House PK

House PK


YOOO UMNO AMPANG! TELUR SUDAH SIMPAN MASUK PERUT KE?

Posted: 18 Dec 2013 01:25 AM PST

Lu orang kat Ampang apa cerita nih?

Aku dengar orang Ampang bersyukur dan mengadakan kenduri besar-besaran untuk meraikan kenaikan tol di AKLEH.

Betul ke?

Aku dengar lagi, orang Ampang semua akan buat perarakan besar-besaran dengan bunga manggar dan patung berhala Khalid Ibrahim sebagai tanda meraikan tol baru yang bakal mereka bayar di AKLEH.

Betul ke?

Cuba korang baca ceritanya di SELANGOR CHRONICLE ni.

DEI PANDEYKUTTY! TNB TARAK SALAHLAH NAIKKAN TARIF ELEKTRIK!!!

Posted: 17 Dec 2013 08:54 PM PST


Aku tak tahulah nak gelak atau nak nangis bila baca kenyataan CEO TNB, Azman Mohd yang menafikan kenaikan tarif elektrik adalah kehendak dan desakan TNB.

Azman kata, TNB hanyalah agen pengumpul saja. Kenaikan tarif takder kena-mengena dengan TNB katanya lagi.

Dengan kata lain, Azman cuba membayangkan bahawa keputusan kenaikan tarif itu adalah keputusan Kabinet Menteri yang bermesyuarat setiap Rabu. Kalau Kabinet putuskan bahawa tidak ada kenaikan, TNB tidak akan naikkan tarif. Kalau Kabinet kata naik, barulah TNB naikkan.

Aku tak tahulah sama ada Azman Mohd yang dibayar gaji berjuta ringgit setahun ini, ada otak atau tidak. Kalau rakyat pun boleh tergelak bila TNB kata, mereka berniaga tak untung sebab beli arang batu dan gas untuk janakuasa pada harga mahal tapi cajkan pengguna elektrik pada kadar rendah, tetapi pengakhiran laporan kewangan, TNB mencatatkan peningkatan untung berbilion Ringgit setiap tahun, macam mana Azman Mohd tak boleh nampak langsung?

Azman cuba menyalahkan RASIONALISASI SUBSIDI sekaligus membayangkan Kerajaan sebenarnya yang mahu mengurangkan perbelanjaan, bukannya TNB nak cover balik untung mereka. TNB tak akan bagi subsidi dan mengurangkan keuntungan mereka walau satu sen pun bila Kerajaan kurangkan subsidi untuk syarikat tenaga itu. Untung berbilion ringgit TNB tidak boleh dikongsi oleh pengguna-pengguna dalam bentuk penurunan atau pengekalan tarif.

Rakyat pun boleh fikir, takkanlah untung berbilion ringgit setiap tahun, kenaikan kos tak boleh dan mampu diserap, padahal TNB bukannya bertanding atau bersaing dengan sesiapa pun dalam pasaran tenaga. Tak boleh ke TNB kurangkan sedikit keuntungan demi rakyat yang juga pengguna tetap mereka, bukannya menekan lagi rakyat dengan kadar tarif baru?

Kenyataan CEO TNB itu bagi aku, sesuatu yang sangat pathetic. TNB sebagai agen pengumpul saja tapi gaji CEO mencecah RM2 juta setahun. Gaji eksekutif-eksekutif lain pun bukan main tinggi lagi. Tak boleh ke dipotong sedikit gaji besar eksekutif-eksekutif TNB sebab kerja TNB bukannya susah pun, setakat jadi orang tengah.




TNB kata, keuntungan yang diperolehi akan digunakan untuk membangunkan prasarana baru bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik. Kalau dah gitu, kenapa pula pengguna yang perlu membayar lebih untuk pelaburan yang TNB sendiri nak buat? Takkanlah pelaburan untuk syarikat sendiri pun, rakyat juga kena bayar? Ilmu ekonomi mana pula yang digunakan ni?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...