Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! Akhirnya Candi Lembah Bujang Ke Unesco Jugak!! #CandiLembahBujang

Posted: 13 Dec 2013 05:25 PM PST


Setelah sekian lama menunggu keputusan Kerajaan Kedah untuk membuat pemohonan pengiktirafan Unesco terhadap Candi-Candi di Lembah Bujang. Akhirnya, semalam Menteri Besar Kedah membuat kenyataan tersebut.

Cadangan itu turut disambut baik oleh MIC Kedah kerana langkah kerajaan negeri mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) bagi menjadikan tapak warisan sejarah sekitar Lembah Bujang di Merbok sebagai tapak warisan dunia.

Timbalan Pengerusinya, M.L. Maran berkata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir membuat keputusan betul dalam usaha memelihara warisan berkenaan.

"Kenyataan Mukhriz semalam membuktikan kerajaan negeri tidak lepas tangan. MIC berharap tidak ada lagi kenyataan mana-mana pihak bahawa kerajaan negeri tidak peka dengan isu ini," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah semalam bahawa kajian akademik akan dihantar kepada Unesco selewat-lewatnya hujung tahun depan sebagai usaha mendapatkan pengiktirafan bagi menjadikan Lembah Bujang tapak warisan dunia.

Candi 11 iaitu monumen binaan semula pada 1974 di Sungai Batu menjadi kontroversi apabila banyak pihak khususnya badan-badan bukan kerajaan marah dengan tindakan sebuah syarikat pemaju merobohkannya bulan lepas selain menyifatkan kerajaan negeri tidak peka dengan isu sejarah.

Maran berkata masyarakat India khususnya harus berterima kasih dengan ketelusan dan komitmen Mukhriz dan kerajaan Kedah untuk menangani isu ini sebaik mungkin.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...