BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KEAJAIBAN KUASA ALLAH !!! MASJID SUNGAI ISAP SELAMAT DARI BANJIR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 05 Dec 2013 09:25 AM PST


Walaupun seluruh kawasan di sekitar Kampung Sungai Isap Kuantan ini di tenggelami air banjir,namun sekitar kawasan Masjid Kampung tersebut tidak di tenggelami air,itu lah keajaiban kuasa Allah melindungi tempat suci umat islam.Jika sebelum ini heboh isu Masjid Masjid Al-Fatah Batu Tiga Jalan Gambang yang di tenggelami air,namun hanya air jernih sahaja yang memenuhi ruang solat masjid itu. 

Kini Masjid Sungai Isap pula dilindungi Maha suci pencinta seluruh alam melindunggi kebesaran dari segala musibah yang berlaku,kawasan segi empat yang menempatkan Masjid ini tidak sedikit pun terjejas dan tenggelam sedangkan di persekitarannya rumah,pejabat sudah di tenggelami Air - AANS1 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! ISU KENAIKAN GAJI !!! KHALID GAGAP KENA BELASAH KAW-KAW !!!

Posted: 05 Dec 2013 04:00 AM PST


Seperti yang telah dijangkakan,keputusan kerajaan negeri meluluskan kenaikkan mendadak gaji dan elaun bulanan untuk semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013 ini mendapat tentangan yang hebat dari pelbagai lapisan masyarakat.Ekoran daripada rungutan itu juga,pimpinan pakatan pembangkang akhirnya terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk turut sama mengkritik tindakan yang melampaui batas itu.Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata,kerajaan negeri khususnya Khalid perlu mengambil kira teguran daripada rakyat. 

 "Kita setuju (kenaikan gaji)… jumlah ini (kadar kenaikan gaji itu) boleh dikurangkan sebelum dilaksanakan," katanya.Turut hadir Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.Rabu lepas,Abdul Khalid mengumumkan kenaikan gaji antara 87 hingga 373 peratus membabitkan menteri besar,exco,speaker,timbalan speaker dan Adun Selangor berkuat kuasa 1 Januari ini.Sebelum ini,bagi meredakan kritikkan terhadap Khalid,Anwar mengarahkan semua Adun PKR di Selangor menderma antara RM1,000 atau sehingga 20 peratus daripada gaji baru mereka untuk membantu pelajar miskin.Ini kerana Anwar berkata walaupun Khalid telah memberi penjelasan kenapa kadar kenaikan gaji wakil rakyat negeri itu begitu tinggi, PKR tetap mengambil tindakan susulan mendesak ia dikaji semula.Selain daripada itu,Ketua Dewan Ulama Pas,Datuk Harun Taib berpendapat, kenaikan gaji dan elaun Menteri Besar Selangor serta anggota pentadbiran negeri itu dibuat seolah-olah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. 

Beliau berkata, kenaikan itu memberi gambaran bahawa kerajaan negeri berkenaan memiliki kekayaan sehingga mampu membayar gaji serta elaun dengan kenaikan berlipat kali ganda. "Tak salah kalau dia banyak duit, nak act (menunjuk-nunjuk) lah tu.Mungkin dia dapat dari bajet surplus negeri Selangor 2014, jadi biarlah dia," katanya ketika dihubungi.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan,Kajian dan Penyelidikan negeri,Datuk Teng Chang Khim sebeum ini mencadangkan agar mana-mana Adun yang tidak berpuas hati dengan kenaikkan itu agar menandatangani surat perakuan untuk menyerahan lebihan gaji mereka untuk tujuan kebajikan. "Ketika usul kenaikan gaji dan elaun itu dibentangkan juga semua pihak (wakil rakyat) bersetuju, sekarang mereka kata tidak munasabah pula. Kalau rasa kenaikan itu tidak munasabah, jangan ambil (lebihan kenaikan gaji dan elaun) itu," jelasnya. Malah setiausaha politik MB Selangor, Faekah Husin sebelum ini turut mempertahankan tindakan bosnya dengan melabelkan Azmin sebagai SARKAS. 

Namun apa yang pasti,tindakan pimpinan pembangkang menghentam Khalid hanyalah satu drama samata-mata.Ini kerana seperti kata Chang Khim,ketika usul itu dibacakan semua Adun yang hadir telah bersetuju dengan cadangan tersebut.Sedangkan sekiranya benar mereka ingin menjaga dan memikirkan kebajikan rakyat usul ini tidak sepatutnya diluluskan atau setidak-tidaknya ada segelintir di kalangan mereka bangun untuk membantah dan meminta agar kadar yang diberikan itu dikaji semula.Kepada para pemimpin pembangkang,berhentilah berlakon dengan sandiwara murahan ini.Sampai bila rakyat Selangor perlu dibodoh-bodohkan ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KURANG AJAR !!! UMMI SYIFA GELAR USTAZ KAZIM KHINZIR !!!

Posted: 04 Dec 2013 09:00 PM PST



Hanya kerana Ustaz Kazim Elias ditawarkan tempat dalam Majlis Tertinggi UMNO dan mengisytiharkan dirinya keluar dari Pas,respon diterima terutama dalam kalangan penyokong Pas sangat 'panas'.Paling tak boleh terima bila seseorang dengan imej yang sepatutnya hanya berbicara dengan perkataan yang baik-baik,boleh terlepas cakap sampai keluar perkataan 'khinzir' pada orang lain.

Nauzubillah,kalau marah sekali pun takkan sampai macam tu sekali ??? apa cerita ni makcik ??? Sedangkan anak kecil kalau sebut perkataan 'khinzir' pada orang lain pun ada ibu bapa yang sanggup menampar mulut sebagai peringatan,bangsa Melayu dan orang Islam diajar supaya menjaga tutur kata.Orang yang disamakan dengan khinzir itu pula,bukan penjahat yang merogol atau merompak orang tapi seorang ustaz yang mungkin,cuma berlainan pendirian politik dengannya.ada faham tak makcik ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KHALID CABAR AZMIN ALI UNTUK JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PKR !!!

Posted: 04 Dec 2013 06:00 PM PST


Di dalam kemeriahan sambutan Perhimpunan Agung Umno,masyarakat di kejutkan dengan pengumuman Menteri Besar Selangor,Khalid Ibrahim yang dikatakan bakal mencabar penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali di dalam pemilihan parti itu pada Mei tahun depan.Di dalam kenyataan yang dikeluarkan,Khalid tidak menafikan desas-desus perkara itu dan menyatakan pihaknya akan membuat pengumuman sama ada akan merebut jawatan tersebut apabila ia perlu dilakukan. 

"Buat masa ini perkara itu tidak pernah dibincangkan lagi dan sebarang pencalonan jawatan pada pemilihan itu adalah urusan dalaman parti dan tidak perlu dibincangkan secara terbuka. Kita akan buat pengumuman apabila perkara itu (pencalonan beliau sebagai Timbalan Presiden PKR) perlu diumumkan," katanya.Umum memang mengetahui kemelut antara Khalid – Azmin yang selama ini penuh dengan drama 'tikam menikam'.Malah Azmin juga pernah dikatakan 'merajuk' seketika dengan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim yang 'mungkir janji' untuk memberikan jawatan MB Selangor kepadanya kerana akur dengan desakan Wan Azizah.

Walaupun Anwar pada mulanya ingin mengotakan janjinya,namun 'amukan' Azizah dikatakan telah menyebabkan Anwar terpaksa akur untuk mengecewakan Azmin.Namun episod tersebut tidak berakhir setakat itu sahaja,sejurus selepas perlantikan tersebut Azmin sering kali dilihat 'menyerang' kepimpinan Khalid dengan pelbagai isu.Seperti ada sahaja yang tidak kena,Khalid sering dipersalahkan,dikritik dan dikecam kerana disifatkan lemah dan gagal menguruskan kerajaan negeri dengan baik.Malah isu Khalid tertidur dan mengigau ketika program sidang akhbar yang diadakan juga telah digunakan untuk menyerangnya.Pelbagai isu digunakan untuk mewujudkan tanggapan kononnya Menteri Besar itu semakin lemah dan perlu ditukarkan,sehingga memaksa Setiausaha Politiknya,Faekah Husein menjawab bagi pihaknya.

 Sebelum ini juga,media turut melaporkan Anwar telah mengkritik Abdul Khalid dan memuji Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.Anwar mendakwa setakat ini Pulau Pinang di bawah Guan Eng menunjukkan prestasi yang membanggakan berbanding Menteri Besar Selangor,ekoran kelemahan yang dilihat masih belum berjaya diatasi oleh pentadbiran Khalid.Kesimpulannya,ramai yang melihat drama 'tikam menikam' ini tidak akan selesai melainkan Azmin berjaya memperolehi apa yang diingininya.Mungkin atas alasan itu Khalid merasakan sudah sampainya untuk mencabar Azmin secara terbuka. Selain dapat mengukur kekuatannya ia adalah merupakan platform yang terbaik untuk menamatkan karier politik Azmin.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! #PAU2013 !!! KENAPA PAS MINTA BANTUAN KEPADA PM @NAJIBRAZAK BUKAN ANWAR IBRAHIM ???

Posted: 04 Dec 2013 04:00 PM PST


Perhimpunan Agong UMNO kali ini menyaksikan kehadiran kedua-dua wakil Hamas dan Fatah sebagai pemerhati.Khalid Meshaal,pemimpin Hamas secara terbuka meminta UMNO menjadi perantara dalam rundingan damai antara Hamas dan Fatah di Palestine.Selain usaha perdamaian,Malaysia juga akan membantu dari segi pembangunan di Gaza dan Rafah selain menawarkan biasiswa kepada pelajar Palestine menyambung pelajaran di sini.Malaysia terkenal dengan misi-misi keamanan dan telah beberapa kali menjadi orang tengah bagi rundingan damai pihak-pihak yang bertelagah.

Justeru,permintaan Hamas bukanlah sesuatu yang mengejutkan.Bagaimanapun,hakikat bahawa kedua-dua pihak Hamas dan Fatah turut mengiktiraf dan mempercayai UMNO untuk membantu Palestine,meletakkan UMNO di kelasnya tersendiri dalam parti-parti politik di seluruh negara Islam.Sebelum ini,Datuk Seri Najib telah dijemput ke Palestine untuk membantu usaha damai di sana dan kunjungan Perdana Menteri ke negara yang sedang bergolak itu telah dipandang sinis oleh pembangkang.Namun,dengan kehadiran wakil Hamas dan Fatah ke Perhimpunan Agong UMNO telah membuat pembangkang terkancing gigi. 

Selama ini,pihak pembangkang cuba menggambarkan bahawa pemimpin mereka lebih diterima di negara Islam.Justeru,mereka pernah mengubahsuai gambar senarai Ulama yang berpengaruh di dunia dengan menempelkan gambar Hadi Awang sebagai salah seorang darinya.Pembangkang juga berbangga apabila Anwar diiktiraf oleh barat sebagai pemimpin Islam yang berpengaruh,berpandangan jauh dan terbuka.Malang bagi pembangkang kerana terpaksa berbangga dengan penipuan sendiri dan juga pengiktirafan oleh musuh Islam.Jika benar Anwar merupakan pemimpin Islam tersohor,maka kenapakah bukan beliau yang menjadi rujukan Hamas dan Fatah iaitu masalah 'azali' umat Islam ??? Kenapakah UMNO dan Datuk Seri Najib yang menjadi rujukan mereka untuk menyelesaikan konflik di sana ??? 

Walaupun sudah beberapa kali UMNO bertukar Presiden,namun kedudukan UMNO di mata negara-negara Islam kekal tinggi dan dihormati.Biarpun Tun Mahathir di kecam sebagai Firaun dan biarpun Datuk Seri Najib dikutuk sebagai sekular,namun kedua mereka merupakan antara personaliti yang membawa harapan kepada umat Islam.Pengiktirafan terhadap UMNO sekali gus bermakna bahawa Anwar Ibrahim,mahupun PAS tidak lagi mampu memperdaya sesiapa.Seluruh dunia Islam tahu bahawa Anwar adalah alat zionis manakala PAS pula adalah alat kepada Anwar semata-mata.Tugas Anwar di rantau ini ialah untuk menyatukan kita di bawah payung zionis.Tugas Datuk Seri Najib adalah untuk menghalang Anwar dan membantu menangani orang-orang seperti beliau yang pastinya turut wujud di Palestine.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...