BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! ISU BANJIR !!! KISAH SEBENAR BAGAIMANA FUZIAH SALLEH MENIPU RAKYAT DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 09 Dec 2013 07:30 AM PST


Isu pembohongan pimpinan pakatan pembangkang bukanlah satu perkara yang baru.Malah pihak media pernah berulang kali mendedahkan 'wajah sebenar' mereka yang sering 'terkantoi' dengan perbuatan tersebut.Malah Ketua Pakatan Pembangkang,Anwar Ibrahim juga sering kali ditangkap dengan beberapa isu yang secara jelas membuktikan pembohongan yang dilakukan.Contohnya media baru-baru ini mendedahkan penipuan Anwar berhubung isu 40 ribu pengundi Bangladesh yang dikatakan sebagai pengundi hantu.Namun apabila didesak mendedahkan bukti berhubung dakwaan tersebut,Anwar dengan segera menafikan kenyataan tersebut.Paling menarik,dia bukan setakat menafikan kenyataan, malah turut meletakkan kesalahan tersebut kepada Umno.Tetapi ternyata Anwar terlupa, semua kenyataan berhubung isu tersebut telah direkodkan.Bak kata pepatah "kalau tidak menipu,bukanlah Anwar Ibrahim namanya".  

Mungkin kerana sudah terbiasa dengan sikap Anwar itu,ramai pimpinan pakatan pembangkang khususnya di dalam PKR pula mewarisi sikap tersebut.Sebagai contoh,Ahli Parlimen PKR,Fuziah Salleh baru-baru ini cuba membawa usul tergemar berhubung masalah banjir yang berlaku di Kuantan untuk meminta kerajaan mengisthiharkan darurat di kawasan tersebut.Dari satu segi,usaha tersebut merupakan satu tindakan yang sewajarnya,tambahan pula dia adalah merupakan wakil rakyat bagi kawasan tersebut.Namun apa yang dikesalkan apabila dia cuba memberikan persepsi kononnya kerajaan tidak peka terhadap isu tersebut.Paling mengecewakan, dia turut mendakwa langsung tiada sebarang bantuan dan jentera yang digerakkan bagi membantu magsa yang terlibat.  

"(Saya terima) panggilan daripada rumah tengah malam,air sampai leher,mohon dibantu dan tidak ada Jabatan Perkhidmatan Awam datang,tidak ada bot,tidak ada polis,tidak ada bomba.Saya terima panggilan daripada pusat pemindahan banjir, 4000 penduduk JKM tidak masuk, tidak ada makanan pukul 3 pagi," katanya.


Sedangkan mengikut laporan yang diterima,hampir seluruh agensi kerajaan telah digerakkan bagi membantu mangsa yang terlibat.Tidak cukup dengan itu hampir 2,400 Askar Wataniah turut digerakkan bagi memberikan bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini khususnya apabila diperlukan pada saat-saat genting.Malah mereka turut menawarkan aset-aset seperti bot atau trak bagi memudahan proses pemindahan.Disebabkan tuduhan tersebut,Wanita Umno sebelum ini menyelar tindakan pembangkang yang mendakwa dan membuat tuduhan melulu bahawa UMNO hanya berseronok berada di perhimpunan agung parti itu yang sedang berlangsung ketika ini tanpa turun padang membantu mangsa banjir di beberapa negeri yang terlibat dengan bencana itu. 

Sambil menafikan tuduhan jahat itu,Ketuanya,Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata,dakwaan tersebut merupakan satu lagi pembohongan dahsyat pembangkang kerana ramai pemimpin tertinggi parti termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri sanggup meninggalkan perhimpunan terbesar parti demi meninjau keadaan di negeri-negeri terlibat.   

"Kenyataan itu memang pembohong dan bangsat kerana Presiden UMNO sanggup meninggalkan kami semua di dewan ini untuk pergi ke tempat banjir di Pahang (semalam). Hari ini pula Timbalan Presiden pergi membuat lawatan termasuk semua menteri besar, ahli Parlimen, ADUN dan ketua bahagian tidak ada di sini kerana semua turun ke padang.

 

"Saya nak tanya di mana ahli yang berhormat daripada pembangkang? Saya nak tanya kepada Ahli Parlimen Kuantan, apa yang dia nak buat kepada pengundi yang ada di Kuantan? Jangan nak cakap sahaja, kalau tidak ada ahli Parlimen, PM dan TPM daripada BN, hanyut semua pengundi yang mengundi pembangkang," katanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KURANG AJAR !!! #PAU2013 !!! PUAK PR KATA IMAM MASJIDIL HARAM ADA KAITAN DENGAN WAHABI ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 09 Dec 2013 04:00 AM PST


Walaupun pilihanraya umum sudah lama berakhir,namun pembangkang tidak pernah puas dengan gerakan untuk memfitnah dan memburukan kerajaan Umno.Hampir saban hari,ada sahaja isu-isu yang sengaja dibangkitkan.Paling mengecewakan,adakalanya isu yang dibawa itu bukan sahaja merupakan perkara yang kecil dan remeh,namun ada ketikanya ia turut berbaur sentimen dan menyentuh sensitiviti masyarakat.Terbaru,mereka di lihat cuba mempertikaikan serta mewujudkan sentimen kebencian rakyat dengan membangkitkan isu solat jumaat para perwakilan Umno di PWTC.Mereka mendakwa tindakan parti keramat orang Melayu yang menjemput Imam Masjidil Haram,Sheikh Dr. Khalid Ali Al-Ghamidi itu adalah salah.Isu tersebut telah dibangkitkan oleh salah satu blog (negarapakatanrakyat.blogspot.com) yang dipercayai ditaja oleh pakatan pembangkang.Ini kerana menurut mereka, iman tersebut berfahaman Wahabi berbanding Malaysia yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).Tidak cukup dengan itu,mereka turut mendakwa ibadat haji yang dikerjakan selama ini tidak sah disebabkan perbezaan fahaman itu.Syeikh Dr Khalid semalam mengimamkan solat Jumaat yang berlangsung di Dewan Tun Razak 4,Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, yang disertai kira-kira 3,000 jemaah termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau yang berada di Malaysia sebagai tetamu negara diberikan penghormatan menjadi imam dan khatib Jumaat di surau itu.

Manakala para jemaah kebanyakannya perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2013 yang berlangsung di PWTC sejak Isnin.Pergerakan Pemuda Umno sebelum ini membawakan usul untuk mentakrifkan Islam sebagai agama rasmi negara yang diperincikan hanya kepada pegangan ASWJ. Usul yang dibawakan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda,Khairul Azwan Harun itu antara lainnya bagi mengelakkan kefahaman lain dikembangkan di negara ini, Paling menarik, mereka turut mengatakan ia adalah merupakan antara sebab utama mengapa Ketua Pembangang, Anwar Ibrahim enggan pergi menunaikan haji.Malah mereka juga dengan biadab turut mempersoalkan sama ada solat yang dilakukan semalam diterima oleh Allah atau sebaliknya.Berikut adalah antara petikan yang diambil dari blog tersebut. 

 "Sebab kita tahu Imam berkenaan tidak ada tauliah untuk mengetuai upacara sembahyang Jumaat di negara kita,di samping PWTC tempat beruk beruk UMNO bersidang itu pun, belum tentu ada kebenaran dari Jawatankuasa Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).Selain Imam Masjidil Haram berkenaan juga berfahaman Wahabi - berlawanan dengan fahaman majoriti besar yang mengikut di belakang, Sunnah Wal Jamaah. Tuhan terima ke sembahyang tu? 

Sedangkan kehadiran Syeikh Dr Khalid langsung tiada kaitan dengan isu ASWJ ataupun Wahabi.Malah ketika ditanya,Beliau turut mengakui Malaysia adalah sebuah negara yang beliau kagumi.Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Jamil Khir Baharom,kunjungan Syeikh Dr Khalid bersama rombongan ulama-ulama dari Universiti Um-mul Qura',Makkah itu merupakan satu penghormatan yang cukup tinggi kepada Malaysia.Jamil Khir berkata sebenarnya lawatan Imam Masjidil Haram itu ke Malaysia bersama- sama ulama Makkah telah lama dirancang dan secara kebetulan berlaku sewaktu Persidangan Agung Umno 2013 di PWTC. "Beliau (Khalid) amat teruja dapat datang ke Malaysia buat kali pertama," katanya. 

Jamil Khir berkata Perdana Menteri pula sangat mengalu-alukan dan berterima kasih atas kehadiran Khalid yang juga merupakan Imam Haramain (Imam Dua Tanah Haram (Makkah dan Madinah)) itu ke Malaysia.Kesimpulannya,inilah wajah-wajah sebenar pembangkang,yang akan mengunakan apa sahaja cara untuk memastikan Putrajaya dapat ditawan.Pada mereka apa sahaja cara yang digunakan bukanlah merupakan satu isu, walaupun adakalanya cara yang digunakan melapaui batas norma masyarakat.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! DS @SHABERYC !!! CATATAN BIASA SEORANG PETUGAS BANJIR DI KEMAMAN DIDEDAHKAN !!!

Posted: 09 Dec 2013 01:08 AM PST


1. Isu makanan tak cukup langsung tak timbul sebenarnya mangsa yang malas masak.Kemudahan memasak ada. 

2. Bantuan lewat sampai kerana petugas seperti Bomba,Polis,Pejabat Daerah juga adalah diantara yang menjadi mangsa banjir. 

3. JKKK,KRT dan Jawatankuasa Masjid memainkan peranan walaupun rumah dan kereta mereka ditenggelami banjir. 

4. Ada JKKK dari kalangan warga emas sanggup kayuh sampan membawa mangsa banjir ke tempat selamat dan pusat pemindahan. 

5. Orang kampung saling bekerjasama membantu,sehinggalah pasukan Unit Amal PAS yang datang dengan kenderaan 4x4 dan bawa bot fiber halang lalu lintas. 

6. Anggota penyelamat redah arus deras banjir, demi menyelamatkan orang lain.Bot Pejabat Daerah digunakan untuk membawa petugas perubatan. 

7. Ada pasukan penyelamat berserta bantuan makanan karam di Sungai Pinang,hanya bergantung di tali bot selama setengah jam hingga dibantu rakan yang lain. 

8. Petugas pelbagai agensi di DCC banjir memberi respon kecuali pada permulaan ekoran mangsa berpindah serentak. 

9. Contohnya, di Bandar Baru Bukit Mentok,penduduk 1,500 orang dan bot hanya ada sekitar 50 buah untuk seluruh Kemaman. Ditambah dengan kerenah mangsa banjir yang sombong dan terlalu manja.

10. Kawasan Mak Chili terdiri daripada golongan berada,enggan berpindah awal kononnya rumah mereka dua tingkat dan banjir tak besar. 

11. Apabila paras air dah tinggi,TNB terpaksa potong bekalan.Semua panik dan talian telefon tergendala. 

12. Stok makanan mangsa banjir hanyalah beras,gula,kopi,susu dan wajib ada sardin.Bagi golongan berada,mungkin tidak sesuai. 

13. Selepas program lawatan TPM ke Sek. Men. Keb. Banggol,MB pergi ke Giant beli semua jenis susu tepung bayi ekoran permintaan seorang ibu yang kehabisan bekalan susu. 

14. MB masuk semula ke Sek. Men. Keb. Banggol walaupun lutut dia masih sakit dan berbalut. 

15. Barangan di kedai runcit memang kurang sebab banyak jalan utama Kemaman-Kuantan terputus.

16. Petrol bukan tiada,tetapi tak boleh 'pump' sebab elektrik terpaksa dipotong bagi elak renjatan. 

Dipetik dari : FB Hati Malaya

P/s: pada yang lupa atau mungkin ada antara kamu yang tak tahu pada sekitar tahun 1971/72 ,mangsa banjir dari pahang pernah dapat tanah dan rumah.Sudah-sudahlah sebarkan cerita yang tak betul,menokok tambah cerita dan saling menyalahkan sesama lain.


ANDA NAK TAHU ISU GAMBAR DI ATAS ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PUAK PR POLITIKKAN ISU BANJIR !!! APA CERITA NI ???

Posted: 09 Dec 2013 01:06 AM PST


apa cerita ni ??? siap politikkan isu banjir.kalau dah tolong tak perlu nak kata apa-apa pun.diam-diam sudahlahhh.tolong dengan ikhlas.siap kata UMNO tolong ada lambang dacing.ada kerr pemimpin UMNO kata "kami tolong rakyat ni,siap bagi cap dacing" ada kerr ??? tak ada kan ??? kalau nak tolong biar ikhlas.ada faham ka ???


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN 

EKSKLUSIF !!! VIDEO RUSUHAN DI LITTLE INDIA SINGAPURA DIDEDAHKAN !!! WAJIB LIHAT

Posted: 08 Dec 2013 04:00 PM PST



Kes berlaku di kawasan yang digelar Little India di Singapura.Pekerja asing mengamuk bila sebuah bas melanggar rakan mereka.Sila KLIK untuk rumusan kejadian tersebut

LIHAT VIDEO DI BAWAH






Pekerja asing ni kat mana-mana tempat pun sama. Bila mereka mula ramai,dah nak tunjuk besar kepala.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...