UMNO Online - “Laungan 13 Mei : DAP Terjerat Dalam Provokasi Sendiri” plus 9 more |
- Laungan 13 Mei : DAP Terjerat Dalam Provokasi Sendiri
- Tindakan Melulu Bakar Bendera Jepun Memalukan Negara
- Nasihat Percuma Untuk Mahfuz…. Selesaikan Dulu Masalah Dalam Kain Sendiri
- UMNO Receives Reply To Show-Cause Letter Over Alleged Assault Of Kamalanathan
- Penjelasan Mengenai GST Diperluas Ke Semua Kawasan Parlimen
- Make Optimal Use Of 1Pengguna.com Portal To Check Daily Prices – Najib
- Khairy : Kalimah Allah Issue Should Be Resolved By Selangor
- Banyak Naik Harga Dari Bantu Rakyat… Ini Makna Negara Kebajikan Pembangkang
- Wanita UMNO P.Pinang Bantah Kerajaan Negeri Roboh Gerai
- City Hall Special Sticker For Restaurants, Shops Selling Goods At Low Prices
Laungan 13 Mei : DAP Terjerat Dalam Provokasi Sendiri Posted: 23 Jan 2014 04:19 AM PST Penulis ingin menarik perhatian pembaca terhadap surat terbuka Lim Kit Siang kepada Dato' Seri Najib dan Menteri Kabinet sepertimana yang dipaparkan dalam blognya hari ini. Menurut beliau, ini adalah surat terbuka yang ke-dua untuk pihak yang sama, dalam masa lebih kurang dua minggu. Surat ini diberi tajuk "Apakah Pemimpin BN Bersedia untuk Bekerjasama dengan Pemimpin PR bagi Memastikan Rusuhan 13 Mei Tidak Berulang di Malaysia?" Sebenarnya, surat ini merupakan antara salah satu dari beberapa artikel di blog Lim Kit Siang yang membawa topik 13 Mei. Walaupun kebanyakan artikel berkenaan 13 Mei di blog Kit Siang panjang-panjang belaka dan mempunyai tajuk yang panjang juga, namun, kesemuanya boleh disimpulkan dalam tajuk salah satunya sahaja, iaitu 'Tutup Mulut Mereka yang Mengancam 13 Mei" tulisan Khee Thuan Chye. Nampaknya, Kit Siang ingin mengarahkan kerajaan agar menutup mulut orang-orang Melayu yang mengingatkannya tentang kemungkinan berulangnya tragedi rusuhan kaum itu. Tajuk tersebut sudah cukup untuk membuktikan bahawa Kit Siang amat terkesan dengan laungan 13 Mei oleh orang-orang Melayu dalam demonstrasi bantahan penghinaan ADUN PKR terhadap Perdana Menteri baru-baru ini. Bertitik tolak dari kejadian itu, Kit Siang dilihat semakin galak bercakap mengenai patriotisme dan juga keamanan. Kit Siang sedaya upaya cuba menggambarkan pihaknya, iaitu DAP atau kaum Cina, sebagai patriotik manakala orang-orang Melayu yang melaungkan ancaman berulangnya 13 Mei sebagai pengkhianat. Kit Siang berhujah bahawa perbuatan menyuap kangkung ke dalam mulut patung Dato' Seri Najib bukan satu perbuatan rasis dan tidak perlu disambut dengan ancaman 13 Mei. Justeru, melalui surat terbuka itu, Kit Siang secara terbuka mengajak BN bekerjasama dengannya untuk memastikan 13 Mei tidak berulang. Manusia yang bijak pasti akan dapat belajar dari kesilapan terdahulu. Dan ternyatalah sudah bahawa Kit Siang bukanlah manusia yang bijak. Seharusnya Kit Siang sudah belajar dari sejarah yang beliau terlibat sendiri bahawa orang Melayu itu sabar dan pemurah, sanggup berkongsi apa saja dengan bangsa lain asalkan dapat memastikan keamanan. Namun, sabar orang Melayu itu ada hadnya. Malangnya, walaupun sudah tua dan sudah melalui berbagai peristiwa, Kit Siang tidak mampu belajar apa-apa. Untuk pengetahuan Kit Siang Laungan 13 Mei oleh orang-orang Melayu dalam demonstrasi tersebut bukanlah berpunca dari isu kangkung semata-mata, tetapi ia adalah cetusan dari perbuatan Namewee, Alvivi, Paderi Lawrence Andrew, Peguam Edmund Bon, COMANGO, Nga Kor Ming dan berpuluh atau beratus lagi 'tentera Red Bean Army' yang saban hari kerjanya mengutuk dan menghina agama Islam, orang Melayu, pemimpin Melayu dan Raja-raja. Laungan 13 Mei dari orang-orang Melayu juga merupakan ledakan dari isu membuang tulisan jawi dari papan tanda, rampasan tanah dan tapak perniagaan orang-orang Melayu, penutupan Giat MARA, desakan untuk membuka UiTM pada semua bangsa dan juga penentangan terhadap Hak Bumiputera. Hakikatnya, kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib merupakan yang paling 'longgar' sekali dalam memperkatakan perihal hak orang Melayu. Seperti yang diketahui umum, pada hari ini, jawatan-jawatan tinggi di syarikat berkaitan kerajaan telah pun 'ditembusi' oleh bukan Melayu sedangkan jawatan-jawatan tinggi di syarikat swasta masih terus 'dibekukan' kepada orang Melayu. Dalam pada itu pula, hak kaum Cina untuk meneruskan Sekolah Vernakular dan mencetak akhbar berbahasa Cina tidak pernah disekat. Malah, kaum Cina juga mempunyai stesen radio dan TV yang menggunakan bahasa ibunda mereka. Semua keistimewaan minoriti Cina ini tidak pernah disekat walaupun ia menghalang perpaduan masyarakat dan tidak menepati aspirasi negara. Pun begitu, kerajaan pimpinan UMNO terus dicabar, diherdik dan dihina semahu-mahunya oleh DAP sebagai rasis. Oleh itu, Kit Siang seharusnya sedar bahawa DAPlah sebenarnya yang sedang mengulangi sejarah 13 Mei. Dalam kejadian 13 Mei, DAP telah mencabar, mengherdik dan menghina orang-orang Melayu kerana ketinggalan dari segi ekonomi. Cina DAP mendabik dada sebagai bangsa yang lebih hebat dan mencemuh orang Melayu pula bangsa yang rendah dan hina. Perkara yang sama sedang berlaku hari ini di mana orang-orang Cina secara terbuka mendabik dada sebagai pembayar cukai tertinggi dan memperlekeh orang-orang Melayu. Kononnya, orang-orang Cinalah yang memajukan ekonomi negara dan orang-orang Melayu langsung tidak berguna. Tanpa disedari, kenyataan orang-orang Cina ini dengan sendirinya membuktikan bahawa yang rasis itu bukan orang Melayu, tetapi Cina. Logiknya, orang-orang Cina tidak mungkin akan dapat menguasai ekonomi negara ini jika orang Melayu itu rasis. Oleh kerana orang Melayu tidak rasis dan sanggup membeli dan membuka peluang kepada peniaga Cinalah, maka orang-orang Cina boleh menjadi kaya. Hanya akhir-akhir ini sahaja, kempen memboikot barangan peniaga Cina berbangkit. Semuanya bertitik tolak dari keangkuhan orang-orang Cina, sama seperti yang dipamerkan ketika 13 Mei. Berdasarkan fakta di atas, Kit Siang sepatutnya menyuarakan kebimbangan mengenai 13 Mei kepada dirinya sendiri, bukan kerajaan dan bukan orang-orang Melayu. Setelah begitu lantang menghasut dan menghina segala-galanya tentang Melayu dan Islam maka Kit Siang seharusnya sudah dapat mengagak apa akan terjadi. Kesimpulannya di sini ialah, kangkung bukanlah punca masalah, tetapi Kit Sianglah masalahnya. Walaubagaimanapun, kita tidak boleh mengenepikan kemungkinan yang Kit Siang bukannya tidak tahu bahawa beliau sedang mengulangi sejarah 13 Mei. Tidak mustahil beliau cukup sedar apa yang sedang dilakukannya dan memang sengaja ingin membawa kita ke arah itu. Kalau ini benar, apakah reaksi kita? Apa yang boleh kita katakan pada Kit Siang ialah, jika beliau sebagai mewakili peniaga Cina ingin menjual, kita sebagai pengguna Melayu sentiasa sanggup membeli. isuhot.com |
Tindakan Melulu Bakar Bendera Jepun Memalukan Negara Posted: 23 Jan 2014 04:01 AM PST KUALA LUMPUR, 23 Jan – Tindakan penyokong pembangkang membakar dan memijak poster bendera Jepun ekoran keputusan pihak berkuasa Imigresen Jepun melarang Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu, bukan sahaja memalukan Malaysia, malah boleh menjejaskan hubungan baik antara kedua-dua negara. Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata tindakan keterlaluan itu mencerminkan ketidakmatangan penyokong pembangkang. “Tidak wajar memijak dan membakar gambar bendera negara itu hanya kerana seorang individu yang enggan mematuhi peraturan negara berkenaan… tindakan mereka hanya akan menyebabkan hubungan kedua-dua negara terjejas dan menggadai hubungan diplomatik yang sekian lama terjalin. “Perlu diingat bahawa Jepun adalah rakan perdagangan dan diplomatik, malah banyak pelaburan syarikat negara itu di Malaysia, maka tidak seharusnya kita korbankan hubungan dengan negara yang penting ini,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi. Beliau berkata penyokong pembangkang tidak sepatutnya melayan emosi dengan meletakkan undang-undang di tangan sendiri dan bertindak melulu hingga menjejaskan nama negara. Beliau mengulas insiden membakar dan memijak poster bendera Jepun pada Selasa, oleh penyokong pembangkang yang menyertai perhimpunan di hadapan Kedutaan Jepun di ibu negara, yang dianjurkan Angkatan Muda Keadilan bagi menghantar memorandum meminta penjelasan kerajaan Jepun berhubung larangan terhadap Anwar. Ketua pembangkang itu dihalang memasuki Jepun sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada 6.45 pagi Ahad dan diminta menaiki pesawat pertama yang berlepas pulang atau menghadapi tindakan pengusiran. Mohamed Mustafa berkata tindakan pembangkang mengajak rakyat untuk memboikot barangan keluaran Jepun juga tidak masuk akal kerana negara itu tidak melakukan sebarang kesalahan. “Ini kerja gila, isu ini adalah seorang individu yang tidak patuh pada peraturan imigresen negara itu, itu sahaja, jadi kenapa hendak kaitkan dengan boikot dan babitkan rakyat Malaysia? Tiada kena-mengena. “Jepun hanya mengikut prosedur yang terpakai kepada semua orang dari seluruh dunia, justeru itu hak mereka sama ada hendak beri ketua pembangkang masuk ke dalam negara itu atau tidak. Dia (Anwar) tidak boleh masuk ketika itu, jadi dapatkan visa dan kemudian masuk lagi,” katanya. Mengenai tuntutan pembangkang supaya Jepun memohon maaf atas tindakan mengusir Anwar, beliau tidak nampak atas alasan apa negara itu perlu berbuat demikian. “Saya tidak fikir mereka hendak meminta maaf kerana rakyat kita sendiri yang tidak patuh dengan peraturan mereka, sedangkan mereka bertindak mengikut prosedur,” katanya. |
Nasihat Percuma Untuk Mahfuz…. Selesaikan Dulu Masalah Dalam Kain Sendiri Posted: 23 Jan 2014 04:00 AM PST KUALA LUMPUR, 23 Jan – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak meminta Ketua Penerangan Pas Pusat, Mahfuz Omar agar tidak masuk campur dalam urusan anggota parti Barisan Nasional (BN) dan beliau sepatutnya menumpukan perhatian bagi menyelesaikan masalah dalaman Pakatan Pembangkang itu sendiri. Menurut beliau, sebelum mencampuri urusan BN, Mahfuz sepatutnya lebih fokus kepada menyelesaikan masalah dalaman pakatan pembangkang di mana ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Pembangkang juga kini dilanda masalah yang tidak putus-putus. "Saya nasihatkan agar Mahfuz tak payah masuk campur dalam urusan BN dengan melontarkan cadangan yang tidak rasional seperti itu. Lebih baik beliau tumpukan tenaga dan usaha untuk memperbetulkan masalah dalaman pakatan yang melibatkan partinya sendiri, DAP dan PKR. "Seperti yang kita sedia maklum, masalah dalaman antara ketiga-tiga parti yang bergabung di dalam pakatan juga masih belum selesai. Kita lihat bagaimana masalah PKR yang mana kepimpinannya tidak lagi dipercayai oleh ahli dan kepimpinan parti mereka sendiri, menyebabkan ramai pemimpin sudah mula keluar dari parti tersebut. "Begitu juga dengan DAP yang menghadapi krisis hilang kepercayaan di kalangan kepimpinan dan ahli mereka sendiri khususnya berhubung dengan pemilihan CEC dan PAS pula hari ini, dilihat semakin lama semakin lemah dan sudah tersasar jauh daripada perjuangan asal mereka," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat, Mahfuz Omar yang meminta agar ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) bersama ahli parlimen pembangkang melakukan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Tambah Dr Salleh yang juga merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri(DUN) Sabah, cadangan yang dilontarkan oleh Mahfuz itu cukup untuk memperlihatkan bahawa kepimpinan pakatan pembangkang hari ini lebih sibuk untuk mencari salah dan silap BN daripada mahu memperbaiki kelemahan dan kesilapan parti mereka sendiri. "Kita tahu hari ini begitu banyak masalah yang melanda Pakatan Pembangkang, terutamanya yang melibatkan perhubungan antara ketiga-tiga parti yang dilihat kini bertembung dengan prinsip dan ideologi parti masing-masing. "Sepatutnya kepimpinan pakatan pembangkang seperti beliau perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka yang kini semakin ketara dan tidak payah sibuk untuk masuk campur urusan parti orang lain. "Tetapi inilah sikap pembangkang di negara ini.Mereka tidak pernah melihat kelemahan dan tidak mahu pula memperbaiki kesilapan mereka. Apa yang mereka tahu hanya untuk mencari cacat cela BN, seolah-olah pakatan mereka itu sempurna dan tidak bermasalah. "Sedangkan kemelut masalah dalaman antara parti pembangkang sejak bermulanya gabungan mereka sehingga ke hari ini belum selesai, malah dilihat semakin kritikal sehingga menyebabkan ramai penyokong dan ahli mereka sendiri sudah hilang kepercayaan kepimpinan pakatan," tegasnya. -MediaUMNO |
UMNO Receives Reply To Show-Cause Letter Over Alleged Assault Of Kamalanathan Posted: 23 Jan 2014 03:29 AM PST KUALA LUMPUR, Jan 23 – UMNO has received a response to the show-cause letter sent to an Hulu Selangor UMNO Youth official over the alleged assault of Deputy Education Minister P. Kamalanathan recently, UMNO secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor said today. He said the reply had been submitted to the party’s disciplinary board for further action. “It is left to the disciplinary board to determine the type of action … expulsion or other appropriate action,” he told reporters here. Tengku Adnan did not say when UMNO received the reply. Kamalanathan had reported to the police that he was punched by Hulu Selangor UMNO Youth assistant secretary Muhammad Rizuan Suhaimi after a programme in the area on Jan 12 Muhammad Rizuan was reportedly unhappy that his wife, a teacher, was denied a request to transfer to Hulu Selangor. |
Penjelasan Mengenai GST Diperluas Ke Semua Kawasan Parlimen Posted: 23 Jan 2014 03:23 AM PST KUANTAN, 23 Jan – Kerajaan akan terus memberi penjelasan mengenai pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke semua kawasan parlimen selepas penjelasan peringkat negeri selesai. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata penerangan peringkat negeri dijangka selesai selesai hujung bulan ini berikutan penjelasan telah dibuat di 10 negeri termasuk Pahang hari ini. “Selepas penjelasan peringkat negeri selesai, GST akan diterangkan sehingga ke peringkat parlimen-parlimen mulai bulan dua (Februari) ke atas. Sekarang nak habiskan empat lagi penerangan peringkat negeri (Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan). “Di kampung-kampung kita kumpulkan ahli parlimen, ketua bahagian, pemimpin setempat (untuk diberi penjelasan) dan bukan hanya penerangan mengenai GST malah bantuan kerajaan kepada rakyat,” katanya selepas majlis Sesi Taklimat GST Peringkat Pahang yang dihadiri lebih 2,000 orang di sini, hari ini. Katanya, kerajaan tetap meneruskan penerangan GST walaupun ada usaha dari segelintir pihak yang cuba mensabotaj dengan melakukan demonstrasi untuk menggesa kerajaan menarik balik GST yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015. “Kita juga tidak akan berdiam diri dan akan buat penjelasan sebab GST ini merupakan satu sistem percukaian terbaik yang telah diamalkan 160 negara. “Jadi tidak ada sistem cukai yang baik dari itu setakat hari ini dan kenapa pula pemangkang tidak boleh menerima, pada masa yang sama pembangkang tidak memberikan apa-apa kaedah atau alternatif (pelaksanaan) lain,” katanya. Sementara itu, ketika ditanya mengenai kelewatan pengagihan baucar bantuan awal persekolahan, Ahmad berkata, perkara itu mungkin disebabkan proses penjadualan pengagihan di peringkat pejabat pendidikan negeri. Katanya, agihan bantuan berkenaan telah disalurkan sejak 15 Jan lepas membabitkan RM540 juta untuk 5.4 juta pelajar sekolah di seluruh negara. |
Make Optimal Use Of 1Pengguna.com Portal To Check Daily Prices – Najib Posted: 23 Jan 2014 02:07 AM PST KUALA LUMPUR, Jan 23 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak called on the public to make optimal use of the http://1Pengguna.com portal to check the daily prices of consumer goods nationwide. He said this in his tweet in response to Bernama’s report titled ‘KPDNKK Sedia Portal 1Pengguna Untuk Semak Harga Barang Setiap Hari’ (1Pengguna Portal For Public to Compare Daily Prices of Essential Items) dated Jan 22. The portal was developed to help the consumers to plan their daily expenses. Among the items which prices were available for comparison were chicken, beef, torpedo scad, onion, chili, vegetables and coconut milk. The market prices of these item would be updated daily according to states and areas nationwide. |
Khairy : Kalimah Allah Issue Should Be Resolved By Selangor Posted: 23 Jan 2014 02:05 AM PST KUALA LUMPUR, Jan 23 – The Selangor Government must take steps to resolve the Kalimah Allah issue, said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. He said the federal government had no power to interfere in the case of the seizure of Malay language Bibles at the Bible Society of Malaysia (BSM) by the Selangor Islamic Religious Department (Jais) early this month. Khairy said this was because the jurisdiction of religious affairs – except for Sabah, Sarawak, Melaka and Penang – was under the respective state religious enactment. He said as far as the federal government was concerned, it stood by its commitment to the 10-point solution pertaining to the issue. “These were among the three decisions which were agreed upon by the Cabinet, pertaining to the issue, during its weekly meeting yesterday. "Our (Cabinet) position is clear. The Federal Government is committed to the 10-point solution. But the 10-point solution can't supersede the state enactment of religious issues. "For any discourse to happen, the issue must be addressed at state-level first. The problem now is, it is a state issue," he told reporters when met at the Asli's 16th Malaysia Strategic Outlook Conference here today. Khairy said the Cabinet had also agreed that the temperature of the issue must cool down first, before the next step is taken. The 10-point solution which was made in 2011, prior to the Sarawak state election, allowed Christians in Sabah and Sarawak to use the word ‘Allah’ in their Malay-language Bible. Earlier when delivering a special luncheon address at the event, the Umno Youth chief said the current environment of technology and information accessibility had witnessed more young people to become opinion leaders in their community in various issues affecting the country. However, he said their concern must not end with vocalisation but must also follow with action such as a coherent plan to actualise their goals. "It is clear that the youth want their opinions to be taken seriously, but to do this, there must be political literacy. Without basic knowledge regarding the democratic process, it is difficult to map out a strategy that will allow them to influence matters at the decision-making level," added Khairy. |
Banyak Naik Harga Dari Bantu Rakyat… Ini Makna Negara Kebajikan Pembangkang Posted: 23 Jan 2014 01:47 AM PST KUALA LUMPUR, 23 Jan – Sebelum pilihan raya, pakatan pembangkang menjanjikan pelbagai harapan yang bakal dinikmati oleh rakyat sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan namun malangnya, dengan penguasaan tiga buah negeri hari ini pelbagai perkara timbul dengan jani-janji mereka tidak menjadi realiti. Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman menganggap bahawa tindakan pembangkang yang hanya pandai menabur janji dan kemudiannya gagal merealitikan adalah bukti terbaik untuk dijadikan penilaian kepada rakyat bagaimana sikap tidak cerdik mereka dalam melakukan perancangan. "Sebelum mereka dapat mentadbir, macam-macam yang mereka mahu berikan kepada rakyat sehingga pelbagai perkara tak masuk akal pun disebutkan namun apabila mendapat mandat, barulah mereka tahu bahawa bukan mudah untuk menjadi pentadbir sebagaimana menyebut mahu mengurangkan itu ini, memberikan rakyat macam-macam kemudahan dan lain-lain lagi," katanya kepada UMNO-Online. Ujar beliau, dengan pelbagai kenaikan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri tadbiran pembangkang sebagaimana yang ketara di Selangor dan Pulau Pinang, maka tentunya rakyat akan dapat membuat penilaian. Dilaporkan, Kerajaan DAP Pulau Pinang telah menaikan surcaj pemuliharaan air (WCS) sebanyak 100 peratus bagi penggunaan domestik bermula September lalu atas alasan bagi menggalakkan penggunaan air yang lebih bijak. Lebih teruk di Selangor apabila caj lesen perniagaan naik sehingga 400 peratus, kos mengutip sampah naik 56 peratus, cukai pintu naik 120 peratus selain ada antara rumah PPR yang sewanya juga dinaikkan sehingga 100 peratus. "Apabila mereka menjadi pentadbir barulah mereka tahu bahawa ada kos bagi membangunkan sebuah negeri bukan sedikit malah ada diantaranya yang terpaksa ditampung dengan jumlah yang sangat tinggi sehinggakan mereka bertindak menaikkan pelbagai cukai dan memberikan beban kepada rakyat. "Mana kerajaan berkebajikan yang dilaung-laungkan pembangkang sebelum mereka mendapat mandat sedangkan pelbagai agenda yang dilaksanakan hari ini lebih banyak kepada perkara-perkara yang menyusahkan malah lebih teruk apabila pusat pembelajaran kemahiran golongan muda seperti GiatMara pun turut menjadi mangsa." Bidas beliau, jika diamati dalam manifesto pembangkang dalam PRU lalu, mereka menjanjikan lakaran masa depan yang cerah, penuh dengan harapan dan aspirasi rakyat selain kerajaan terhasil dengan rundingan daripada segenap lapisan masyarakat. "Dalam keadaan hari ini, apakah kebajikan rakyat benar-benar terbela sedangkan kata-kata manis yang mereka ungkapkan menjelang pilihan raya lalu sekadar janji-janji manis yang semakin dilupakan." Impian pakatan pembangkang adalah lebih tertumpu kepada kuasa daripada untuk melaksanakan janji-janjinya yang telah ditulis dalam manifesto malah sehingga kini kepimpinan tertinggi mereka gagal membuat penerangan berkaitan persoalan mengapa banyak janji-janji dalam manifestonya tidak dilaksanakan. "Ini berbeza dengan pendekatan yang dilakukan oleh BN iaitu berlandaskan kepada kemampuan dan memberikan harapan kepada rakyat berdasarkan pengiraan dan penilaian yang telah dibuat." Jelasnya, sejak merdeka dan membentuk kerajaan sehinggalah ke hari ini, bantuan yang diberikan oleh kerajaan berbeza-beza berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa namun apa yang pasti BN telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai sebuah kerajaan yang benar-benar membela rakyat dan negara terus maju. "Rekod pentadbiran ini adalah penilaian terpenting. Jika dahulu subsidi diberikan kepada semua pihak tetapi sekarang ada di antaranya dikurangkan agar mana-mana yang mampu boleh berdikari sendiri sementara yang kurang berkemampuan terus dibantu dengan pelbagai bentuk sama ada secara langsung sebagaimana BR1M dan bantuan persekolahan atau secara tidak langsung iaitu melalui pewujudan kedai-kedai 1Malaysia, klinik kesihatan dan lain-lain lagi." Tegas beliau, BN tidak pernah mempermainkan rakyat sebagaimana pembangkang yang menaburkan janji-janji palsu untuk meraih sokongan namun akhirnya selepas pilihan raya ksemua janji-janji terbabit tidak tertunai. "Biarpun pakatan pembangkang menguasi tiga negeri tetapi sebagai kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab, BN tidak pernah mengenepikan negeri-negeri terbabit dan banyak bantuan yang dihulur atas kepentingan keseluruhan rakyat." Dilaporkan, biarpun telah lebih 23 tahun Pas mentadbir Kelantan tetapi semua rumah mampu milik di negeri terbabit dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) selain Kerajaan negeri Kelantan sendiri menerima bantuan berjumlah RM5.3 bilion daripada kerajaan Persekutuan dalam tempoh dua tahun sejak Rancangan Malaysia ke-10 dilancarkan pada tahun 2010. Dalam masa yang sama, bagi memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera Pulau Pinang pula, Kerajaan Pusat memperuntukkan sejumlah RM120 juta bagi melaksanakan pelbagai program pada tahun 2012 yang membabitkan kegunaan bagi membiayai program dalam aspek perumahan, keusahawanan dan modal insan. – MediaUMNO |
Wanita UMNO P.Pinang Bantah Kerajaan Negeri Roboh Gerai Posted: 23 Jan 2014 01:27 AM PST GEORGE TOWN, 23 Jan – Pergerakan Wanita UMNO Pulau Pinang membantah tindakan kerajaan negeri meroboh gerai berhampiran pintu masuk Taman Negara Teluk Bahang yang disifatkan sebagai tidak adil kerana kebanyakan gerai yang diroboh itu adalah milik orang Melayu. Ketuanya Senator Norliza Abdul Rahim berkata kepimpinan kerajaan negeri tidak melaksanakan sepenuhnya slogan yang sering dilaung-laungkan iaitu ‘Cekap, Akauntabiliti dan Telus’ (CAT). “Sekiranya betul kesemua gerai di kawasan terbabit mengganggu lalu lintas, sepatutnya kerajaan negeri robohkan semuanya bukan hanya memilih gerai-gerai tertentu,” katanya selepas merasmikan majlis penyampaian bantuan awal persekolahan kepada 130 pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free di sini hari ini. Beliau berkata UMNO akan membuat perincian berkenaan perkara tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya sebelum mengenakan sebarang tindakan terhadap kerajaan negeri. Selasa lepas, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berada di kawasan pintu masuk Taman Negara itu bersama dua buah lori dan sebuah jentolak untuk meroboh gerai di situ. Kira-kira 50 peniaga yang telah berniaga sejak 30 tahun lepas telah terjejas sumber pendapatan mereka dan tindakan MPPP itu turut mencetuskan perbalahan serta insiden tidak diingini antara pemilik gerai dengan penguat kuasa MPPP. |
City Hall Special Sticker For Restaurants, Shops Selling Goods At Low Prices Posted: 23 Jan 2014 01:24 AM PST KUALA LUMPUR, Jan 23 – Kuala Lumpur City Hall (DBKL) is to introduce a special sticker for restaurants, stalls and retail outlets in this city which are clean and sell goods at low prices. Federal Territories Minister Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor said today the sticker would enable the people to opt for the eateries and stores with goods sold at low prices so as to ease the financial burden brought on by the rise in the prices of goods. DBKL was conducting a survey to identify the restaurants, stalls and shops which met the criteria, he told reporters after handing over tenancy offer letters for its public housing and People’s Housing Projects, here. “This measure will help city folk to overcome the rise in the prices of goods by opting for restaurants and shops which sold their goods at low prices. The initiative will also be implemented in Labuan and Putrajaya,” he said. Also present at the event were Deputy Federal Territories Minister Datuk Dr Loga Bala Mohan and Kuala Lumpur Mayor Datuk Seri Ahmad Phesal Talib. Tengku Adnan said the stickers would be issued from next week. He said the restaurants and shops would be selected by the local authority and not through application by the owners of the business premises. “After the sticker is issued, the particular restaurants and shops will be monitored by the local authority and the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry to ensure that they continue to sell their goods at low prices,” he said. Tengku Adnan said DBKL had surveyed 8,000 restaurants in the city while other shops were being monitored. Ahmad Phesal, meanwhile, said 38,000 eligible applicants were still waiting for City Hall’s low-rental houses. “Today, 100 people received their tenancy offer letters. The letters will be issued in stages. We are giving preference to single mothers and the elderly,” he said. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment