Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! Apakah Ini Salah Satu Tanda Hampirnya Kiamat?

Posted: 06 Dec 2013 07:37 AM PST




Tanda-Tanda Kiamat Muncul Di Masjidil Haram – Subhanalah !! "Belum akan datang kiamat sehingga manusia berlumba-lumba dengan bangunan-[22] megah." (HR. Bukhari) Akhukum fillah, tentunya Masjidil Haram tidak asing buat kita. Di sanalah lembah tamadun Islam bersinar ke seluruh bumi Allah ini. Lembah terjaga yang Insya Allah akan selamat keselamatan hingga akhir zaman.

Di sana ada Baitullah yang menjadi kiblat umat Islam sejagat, ke arah lembah inilah setiap saat wajah wajah mukminin mukminat terarah, menghadapkan wajahnya kepada simbol rumah Allah, Baitullah. Namun ikhwahfillah, ada yang berbeza, di Masjidil Haram ketika Ini. Mungkin kebanyakan orang biasa biasa saja melihat banyak perubahan di sekitar Masjidil Haram. Mungkin juga mereka tersenyum terkagum kagum melihat bangunan-bangunan mewah yang berdiri Kukuh di samping Masjidil Haram pada hari ini.


Bangunan kelihatan belum sempurna, dipuncak sana terlihat sebuah jam besar yang baru separuh selesai .


Abraj Al Bait – The Royal Clock Tower Makkah Abraj Al Bait

Pandangan hadapan Masjidil Haram dan Abraj Al Bait Menurut beberapa sumber, bangunan yang dibina di laman Masjidil Haram dikenali dengan "Makkah Royal Clock Hotel Tower" yang direka berketinggian lebih dari 601 meter


Ketinggiannya Hanya berbeza 200 meter dari BANGUNAN TERTINGGI DUNIA ketika ini, iaitu [22] ! (lihat gambar di bawah)


Burj Khalifa, merupakan [22] di dunia (828 meter) yang telah dirasmikan Januari 2010 lalu, bangunan ini memecahkan rekod bangunan tertinggi sebelumnya iaitu CN Tower dengan ketinggian 553 meter. !


Perhatikan bangunan yang dibina di Pinggir Al Haram ini lebarnya luar biasa. Bandingkan saja dengan bangunan lain, Albraj Albait atau The Royal Clock Tower Makkah ini mempunyai luas 1,500,000 (1 juta) meter persegi. boleh dibayangkan berapa banyak bangunan di sana yang diusir dan berapa tanah bukit sebelah Masjid Al Haram yang digondol. Melihat bumi Allah di rosak dengan mesin-mesin raksasa itu. Debu debu berterbangan di sekitar Masjid Haram. Masya Allah.



(Poster Rancangan Perombakan Masjidil Haram) Cuba Perhatikan, di antara tower tower yang dirancang itu ada beberapa yang sudah jadi, di antaranya; InterContinental dan The Royal Clock Tower yang kita bahas di atas, Jika kita amati di atas ada dua tower Raksasa yang disambungkan Mirip Twin Tower Petronas di malaysia.itu adalah pintu masuk kompleks Masjid ini nanti.

Boleh kamu lihat tidak ada tanda-tanda Bukit di sana kan? Padahal Jalan yang melalui dua tower itu sebelumnya membelah dua Bukit. Tanda Apakah Ini? Padahal itu Tanah Haram.Menakutkan.Adakah manusia mula berani merosakkan tanah Haram ini? Atau peminpin negeri negeri Islam ini juga ikut serta dalam maraknya perlumbaan pembangunan bangunan-bangunan pencakar langit dengan negara-negara kaya yang lain? Cuba perhatikan nota perlumbaan bangunan-bangunan pencakar langit di dunia yang hampir setiap tahun saling mengalahkan, di Grafik Ini:


Perhatikan Bangunan Tertinggi di atas, itu adalah MILES TOWER Bangunan yang akan dapat mengalahkan Al Burj Dubai. Arab Saudi dengan kekayaanya merancang membina bangunan ini di Jeddah. Lagi, Ini merupakan bangunan tertingi di Di Dunia dengan ketinggian Tertinggi 1600 Meter! (1.5 Kilometer Menjulang ke langit) Ini Tidak Mengejutkan? Setelah saya terus siasat ternyata MILES TOWER ini pun sudah ada pesaingnya yang membina bangunan dengan Ketinggian 3.200 Meter atau 3 Kilometer Menjulang Ke Angkasa)




Jam raksasa yang ketika tulisan ini dibuat itu sudah selesai dibina (berukuran lebih kurang 40 meter) dipaparkan ke seluruh dunia oleh chanel TV MBC setiap kali azan tiba secara live dari Masjidil Haram. Satu lagi Akhifillah, tentunya saya sangat tidak berhak untuk mengutuk Raja Arab Saudi yang membenarkan pembangunan pangsapuri dan hotel mewah betul-betul di laman Masjidil Haram itu, mungkin Beliau tengah merancang sesuatu. Misalnya saja untuk mengantisifasi jemaah Haji yang jumlahnya Jutaan yang mengalir ke Masjidil Haram untuk Hajj.Tapi mari kita berfikir,

InterContinental Dar Et Tawhid, Depan Masjidil Haram di halaman depan GERBANG UTAMA (Pintu Masuk No. 72) Masjidil haram berdiri sebuah Hotel Mewah bernama "InterContinental Dar et Tawhid Makkah "sebuah hotel 5 bintang yang berlogo IHG (InterContinental Hotel Group), sebuah Rantai Hotel milik Amerika.

Sangat Menghairankan? Tidak kah mereka mendengar firman Allah dalam Al-Quran bahawa Tanah haram ini adalah untuk semua manusia di bumi, bukan untuk perniagaan ? "Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalang manusia di jalan Allah dan Masjidil Haram yang telah Kami jadikan untuk semua manusia, baik yang tinggal di situ atau di padang pasir dan siapa yang bermaksud di dalamnya melakukan kejahatan secara zalim, nescaya akan Kami rasakan kepadanya sebahagian dari azab yang pedih. "(Al-Hajj [22]: 25)

Sumber : [22]

HOT! Perwakilan UMNO Kedah Hentam Putrajaya Soal Harga Barang Naik! #PAU2013 #HanyaDiKedah

Posted: 06 Dec 2013 05:16 AM PST



Perwakilan dari Kedah membangkitkan pertanyaan mengenai kenaikan harga untuk beberapa barangan kerperluan asas semasa Perhimpunan Agung Umno.

Ekoran kenaikan mendadak harga beberapa barangan keperluan asas selepas Pilihan Raya 2013, termasuk terbaru kenaikan kadar 15% bekalan elektrik, perwakilan Umno dari Kedah Datuk Othman Aziz berkata, rakyat kini tertanya-tanya apa lagi harga barangan yang akan naik selepas ini.

"Bila minyak, gula dan terbaru elektrik naik, rakyat tertanya-tanya apa lagi nak naik lepas ni," kata Othman dari Jerlun.

Beliau yang membahaskan ususl ekonomi sempena Perhimpunan Agung Umno menegaskan, rakyat merasakan tidak masuk akal sekiranya kadar ekonomi meningkat, tetapi kenapa harga berkenaan perlu naik.

Pembangkang jelas melihat isu-isu kenaikan harga barangan keperluan asas itu sebagai "bola tanggung" dan memberikan kelebihan kepada mereka dengan serangan-serangan di laman media sosial.

"Mereka cuba nak jadi juara rakyat. Media pembangkang mula mencanangkan pemikiran negatif," katanya. Justeru, beliau mengharapkan tindakan proaktif Putrajaya dan bersedia menjawab segala isu berkenaan malah tidak lagi bergantung dengan strategi bersifat defensif.

"Kerajaan kena bagi peringatan berjimat-cermat kepada rakyat. Kita boleh umum tangguh projek dan fokus kepada perkara asas. "Kalau kita kempen jimat elektrik lebih awal, bila elektrik naik tidak rakyat terasa sangat,"  katanya lagi di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Betul kata Othman Aziz, rakyat semakin tertekan dengan apa yang berlaku sekarang ni. Dari bulan 5 hingga sekarang, sekurang-kurangnya 3 harga barangan asas dah naik. Belum lagi kira makanan yang naik harga akibat kenaikan petro tempohari.

Kalau kerajaan sekarang meneruskan pengurusan kewangan yang sebegini, nescaya PRU ke 14. BN akan jadi pembangkang. Syabas pada perwakilan Kedah yang berani bersuara demi rakyat!


McTheory:
Pandai juga Tok Man Aziz sebut media sosial ek.. ingatkan takdak orang baca. he he..

HOT! Kemalangan Ngeri, Ragut Nyawa Bayi Baru Lepas Bercukur Rambut!

Posted: 06 Dec 2013 03:38 AM PST





Al-fatihah.. semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman..

EKSKLUSIF! Betul ke Semua Candi di Lembah Bujang Telah di ROBOH? #CandiLembahBujang #HanyaDiKedah

Posted: 05 Dec 2013 10:36 PM PST

Ini bukan candi yang roboh, tapi keadaan asal candi yang dijumpai.

Semalam Mc dan TMK  turun melawat kawasan 'candi-candi' peninggalan sejarah Kedah Tua. Sebab terdapat khabar angin yang mengatakan semua candi di Lembah Bujang telah dimusnahkan.

Betul ke semua candi?

Bagi orang luar yang tak pernah datang ke Lembah Bujang untuk melihat candi atau lebih sempurna dipanggil 'Kota Purba' sudah tentu termakan dengan dakwaan yang mengatakan 'semua candi di Lembah Bujang telah dimusnahkan oleh Kerajaan negeri'.

Kerajaan negeri mana yang nak musnahkan semua candi tu? Apa motif Kerajaan negeri nak musnahkan candi yang sememangnya bersejarah? Betul ke semua candi di Lembah Bujang telah dimusnahkan? Tidak kah kita tahu bahawa candi sememangnya dijaga oleh Jabatan Warisan dibawah Jabatan Perdana Menteri.

Soalan diatas akan Mc jawab satu per satu, sebab soalan-soalan itulah yang sering dilontarkan kepada kami bila orang luar bertanyakan soal candi ni.

Cerita Kerajaan negeri nak musnahkan semua candi tu mengarut, mana ada arahan atau tindakan Kerajaan negeri nak musnahkan candi. Hanya pemaju syarikat cinabeng Saujana yang 'tak sengaja' merosakkan candi 11. Dengan alasan kononnya mereka tak tahu.

Semua ini disebabkan candi 11 tersebut terletak di kawasan yang agak jauh dari candi-candi yang lain. Malah ianya terletak di kawasan persendirian. Maknanya atas tanah orang, bukan hak milik kerajaan. Malah semasa kerja pembersihan tapak dijalankan, pihak pemaju tidak maklumkan dulu pada pihak muzium.

Lepas seminggu barulah pihak muzium sedar dan mengambil tindakan. Cuma isu ini menjadi panas kerana disedari oleh puak Pkr dan Dap betapa mereka berpeluang untuk politikan isu ini. Malah mereka berniat jahat dan cuba mempolitikan isu candi dengan isu kaum dan agama.

Mereka India Pkr dan Dap yang kononnya 'alim ya amat' tu menangis dan berguling-guling di tapak candi yang dirosakkan, kononnya kerajaan negeri Kedah bertanggung jawab untuk merosakkan kuil lama bersejarah mereka.

Sedangkan semua tindakan yang mereka lakukan, hanyalah wayang politik malah india yang menangis berguling-guling tempohari juga sudah tiada, malah tapak candi yang dikatakan 'kuil lama' mereka juga terbiar sepi. Hanya garisan kuning polis yang tinggal dan kesan robohan candi 11.

Selepas melawat tapak candi 11, kami beransur ke tapak candi yang lain pula. Tapak candi 23 yang terletak di Kampung Candi Lembah Bujang. Disini ada 3 candi yang dijaga dan diselia oleh Jabatan Warisan dan muziam arkeologi Lembah Bujang.

Siap berbumbung lagi..

Di jaga baik

Di bina mengikut susun asal



Ini keadaan asal candi ditemui.. sebelum dibina semula.

Ternyata candi yang terletak di Kampung Candi Lembah Bujang masih dijaga dengan baik.

Kemudian kami beransur ke kawasan candi yang masih dibawah seliaan USM. Kawasan ini hanya di tepi jalan dan kajian masih dijalankan atas tapak arkeologi, cuma kali ini kami tidak dibenarkan masuk untuk mengambil gambar.

Jadi kami hanya dapat mengambil gambar dari luar tapak.


Terdapat lebih 20 tapak arkeologi yang sedang dijalankan oleh pihak USM. Itu yang Mc nampak. Sebab kami pun tak dibenarkan masuk, jadi kami buat tinjauan kasar saja la.

Tujuan Mc membuat posting ini ialah untuk menafikan tuduhan bahawa, semua candi di Lembah Bujang telah dimusnahkan. Masih banyak candi dan kota purba yang dijaga dan diselia dengan baik. Hanya candi di tapak 11, disebabkan terletak ditanah persendirian, jadi pihak berkuasa mempunyai masalah untuk menyelia dan menjaga tapak tersebut.

Harapan Mc, pihak berkuasa bina semula candi tersebut ditempat yang berdekatan dan senang diselia. Mana tahu takut-takut, kejadian yang sama berulang kembali.

Soo pada peminat sejarah, jangan risau pasal candi ni, sebab ada banyak lagi candi yang boleh anda lawat.

Saranan Mc pada peminat sejarah yang ingin mengetahui lebih dalam mengenai candi, kota lama dan sejarah tamadun Kedah tua, boleh ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang, untuk mendapat informasi yang tepat.


Disitu kita dapat lihat keterangan penuh mengenai senarai candi, apa kegunaannya, siapa bina, bila dan segala persoalan akan didapat dijawab. Kalau tak faham juga, ada pegawai yang bertugas, tanyalah soalan yang berkaitan. Cuma kalau ada yang kata nak beli bawak balik candi tu, rasanya tak boleh kot. he he..

Cerita ni tak habis disini, cuma next posting Mc akan sentuh sikit mengenai sejarah candi dan kota purba yang terdapat di Lembah Bujang.

McTheory:
Fuhh.. kadang-kadang layan juga sejarah ni..

INFO! AJK UMNO Pekan dipercayai Mati Lemas! #Berita

Posted: 05 Dec 2013 05:46 PM PST


Semalam Mc ada terbaca tentang AJK UMNO Pekan yang dipercayai mati lemas. Innalillah.. rupanya betul..takziah pada keluarga mangsa.


KUANTAN 4 Dis - Keadaan banjir di Pahang yang semakin kritikal telah mengorbankan tiga mangsa hari ini yang dilaporkan lemas.

Salah seorang mangsa Jamali Ayob, 46, yang merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan telah ditemui mati lemas bersama anaknya Megat Nazri Jamali, 17, setelah gagal mengawal bot fiber yang dinaiki dan dihanyutkan arus deras kira-kira jam 9 malam tadi.

Manakala seorang lagi mangsa, Mohamad Ali Khalib, 21, dari Kampung Sepial, Ulu Tembeling, Jerantut lemas ketika sedang menjaring ikan di Sungai Pahang pagi semalam.

Mayatnya ditemui kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Dalam pada itu, laporan bilik gerakan banjir IPK Pahang mendapati, seramai 38,323 mangsa dari 9,153 keluarga ditempatkan di 122 pusat pemindahan membabitkan tujuh daerah sehingga 8 pagi tadi.

Daerah Kuantan masih mencatatkan jumlah pemindahan mangsa banjir tertinggi iaitu 30,307 orang dari 1,561 keluarga yang ditempatkan di 85 pusat pemindahan.

Manakala daerah Rompin pula mencatatkan 4,289 mangsa banjir ditempatkan di 15 pusat pemindahan, di Pekan 3,037 mangsa banjir di 11 pusat pemindahan, di Maran 637 mangsa di enam pusat pemindahan, Jerantut 25 mangsa di dua pusat pemindahan, Lipis 21 mangsa pemindahan di dua pusat pemindahan dan Temerloh tujuh mangsa di satu pusat pemindahan. - RakyatNews


McTheory:
Dengar khabar banjir di Pekan kali ni diantara paling buruk yang pernah dialami..


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...