BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KURANG AJAR !!! ADUN DAP MENJADI PENGKHIANAT NEGARA DAN SEKAT PELABURAN MASUK KE NEGERI JOHOR !!!

Posted: 08 Dec 2013 07:30 AM PST



gambar diatas adalah bukti betapa kejinya perbuatan ADUN DAP yang sanggup menyekat pelaburan masuk ke negeri johor.anda lihat permainan DAP ??? saya malas nak ulas panjang-panjang,nanti ada yang tak tahan pulak.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! DIALOG DENGAN PM @NAJIBRAZAK !!! ANWAR IBRAHIM MAIN DRAMA LAGI !!!

Posted: 08 Dec 2013 04:00 AM PST


Ramai yang seperti pelik dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang secara tiba-tiba ingin mengadakan dialog dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).   

"...parti ini tidak akan pernah jemu untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik.Oleh itu,sekali lagi kami mengulangi kesediaan serta mengambil sikap terbuka untuk mengadakan perbincangan ke arah kepentingan bangsa dan politik baru," ," kata Anwar dalam satu kenyataan ringkas.

Ada yang mengatakan ia satu petanda yang baik,tidak kurang juga ada yang mengatakan sebaliknya.Namun bagi yang mengenali diri Anwar yang sebenarnya,kenyataan itu sebenarnya membuktikkan bahawa dia berada dalam keadaan yang terdesak.Ini kerana seperti yang diketahui,selepas GAGAL merampas Putrajaya dalam pilihanraya umum yang lalu,ramai telah mula meninggalkannya.Mereka seolah-olah telah tersedar dari mimpi dan mula dapat menilai wajah sebenar makhluk yang bernama Anwar Ibrahim.Contoh paling ketara,apabila media baru-baru ini melaporkan mengenai 11 pemimpin utama cabang parti PKR yang mengumumkan untuk meninggalkan parti itu kerana tidak mahu bersekongkol dengan pembohongan Anwar.Malah keputusan Pas untuk bermuzakarah dengan Umno baru-baru ini juga, sudah pasti semakin merunsingkan Anwar.Ini kerana sekiranya muzakarah itu dapat dilaksanakan dengan jayanya,maka peranan Anwar akan semakin mengecil.Atas sebab itu,Anwar terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi menghalang usaha tersebut direalisasikan. 

Rasionalnya apa perlu untuk Pas bermuzakarah secara berasingan dengan Umno,kerana ia seharusnya dilakukan atas nama pakatan pembangkang.Mengapa sekarang Anwar mahu berdialog mengenai pelbagai isu sedangkan jalan yang dipilihnya dulu adalah reformasi melampau,demonstrasi jalanan,demonstrasi ala Arab Spring dan seumpamanya.Anwar dalam banyak hal menjadi masalah besar kepada Malaysia kerana sanggup melakukan apa saja dan bercanggah dengan apa yang dilakukannya semasa dalam kerajaan berbanding sebagai Ketua Pembangkang.Isunya jelas,Anwar ingin menjadi Perdana Menteri tetapi proses demokrasi tidak membenarkan ia terjadi.Lalu Anwar mencari helah hasil PRU-13 dengan mengadakan demonstrasi ala Arab  Spring di seluruh negara tetapi kecundang di tengah jalan.Semasa sidang Parlimen bermula beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen sementara pengikutnya berbaring di luar Parlimen membantah keputusan pilihan raya.Apakah maknanya ini semua ??? Mengapakah baru sekarang mahu memilih jalan dialog sedangkan telah sekian lama Anwar tidak memilih jalan itu ???   

Sedangkan sekiranya benar Anwar ikhlas,dia sepatutnya mengusulkan perkara ini sejak dulu lagi.Malah tidak keterlaluan untuk dikatakan,majoriti perpecahan umat Melayu kini terkait langsung dengan gerak kerja politik Anwar.Selepas menghina Malaysia di luar negara dan selepas beberapa usaha memburukkan Suruhanjaya Pilihan Raya dan kerajaan berlaku,maka baru dialog hendak dilakukan.Kesimpulannya kenyataan dialog ini hanyalah sandiwara Anwar semata-mata dan tidak seharusnya dilayan,biarlah ia berlalu begitu sahaja.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PEJABAT #DAP KEDAH DITUTUP !!! TANDA PERJUANGAN #DAP AKAN BERAKHIR DIDEDAHKAN !!!

Posted: 07 Dec 2013 09:00 PM PST


Di kala krisis CEC DAP belum lagi selesai,parti itu terus mengalami berbagai masalah di beberapa negeri.Biarpun begitu,DAP nampaknya tidak mampu menyelesaikan semua masalah ini sendiri kerana pihak kepimpinan enggan mengakui adanya masalah yang berpunca dari mereka.Hanya dengan aduan dan tindakan dari pihak berkuasa yang mampu memberi sedikit harapan kepada ahli-ahli DAP untuk melihat sebarang penyelesaian.Di Kedah,bekas Pengerusi DAP,Lee Guan Aik yang ditepis turun dari jawatannya dengan tidak semena-mena oleh Lim Guan Eng,telah disahkan sebagai masih lagi Pengerusi Negeri berdasarkan surat dari ROS.Keputusan ROS ini adalah berdasarkan perlantikan Pengerusi baru iaitu Christopher Zairil Lim untuk menggantikan Guan Aik,telah dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang tidak sah.Keputusan tersebut membawa maksud Christopher Zairil tidak pernah dan tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa di Kedah dan Pejabat baru DAP yang telah dirasmikan oleh Lim Guan Eng di Jalan Putra perlu ditutup serta-merta.Inilah padahnya jika terlalu bongkak dan enggan mengikut undang-undang sehinggakan undang- undang parti sendiri juga ingin dilanggar. 

Tiada siapa yang lebih layak untuk disalahkan mengenai apa yang berlaku ini selain Lim Guan Eng,Setiausaha Agong DAP merangkap anak Lim Kit Siang yang bodohnya sudah melampaui sombongnya.Selama ini Lim Guan Eng menyangka yang segala tindakannya tidak akan dipersoal atau disanggah oleh ahli-ahli parti.Sangkanya,semua ahli-ahli DAP telah menerima hakikat bahawa beliaulah Tokong yang perlu disembah.Namun,beliau tidak sedar bahawa seruan 'Ubah' turut dihayati oleh ahli-ahli DAP sendiri dan kini mereka juga menuntut perubahan.Ahli-ahli DAP mula memberontak dan para pemimpin bawahan parti itu juga tidak lagi mampu menahan sabar ditendang dan ditolak ke tepi ke tengah sesuka hati seolah-olah mereka hanyalah boneka.Hakikatnya,pemimpin bawahan seperti Pengerusi Negeri telah dipilih secara demokrasi oleh ahli-ahli parti di negeri itu.Ini bermakna,mereka punya sokongan dan dihormati.Justeru,sekurang-kurangnya,pemimpin atasan DAP harus menghormati mereka ini dan bukannya menganggap mereka sebagai hamba sahaya yang perlu menurut perintah pada bila-bila masa. 

Jika Lim Guan Aik sudah pasti mendapat sokongan akar umbi di Kedah,Lim Guan Eng pula belum tentu mendapat sokongan seluruh ahli DAP untuk berada di tempatnya hari ini berdasarkan aduan wujudnya manipulasi dalam pemilihan CEC.Arahan Guan Aik agar pejabat baru ditutup dan sebarang aktiviti yang diadakan atau dirancang oleh jawatankuasa interim sebelum ini sebagai tidak sah dan batal,merupakan satu tamparan hebat kepada Guan Eng.Jelas,Guan Eng semakin kehilangan sokongan dan tidak lagi dihormati atau ditakuti.Lidahnya yang bercabang serta sikapnya yang bodoh sombong kini semakin lahap memakan diri dan juga parti.Dengan hanya sedikit kuasa,Guan Eng telah membuktikan kepada rakyat Malaysia apa yang dituduh oleh UMNO sebelum ini iaitu DAP dipimpin secara kukubesi oleh Dinasti Lim.Jika parti juga dipimpin secara kuku besi,apakah ada yang masih percaya DAP mampu memerintah secara demokrasi ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #PAU2013 !!! PRESIDEN UMNO @NAJIBRAZAK BERJAYA TRANSFORMASI UMNO KEPADA PARTI RAKYAT !!!

Posted: 07 Dec 2013 06:00 PM PST


UMNO semakin pulih daripada masalah persepsi bahawa ia hanyalah sebuah 'parti kampungan' yang bertapak di kawasan luar bandar sahaja.Sejak mengambil alih tampuk kepimpinan parti,Datuk Seri Najib telah berjaya membawa UMNO ke tahap yang lebih diyakini rakyat.Program transformasi yang di bawa oleh beliau bukan sahaja ke dalam pentadbiran negara dari segi sistem penyampaian dan ekonomi tetapi juga dalam bentuk politik.Orang kata jika hendak menunjukkan contoh yang baik hendaklah bermula dengan dirinya sendiri dahulu.Begitu juga dengan UMNO sebagai parti pemerintah yang sudah melangkaui usia 67 tahun.Sudah tentu persepsi masyarakat terutamanya pihak pembangkang akan mengeksploitasi isu umur parti sebagai faktor ia sudah 'nyanyuk', 'tua' atau 'tidak relevan' lagi.Dalam kes UMNO walaupun ia sudah wujud hampir tujuh dekad,ia adalah parti yang memerintah negara sejak era Merdeka.Malah sebelum negara mencapai kemerdekaan,UMNO bersama rakan politik MCA dan MIC sudahpun aktif di dalam arena politik negara di bawah pentadbiran Inggeris. Hakikatnya di peringkat pusat UMNO tidak pernah menjadi pembangkang walhal parti-parti lama seperti Pas tidak pernah mengecapi kuasa sejak ditubuhkan. 

Hanya seketika sahaja apabila ia bersama Barisan Nasional dari tahun 1974 hingga 1977.Apatah lagi parti seperti Dap dan PKR yang masih muda belia,tidak pernah ada pengalaman mentadbir sebuah negara.Ketiga-tiga parti tersebut hanya berjaya menubuhkan kerajaan di peringkat negeri sahaja selama ini.Tetapi UMNO bukan sahaja berterusan memerintah Malaysia sebagai kerajaan pusat tetapi juga di kebanyakan negeri.Ini bermakna UMNO sebagai sebuah parti yang amat berpengalaman mengendalikan pemerintahan negara berdasarkan kepada sistem demokrasi berparlimen berbanding mana-mana parti politik lain.Pepatah Inggeris ada mengatakan 'old is gold' atau umur adalah emas yakni dari segi pengalaman.Bagaimanapun usia 67 tahun tidak menjadi penghalang bagi UMNO untuk terus meremajakan dirinya dengan tujuan untuk menyesuaikan dengan perubahan zaman.Sesebuah parti akan terus relevan dan mendapat keyakinan rakyat sekiranya ia berjaya membuat perubahan atau 'adjustment' yang menguntungkannya.Apabila Datuk Seri Najib mengatakan UMNO adalah 'Parti Rakyat' ini mengukuhkan kedudukan parti bukan sekadar institusi politik yang berjuang hak bangsa Melayu tetapi juga melindungi hak orang bukan Melayu.Inilah yang menjadi kekuatan UMNO selama ini kerana rakyat tidak melihatnya sebagai sebuah parti rasis seperti Dap tetapi parti berteraskan perjuangan Melayu yang agendanya meliputi setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama. 

Perubahan besar yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib sebagai Presiden UMNO adalah transformasi proses pemilihan pucuk pimpinan parti dari bawah hingga tertinggi. Anggota parti telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen untuk menjayakan usaha perubahan dalaman parti dan hasilnya semuanya berjalan dengan lancar sekaligus membuktikan UMNO adalah parti yang mampu membuat transformasi yang ampuh.Kini UMNO bertambah mantap di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib dan sebagai presiden beliau telah memberi tugas yang amat berat berat kepada barisan kepimpinan baru bagi menghadapi PRU14.Setiap saat mulai sekarangan tidak boleh dibuang dengan sia-sia dan hendaklah digunakan sepenuhnya untuk mengukuhkan jentera dan gerak kerja parti.Ahli-ahli UMNO juga perlu sentiasa bersiap siaga melengkapkan diri dengan pengetahuan dan ilmu yang relevan khususnya berkaitan teknologi maklumat bagi memastikan kemenangan UMNO-BN yang lebih besar lima tahun akan datang.Kemenangan akan dikecapi sekiranya semua faktor disiplin,ilmu,pengurusan mantap serta perpaduan menjadi adunan sebati di dalam UMNO.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #PAU2013 !!! PERBEZAAN ANTARA UMNO DAN PAS DIDEDAHKAN !!!

Posted: 07 Dec 2013 04:00 PM PST


salah satu isu turut mendapat perhatian pemimpin dan perwakilan UMNO ketika Perhimpunan Agung UMNO 2013 ialah berkaitan pendekatan politik Pas yang kini seolah-olah terperangkap dalam kerjasama dengan PKR dan DAP.UMNO membangkitkan persoalan mengenai sikap Pas sepanjang perhimpunan berlangsung bukanlah kerana parti itu adalah musuh politik UMNO,tetapi UMNO membuat peringatan itu demi masa depan orang Melayu dan umat Islam.UMNO tidak mahu orang Melayu terperangkap dengan mainan politik Pas yang hakikatnya sedang diperalatkan oleh PKR dan DAP untuk mendapat kuasa.

Bagaimanapun saya percaya Pas tidak akan mempedulikan apa juga kata UMNO kerana bagi Pas apa yang penting ialah meranapkan kuasa politik UMNO dan menamatkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) melalui kesepakatan dengan PKR dan DAP.Sebab itulah,Presiden UMNO,Datuk Seri Najib menegaskan,UMNO adalah sandaran orang Melayu dan umat Islam.Sudah terlalu banyak jasa UMNO dalam usaha meningkatkan taraf hidup orang Melayu dan memartabatkan Islam.Apa yang UMNO katakan dalam soal itu bukan untuk mendabik dada tetapi ia adalah realiti.Untuk memberikan gambaran lebih jelas berikutan penulis paparkan perbezaan antara UMNO dan Pas yang seharusnya menjadi sandaran kepada orang Melayu kenapa mereka harus menjadikan UMNO sebagai harapan untuk melakar masa depan lebih jelas. 

l Memartabatkan Islam 

 - UMNO yang mengemudi kerajaan melalui kerjasama dalam BN telah berjaya membawa negara ini menjadi negara Islam contoh. Di mana-mana juga pemimpin-pemimpin Islam memuji usaha UMNO memartabatkan Islam. 
 - Pas pula lebih banyak bercakap soal Islam tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Malah di negeri yang mereka perintah pun, pelaksanaan Islam tidak ke mana, ia lebih banyak berkisar kepada slogan dan laungan sahaja. 

 l Membina Masjid Dan Mewujudkan Institusi Islam

 - UMNO bertanggungjawab memastikan peruntukan khas disediakan untuk membina masjid di seluruh negara.Masjid dijadikan tempat untuk memperkembangkan syiar Islam dan mengukuhkan perpaduan ummah. 
 - Pas tidak membina masjid tetapi menjadikan masjid sebagai medan untuk memecah belahkan ummah melalui khutbah,kuliah dan tazkirah yang berbaur politik. 

l Menyatukan Umat Islam 

 - UMNO seperti mana kata Najib sentiasa bersedia untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik, demi melihat umat Islam kembali bersatu. 
- Pas bersedia bersahabat dan berpeluk mesra dengan pemimpin-pemimpin DAP,tetapi memandang sinis salam persaudaraan yang dihulurkan oleh UMNO.Malah ada pemimpin Pas pernah berkata,lebih rela makan babi bersama pemimpin DAP daripada minum kopi bersama Perdana Menteri. 

l Menghormati Ulama 

- UMNO menghormati apa juga pandangan alim ulama tanpa mengira apa juga latar belakang politiknya.Asalkan apa yang diusahakan oleh ulama itu boleh membawa kebaikan kepada umat Islam, UMNO akan patuh. 
- Pas hanya mendengar apa kata ulama mereka.Ulama di luar parti itu biar pun memberi pandangan yang betul akan dianggap 'suara UMNO' dan 'suara kerajaan'.Malah mana-mana ulama yang berada dalam UMNO akan dicemuh, diejek dan ditohmah dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan. 

l Berhujah Atas Dasar Kebenaran 

- UMNO biar pun bekerjasama dengan parti-parti bukan Melayu dan Islam,sentiasa berhujah dan bercakap atas dasar kebenaran.Dalam apa keadaan pun,UMNO tetap tegas mempertahankan kepentingan Melayu dan umat Islam. 
- Pas pula dilihat terlalu takut dengan PKR dan DAP. Apa sahaja yang mereka hendak lakukan hatta berkaitan dengan Islam sekali pun mereka seolah-olah perlu mendapat persetujuan PKR dan memperoleh restu DAP. 

l Tegas Dalam Menjaga Agama

- UMNO sentiasa tegas mempertahankan akidah umat Islam termasuklah dalam memastikan umat Islam berpegang teguh kepada aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah.UMNO juga secara lantang menolak segala kesesatan termasuk usaha mengembangkan fahaman Syiah.Sebab itulah dalam perhimpunan agungnya kali ini UMNO mencadangkan supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan memasukkan agama rasmi Persekutuan adalah Islam berlandaskan kepada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah. 
- Pas pula dilihat teragak-agak dalam soal ini khususnya untuk memberi penegasan terhadap penyebaran fahaman Syiah.

l Mengajar Rakyat Erti Berterima Kasih 

- UMNO sentiasa mengajar rakyat negara ini khususnya umat Islam bersyukur dengan nikmat yang diperolehi dan tahu berterima kasih kepada mereka yang berbudi. 
- Pas bersekongkol dengan PKR dan DAP 'mendidik' rakyat untuk menolak segala kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan. Mereka menguar-uarkan segala bantuan oleh kerajaan adalah tanggungjawab kerajaan justeru tidak perlu berterima kasih atau mengenang budi yang ditabur. 

1 'Menjatuhkan' Hukum 

- UMNO dan BN sama sekali tidak akan mengamalkan sikap menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya kepada musuh politiknya. 
- Pas pula begitu mudah menghukum pemimpin-pemimpin UMNO.Malah tanpa mengkaji kebaikan kerjasama mereka dengan DAP dan PKR. Pas menuduh kerjasama UMNO dalam BN adalah haram. 

l Pentas Ceramah 

- UMNO menggunakan pentas ceramah untuk menyampaikan dasar kerajaan dan membuat penjelasan. - Pas pula menggunakan pentas yang sama untuk memaki hamun pemimpin UMNO dan kerajaan serta menyebarkan dakyah dan fitnah. 

l Dominan Dalam Kerjasama 

- UMNO adalah parti dominan dalam BN,namun kedudukan itu tidak pernah disalah gunakan untuk menunjukkan siapa lebih kuat.Sebaliknya kelebihan itu digunakan oleh UMNO untuk tegas memperjuangkan orang Melayu dan memartabatkan Islam,di samping membela nasib kaum lain. 
- Pas tidak dominan dalam pakatan pembangkang.Parti itu dilihat sekadar 'pak turut' dan tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk membantah kehendak PKR dan DAP. 

Demikianlah serba sedikit perbezaan antara dua parti Melayu itu.Sebenarnya,banyak lagi yang membezakan antara UMNO dan Pas.Sebab itulah,orang Melayu perlu mengkaji,meneliti dan menimbang kenyataan Najib bahawa UMNO menjadi sandaran golongan itu.Apatah lagi,Presiden UMNO itu juga secara tegas sudah menyatakan dalam ucapan dasarnya bahawa, 

"Kita (UMNO) tak boleh bersegan silu lagi dalam terus memperjuangkan nasib bangsa.Dan Najib juga sudah memberi jaminan bahawa, ''...Selagi hayat dikandung jasa,bercerai nyawa dari badan !!! Islam akan terus UMNO junjung.'' 

Oleh itu,sudah jelas kini orang Melayu tidak perlu lagi berasa gusar atau bimbang,tidak perlu lagi gusar untuk memilih dan tidak perlu takut untuk menentukan parti mana yang harus diberikan amanah bagi membela untung nasib mereka.Ia memandangkan sejarah perjuangan UMNO telah membuktikan bahawa parti itulah perjuang Melayu, pembela Islam dan pelindung rakyat Malaysia.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...