BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


FAKTA !!! TUTUP PUSAT #GIATMARA !!! BUKTI AGENDA ANTI MELAYU #PEMBANGKANG DIDEDAHKAN !!!

Posted: 21 Jan 2014 04:00 AM PST


Agenda anti-Melayu PR PKR,PAS dan DAP di Selangor semakin terserlah dengan ura-ura sebuah Pusat Giatmara akan dirobohkan hanya atas teknikal yang kecil.Setelah masuk penggal kedua memerintah Selangor,pakatan pembangkang sudah menyusun strategi yang lebih rapi untuk memghalalkan tindakan mereka menghapuskan satu persatu hak-hak orang Melayu di negeri itu.Satu ketika dahulu,kerajaan negeri juga pernah menghalang pembinaan kampus UiTM di Serendah pada 2010 sehingga memaksa rancangan itu dipindahkan ke Melaka.Pembinaan kampus di UiTM adalah bagi menampung jumlah pelajar Melayu yang semakin bertambah di Selangor tetapi pembangkang hanya mementingkan agenda politik mereka tanpa menghiraukan nasib anak bangsa.Mungkin inilah kesan yang diterima oleh rakyat Selangor apabila mempunyai Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi dan memilih pembangkang mentadbir negeri itu. 

Janji-janji manis yang ditaburkan semasa kempen pilihan raya kini sudah bertukar menjadi masam dan lain pula kerenah mereka sekarang.Jikapun Pusat Giatmara di Sabak Bernam yang ingin di tutup oelh Exco Selangor dari Dap, tidakkah boleh perkara ini diselesaikan dengan baik ??? Isi di sini ialah dasar Giatmara untuk memberi peluang kepada remaja Melayu yang sesetengahnya tercicir dalam pelajaran diberi masa depan yang lebih cerah melalui latihan teknikal.Kebanyakan Pusat Giatmara yang dibina diseluruh negara adalah bersihat komuniti iaitu ia lebih memberi fokus kepada pemgambilan pelatih dari kawasan setempat di mana ia berada.Menutupnya atas alasan tanah di mana pusat itu dibina adalah milik kerajaan negeri bukan suatu yang boleh diterima akal. Ia hanyalah masalah pentadbiran yang perlu diuruskan antara kerajaan negeri, pejabat tanah, majlis daerah dan Giatmara sendiri.Keadaan yang sama juga berlaku apabila kerajaan negeri melengah-lengahkan kelulusan tanah bagi pembinaan kampus Universiti Perdana di Serdang.Atas mainan politik kotor pembangkang juga rancangan untuk mewujudkan universiti perubatan yang melibatkan kerjasama Sekolah Perubatan Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat terbantut. Sekali lagi pembangkang menghalang apa sahaja pembangunan yang boleh meningkatkan daya saing dan tahap keupayaan rakyat negara ini untuk terus maju di dalam bidang pendidikan. 

Walaupun sudah dirasmikan oleh Perdana Menteri pada September 2011,alasan yang sama digunakan iaitu tanah tersebut adalah milik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Serdang yang dijual kepada universiti tersebut sebelum ini.Kerajaan negeri sebenarnya menyalahkan kuasa untuk memberi kelulusan bukan atas alasan yang munasabah tetapi beralaskan muslihat politik.Ketiga-tiga kes yang menjadi contoh adalah bukti bahawa apa yang dilakukan pembangkang bukanlah suatu kebetulan tetapi perancangan yang rapi.Apa sahaja pembangunan yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional di masa lalu, mereka akan mengambil kredit dan mengatakan kepada dunia bahawa itulah adalah semua titik peluh mereka.Tetapi apabila kerajaan pusat ingin terus membawa pembangunan ke Selangor tanpa menghirau perbezaan politik, tindakan ini akan digagalkan. Ini kerana mereka tahu jika projek-projek pembangunan di negeri itu adalah usaha kerajaan pusat dan bukannya kerajaan negeri maka rakyat boleh membuat perhitungan pada pilihan raya akan datang. 

Pada pembangkang agenda politik mereka lebih utama daripada pendidikan dan latihan untuk rakyat.Malah rakyat Selangor akan lebih banyak menanggung kerugian jika projek-projek yang sepatutnya dilaksanakan di negeri itu terpaksa dipindahkan ke tempat lain hanya kerana PKR,Pas dan Dap tidak bersetuju.Ada gelanggangnya hendak bersilat politik tetapi apabila kepentingan rakyat terjejas, politik bukan lagi menjadi alat untuk kebaikan tetapi telah bertukar sebagai senjata memakan tuan. Rakyat Selangor kini harus sedar,tidak ada satu projek yang benar-benar yang boleh dibanggakan oleh pembangkang selama lebih lima tahun mereka mentadbir negeri itu.Selangor harus terus mengorak maju sebagai negeri terkaya dan paling membangun tetapi jika ia terus berada di bawah pembangkang,masa depannya tidak lagi terjamin malah bertambah kelam.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! #KALIMAHALLAH !!! #EDMUNDBON HARUS DITANGKAP DI BAWAH AKTA HASUTAN !!!

Posted: 20 Jan 2014 09:00 PM PST


peguam,Edmund Bon telah membuat kenyataan di portal Malaysian Insider bahawa bukan Islam tidak perlu patuh kepada Yang di-Pertuan Agong.Alasan beliau,titah Yang di-Pertuan Agong mengenai kalimah 'Allah' merupakan hak ekslusif umat Islam,adalah sebuah fatwa,yang mana hanya terpakai ke atas orang-orang Islam serta tidak melibatkan bukan Islam.saya ingin membantah hujah Edmund Bon yang amat dangkal lagi tidak berpijak di bumi nyata.Yang di-Pertuan Agong sebenarnya telah bertitah atas kapasiti baginda sebagai Ketua Negara dan bukannya Ketua Agama Islam semata-mata. Sebuah fatwa perlu melalui Majlis Fatwa dan ianya haruslah berkaitan amal ibadah atau hal-ehwal perundangan syariah yang melibatkan umat Islam.Berdasarkan hakikat ini,maka titah Yang di-Pertuan Agong tersebut ternyata bukanlah berkenaan hal ehwal ibadah umat Islam semata-mata tetapi berkenaan sekalian rakyat serta bersandarkan undang-undang dan juga keprihatinan baginda terhadap kesejahteraan negara. Justeru, adalah salah menyatakan bahawa titah baginda adalah fatwa. 

Sebaliknya,ia adalah perintah kepada seluruh rakyat jelata agar akur dengan undang-undang negeri yang menetapkan bahawa bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah.Tindakan Edmund Bon mempertikai dan merendah-rendahkan titah murni Yang di-Pertuan Agong adalah jelas berupa hasutan di mana beliau dilihat sengaja membangkitkan rasa tidak hormat kepada Institusi diRaja negara ini.Edmund Bon cuba meletakkan garis pemisah antara orang-orang Melayu dengan bukan Melayu dengan menggambarkan seolah-olah bukan Melayu tidak perlu hormat kepada Sultan dan Raja- raja mahupun Yang di-Pertuan Agong.Dalam kata lain,Edmund Bon memberitahu warga bukan Melayu bahawa mereka tidak terikat dengan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan yang digunapakai di negara ini. Sekiranya Edmund Bon merupakan seorang warga Thailand yang menghina Raja mereka,tentu sekali beliau akan dikenakan hukuman berat.Namun,di Malaysia nampaknya undang-undang kita begitu longgar kerana sehingga kini Edmund masih bebas berkeliaran menghasut rakyat jelata agar tidak menghormati Sultan.

Tindakan Edmund Bon bukan sahaja derhaka,tetapi juga merbahaya selain melanggar undang- undang di bawah Akta Hasutan.Selama ini,warganegara Malaysia dari kalangan bukan Melayu sering menepis tuduhan orang- orang Melayu bahawa mereka tidak setia pada negara ini.Namun,apa yang dilakukan oleh Edmund Bon memberikan asas dan alasan kukuh kepada orang-orang Melayu untuk terus mempertikai kesetiaan kaum bukan Melayu terhadap negara. Terserlah kini bahawa sememangnya ramai di kalangan kaum bukan Melayu yang enggan menerima dan menghayati aspirasi negara serta sentiasa menentang sistem dan perlembagaannya.Bagi mereka ini,apa yang tertulis dalam Rukunegara iaitu 'Kesetiaan Kepada Raja dan Negara' langsung tidak bermakna apa-apa.Malah,tidak mustahil mereka langsung tidak tahu apa itu Rukunegara. Ini dengan sendirinya menunjukkan betapa lemahnya struktur negara ini.Rakyat yang tidak berpegang kepada Rukunegara tidak layak mengaku sebagai warganegara.Seharusnya Edmund Bon dan sesiapa sahaja yang setuju dengan beliau, dilucutkan saja kewarganegaraan. Sudah sampai masanya orang seperti Edmund Bon dikenakan tindakan. Malaysia tidak memerlukan rakyat yang derhaka dan tidak setia. 

Negara ini pastinya sukar untuk dimajukan selagi penghasut dan penderhaka ini wujud dan bebas menentang dan mempertikai undang-undang dan titah baginda Sultan.Rakyat Malaysia perlu dididik agar kembali kepada Rukunegara sebelum kita mampu bangun menjadi negara dunia pertama sepertimana yang dicita-citakan.Rakyat perlu disatukan di bawah payung dan aspirasi yang sama, dengan semangat patriotisme yang jitu sebelum kita mampu mengorak langkah pasti ke destinasi yang diinginkan.Jika tidak,percayalah bahawa Malaysia tidak akan ke mana-mana dan hampir pasti akan hancur jua.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! TERIMA KASIH KERAJAAN KERANA TURUNKAN HARGA KERETA !!!

Posted: 20 Jan 2014 06:00 PM PST


Sepertimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan,harga kereta kini dijangka akan terus turun antara 20%-30% menjelang 2018.Penurunan ini membabitkan kereta yang dipasang di dalam negara,sekali gus menggalakan syarikat automotif membuka kilang pemasangan di negara ini.Antara pengeluar yang terlibat dan telah pun mengurangkan harga secara berperingkat ialah Honda Jazz iaitu penurunan sehingga 17%,Nissan Sentra 13%,Proton Saga 12% dan Perodua Alza 12%.Bagi memastikan usaha mengurangkan harga kereta berjaya dilaksanakan dengan lebih berkesan, kerajaan bercadang untuk mengurangkan duti eksais dan juga membenarkan pengeluar tempatan termasuk dari negara ASEAN,memohon rebat cukai.  

Penurunan ini bukan sahaja bakal menjadikan lebih ramai rakyat akan mampu memiliki kereta tetapi ia juga turut membuka peluang pekerjaan dan juga perniagaan berkaitan automotif.Ia juga dilihat mampu membawa industri otomotif negara ke tahap yang lebih tinggi melalui pemindahan teknologi dan pengetahuan, khususnya dalam segmen Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).Seperti yang dijangka,langkah murni kerajaan ini hanya dipandang sinis oleh pembangkang yang 'perasan' bahawa  kerajaan telah menciplak idea mereka.Namun,tidak seperti saranan pembangkang,langkah penurunan harga kereta oleh kerajaan dibuat dengan teliti setelah mengkaji dari berbagai aspek terutama kesannya terhadap pengeluar kereta nasional.  

Oleh yang demikian,kerajaan bercadang memastikan lesen pemasangan EEV hanya diberi kepada enjin berkapasiti 1800cc ke atas dengan harga RM150,000 se-unit agar tidak 'mengganggu' pasaran kereta nasional.Jelas,kerajaan cukup berhati-hati  dengan mengambil tindakan secara berperingkat- peringkat bagi memastikan matlamat sebenar untuk memudahkan pengguna dan menjana ekonomi negara tercapai.Apa yang pasti,tindakan kerajaan menurunkan harga kereta bukanlah satu tindakan politik untuk bersaing dengan pembangkang,tetapi merupakan satu langkah yang memandang jauh ke hadapan serta prihatin dengan realiti kehidupan rakyat.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! ADAKAH #ISMA SAMA DENGAN #PERKASA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 20 Jan 2014 04:00 PM PST


Satu perumpamaan yang amat jauh.Perumpamaan ini hanya dibuat oleh seseorang yang mengukur jarak antara bulan dan bumi hanya dengan menggunakan sebatang pembaris sepanjang 6 inci yang digunakan murid sekolah tadika atau mengukur keluasan sungai semasa berada di atas sebuah kapal terbang yang hampir mendarat.Perbandingan tanpa membawa apa-apa ciri-ciri persamaan dan perbezaan. 

Seorang murid peringkat sekolah rendah ketika membuat kajian tentang tokoh tempatan perlu berjumpa dengan tokoh tersebut dan mengemukakan beberapa soalan untuk mendapat maklumat yang tepat. Akan tetapi dakwaan ini hanya melihat dari jauh tanpa sebarang kajian dan analisis namun merasakan dirinya hebat dan berilmu seolah-olah macam ahli akademik. Tidak salah jika diibaratkan mereka yang seumpama ini seperti beberapa orang buta menceritakan perihal seekor gajah dengan pelbagai tafsiran berdasarkan kepada apa yang disentuh kerana mereka buta. 

Ustaz Sharipudin Ab Kadir 
Yang Dipertua Majlis Syura ISMA merangkap Yang Dipertua ISMA Pasir Puteh

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...