BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! #PAU2013 !!! VIDEO PENUH UCAPAN @USTAZFATHULBARI DIDEDAHKAN !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 06 Dec 2013 08:00 AM PST


ucapan penuh Ustaz Fathul Bari khas untuk anda pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 didedahkan.kepada pembangkang sila lihat video ini.ini semua khas untuk anda.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! AHLI PAS BONGKAR KISAH USTAZ AZHAR IDRUS SEDUT DUIT MASJID !!!

Posted: 06 Dec 2013 07:33 AM PST


adakah ini yang dikatakan ustaz yang disayangi ramai ??? disayangi pun sebab lawak dalam ceramah agama tu jerr.isi ??? malas nak cerita.jom ikuti cerita di bawah

Semuo ajk masjid kek Msia,korang sini jap

Mulai arini korang tak payah bayar satu sen pun kpd ust-ust yg mengajar dlm masjid korang.Hatta duit minyak kereta sekalipun.Dan lakukan pekara ini kpd semuo ust termasuklah Ust Kazim Elias,Ust Akil Hayy,Ust Azhar Idrus & Ust Ali Abu.Tgk diorg dtg berceramah/berkuliah/mengajar atau tidak slps ni?Kalau dtg,kito respek.Kalau tak dtg,sila label mrk sbg "Ustaz Sampul".Bukan kito tak tahu yg ajk masjid ni bayar mahal kpd ust2 yg mengajar dlm masjid ni pakai duit derma tabung masjid.Kenkadang duit derma tabung masjid tu habis semato-mato membayar mrk.Mako fungsi tabung masjid menjadi terhad.Lalu tabung masjid tidak lagi berfungsi utk membantu homeless,org-org miskin & org-org yg dlm kesusahan seperti mangso banjir.Korang bilang ado berapo masjid kek Kuantan? Kalau semuo masjid kek Kuantan keluarkan sumo duit tabung masjid utk bantu mangso-mangso banjir skrng,mako 3/4 masalah mrk akan setel.Pecayolah ckp den.Ini tidak,simpan duit tabung masjid semato-mato nak bayar ceramah Ust. Azhar Idrus.

Jadi jgn marah brader kalau terjumpo org Islam masuk gereja memohon bantuan sang paderi.Kpd para ust,cukup-cukup la jadi 'ust sampul'.Sara hidup korang dgn bekeje sendiri.Ini korang kayo-rayo makan upah mengajar dlm masjid.Tak malu kor muko korang? Berbuih mulut korang suruh ikut ajaran nabi kpd para jemaah tapi korang sendiri tolobih dahulu mengabaikan ajaran nabi.Nabi mengajar & berdakwah tanpo meminta satu sen pun drpd para sahabat,penduduk Madinah & Mekah.tapi korang mengajar & berdakwah siap letak tando hargo.Tgk imam 4 mazhab.Kesemuo mrk tidak meminta upah bilo mengajar & berdakwah.Mrk menyara idup dgn bekeje sendiri.Prnh korang dgr Imam Syafie mintak duit slps mengajar dlm masjid? Ini tidak,ado satu ust tu slps popular mengajar agamo dlm tv,skrng amik upah jadi model jam tangan la pulak.Kepalo abah kau!

Oleh Abu Ali

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUGKAN

KANTOI !!! ISU HUDUD !!! APA YANG ANDA MEREPEK NI WANJI ??? VIDEO INSIDE !!!

Posted: 06 Dec 2013 04:00 AM PST


selepas kutuk sultan kini timbul pula isu hudud.sebelum ini pembangkang terutama PAS nak sangat hudud dilaksanakan.yang si wanji ni pulak buat hal.apa yang dia kata ni ??? anda kena lihat viddeo di bawah.malas saya nak komen.kang saya komen lebih-lebih nanti ada yang terasa.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PAU2013 @KHAIRYKJ !!! AKHIRNYA PAS SEDAR DAN MELIHAT TEMBELANG DAP YANG SEBENAR !!!

Posted: 06 Dec 2013 01:00 AM PST


Pemuda Umno menemplak pakatan pembangkang yang disifatkan menipu rakyat kononnya mengamalkan pentadbiran yang berhemah dan berjimat-cermat namun dimasa yang sama menaikkan gaji Adun Selangor sehingga 373 peratus.Ketuanya,Khairy Jamaluddin menyfatkan ia sebagai tembelang pakatan yang semakin terdedah hari demi hari. 

"… mereka pukul canang,Selangor paling hebat dalam mengamalkan pentadbiran berhemah dan berjimat-cermat, kini tindakan kerajaan Selangor menaikkan gaji Speaker,Timbalan Speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri mereka sehingga ratusan peratus,apa pula ceritanya ??? Takkan itu juga demi rakyat?.Matematik saya senang saja, kalau gaji Speaker Selangor RM22,500 sebulan,bermakna setahun RM270,000.DUN Selangor pula bersidang kira-kira 30 hari (purata) dalam setahun.Malahan tahun lalu,persidangan DUN Selangor hanya sebanyak 21 hari sahaja.Dengan sehari saja speaker bertugas,sudah dapat RM9,000.Gaji Menteri Besar usah cerita,lagi banyak daripada gaji Perdana Menteri yang menjaga satu negara.Pihak pembangkang ini macam bunga dedap,sungguh merah berbau tidak", katanya dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Pemuda 2013. 

Menurut Khairy lagi,ego dan keceluparan pakatan pembangkang seolah tiada batasnya.Malah semakin lama berkuasa semakin angkuh dan bongkak.

"DAP apabila tak kena gaya, mereka tak teragak-agak untuk memanggil penjawat awam atau sesiapa saja "anjing" atau "kucing kurap". Bila minta maaf pun nampak sangat tak ikhlas" katanya lagi. 

Tidak cukup dengan itu,Khairy turut membangkitkan keceluparan Pengerusi DAP,Karpal Singh yang mahu mengharamkan parti politik berasaskan kaum dan agama baru-baru ini. Menurutnya disebabkan kenyataan itu, Dewan Pemuda Pas terus naik angin kerana semakin sedar dan melihat sendiri belang sebenar parti ultra kiasu itu.Disebabkan isu itu juga,Pas dlihat mula membangkitkan isu untuk bermuzakarah dengan Umno. 

"Pemuda Umno tidak menolak apa-apa kebarangkalian, cuma harapnya janganlah idea muzakarah itu sekadar untuk menggertak DAP,tetapi lahir ikhlas dari hati Pas.sendiri.Bagi Pemuda Umno,ia satu langkah yang murni ke arah impian menyatupadukan orang Melayu,demi kelangsungan survival ummah, bangsa dan agama," tegas beliau. 

Disamping itu,beliau turut meminta agar Tenaga Nasional Berhad (TNB) lebih prihatin terhadap masalah rakyat dan komuniti perniagaan yang mula mengeluh tentang tarif elektrik yang akan naik awal tahun depan.Ketua Pemuda,Khairy Jamaluddin menegaskan TNB perlu lebih prihatin kepada rakyat dan tidak boleh bermotifkan keuntungan semata-mata. 

"…Kita difahamkan bahawa peningkatan tarif elektrik ini bukan sekadar untuk menampung peningkatan harga bahan api,tetapi juga bagi menambahkan laba keuntungan TNB yang sudah berbilion ringgit jumlahnya.Bagi Pemuda,kenaikan tarif yang tidak setara dengan peningkatan kos bahan api dan hanya menguntungkan TNB yang tampak mementingkan kantung pemegang saham dan bukannya rakyat jelata.Kepada TNB dan juga GLC-GLC yang lain Pemuda mendesak janganlah terlalu mementingkan prestasi kewangan semata,tanggungjawab kepada rakyat jangan sesekali dilupa," katanya. 

Menteri Tenaga,Teknologi Hijau dan Air,Datuk Seri Maximus Ongkili sebelum ini mengumumkan berkuat kuasa 1 Januari 2014,kadar purata tarif elektrik di Semenanjung akan dinaikkan sebanyak 4.99 sen/kWj atau peningkatan sebanyak 14.89 peratus daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kWj kepada 38.53 sen/kWj.Manakala di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kadar purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 5.00 sen kWj (peningkatan sebanyak 16.9 peratus) daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen/kWj kepada 34.52 sen.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PAU2013 !!! ADAKAH BENAR #PUTERIUMNO BUKAN LAGI TULANG BELAKANG PARTI ???

Posted: 05 Dec 2013 10:00 PM PST


wahai Semua ahli dan pemimpin puteri yang saya sayangi,tolong baca artikel ini sampai habis.ini adalah nasihat untuk semua yang saya sayangi.Ucapan Ketua Puteri UMNO di Perhimpunan Agung UMNO kelmarin membawa semangat Kasturbai Makhanji,Maharani Fu Hao,Chuk Nyak Dhien,Chuk Nyak Meutia,Tun Fatimah,Sumaiyah,Hellen Keller sehinggalah ke pejuang-pejuang UMNO seperti Aishah Ghani,Ibu Zain dan Khadijah Sidek.Jika semangat ini mampu dihayati oleh kesemua ahli pergerakan ini yang hampir mencecah 400,000,saya pasti tiada apa lagi yang dapat menghalang UMNO untuk terus mara. Semoga para pemimpin dan ahli-ahli pergerakan Puteri mampu menghayati tiupan semangat sang Ketua dengan sebenar-benarnya.Puteri juga nampaknya semakin matang dan semakin yakin dengan kemampuan pergerakan itu untuk menjadi lebih dari sekadar tunjang untuk memastikan UMNO teguh berdiri.Dengan memilih untuk berjuang dengan semangat para serikandi yang disebut di atas,membuktikan bahawa Puteri kini sedar yang mereka bukan lagi wanita yang tempatnya di belakang,tetapi di sisi Wanita dan juga Pemuda.Di sisi kakak dan abang atau ibu dan ayah di dalam UMNO.Malah,tenaga muda mereka juga telah secara automatik meletakkan mereka di hadapan dalam perjuangan. 

Perlu diingatkan bahawa 'di hadapan' bukan bermakna menunggu arahan untuk mengedar risalah atau berkempen rumah ke rumah semata-mata.Tokoh-tokoh yang disebut oleh sang Ketua,bukanlah orang suruhan tetapi masing-masing adalah Serikandi dengan cara tersendiri.Mereka adalah pemimpin yang mampu mencetuskan idea-idea bernas,mengatur strategi dan mematahkan serangan musuh.Mereka adalah pemimpin yang mampu bertahan dan mengharungi segala cabaran.Serikandi bukan perhiasan untuk mencantikkan atau memeriahkan majlis tetapi merupakan pengatur-urus majlis itu sendiri.saya menyarankan agar ahli pergerakan Puteri menghayati keperibadian Saiyidatina Khadijah,isteri Rasulullah S.A.W iaitu tokoh wanita Islam yang paling hebat.Sejak dari usia muda,Saiyidatina Khadijah telah diberi kepercayaan oleh bapanya untuk menguruskan perniagaan keluarga.Di dalam dunia Arab yang dikuasai lelaki, Saiyidatina Khadijah mengatur strategi perniagaan dan mengembangkannya sehingga berjaya.Baginda dipandang tinggi,disegani kerana kebijaksanaan,kecekapan dan juga keperibadian yang mulia.Saiyidatina Khadijah mempunyai pemikiran sendiri dan tidak segan silu menyatakan pendapat di khalayak. 

Setelah berkahwin dengan Rasulullah S.A.W, perniagaan keluarga Saiyidatina Khadijah diuruskan secara bersama.Malah,Rasulullah S.A.W sering meminta pandangan dan nasihat isteri Baginda itu kerana mengiktiraf kebijaksanaan serta pengalamannya dalam perniagaan.Jelas hubungan Baginda berdua adalah berasaskan cinta dan saling menghormati.Seperti yang kita tahu,Saiyidatina Khadijah telah dicatatkan sebagai antara wanita yang paling tinggi darjatnya di sisi Allah S.W.T.Ini membuktikan bahawa Islam menuntut wanita Muslim agar berilmu dan berani.Biarpun suami atau lelaki menjadi ketua keluarga dan masyarakat,tetapi isteri atau wanita bukanlah hamba atau manusia kelas dua.Lelaki atau para suami wajib menghormati isteri atau wanita itu sebagai manusia yang dicipta Allah S.W.T dengan akal fikiran yang setanding dengan dirinya.Justeru,pemimpin dan ahli-ahli Puteri UMNO wajar mengambil pengajaran dari kisah Rasulullah S.A.W dan isteri Baginda ini sebagai pemangkin kepada perjuangan yang dilaungkan.Kesimpulannya,Puteri perlu meletakkan diri di tempat yang disegani dan dihormati bukan dengan cara paksa dengan membongkakkan diri,tetapi dengan ilmu dan kemuliaan peribadi.Hanya dengan cara itu maka Puteri mampu menjadi Serikandi setanding dengan tokoh-tokoh wanita yang disebut oleh sang Ketua tadi.InsyaAllah...

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #PAU2013 !!! PERGOLAKAN HAMAS-FATAH WAJAR DIJADIKAN IKTIBAR !!!

Posted: 05 Dec 2013 06:00 PM PST


Forum antarabangsa anjuran Umno Malaysia dilihat telah menempa sejarah tersendiri apabila berjaya menyediakan platfrom khas untuk pemimpin Fatah dan Hamas berkongsi penderitaan rakyat Palestin.Forum yang diadakan itu bertemakan Kesederhanaan Politik diadakan bersempena Perhimpunan Agung Umno.Ia juga diharapkan agar kedua-dua parti (Fatah dan Hamas) dapat mengabung-jalinkan serta mencari titik perpaduan sekaligus membentuk kerjasama demi kebaikan rakyat Palestin.Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum Antarabangsa UMNO 2013,Datuk Dr. Norraesah Mohamad ketika ditemui berkata,Fatah diwakili oleh Timbalan Komisioner Hubungan Luarnya, Dr. Abdullah M. Abdullah manakala pihak Hamas oleh Ketua Biro Politiknya,Khaled Meshaal. Hamas sebelum ini dilaporkan teah meminta kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib agar menjadi perantara kepada proses damai antara Hamas dan Fatah.

Mereka dikatakan telah meletakkan kepercayaan kepada Umno sekaligus membuktikan,Umno bukan sahaja menjadi tunjang kepada masyarakat di Malaysia tetapi menjadi sandaran umat antarabangsa seperti di Palestin.Kebolehpercayaan masyarakat antarabangsa terhadap Umno telah membuktikan parti itu bukan sahaja mampu menjalankan tanggungjawabnya dalam negara tetapi perlu memainkan peranan yang lebih besar di peringkat antarabangsa.Seharusnya kepercayaan terhadap Umno oleh Fatah-Hamas ini menjadi teladan kepada parti politik dalam negara untuk duduk bersama Umno demi tanggungjawab terhadap Agama,Bangsa dan Tanahair ini.Parti politik di Malaysia harus menolak perbezaan pandangan politik dalam hal yang berkait dengan kepentingan agama dan negara. Malangnya kepentingan agama dan kepentingan umum banyak dipolemikkan demi survival politik masing – masing tanpa jalan penyelesaian yang menguntungkan agama dan rakyat. 

Setiap parti perlu berlapang dada dan mengikhlaskan hati demi kepentingan rakyat sejagat. Islam menyeru kepada perpaduan,Islam melarang umatnya berpecah – belah.Ini bukanlah kali pertama Malaysia menjadi orang tengah dalam proses damai diperingkat antarabangsa. Malaysia telah pun berjaya menjadi orang tengah perdamaiaan antara kerajaan Filipina dengan puak pemisah Mindanoa.Selain itu,Malaysia juga telah mendamaikan ketegangan antara kerajaan Thailand dengan masyarakat Islam di Selatan Thailand.Ini menjadi kayu ukur kejayaan Malaysia yang telah diambil kira oleh kumpulan Hamas dan Fatah. Dalam konteks perpaduan negara,Muzakarah antara Umno – Pas mestilah diterima dari sudut pandang positif.

Ambillah iktibar dari utusan Nabi SAW bahawa kehadiran baginda adalah untuk menyatukan keseluruhan umat tanpa mengambil kira taraf atau kepentingan sesuatu kabilah. Penyatuan ummah Ansar Muhajirin menjadi titik tolak kearah penyatuan ummah di dunia ini.Kini Nabi SAW sudah tiada,tetapi menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah yang ada hari ini untuk meneruskan agenda penyatuan ummah di dunia dan di Malaysia.Bersegeralah untuk bersatu demi Agama,Bangsa dan Tanahair.Jangan tunggu apabila kita sudah bergolak seperti di Palestin baru kita mahu mencari jalan penyatuan.Bak kata pepatah jangan tunggu seperti sudah terhatuk baru terngadah.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! IBDILLAH ISHAK PENGERUSI BIRO MEDIA BARU YANG #STYLO #LIFESTYLE !!!

Posted: 05 Dec 2013 05:24 PM PST


Penulis cukup berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut,berkenaan dengan Ibdilillah Ishak,yang baru dilantik sebagai Pengerusi Biro Media Baru UMNO di bawah sayap Pergerakan Pemuda nya.Tanpa sebarang syak wasangka,penulis anggap ianya pilihan terbaik kerana tentunya dalam slogan progressif yang semakin popular di kalanga pemuda,tidak mungkin kredibiliti dan meritokrasi dipinggirkan.Penulis menyelidiki latarbelakangnya dalam applikasi media sosial.Yang ada,hanyalah Instragram,Twitter dan blog,yang kali terakhir dikemaskini lebih kurang setahun lalu.Komitmennya lemah dalam bidang berblogging,namun penulis masih mahu berbaik sangka.Namun begitu,penulis agak kecewa dengan kenyataannya dalam satu temuramah. 

Apa yang jelas ialah dia tidak berada di dalam lingkaran pemain media sosial amnya,malah gagal membaca pergerakan atau taktik yang diapplikasikan oleh cybertrooper pro kerajaan. "There is no direction" menunjukkan bahawa dia tidak pernah berada dalam "keluarga media maya UMNO".Amatlah mendukacitakan untuk seseorang pemimpin yang dilantik,tidak mengetahui apa-apa dan cuba-cuba untuk menjawab.Boleh sahaja dikategorikan sebagai bodoh sombong.Paling tidak pun,bertanyalah kepada pemain-pemain media sosial yang sedia ada.tidak salah untuk merendah diri demi ilmu.Penulis sentiasa tabik hormat kepada blogger atau facebooker yang senantiasa memainkan isu-isu semasa dan politik tanpa diselangi dengan cerita-cerita seks,mahupun artis.Ini sebenarnya menunjukkan identiti dan kredibiliti mereka sebagai pemerhati politik,pejuang tanahair atau apa sahaja gelaran. Mereka tidak bersifat cacamarba, atau sekadar untuk meraih jumlah hits semata. 

Maka,adakah mereka bersalah untuk setiap kali menulis tentang politik secara berterusan? Apakah serangan cybertrooper pembangkang berkala sehingga ada had dan ada hari? Selagi kerajaan terus ditohmah, selagi itulah cybertrooper pro kerajaan akan menangkis.Apakah Ibdilillah tidak pernah melihat,cybertrooper pro kerajaan melakukan kerja-kerja tanggungjawab sosial seperti penyebaran kes penculikan, kereta yang dicuri dan sebagainya? Apakah Instagram yang cukup "stylo" pada kaca mata Ibdilillah gagal untuk mengesan maklumat sedemikian? Bukankah itu juga sebahagian dari "appealing factors"? Pity on you,dude!

Bloggers,facebookers,twitterians and so on will keep their feet on politics.It is politicians,like yourself,must have "appealing factors" at utmost possible because you are the one to have interest to be in power and lead.Then,please make yourself marketable to voters! Do you think you first interview ever during UMNO General Election has that kind of "appealing factors" to all pro-UMNO Cybertroopers? Ibdilillah Ishak,Pengerusi Biro Media Baru UMNO yang baru dilantik.Penulis ada pesanan kepada kamu : "Anybody may not have interest in politics,but politics has always have interest on everybody" By that sentence,is it logic to keep cybertrooper out of politics? Make it a lifestyle bro.. and be smart to answer questions if asked. Study, learn and set dialogues on media socials.Or,you will lead UMNO moving backward.. - MYKMU 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...