JUST READ!

JUST READ!


Stop Chinese-bashing, please!

Posted: 05 Dec 2013 10:01 PM PST

Some points raised by delegates and party leaders at the Umno general assembly, which I found 'self-destructive, politically hostile and making the Malays look as most racist.

However, before I go on, I sincerely would like to apologise if my jottings offend some of them. And to make them understand better, I will put my comments in Bahasa Malaysia (I guess many Umno leaders do not read English... please ask Ahmad Maslan, Akmar Mokhles, Amhari and those in-charge of Umno new media team what I meant).

1.  Changing 1Malaysia to 1Melayu
Saya amat terkejut dengan saranan seorang perwakilan agar kerajaan menukar slogan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, kepada 1Melayu bagi menggambarkan betapa pentingnya orang Melayu terus dibela, dibantu, disuap dan dipapah untuk terus hidup.


Ini satu provokasi politik yang cukup berbahaya. Saya sendiri tidak akan menolak jika ada anggapan menuduh orang Melayu sebagai bangsa paling rasis di negara ini.

Kenapa perlu ada 1Melayu? Apa pandangan Melayu sendiri jika bangsa lain menggunakan slogan 1Cina, 1India, 1Iban, 1Sikh atau 1Kadazan dan lain-lain? Apa sebenarnya yang kita inginkan daripada 1Melayu?

Sudah 56 tahun kita merdeka. Usaha memelihara kepentingan Melayu terus dibuat walapun ia menimbulkan rasa prejudis di kalangan kaum lain. Melayu terus diberi keutamaan dalam projek kerajaan, kemasukan ke IPTA, subsidi harga rumah dan pelbagai bantuan lain.

Pada waktu yang sama, kita melihat bangsa lain, khasnya Cina makin maju di bidang ekonomi, menyebabkan rasa iri hati Melayu terhadap mereka makin menebal. Melayu merasakan mereka ada hak dalam kekayaan yang dikumpul oleh bangsa Cina dan India. Dengan berpegang kepada 'ketuanan Melayu', kita beranggapan Melayulah yang patut lebih berjaya daripada kaum Cina kerana kita lebih ramai serta memiliki kuasa politik dan mengetuai kerajaan.

Tetapi orang Cina kurang mendapat bantuan kerajaan, malah tiada subsidi langsung. Mereka bangun atas dayausaha sendiri dan menggunakan wang kesatuan sejak ratusan tahun dahulu. Lihat saja pencapaian mereka di negara asing seperti Amerika Syarikat, Australia, Britain dan sebagainya. Adakah mereka maju kerana dibantu kerajaan negara terbabit?

Bisnes sudah menjadi darah daging orang Cina sejak ribuan tahun lalu. Benar, memang ada pedagang dan pelayar Melayu turut menyertai bidang ini hingga tiba di Afrika Selatan, China, Indochina dan Sri Lanka tetapi kebanyakannya terus bermastautin di sana. Melayu mudah puas hati dengan pencapaian yang sedikit.

Jadi, mengapa perlu kita memandang serong terhadap orang Cina di negara ini? Jika ini negara orang Melayu, ini jugalah negara orang Cina, India, Sikh, Ceylonese dan lain-lain yang lahir di sini atau yang diberikan status penduduk tetap serta kerakyatan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan tidak akan disusun sebegitu rupa jika tidak menjaga dan memelihara kepentingan semua bangsa dan puak di negara ini.

Berpandukan Perlembagaanlah maka Melayu harus menerima hakikat bahawa Malaysia bukan lagi Tanah Melayu atau Malaya. Tidak ada 'tuan' yang lebih berkuasa di negara ini selain semangat bertuankan kerjasama dan kesepakatan antara kaum.

2.  Blaming the Chinese
Keputusan pilihanraya umum ke-13 Mei lalu memberi orang Melayu hanya satu sebab untuk menghilangkan rasa aib dan terkejut di atas pencapaian buruk Barisan Nasional - menyalahkan MCA dan orang Cina yang mengundi pembangkang.

Kita menuduh orang Cina cuba merampas kuasa politik Melayu di negara ini dengan memberikan banyak kerusi Parlimen kepada Pakatan Rakyat, dan ia hampir membuahkan hasil.

Tetapi kita tidak marah dengan Melayu yang menyokong dan mengundi PAS. Kita gagal melihat pengaruh dua parti Melayu dalam Pakatan Rakyat, iaitu PKR dan PAS yang turut mendapat sebahagian besar undi Melayu.

Atau dapatkah kita menafikan ada orang Umno sendiri mengundi pembangkang?

Pembangkang tidak akan kuat tanpa gabungan dalam Pakatan Rakyat. DAP sendiri tidaklah seteguh mana tanpa PAS dan PKR. Begitupun, mereka boleh menang pada pilihanraya umum akan datang jika kerjasama utuh di kalangan komponen BN tidak dipelihara dan dipertingkatkan.

Adalah tidak wajar dan tidak adil menuduh MCA memberi kemenangan kepada DAP dengan menggalakkan ahlinya memangkah DAP pada PRU ke-13. Sebaliknya, kita tidak langsung menuduh sedemikian terhadap ahli Umno sendiri yang mengundi pembangkang!


Persoalannya di sini, sampai bilakah kita mampu menguasai kerajaan jika kita sendiri memandang serong terhadap rakan-rakan dalam BN? Mampukah Umno sendiri memenangi sebahagian besar kerusi Parlimen dan negeri pada PRU akan datang bagi membolehkannya membentuk sebuah kerajaan persekutuan dan negeri Melayu?

Ramai antara kita dengan angkuh berkata, 'memang boleh!'. Malah, ada pula yang beranggapan Umno akan lebih berkuasa jika MCA keluar dari Barisan Nasional. Kenyataan terbuka seperti inilah yang akan memakan diri sendiri, sama juga seperti slogan 1Melayu!

Senario politik dunia sudah melihat bagaimana banyak negara diperintah oleh parti berlainan. Malah di Amerika Syarikat sendiri, Republikan dan Demokrat silih berganti menguasai Kongres, Di Jepun, Parti Liberal Demokrat yang memerintah Jepun selama lebih 50 tahun tumbang di tangan Parti Buruh pada 2009 sebelum LDP mengambil alih semula kerajaan 3 tahun kemudian.

Di Thailand, kumpulan yang menyokong perdana menteri Yingluck Shinawatra dua tahun lalu kini berpaling tadah dan ingin menggulingkannya. Keadaan yang sama sudah kita saksikan di Filipina, Australia, New Zealand, Poland, Indonesia, Jepun, Korea Selatan dan negara lain.

Bukanlah sesuatu yang menghairankan jika BN tumbang pada PRU ke-14 tetapi bagi terus mengekalkan penguasaan, Umno memerlukan satu pendekatan yang membolehkannya diterima semua lapisan rakyat.

Umno juga perlu membuktikan di sebalik sifat Melayunya, ia juga mengambil berat kedudukan dan masa depan kaum lain di negara ini. Mesti ada pendekatan baru untuk meyakinkan orang Cina dan India bahawa mereka boleh bergantung kepada kuasa politik Umno di Malaysia.

Tidak ada untungnya kita terus menyalahkan orang Cina kerana menyokong pembangkang. Mesti ada sebabnya kenapa mereka tiba-tiba membelakangkan BN tetapi kita maklum mengapa bangsa kita sendiri mengundi pembangkang.

3.  Syarikat Cina
Sejak kekecewaan PRU-13, kita menjadi emosional dengan menuding jari ke arah ketidakwajaran orang Cina mengundi pembangkang. Kita mempersoalkan 'apa Cina mahu' dan melancarkan kempen 'jangan beli barangan buatan orang Cina dan di kedai Cina'.

Inikah cara kita untuk memperbetulkan keadaan?

Kita ibarat menggali kubur sendiri dengan pendekatan 'kebudak-budakan' ini. Kita marah mereka, kita keji, hina dan pulaukan mereka tetapi mereka sedikit pun tidak terjejas. Tetapi pada waktu yang sama, kita mempersoalkan keikhlasan mereka untuk bekerjasama dengan Melayu dan Bumiputera kerana kurang mengambil pekerja Melayu bekerja di syarikat besar Cina.

Kita mempersoalkan kenapa syarikat milik orang Cina mengenakan diskriminasi ke atas Melayu, contohnya syarat-syarat temuduga dan kenaikan pangkat. Kita menganggap orang Cina tidak berminat langsung membuka pintu kepada orang Melayu.

Orang Cina tidak ada GLC seperti Umno. Mereka sebaliknya berbangga dengan pengusaha sebangsa yang berjaya. Syarikat gergasi Cina seperti YTL, Berjaya, Genting Group dan Magnum Corp adalah simbol kejayaan mereka di Malaysia.

Tetapi mereka bukanlah sombong dan angkuh. Mereka sebaliknya saling membantu di antara satu sama lain dalam melahirkan lebih ramai jutawan Cina, baik di negara ini mahupun di luar negara. Mereka lebih gembira jika sebuah kek besar dapat dibahagi-bahagikan kepada lebih ramai orang daripada dinikmati oleh seorang dua.

Malangnya, orang Melayu kurang yang bersifat sedemikian. Sebagai orang Melayu sendiri, saya sudah menempuh zaman tiga Perdana Menteri sejak 1981 dan menyaksikan bagaimana usaha kerajaan melahirkan lebih ramai usahawan Melayu besar, tersadai di tengah jalan.

Pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, kerajaan memilih sekumpulan lima atau enam anak Melayu, memberikan mereka kontrak besar dan mewah dengan harapan setiap seorang daripadanya akan membantu lima atau enam lagi usahawan Melayu mencapai taraf jutawan. Jika mereka benar-benar ikhlas, hari ini kita mungkin sudah ada sekurang-kurangnya 2,000 jutawan Melayu dan beberapa orang 'billionaire'.

Ini tidak terhasil kerana mereka ini tamak dan haloba, ingin mewujudkan empayar perniagaan sendiri dan hanya mementingkan kroni masing-masing. Pengusaha lain yang cuba bersaing di bidang mereka akan ditindas.

Pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi, berlaku pula cantas-mencatas ke atas beberapa pengusaha Melayu yang terkenal sebagai pakar di bidang pembuatan kapal dan bot. Hari ini, tidak ada lagi Melayu yang dapat diharapkan menjadi pelopor industri berkenaan, kecuali Syed Mokhtar al-Bukhary. Itupun ada juga orang Melayu sendiri yang cuba memperkecil-kecilkan kemampuan beliau dan mencari jalan merosakkan perniagaannya.

Sebenarnya orang Melayu sendiri perlu berubah, mengubah pandangan dan persepsi buruk terhadap bangsa lain, mengikis sifat prejudis yang selama ini mengekang mereka daripada berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain.

Saya yakin orang Cina sedia bekerjasama dengan Melayu dan kaum lain dalam mempertingkatkan ekonomi negara, dalam membina sebuah negara makmur dan aman damai serta berkongsi kekayaan yang sedia ada.

Orang Cina juga sedar bahawa mereka tinggal di sebuah negara yang dinaungi kerajaan Umno dan tidak mungkin bangsa mereka akan menjadi perdana menteri. Mereka hanya inginkan jaminan untuk kekal menjadi rakyat sebuah negara merdeka, sejahtera dan makmur, dan dengan itu sedia bekerjasama dengan sesiapa saja asalkan hasrat itu tercapai.

Di zaman serba mencabar ini, kita juga tidak harus menyalahkan syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) yang membeli ruangan iklan di akhbar Inggeris dan Cina, termasuklah yang menyokong pembangkang mahupun yang bersifat oportunis.

Perniagaan mestilah maju. Jika ingin mencapainya, kita memerlukan skop pelanggan yang luas. Tidak harus wujud 'beli barangan Umno', 'beli barangan Cina' atau 'beli barangan India' dalam kamus perniagaan. Kita perlukan pelanggan semua bangsa untuk membeli atau melanggani produk kita.

Akhbar yang terlalu bermain politik makin diketepikan pembaca dan pengiklan kerana ruang lingkup pelanggan mereka makin berkurangan. Nisbah jualan juga makin mengecil dan ia sedikit-sebanyak akan menjejaskan jualan serta keuntungan GLC serta syarikat terbabit. Dalam menyediakan faedah, gaji dan elaun menarik buat pekerja, syarikat ini memilih jalan 'business is business' untuk terus bertahan dan mampu bersaing.

Tetapi kerajaan juga mengamalkan dasar perlindungan ke atas beberapa GLC sehinggakan tidak ada ruang bagi pengusaha Bumiputera dan Melayu bersaing di bidang terbabit, contohnya telekomunikasi. Dasar perlindungan ini juga tidak seiiring dengan gesaan kita sendiri agar lebih ramai Melayu menyertai bidang berkenaan.

4.  HIDUP MELAYU sudah tidak relevan
Slogan 'Hidup Melayu' sudah lagi tidak relevan kerana 'hidup' yang diperjuangkan selama ini pun terus 'mati'. Dalam erti kata lain, perjuangan memartabatkan kedudukan Melayu di semua bidang tidak lagi patut diserahkan kepada kerajaan dan GLC saja.

Satu pendekatan dan mekanisme baru perlu disusun agar pengusaha Melayu, Cina dan India dapat berkongsi kepakaran, modal dan tenaga bagi membangunkan negara. Melayu perlu, dari sekarang, bangkit untuk 'bergerak seiring' dengan orang Cina dan bangsa lain di semua bidang ekonomi agar tidak akan wujud lagi jurang perbezaan ketara dalam strata sosio-ekonomi masyarakat majmuk di Malaysia.

Ingatlah. Malaysia ini negara kita, negara semua kaum yang ada. Jika tidak wujud kerjasama dan persefahaman di antara kaum di bidang-bidang utama, akan gagallah semua usaha yang dibuat dari sekarang, terutamanya membina sebuah negara 1Malaysia.

Salah satu punca tebalnya prejudis Melayu terhadap orang Cina ialah jurang bahasa. Hampir semua orang Cina di Malaysia faham percakapan orang Melayu tetapi tidak sampai 5 peratus Melayu yang memahami Mandarin.

Ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pelajaran, saya pernah mengusulkan agar diperkenalkan subjek pilihan (bukan wajib) di semua sekolah rendah, iaitu Mandarin dan Tamil agar anak-anak Melayu dapat belajar dan memahami (jika tidak pun menguasainya). Ini dapat menggalakkan asimilasi kaum dan menghapuskan syak wasangka di kalangan mereka.

Jurang bahasalah yang menjadikan Melayu melihat orang Cina dan India dengan prejudis walhal orang Cina dan India tidak pula sedemikian. Saya sekali lagi mencadangkannya kepada Pak Lah pada tahun 2005. Walaupun beliau bersetuju, tidak ada tindakan diambil.

Kali terakhir saranan ini dibuat ialah kepada orang kanan MCA, Tan Sri Fong Chan Onn kira-kira 3 tahun lalu. Ia juga disokong tetapi beliau berkata, ia perlu dibawa kepada Kabinet.

Jika Melayu faham bahasa Mandarin dan Tamil seperti orang Cina dan India memahami bahasa ibunda kita, sifat perkauman, prejudis dan buruk sangka sesama rakyat Malaysia mungkin sudah lama terhapus dan negara mampu bangkit lebih cergas kerana mempunyai rakyat bersatu padu dan saling memahami.

Jika rakyat Malaysia berbilang kaum boleh bersatu hati menyokong pasukan bolasepak Malaysia di Staidum Nasional dan saling berpelukan gembira bila pasukan kita menang, kenapa pula tidak boleh bersatu dalam semua hal?

Saya yakin tulisan saya ini akan disokong dan juga dikecam tetapi sebagai rakyat Malaysia, saya ingin meminjam kata-kata Allahyarham Tun Ghafar Baba dalam satu ucapannya di Bukit Tinggi pada tahun 1999:
"Sanggupkah kita lihat anak cucu kita pada masa depan bergaduh kerana tidak faham bahasa sesama sendiri? Orang Melayu perlulah ambil usaha belajar bahasa Cina dan Tamil. Bukankah elok jika semua kaum dan bangsa di Malaysia ni faham apa yang dicakapkan dalam bahasa berlainan. Jadi, tak adalah sesiapa nak mengata atau memburukkan sesiapa...."

Banyak lagi ingin saya tulis tetapi sekadar inilah dahulu. Saya bukannya pemimpin tetapi rakyat yang sudah melalui pahit getir pengalaman di Iraq, Iran, Afghanistan, Palestin dan beberapa negara lain.

HIDUP MALAYSIA!

Flood and late aids

Posted: 05 Dec 2013 03:40 AM PST

How generous our government is to consider giving special cash aids to the flood victims, AS IT DID IN PREVIOUS INCIDENTS.

I like that. Sum up the losses and damage first, then only we give out the cash. How long would it take? A week? A month... or six months?
KUANTAN: Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said the government would consider giving special cash aids to the flood victims as it did in previous incidents.
Heavy rains for three days have made some of the relief centres in Kuantan inaccesible by roads and causing delay in aid delivery, says Najib.
He advised the people in the East Coast to be prepared for the possibility of another episode of floods during the monsoon season.
PREVIOUS INCIDENTS! (Laugh!)


I wonder how much does the prime minister know about this facts:

1.  In most incidcents, help team from the Opposition would be the first to be there. They didnt have to call for an emergency meeting. They will bring whatever they have to assist the victims.

2.  The opposition, despite lack of fund (because they don't control the government) will rush to the affected areas, if not with trucks of food and other supplies, with words of comfort and some men to help the victims shift their belongings to safer areas.

3.  Despite having that 'Tabung Bantuan Bencana Alam', many believe some of the cash allocated for the victims went to some greedy people (so, please conduct an audit ASAP).

4.  The opposition do not need to call for a press conference to announce the amount or value of assistance they are providing.

5.  The government mercenaries are always late. Why? 'Perlu tunggu arahan', 'a VIP must escort the aid team', etc. Too much discrepancies!

Remember some major floods in recent years, including Johor, Trengganu and Kedah. Whose aids reached the victims first? Yeah, yeah... better late than never but the victims need more than aids to rebuild their life. Understand?

So, why blame them for voting the Opposition?

MARAH KE?

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...