Kedah Ke KL - MctHeory |
- INFO! Punca Kenapa Salji di Indonesia?
- INFO! Kebodohan Peguam UMNO Memalukan Parti dan juga Ahli UMNO! #BadutUMNO
- #HOT! Azmin Ganti Khalid Sebagai MB #Selangor?
- #HOT! Benarkah Nurul Izzah Bercerai?
- HOT! BN Kedah Juga Tebang Balak?! #HanyaDiKedah
INFO! Punca Kenapa Salji di Indonesia? Posted: 23 Jan 2014 07:37 AM PST | ||
INFO! Kebodohan Peguam UMNO Memalukan Parti dan juga Ahli UMNO! #BadutUMNO Posted: 23 Jan 2014 05:12 AM PST Tentu ramai yang 'hangin' kenapa peguam UMNO boleh bersetuju untuk menyelesaikan kes fitnah Lahad Datu tu diluar mahkamah. Takpa kita baca apa si peguam ni kata dulu,
Itu kata si Hafarizam, tapi apa pula si Tian Chua kata? Ehh.. dalam tweet Tian Chua tu, tak nampak dia macam kesal pun. Nampak dia macam nak jadi hero, hingga UMNO terpaksa settle luar (Tarik saman), malah syarat yang diberi amatlah ringan sekali. Sedang ramai akar umbi UMNO bersuara tak puas hati atas keputusan 'settle luar' tu. Muncul pulak kenyataan media dari Tengku Adnan. Baca kat bawah ni, Kita faham Tengku Adnan cuba nak selesaikan masalah 'settle luar' ni. Tapi masalahnya ada pihak yang cuba nak gunakan nama Tengku Adnan untuk dikambing hitamkan pula. Kononnya keputusan tu, dibuat oleh Tengku Adnan! Betul ka? Mc juga bersetuju dengan sahabat Double Y, bagi Mc keputusan menarik semula saman sama sekali tidak boleh diterima malah kenyataan yang dikeluarkan juga agak dangkal! Kenapa Mc mengatakan kenyataan yang dikeluarkan kelihatan dangkal? Pertama - kerana Hafarizam terlalu bodoh sehingga gagal memahami bahawa Tian Chua dituduh di bawah Akta Hasutan disebabkan ribuan laporan polis yang dibuat oleh rakyat Malaysia dan ia sama sekali tidak berkaitan dengan UMNO. Kedua - Hafarizam terlalu bodoh serta malas melaksanakan tanggungjawab sebagai peguam apabila hanya akur dengan permintaan Tian Chua atas alasan dia telah menyatakan kekesalan dan berjanji menarik semula artikel fitnah yang disiarkan di laman Keldaian Daily. Ketiga - Hafarizam terlalu bodoh kerana hanya bersetuju dengan permintaan Tian Chua tetapi tidak membuat gesaan supaya Tian Chua dan editor Keldaian Daily menyiarkan satu permohonan maaf secara terbuka di portal milik pembangkang kerana memfitnah UMNO sehingga menjejaskan maruah parti. Sepatutnya sebagai seorang peguam, Hafarizam perlu mengambil berat dan membersihkan nama parti terlebih dahulu sebelum perkara lain. Jika portal dan akhbar pembangkang menyiarkan permohonan maaf itu. Barulah kita boleh kata kes 'settle luar' mahkamah tu, kemenangan milik UMNO dan ahli-ahlinya. Kalau tak apa gunanya laporan polis sampai beribu-ribu dibuat dulu? Nak bungkus nasi lemak? Atau nak baling ke muka Hafarizam? McTheory: Itu pun tak boleh fikir? Buang duit bayar jadi peguam.. | ||
#HOT! Azmin Ganti Khalid Sebagai MB #Selangor? Posted: 23 Jan 2014 01:12 AM PST Menurut Sin Chew Daily keluaran petang pada 22 Januari 2014, Khalid Ibrahim akan digesa berundur sebagai Menteri Besar Selangor pada 1 Mei 2014. Sin Chew Daily memetik sumber dalaman dari Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PKR. Difahamkan menurut keputusan mesyuarat itu, Azmin Ali bakal dijadikan Menteri Besar Selangor yang baru untuk gantikan Khalid Ibrahim. Pelbagai isu yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kem Azmin Ali dan juga AMK Selangor seperti isu air, isu GiatMara, kenaikan caj lesen perniagaan dan isu pelucutan jawatan Azmin dari PKNS menjadi punca Khalid Ibrahim didesak turun dari posisi Menteri Besar Selangor. Khalid Ibrahim juga akan diminta secara terhormat turun atas alasan kesihatan. Ini kerana Khalid Ibrahim dipercayai sering tertidur kerana faktor kesihatan. Maklumat itu juga menyatakan Anwar Ibrahim sudah tidak menyokong lagi Khalid Ibrahim. Hanya tinggal Wan Azizah dan Faekah sahaja yang menyokong Khalid Ibrahim. Habis berebut sebab hendak kuasa di Selangor. sumber Angin Perubahan McTheory: Kesian betul dengan Khalid Gagap ni.. hehe | ||
#HOT! Benarkah Nurul Izzah Bercerai? Posted: 22 Jan 2014 09:20 PM PST Betul ke berita bawah ni?
Tersebar khabar angin bahawa Nurul Izzah anak kepada Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim bercerai. Nurul Izzah dikatakan telah menfailkan perceraian di bawah Fasakh (untuk membatalkan perkahwinan itu) pada akhir Disember melalui petisyen di Mahkamah Syariah. Suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, yang dipercayai telah menerima petisyen itu pada 16 Jan, telah meminta penangguhan dua minggu berhubung perkara itu untuk beliau menyediakan kesnya. Setakat ini, tiada sebarang pengakuan dan keterangan bagi mengesahkan perkara tersebut. Harap tuan punya diri boleh memberi penjelasan.. McTheory: Sebelum ni ada cerita yang mengatakan Izzah ada skandal.. betul ka? | ||
HOT! BN Kedah Juga Tebang Balak?! #HanyaDiKedah Posted: 22 Jan 2014 07:43 PM PST Betui ka Kerajaan BN luluskan pembalakan di Kedah? Riuh rendah Pas buat sidang media menuduh didalam harakahkahkah dan berdemo kononnya kerajaan BN Kedah juga menjalankan aktiviti pembalakan. Betui ka? Kita baca apa kata Dato Seri Mukhriz mengenai perkara ini. Hanya pembalakan terpilih masih dijalankan di Kedah manakala pembalakan jenis 'cuci mangkuk' sudah dihentikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Disamping itu, Dato Seri Mukhriz juga mengiyakan bahawa ada pembalakan haram turut berlaku, disamping pembalakan di atas tanah sendiri untuk tujuan peribadi, seperti balak kayu getah, balak kelapa sawit dan lain-lain
Haram penjelasan yang diberikan diberikan oleh Dato Seri Mukhriz menjelaskan segala persoalan yang timbul selama ini. Kepada puak Pas yang dok suka buat fitnah tu, bawak-bawak la bertaubat. Dunia pun dah akhir zaman, dari buat dosa, baik cari pahala. McTheory: Nak tengok Pas nak fitnah apa pulak lepas ni.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment