House PK

House PK


EKSKLUSIF BERCILI! LAPORAN POST MORTEM SPR DIDEDAH UNTUK TATAPAN UMUM - WAJIB BACA!

Posted: 30 Nov 2013 04:30 PM PST

Pagi ahad yang hening ini aku nak share dengan korang sedikit tentang POST MORTEM SPR, yang bakal korang baca dalam suratkhabar dan media online serta arus perdana hari ini. Berikut ilah petikan yang aku ambil dari post mortem terbabit:

1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah pun selesai mengadakan Mesyuarat Post Mortem bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) di seluruh negara yang melibatkan 222 Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan 505 Bahagian Pilihan Raya Negeri tidak termasuk 71 Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak memandangkan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak telah pun diadakan pada 16 April 2011. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Y. Bhg. Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Aziz bin Mohd Yusof dan Timbalan Pengerusi SPR, Y. Bhg. Datuk Wira Haji Wan Ahmad bin Wan Omar secara serentak mengikut negeri pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan mulai 19 Jun 2013 dan berakhir pada 15 Julai 2013. Mesyuarat Post Mortem PRU Ke-13 itu turut melibatkan Ahli-Ahli Panel SPR, Pegawai-pegawai Kanan Urus Setia Ibu Pejabat, Pengarah-pengarah dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri, Pegawai Pengurus, Penolong Pegawai Pengurus, Ketua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR), wakil-wakil Ketua Tempat Mengundi dan Penyelia Pusat Mengundi serta wakil pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengikut negeri masing-masing. Di samping membincangkan mengenai isu dan masalah, Mesyuarat juga turut membincangkan mengenai cadangan penambahbaikan kepada setiap isu dan masalah yang dibangkitkan. 

HOUSE PK: Kita boleh melihat dengan jelas disini bagaimana SPR telus dan membuat post mortem ini melibatkan ramai pihak, bermakna bukan bosses atasan sahaja yang terlibat tetapi semua pihak dilibatkan demi untuk mendapat satu keputusan yang baik, aku tak faham apa yang pembangkang masih tak puas hati dengan SPR.

Segala apa yang mereka lakukan semuanya secara terbuka dan transparen. Apa lagi pembangkang mahu?



Sekarang aku mahu share dengan pembaca blog aku tentang apa yang didapati SPR semasa mereka mengadakan Post Mortem ini:

2. Dalam Mesyuarat "Post Mortem" itu, beberapa kelemahan telah dibangkitkan mengenai PRU Ke-13. Berdasarkan kelemahan-kelemahan tersebut, satu perbincangan melibatkan pegawai-pegawai kanan Ibu Pejabat SPR dan Pengarah-pengarah negeri telah diadakan bagi membincang dan mencadangkan penambahbaikan kepada kelemahan-kelemahan itu. Antara kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti dan penambahbaikan yang telah dicadangkan adalah seperti yang berikut: 

 2.1 Latihan dan taklimat kepada petugas-petugas pilihan raya - latihan adalah terlalu awal dari tarikh pilihan raya, latihan dalam kumpulan yang besar, kurangnya latihan berbentuk amali terutamanya berkaitan pengisian borang-borang pilihan raya, perubahan proses dan prosedur serta undang-undang.

Penambahbaikan yang dicadangkan ialah mengadakan latihan dalam kumpulan kecil dan memberi penekanan kepada latih amal terutama kepada pengisian borang-borang pilihan raya, iaitu Borang 13 (Penyata Kertas Undi) dan Borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi). Kaedah latihan seperti itu telah dilaksanakan dalam latihan kepada petugas-petugas pilihan raya semasa pilihan raya kecil N.01 Kuala Besut di Terengganu dan N.20 Sungai Limau, Kedah. Mengenai pelaksanaan latihan terlalu awal dari tarikh pilihan raya, kebiasaanya bagi pilihan raya umum, SPR akan membuat persiapan seawal dua tahun sebelum genap tempoh hayat sesuatu penggal Dewan Rakyat. Berkaitan perubahan proses dan prosedur serta undang-undang, perhatian akan diberikan agar pindaan undang-undang dan peraturan tidak dibuat dalam tempoh yang terlalu hampir dengan pilihan raya.

HOUSE PK: Korang boleh tengok le, SPR ni memang jenis open sebab mereka terima kelemahan yang ada pada mereka dan mencari jalan untuk meperbaiki kelemahan mereka. Ini menunjukkan SPR tidak berpihak kepada mana-mana pihak. Mereka telus dan adil kepada semua, tak kira le kerajaan memerintah mahupun pembangkang.

Harus diingat bukan mudah ya untuk satu-satu agensi yang besar seperti SPR mengakui kesilapan mereka dan mereka juga secara terbuka mahu kongsi maklumat ini dengan rakyat jelata. Kalau nak diikutkan mereka boleh diamkan saja, tetapi SPR memilih untuk berkongsi segala kelemahan dan kesilapan dengan rakyat Malaysia.

Nantikan ulasan yang lebih banyak dari rakan-rakan bloggers yang lain. Aku ulas sikit dan simple aje, takut nanti korang kata aku ni mengampu SPR sebab mereka bayar aku pulak dah. Maaf ya aku buat ini untuk negara tercinta bukan untuk kepentingan sendiri.

Aku harap rakyat Malaysia semua dapat menggunakan akal fikiran dengan waras dan menerima post mortem telus yang dikeluarkan oleh SPR in. Janganlah terpedaya dengan mainan pembangkang yang sangat suka buat wayang siang malam ok?

Lagipun dalam dua PRK yang lepas, SPR telah berjaya memperbaiki segala kelemahan yang tersebut dalam post mortem ini. Dan korang sendiri boleh tengok bagaimana Ketua Pembangkang boleh pusing cerita dan kata dia tak pernah pun sebut pasal 40 ribu pengundi Bangla. Jangan tertipu gang..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...