahupun kezaliman BN terhadap rakyat Sabah Sarawak.

Justeru,mereka memilih untuk menghasut melalui isu agama biarpun ia mampu membawa akibat buruk kepada rakyat di sana.Ini bukan kali pertama pembangkang memperjudikan nasib dan nyawa rakyat.Peristiwa Lahad Datu adalah bukti kukuh bahawa pembangkang tidak pedulikan rakyat dan sanggup melakukan apa saja untuk berkuasa.Bukti yang dikumpul oleh kerajaan Fillipina jelas menunjukkan adanya tangan pembangkang dalam tragedi berdarah itu.Memandangkan Lahad Datu masih tidak mampu menggoyahkan kedudukan BN,maka isu kalimah Allah pula digunakan untuk mencetuskan ketegangan.Malang sekali apabila ada di kalangan penganut Kristian di Sabah Sarawak yang terpedaya dan termakan hasutan pembangkang.Amatlah sedih jika mereka ini benar- benar ingin mengajak kerajaan atau umat Islam berperang tanpa memikirkan akibat kepada negeri,negara, keluarga dan diri sendiri. Seharusnya mereka kembali berfikir secara rasional dengan melihat kepada fakta kes.  Faktanya, Sabah dan Sarawak langsung tidak terlibat dengan isu kalimah Allah.Penganut Kristian di sana boleh saja menggunakan kalimah itu atau apa jua nama yang ingin diberikan kepada Tuhan mereka.Had penggunaan kalimah Allah terhadap bukan Islam hanya merangkumi negeri-negeri di Semenanjung atau lebih tepat, dalam isu ini, di Selangor.  

Esther dan penganut Kristian tidak patut berbohong mengenai tiadanya kebebasan beragama sedangkan gereja Kristian boleh didapati di mana-mana di sana,di setiap beberapa kilometer jarak perjalanan.Justeru,saya ingin bertanya kepada orang-orang Kristian ini,kenapa mereka perlu berbohong kononnya ditindas ??? Sedarkah bahawa matlamat pembangkang,terutamanya DAP untuk menakluk kedua-dua negeri itu adalah bermotifkan keuntungan dari segi keluasan tanah dan sumber alamnya ???  Apakah rakyat Sabah Sarawak masih belum belajar dari kesilapan bumiputera di Pulau Pinang dan Selangor ??? Usahlah diundang bala kepada diri sendiri dengan mengajak kepada peperangan.Kembalilah kepada ajaran Kristian yang sebenar kerana kita pasti agama Kristian juga mementingkan keamanan.Di masa yang sama,saya ingin mendesak kerajaan agar mengambil tindakan segera dan tegas terhadap Esther kerana menghasut dan mengajak kepada 'peperangan'.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! DI MANA LETAKNYA MARUAH KITA ???

Posted: 27 Jan 2014 12:30 AM PST


mulanya saya cuba bersangka baik dengan apa yang menimpa seorang guru mualaf di SJKC Nan Ya,Kota Tinggi, Johor,atas nama dakwah.Tetapi setelah lama mengikuti isu ini,ditambah oleh sebuah syarikat pembinaan yang menghalau artis bertudung dalam majlisnya,menjadikan saya jadi geram.Mana tidaknya,lembaga sekolah tersebut telah memaksa guru mualaf untuk membuka tudungnya dan diancam keselamatannya jika tidak berbuat demikian.Sedihnya,apabila guru tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa,beliau ditukarkan serta-merta ke sekolah lain.Peliknya,tiada tindakan tegas dikenakan terhadap kepimpinan SJKC tersebut.Mana keberanian kita? Mana dia pemimpin yang memperjuangkan Islam dan hak asasi manusia ini? Kejam sungguh kita semua.Kena pada orang Islam,tak apa.Kena pada bukan Islam,heboh 1Malaysia. 

Saya ingatkan orang bukan Islam telah insaf dan memahami perkara asas mengenai Islam.Maklumlah sudah lama tinggal di tanah air tercinta ini.Paling kurang memahami kedudukan Islam selaku agama negara.Rupa-rupanya tidak.Apabila ada desakan mahukan tindakan disiplin diambil terhadap ahli lembaga sekolah tersebut,maka kita pun berkata ini isu kecil dan hanya permainan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ekonomi yang lebih meruncing.Apa semua ini? Lebih meloyakan, ketika pengerusi lembaga dan guru besar sekolah tersebut memohon maaf secara terbuka,maka kita pun beramai-ramai datang memberikan sokongan dan tepukan. Sambil bersalaman dengan guru mualaf tersebut,guru besar itu berkata : "Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni,sesuai dengan slogan 1Malaysia". 

Kita pun tutup fail.Wah…senang sungguh.Mudah sangat hidup di Malaysia.Bila bukan Islam buat salah,minta maaf,selesai,atas alasan 1Malaysia.Bila kita buat silap,maka dikatakan bertentangan dengan 1Malaysia.Maka kita terus salah,mereka terus betul.Apakah kita sudah lupa isu pengetua SMK Tunku Abdul Rahman,Kulaijaya yang didakwa mengeluarkan 'ucapan rasis' pada tahun 2010? Seluruh media ultra kiasu menghentam habis-habisan pengetua tersebut. Langsung tidak diberikan peluang untuk membela diri.Desakan demi desakan dilakukan agar beliau dipecat dan ditukar. Julai dan Ogos 2013, pengetua SMK Alam Megah,Shah Alam, turut menerima nasib sama kerana dikatakan memberi ucapan rasis. September 2013, guru penolong kanan SMK Engku Husin Semenyih,Kajang,pun turut menjadi mangsa.Pada Julai 2013 apabila gambar murid bukan Islam SK Sri Pristana "makan di tandas" semasa bulan Ramadan tersebar,sekali lagi seluruh media ultra kiasu dikerah untuk melondehkan isu tersebut sehingga habis FB guru besar turut digodam. Pelbagai tuduhan dibuat tanpa langsung memberi peluang kepada beliau membela diri. 

Beliau dan keluarga dimalukan,dihina dan dikecam sehingga anak beliau sendiri merayu dan menulis di status FB jangan diganggu ayah beliau lagi.Namun,dalam isu guru mualaf dan SJKC ini,semua media ultra kiasu senyap sepi.Kenapa tidak sensasikan isu ini dan memaksa guru besarnya dipindahkan atau meletakkan jawatan? Jawapannya mudah,mereka sekapal.Saya yakin,penghinaan ke atas guru mualaf tersebut dan artis bertudung,sengaja dilakukan.Peliknya,guru mualaf tersebut yang ditukarkan ke sekolah lain,bukan guru besar itu.Lebih menjengkelkan lagi,ketika isu ini dibangkitkan,kita diminta sabar, siasat dahulu, jangan bertindak terburu-buru, perlu berhikmah dan bermacam-macam alasan.Inilah sifat orang Melayu,terlalu bertolak ansur,sehingga ditolak beransur-ansur.Benar,memaafkan seseorang itu satu sifat yang baik.Tetapi itu bukan bermakna,pesalah boleh terlepas begitu sahaja. Masih ingatkah kita pada zaman Nabi,apabila seorang Muslimah dipermainkan oleh Yahudi sehingga terselak kain dan menampakkan auratnya? Apa tindakan selepas itu? Jawapannya,perang. 

Hari ini kita tidaklah sampai ke peringkat perang.Tetapi menjadi tanggungjawab seorang pemimpin negara untuk memastikan bahawa tidak ada mana-mana rakyat Islam di bawah pemerintahannya dianiaya oleh musuh-musuh Islam.Ingatlah! maruah dan keadaan umat Islam semakin tercabar.Malangnya,tiada pemimpin yang berani bangkit dan dengan tegas bersuara mempertahankan maruah umat Islam yang tercalar.Lebih menyedihkan,penghinaan itu berlaku di bumi kita sendiri yang berasaskan Melayu dan Islam.

Oleh Ridhuan Tee Abdullah 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! #KALIMAHALLAH !!! SIAPA ALAT KEPADA SIAPA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 26 Jan 2014 09:00 PM PST


Seorang Peguam,Syahredzan Johan memberitahu Malaysian Insider bahawa persepsi pada hari ini ialah Majlis Fatwa Kebangsaan merupakan alat kerajaan kerana dibiarkan membuat 'undang-undang' sendiri.Sedangkan,menurut beliau,Majlis Fatwa tidak mempunyai kelayakan atau hak untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap rakyat.Kenyataan ini adalah  berikutan serbuan JAIS ke atas Bible Society Malaysia (BSM) yang masih menjadi topik hangat sehingga ke hari ini.Menurut Syahredzan, 'trend' ini akan menggugat kredibiliti Majlis Fatwa sebagai sebuah badan yang sah.Majlis Fatwa Kebangsaan ditubuhkan pada 1970 dengan diwakili oleh Mufti dari semua negeri dan 10 Ulama yang dilantik.Majlis Fatwa perlu menyampaikan pandangan mereka kepada Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam dan perlu digazetkan bagi menjadikannya sebuah undang-undang yang mana hanya tertakluk ke atas orang- orang Islam.Majlis Kebangsaan secara dasarnya, bertindak sebagai badan penasihat kepada Putrajaya.  Oleh itu, sebarang nasihat Majlis ini hasil dari pandangan Majlis Fatwa bukanlah satu undang-undang selagi tidak digazetkan.    

Fakta ini sekali gus menangkis hujah Syahredzan kononnya tindakan JAIS adalah bertentangan dengan undang-undang dan hanya berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa.  Ini kerana isu kalimah Allah telah selesai dengan merujuk kepada kes The Herald  dan juga Enakmen 1998 Selangor yang menyatakan bahawa kalimah 'Allah' merupakan antara perkataan Arab yang dilarang digunakan oleh bukan Islam.Ia bukanlah sekadar pandangan Majlis Fatwa atau nasihat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam.Oleh itu,kenyataan Syahredzan di atas, dilihat sebagai usaha berterusan untuk mengelirukan di samping menghidupkan isu kalimah 'Allah'.Untuk berlaku adil,Syahredzan mungkin berhak mempersoalkan tindakan serbuan oleh JAIS yang dikatakan 'kasar' tetapi beliau juga seharusnya berlaku adil dengan turut mengakui bahawa Enakmen 1998 itu masih terus terpakai dan kes The Herald juga telah diputuskan.Dengan itu,kedegilan pihak Kristian untuk terus menggunakan kalimah Allah, dilihat sebagai sengaja mencabar undang-undang bagi memanjangkan isu ini.  

Motif pihak Kristian untuk terus menghangatkan isu kalimah Allah kini semakin meragukan.Jika Syahredzan bercakap tentang persepsi rakyat (pihak Kristian yang berjumlah 9%) terhadap Majlis Fatwa sebagai alat Putrajaya,maka beliau wajar turut mengambilkira persepsi rakyat dari pihak majoriti Islam juga. Untuk pengetahuan Syahredzan,Persepsi majoriti rakyat ialah pihak Kristian sengaja ingin mencetuskan ketegangan.Objektif pihak yang kononnya mewakili Kristian ini tidak sukar untuk dibaca apabila pembangkang turut menjadi juara isu ini.Sudah terang lagi bersuluh kini bahawa isu kalimah Allah bukanlah berkenaan agama, tetapi sebenarnya adalah isu politik.Hakikatnya,agama Kristian kini menjadi alat kepada pembangkang untuk mencapai matlamat memecah deposit tetap Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak.Nampaknya,pihak Kristian langsung tidak peduli sekiranya tindakan mereka memperlekeh dan menghina undang-undang serta penguatkuasa agama Islam mampu mencetuskan ketidakstabilan,perbalahan ataupun rusuhan antara agama.Semoga rakyat Malaysia,terutamanya di Sabah dan Sarawak,mampu berfikir secara rasional dan tidak mudah terkeliru antara isu agama dan isu politik.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...